Memaparkan catatan dengan label ALKISAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ALKISAH. Papar semua catatan

28 Januari, 2020

KEMBALI?

Setahun ....

Bukan satu tempoh yang singkat.

Blog dunia rasasayang ® akan kembali berkongsi ilmu dan kisah hidup.

Doakan ia kembali menyinar. Bukan sekadar pelangi petang.

Nantikan ...

01 Januari, 2019

SELAMAT TAHUN BAHARU 2019

Selamat menyambut tahun baharu 2019 kepada semua pengunjung blog 'dunia rasasayang'

Sedar atau tidak, melangkah ke tahun baharu, maka bertambah jualah usia kita.

Semakin bertambah usia, semakin dekat kita dengan kematian.

2018 meninggalkan kita dengan seribu satu macam kisah. Kisah ngeri tahun 2018 buat diri saya adalah kesihatan saya yang amat menyedihkan sekali. Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang kedua untuk saya.

Mudah-mudahan 2019 memberi kebahagian dan keberkatan kepada kita semua. Aammiiiinnn.

Happy new year.

09 November, 2015

Kau ikhlas sangatkah?

Memang, memang benar ... mencari ikhlasnya hati seseorang satu kerja yang mungkin mustahil. Hanya Allah Maha Esa sahaja yang boleh mengetahui niat dan keikhlaan seseorang.

Tanya pada Cik Mat ... awak ikhlas ke tolong saya ni ..?

"Eh .. saya ikhlas, kasihan pada awak ... "

Tapi dalam masa yang sama tak menolak duit pemberian sebagai tanda kenangan ..hehe.

Itu yang agak berhalus, tapi ada juga insan di dunia yang sering mengdambakan upah atau ganjaran ..

"hello brother ... mana ada yang free dalam dunia ni ..."

Terimalah hakikat itu, memang susah untuk mencari sebuah keikhlasan dalam dunia ni ...

"Ibarat Semut Hitam, Di Atas Batu Hitam Di Malam Yang Hitam Gelap"

Begitulah diumpamakan dalam mencari secebis keikhlasan dalam sebuah kehidupan. Bukan mudah seperti perkara lain!


Malang lagi ada yang suka ambil kesempatan atas kesempitan orang lain ...

aduhai ...

01 Mei, 2015

Dugaan OKU di Madinah

ASSALAMUALAIKUM. Ketika artikel ini ditulis saya baru kembali dari menunaikan umrah bersama 56 lagi jemaah. Pemergian kali ini sesungguhnya amat menyentuh hati kerana hampir saban hari saya mengalirkan air mata menadah tangan memohon Allah SWT melancarkan perjalanan, kesihatan dan ibadat rombongan kami.

Saya sendiri hairan mengapa perasaan hiba bertakhta di sanubari sehingga menjadikan saya mudah sebak. Pelbagai persoalan bermain di fikiran namun saya berserah sepenuhnya kepada Allah setelah segala usaha dilaksanakan sepenuh hati.

Tanggal 5 April 2015 berangkatlah kami ke Tanah Suci menerusi pesawat Penerbangan Malaysia tepat jam 3.15 petang. Perjalanan kali ini begitu istimewa kerana membabitkan enam orang kurang upaya (OKU), iaitu Sheikh Ali Sheikh Hussein, Muhammad Fikri Fauzi, Aliff Hazim Abdul Rahman, Mustafa Kamal Mohd Tahir, Nurul Hidayah Ali dan Ezzah Syahirah Zaini.

Sheikh Ali dan Aliff Hazim adalah OKU berkerjaya, manakala Muhammad Fikri, Mustafa Kamal, Nurul Hidayah dan Ezzah Syahirah adalah OKU dari Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Wilayah Persekutuan.

Sheikh Ali mengalami kecacatan fizikal, manakala Aliff Hazim, Muhammad Fikri, Mustaffa Kamal, Nurul Hidayah adalah OKU bermasalah pembelajaran (LD), manakala Ezzah Syahirah mengalami cerebral palsy.

Selepas menempuh perjalanan udara hampir sembilan jam, kami tiba di terminal haji di Jeddah dan selesai urusan imigresen yang mengambil masa kira-kira dua jam serta urusan mendapatkan bagasi, dua bas menunggu ketibaan kami.

Sejumlah 30 jemaah di dalam bas A, manakala selebihnya di bas B. Lima OKU di bas A bersama-sama waris masing-masing. Saya juga di bas A. Turut bersama-sama kami ketika itu ialah krew media TV9 yang membuat liputan kunjungan OKU ke Tanah Suci.

Pemilik agensi pelancongan di Taman Prima Saujana, Kajang, Ramlah Ismail, bermurah hati menaja OKU dan petugas di PDK serta dua krew media untuk mengikuti pakej umrah berkenaan. Ustaz Johan Anuar bertindak sebagai mutawif di bas A, manakala Ustaz Ismail Hamdun di bas B.

Setelah semua bagasi dimuatkan di dalam perut bas, kami menempuh perjalanan enam jam untuk ke Madinah Munawwarah. Perjalanan panjang memenatkan tetapi hati gembira bukan kepalang dengan sejuta kesyukuran sejurus tiba di Hotel Mubarak Madinah yang hanya terletak kira-kira 60 meter dari perkarangan Masjid Nabawi nan indah dan menempatkan makam junjungan mulia Rasulullah S.A.W serta sahabat.

Kami tiba di depan Hotel Mubarak Madinah pada jam 4 pagi dan waktu Subuh di Madinah ketika itu ialah 4.53 pagi. Kelihatan berbondong-bondong jemaah menuju ke Masjid Nabawi, sekali gus menandakan azan pertama sudahpun berkumandang. Azan pertama dilaungkan kira-kira satu jam sebelum azan Subuh.

Bagi pemilik agensi pelancongan itu lebih baik berehat seketika dan tidak memaksa diri untuk menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Nabawi pada waktu Subuh kerana menyedari mereka terlalu penat setelah menempuh perjalanan jauh. Beliau turut memaklumkan bahawa ziarah dalam akan bermula pada jam 8 pagi dan meminta jemaah berkumpul di lobi sejurus menikmati sarapan.

Namun, tiada sesiapapun yang mampu menghalang perasaan teruja dan cinta apabila melihat kubah hijau dari kejauhan dan keindahan di Masjid Nabawi yang menjanjikan seribu ketenangan. Justeru, ramai yang tidak mahu melepaskan peluang untuk solat berjemaah di Masjid Nabawi sejurus tiba di Madinah.

Pada jam 7.30 pagi, sebahagian jemaah sudah mula berkumpul di lobi hotel untuk ziarah dalam dan tepat jam 8 pagi, kami memulakan perjalanan menuju ke perkarangan Masjid Nabawi serta berhampiran tanah perkuburan Baqi’ dengan diketuai Ustaz Johan.

Ketika menuju ke Masjid Nabawi, Penyelia PDK Titiwangsa, Suhana Alam menyampaikan berita seorang daripada OKU dari PDK Titiwangsa, iaitu Mustafa Kamal yang datang bersama-sama ayahnya Mohd Tahir dan ibunya, Aniza Salleh diserang sawan.

“Kak Ana, Mus kena sawan di dalam masjid. Masa tu orang sedang bersolat Subuh,” katanya bersungguh.

“Hah? Macam mana dia sekarang. Berehat ke?” tanya saya dengan nada terkejut.

“Sekarang dah sedar. Dia tak mahu duduk dalam bilik. Dia nak ikut ziarah juga. Ayah dia bimbang dia penat, jadi guna kerusi roda yang dipinjam dari hotel,” jawab Suhana.

Mustafa Kamal (berkerusi roda) dan jemaah di depan pintu masuk King Fahd di Masjidil Haram.

Tidak lama selepas itu ternampak Mohd Tahir menolak anaknya dengan kerusi roda. Saya menghampiri Mustafa Kamal, insan istimewa berusia 22 tahun, berkulit cerah, berbadan tegap dan anak sulung daripada enam adik-beradik. Beliau kelihatan letih tetapi semangatnya begitu kental untuk berziarah dan beribadat.

Melihatkan keadaannya, hati pasti terusik. Mendengar tutur katanya, hati terasa sebak. Senyuman manis sentiasa terukir di bibir walaupun terpaksa mengharungi kepayahan setiap kali diserang sawan. Keinginan ke Makkah sudah lama disuarakan kepada ibu bapa. Alhamdulillah rezeki menyebelahinya apabila diundang sebagai tetamu Allah.

Menurut Ustaz Ismail, Mustafa diserang sawan ketika rakaat kedua solat Subuh. Dengan tiba-tiba dia rebah ketika solat dan menarik perhatian ramai jemaah sekeliling ketika itu sejurus mereka memberi salam.

“Ketika itu, saya, Ustaz Johan, ayah Mustafa dan Along (Fakhrurrozi) ada berhampiran Mustafa. Kami tidak terus mengangkatnya pulang ke hotel. Kami sapukan air zamzam pada wajahnya dan masukkan sedikit air zamzam ke dalam mulut Mustafa.

“Setelah sedar, barulah Mustafa dibawa pulang ke hotel. Jemaah lain di sekeliling menasihatkan kami agar membawa Mustafa ke hospital tetapi saya katakan tidak perlu kerana ubat-ubatan ada di bilik hotel,” kata Ustaz Ismail.

Keadaan Mustafa Kamal kembali pulih setelah berehat dan mengambil ubat di dalam bilik hotel sebelum dibawa berziarah pada pagi itu dengan kerusi roda. Namun, dari seraut wajah dan sepasang matanya, jelas kelihatan beliau keletihan.

Mustafa Kamal bersama Ustaz Ismail (kiri) dan Sheikh Ali di lobi hotel.

Esoknya iaitu pada Selasa, kami ziarah Masjid Quba’, Jabal Uhud, ladang tamar dan kilang cetak al-Quran tetapi Mustafa Kamal dan ayahnya tidak berpeluang bersama-sama rombongan ketika itu.

Sekali lagi saya dimaklumkan bahawa Mustafa Kamal diserang sawan sebelum kaki melangkah menaiki bas A. Tanpa berlengah, saya, Suhana dan Ahmad Din (suamai Suhana) naik semula ke aras empat hotel penginapan serta mengetuk pintu kamar Mustafa Kamal.

Bau minyak serai menusuk ke hidung saya sejurus memasuki bilik berkenaan. Mohd Tahir nampak sugul, manakala Mustafa Kamal pula tidak bermaya dan lesu terbaring di atas katil. Penuh simpati melihat keadaannya namun kita hanya mampu berdoa agar Allah memberi kekuatan kepada ibu bapanya dalam menghadapi ujian berkenaan.

“Dia dah siap tadi nak pergi ziarah tetapi tiba-tiba saja rebah di depan pintu bilik. Balik dari masjid dan sarapan, dia memang suka sangat dan tak sabar-sabar nak pergi ziarah,” ujar Mohd Tahir pilu.


Mustafa Kamal dan Aliff Hazim (kanan) di Muzium Dua Masjid Suci di Makkah.

Dia sekadar memandang saya, Suhana dan Ahmad Din. Kami kemudiannya berlalu pergi dan menasihatkan Mohd Tahir agar bersabar melalui keadaan itu.

Kami meneruskan kembara ke bumi suci dengan ziarah di Quba’, ladang tamar, Jabal Uhud dan kilang cetak Quran dan tiba semula di depan hotel kira-kira satu jam sebelum masuk waktu solat Zuhur.

Setelah solat Asar, kami semua berkumpul di dewan makan untuk mendengar taklimat berangkat ke Makkah yang dijadualkan pada keesokan hari sesudah solat fardu Zuhur. Selesai taklimat, Suhana menghampiri saya dan membisikkan bahawa Mustafa Kamal sekali lagi diserang sawan.

Saya diam seketika. Tidak mampu melafazkan kata-kata. Besar sungguh ujian ke atas anak istimewa itu detik hati kecil saya.

“Bila dia kena lagi cikgu?” tanya saya.

“Selepas makan tengah hari tadi. Masa tu Mus ikut ayah dan emak dia berjalan di bazar membeli haruman tapi tiba-tiba dia rebah dan sawan. Kening Mus terkena rak meja kayu di kedai minyak wangi dan terluka sedikit. Masa itu, saya, Shahrul (anak Suhana) dan suami ada bersama-sama mereka.

“Suami berlari mendapatkan kerusi roda di dalam bilik hotel, dan Mus pula terbaring kira-kira 15 minit di kaki lima kedai berkenaan. Ada yang mahu panggil ambulans tetapi kami tidak benarkan kerana yakin dapat menyelamatkan keadaan. Alhamdulillah, setelah dibawa balik ke hotel, keadaan Mus beransur pulih,” cerita Suhana panjang lebar.

Esoknya, kami semua bersiap sedia untuk menunaikan umrah, termasuk semua insan istimewa yang turut menyertai rombongan kami. Alhamdulillah, berkat doa ramai, segala-galanya berjalan lancar, Mustafa Kamal tidak lagi diserang sawan sepanjang di Makkah, malah kelihatan ceria serta berjaya menyempurnakan umrah.

Beliau tampak ceria bergurau dengan rakan-rakan OKU yang lain dan sering menjadi perhatian jemaah di dalam rombongan kami, terutama setelah mencukur rambutnya setelah menyempurnakan umrah pertama.

Kekurangan dan kesihatan kurang mengizinkan tidak sedikit pun mematahkan semangat kental Mustafa Kamal untuk beribadat serta berziarah di Tanah Suci. Cabaran dilalui di Madinah hanya sekelumit dan menguji kesabaran dan kecekalan hati ibu bapa insan istimewa itu. ~mstar

18 November, 2014

Penjelasan punca sebenar kejadian langit merah di Mekah (VIDEO)

| rasasayang79 - sumber dari internet.



Baru-baru ini beberapa gambar dan juga video yang memaparkan kejadian langit merah dan juga ribut di mekah telah tersebar di laman sosial dan juga aplikasi Whatsapp.

Menurut dari gambar tersebut, kejadian langit merah itu sesuatu yang aneh yang berlaku di Jeddah dan Mekah tetapi ia sebenarnya adalah kejadian ribut debu atau dust storm, satu kejadian yang biasa berlaku di Mekah. Untuk pengetahuan semua, selain dari ribut debu, Mekah dilanda hujan yang lebat beberapa hari lepas sehingga banjir di beberapa tempat. Kejadian langit merah pula adalah kerana cahaya matahari dilindungi oleh debu yang terbang di udara menyebabkan keadaan sekitar menjadi merah.

Berikut adalah petikan daripada komen seorang hamba Allah yang berada di tanah suci:


" Bismillah..

Wassolatu wassalamu 'ala rosulillah..

Saya menerima banyak pertanyaan tentang berita bahawa Mekah dan Jeddah dilanda kejadian pelik. Ia telah tersebar dengan meluas di fb dan whatsapp.

Saya puji sikap mereka yang kritis akan berita-berita sebegini. Segera bertanya orang yang mereka yakini. Tidak terus percaya. Apatah lagi menyebarkannya tanpa mahu memeriksa.

Saya tegaskan. Tiada yang peliknya Mekah atau Jeddah hujan lebat. Langit merah, gelap dan sebagainya. Boleh dikatakan setiap kali bertukar musim keadaannya begitu. Petanda haramain sekarang ini sedang menuju musim sejuk. Madinah juga hujan. Apa yang peliknya?

Ianya soal sikap. Suka men'viral'kan perkara-perkara begini. Mahu populariti. Bukan sekali dua. Sudah banyak berita-berita begini yang sampai kepada kita.

Sebelum ini, tersebar imam masjidil haram, syeikh Abdurrahman Sudais meninggal. Walhal beliau masih hidup dah baru sahaja selesai mengimamkan solat. Tahun lepas berita sama juga. Orang sebar sana sini. Tahun ini ulang lagi. Tahun depan tidak hairan dapat lagi. Berapa kali syeikh Sudais mahu meninggal?

Sikap suka sebar tanpa kaji berita itu benar atau tidak adalah salah! Tidak sepatutnya berlaku.

Syabas kepada yang merujuk kami di page ini atau dimana-mana sumber. Tahniah kerana bersikap seperti yang diajarkan dalam al-quran.

"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa satu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan"

Al-hujurat : Ayat 6
~abu ayyub"

sumber: -tranungkite-

Penularan mesej dan video ini telah menimbulkan perasaan takut sesetengah orang Islam di Malaysia sehingga ada yang mengatakan Kiamat hampir tiba. Memanglah Kiamat semakin hari semakin dekat dengan kita, takkanlah pula semakin jauh. Tetapi perlu diingat penyebaran perkara-perkara seperti ini bertujuan untuk menakut-nakutkan adalah salah.

wallahualam.



18 April, 2014

Apabila melayu berniaga

KETIKA mula sampai di kedai A, dan ketika itu sudah masuk waktu makan tengahari maka dialog ini berlaku

“nasi ada?”

“eh tunggu sekejap ye, nasi tengah masak, tadi gas habis”

Situasi kedua pula mencetuskan dialog begini di kedai B pada hari yang berlainan

“air ini tak manis, boleh tambahkan sedikit susu?”

“Eh .. tadi saya buat dah manis dah” jawab peniaga kedai B

“ haaa…..?” ternganga

Dan seterusnya di kedai C pula pada hari yang juga berbeza

“kira semua ni ..”

“nasi lemak dan air semuanya RM6.00” jawab peniaga C

“err tolong kira sekali 4 keping roti canai tu ya”

“semuanya berjumlah RM10” jawab peniaga C

“berapa sekeping harga roti canai ni ..?”

“Sekeping RM0.80” jawab peniaga C

“80 sen kali empat bukan RM3.20 ..?”

“ .. dan RM6.00 tambah RM3.20 bukan ke sama dengan RM9.20”

“errr…. Erm .. saya salah kira la tu” jawab peniaga C

ADA pembaca yang nak nasi tambah ..”?

Bersambung ya ..


15 April, 2014

Cinta dan Kentut

Erm.. cinta dan kentut, hahaha ada ke persamaan antara kedua-dua perkara ini? Jangan dilihat dari lahiriah tetapi lihatlah dari aspek lain. Saya kongsikan satu jenaka yang menarik untuk kita fikir - fikirkan.

CINTA DAN KENTUT
cinta dan kentut tidak boleh ditahan
keduanya boleh menjadi lega bila terlaksana
cinta tertahan sengasara
kentut tertahan menderita

Hahaha .. itu sikit saja, kalau nak dengar versi penuh klik butang 'play' kat bawah


*bagi pengguna cacat penglihatan sila klik butang 1 untuk play dan pause audio.





** dan di bawah ini pula adalah versi player untuk android dan lain-lain. terima kasih kepada pembaca yang respon mengenai PLAYER kat atas tak jalan kat sesetengah browser termasuk android.







Hahaha, macam mana ..? Cinta dan Kentut .. kalau rasa-rasa best sharelah dengan kawan-kawan yer..


22 Februari, 2014

Kisah Teladan Balasan Allah Kerana Mempersenda Laungan Azan

Sejak berkahwin dan menetap di Kuala Lumpur pada awal 1990-an, saya sudah jarang ke kubur tiga sahabat saya itu. Maklumlah saya kena bergilir dengan isteri
berhari raya di kampungnya, di Johor.

Pada ketika ini, ketika lewat petang Ramadhan dan tidak lama lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri, ingatan saya kepada Amran, Fahmi dan Uzir semakin
kuat.

Masih saya ingat lagi, sekitar pukul 11.00 malam hampir 20 tahun lalu, ketika kami masih berumur belasan tahun, saya, Amran, Fahmi dan Uzir melepak di
rumah seorang kawan. Bersama-sama kami ada 10 orang lagi kawan-kawan yang sebaya.

Semuanya sama species, suka melepak sampai lewat malam. Bagaimanapun, sebahagian daripada kami ketika itu sudah tidak bersekolah lagi, termasuk Amran yang
setakat tingkatan dua sahaja, manakala Fahmi, sampai darjah lima. Mereka hanya menolong ibu bapa menoreh getah dan membuat kerja-kerja kampung.

Masih saya ingat juga, dua topik utama yang kami bualkan malam itu. Pertama, tentang pasar minggu dan gadis-gadis comel yang kami jumpa disana. Tengah
mianglah katakan.

Topik kedua, tentang motosikal. Uzir yang paling galak bercerita sebab motosikal Yamaha CDinya baru dioperate ekzosnya, lalu disumbat dengan fiber. Bunyi
ekzos motosikal Uzir memang dahsyat, macam motosikal lumba. Enjinnya pun sudah dikorek, kalau pecut, laju bukan main.

Saya dan Fahmi menunggang Honda C70 saja. Tetapi motosikal Fahmi laju juga, entah apa yang telah diubah suainya. Motosikal saya pula setakat jadi bahan
gelak sebab tidak ada ubahsuai langsung, kecuali ekzosnya disumbat dengan besi berus periuk. Bunyi boleh tahan, tapi lembap macam kura-kura!

Saya tidak berani ubahsuai sebab motosikal itu kepunyaan bapa saya yang digunakan untuk menoreh getah. Kalau diubahsuai, dapat penamparlah saya jawabnya.
Kami terus berborak hinggalah Fahmi memberikan satu cadangan menarik.

"Apa macam, malam ni kita lumba motor, nak?" tiba-tiba dia memberi idea.

Kami terus setuju. Idea yang bagus, lagipun sudah dua minggu kami tidak berlumba.

"Macam biasa, tutup lampu!" cadang seorang kawan.

Setuju. Tidak ada bantahan. Setuju seratus peratus. Berlumba pada waktu malam dengan menutup lampu motosikal adalah aktiviti kami sejak beberapa bulan
lalu. Bagi kami, itu barulah betul betul anak jantan. Kalau berlumba pada waktu Siang, pondan!

Malam itu 13 buah motosikal berlumba, termasuk saya. Litar perlumbaan kami sejauh empat kilometer, iaitu jalan utama dari hujung kampung sampai ke simpang
jalan besar menuju ke bandar. Biasanya, habis satu pusingan, kami akan berlumba sekali lagi dari simpang tersebut hingga ke kawasan kampung.

Perlumbaan sebegitu memang menakutkan, tapi juga menyeronokkan. Maklumlah, dalam gelap. Macam macam boleh terjadi. Hanya orang yang 'berani mati' dan 'cukup
jantan' saja sanggup melakukannya.

Saya masih ingat, malam itu tiada bulan di langit. Gelap. Kami beratur di garis permulaan di simpang hujung kampung sambil menderum-deramkan enjin motosikal
masing-masing. Apabila saja perkataan 'GGGOOO!!!' dijeritkan, saya terus memecut motosikal. Saya pulas minyak, tukar gear, pulas minyak, tukar gear lagi...
seperti pelumba pujaan saya ketika itu, Randy Mamola.

Dalam perlumbaan itu, lima buah motosikal meninggalkan kami. Mereka memecut pantas, terutamanya Uzir. Saya dalam kumpulan kedua. Dan dalam kumpulan kedua
yang tercicir itu, saya yang paling Corot! Maklumlah, motosikal buat angkat getah!

Selepas dua minggu tidak berentap, perlumbaan malam itu memang menyeronokkan. Berdasarkan bunyi motosikal-motosikal dihadapan, saya rasa saya tertinggal
dalam setengah tiang elektrik. Saya cuma mengagak saja sebab memang tidak nampak. Langit gelap, jalan dua lorong itu tidak berlampu.

Dikiri kanan kami pokok getah, sawit dan belukar. Saya terus memecut motosikal berdasarkan gerak hati. Sekali-sekala saya turunkan kaki untuk berasa samada
motosikal saya masih diatas jalan raya atau tersasar diatas tanah.

Masih saya ingat, ketika sedang seronok berlumba, tiba-tiba saya terdengar bunyi motosikal dihadapan semakin perlahan. Kemudian, terdengar pula suara jeritan
meminta kami semua berhenti. Rupa-rupanya motosikal salah seorang kawan saya rosak.

Kami nyalakan lampu dan suluh ke arah motosikal yang rosak tadi. Beberapa orang cuba membantu membetulkannya dengan mengeluarkan pelaya, pemutar plug,
spanar dan sebagainya.Entah apa masalahnya, enjin motosikal itu tiba-tiba tersenggut-senggut seperti minyak tidak lancar, kemudian terus mati.

Selepas lebih 10 minit berusaha, akhirnya motosikal tadi dapat dihidupkan semula. perlumbaan diteruskan dan kami memecut lagi tanpa menyalakan lampu. Sama
ada hendak membelok, lurus atau menekan brek, kami cuma gunakan gerak hati saja.

Tapi itu bukan masalah besar sebab kami membesar di kampung ini. Hampir setiap hari kami gunakan jalan ini untuk pergi ke kebun, sekolah dan ke bandar.
Kami sudah dapat mengagak di mana jalan lurus, membelok ke kiri, kanan, mendaki dan menurun. jadi, kami tahu di mana perlu dipulas minyak dan menukar gear,
dan di mana pula perlu menekan brek serta berasa jalan dengan kaki.

Malam itu tidak banyak kenderaan masuk. Hanya dua tiga buah saja, dan lampu kenderaan itu membantu menyuluh 'litar perlumbaan' kami. Saya pulas minyak
dan tukar gear lagi, tetapi macam tadi juga, sayalah. yang Corot!

Kami terus berentap, di dalam gelap, dan ketika memecut di jalan lurus satu kilometer sebelum sampai ke garisan penamat ... !!!

DDDAAMMMM!!! DDAAMM M!!!

Suatu bunyi yang amat kuat dan mengerikan kedengaran di hadapan saya. Empat lima kali lagi bunyi dentuman itu hinggap di telinga saya, kemudian terdengar
pula bunyi benda jatuh dan terseret diatas jalan raya. Api memercik dari tempat benda yang terseret itu. Serentak itu saya terdengar suara orang menjerit-jerit.

Tayar dibrek secara mengejut dan kemudian, DDDAAAMMMM!! DDAAMMM!! Terdengar lagi bunyi dentuman dan jeritan. Semuanya berlaku terlalu pantas. Saya segera
menekan brek dan sebaik motosikal berhenti, saya terus menyalakan lampu.

Ya Allah...!!!

Saya tergamam. Di hadapan saya kelihatan kawan-kawan tergelimpang diatas jalan. Uzir tertiarap tidak bergerak-gerak. Fahmi di bawah sebuah motosikal yang
masih mengaum enjinnya. Yang lain-lain juga hampir sama keadaannya.

Ada yang terbaring sambil meraung, ada juga yang menekup muka dipenuhi darah dan beberapa orang lagi memegang Lengan dan kaki. Baju mereka koyak rabak.
Suara meminta tolong dan mengaduh kesakitan silih berganti.

Saya segera membantu kawan-kawan yang kesakitan itu. Kebetulan ada sebuah kereta melalui jalan tersebut. Lantas pemandu dan penumpang kereta berkenaan
turun membantu kami.
Ketika mengangkat Fahmi yang terbaring di bawah sebuah motosikal, saya terasa seperti hendak menangis kerana keadaannya sangat mengerikan. Kepala sahabat
saya itu pecah dan dipenuhi darah. Mukanya hancur dan beberapa ketulan berwarna putih di sisi kepalanya yang pecah itu!

Ya Allah, Fahmi! Fahmi!!!!

Kami angkat Uzir pula. Semasa diangkat, kakinya terkulai dan.... lengan kirinya putus separas siku!

Badan saya menggigil. Saya betul-betul panik. Kawan-kawan yang cedera semua diletakkan ditepi jalan.

"Uzir! Uzirrr!!!" kami memanggil-manggil nama Uzir, tapi dia tidak menyahut lagi. Kami tidak tahu apa yang hendak dibuat, kami tidak menyangka kemalangan
ini akan terjadi.

Mujurlah dalam kekalutan itu ada sebuah lagi kereta melalui jalan tersebut beberapa minit kemudian dan menolong kami membantu kawan-kawan yang cedera tadi.

"Mana Amran?" saya dengar seseorang bertanya.

Oh ya, Amran!

Kami mencarinya, dan sahabat kami itu berserta motosikalnya dijumpai dalam parit di tepi jalan yang dipenuhi semak samun berserta air separas lutut. Dan,
sekali lagi saya hampir menitiskan air mata apabila melihat mukanya juga hancur dan dipenuhi darah.

Kami rasa nadi dan nafasnya. "Amran! Amraaaiiiiii!'

Semua yang cedera itu di bawa ke hospital dengan bantuan kenderaan kenderaan yang melalui jalan tersebut. Saya turut ke hospital dan malam itu, saya menitiskan
air mata apabila diberitahu, selain Fahmi, Amran juga meninggal dunia.

Esoknya, mayat kedua-dua sahabat baik saya itu selamat dikebumikan. Fahmi pergi meninggalkan kami dalam keadaan kepalanya pecah, tangan dan kaki patah.
Salah satu daripada biji matanya hilang.

Amran pula patah tengkuk dan tulang belakang. Kubur Amran dan Fahmi digali dengan jengkaut dan kedua-duanya dikebumikan dalam satu liang lahad. Hanya saya
dan tiga empat
orang lagi sahabat yang dapat menghadiri upacara pengebumian tersebut, selebihnya masih di hospital.

Dua minggu kemudian, Uzir pula menghembuskan nafas terakhir selepas koma dan dijangkiti kuman ekoran pembedahan yang dilakukan pada tangan dan kaki kakinya.Kematiannya
turut disebabkan oleh kecederaan dalam, terutamanya dada, akibat terhentak di atas jalan raya.

Seorang lagi kawan kami, sampai sekarang cacat kerana tulang kakinya remuk akibat kemalangan tersebut. Sekarang, kawan saya itu berjalan tempang.

Apa sebenarnya punca kemalangan ngeri itu, saya bertanya soalan tersebut kepada kawan-kawan. Cerita mereka, ia berpunca apabila kumpulan lima buah motoSikal
yang mendahului perlumbaan itu tertunggu-tunggu ketibaan kami yang tercicir ini.

Lebih 10 minit menunggu kami tidak muncul-muncul, mereka mula berasa pelik. Kata motosikal masing-masing laju sangat, tapi takkanlah sampai 10 minit ketinggalan.

Lantas, seorang daripada mereka mencadangkan agar disusul kumpulan yang tertinggal tadi. Masing-masing setuju. Mereka pun berpatah balik dan berlumba sekali
lagi di dalam gelap. Ketika sedang memecut motosikal masing masing itulah kami bertembung.

Kemalangan itu menjadi bertambah buruk kerana kami semua tidak memakai topi keledar. Sebab itu Fahmi dan Amran cedera teruk di kepala, begitu juga dengan
kawan-kawan lain yang cedera di muka akibat terseret di atas jalan.

Selain kehilangan tiga orang sahabat, kemalangan itu juga telah menginsafkan saya tentang kebesaran dan keagungan Allah. Pertama, bersyukur kerana malam
itu saya berada di tempat tercorot. Sempatlah saya membrek dan mengelak daripada bertembung.

Kedua, saya menginsafi dengan sesungguhnya, kita jangan sekali-kali mempermain-mainkan Allah dan agama, termasuk azan yang dikumandangkan untuk menyeru
kita bersolat. Jangan, jangan sekali-kali!

Saya kata begitu sebab sebenarnya, pukul 6.30 petang sebelum kemalangan, kami berkumpul di simpang jalan sambil bermain gitar. Kami leka melalak dan mengurat
anak dara, sampailah azan Maghrib berkumandang.

"ALLAHU AKBAR... ALLAH HU AKBAAARRRR!! "ASYHADUALLA ILA HAILLALLAAAAAHHHHHH!"

Saya terus diam, menghormati laungan azan dari masjid kira-kira 200 meter dari tempat kami melepak itu. Kami senyap mengunci mulut, kecuali Fahmi yang
tiba-tiba saja bersuara...

"Ran... cuba kau cari kod ni!"

"Kod apa?" Saya masih ingat, itulah jawapan Amran apabila ditanya oleh Fahmi.

"Kod azanlah! Cepat, nanti habis pulak", jawab Fahmi.

Saya terdiam. Tercengang. Hendak marah ada, terkejutpun ada. Saya gelak dan berkata, "gilalah engkau ni, maksud saya, janganlah azan itu dibuat main. Azan
bukannya lagu untuk dicari kod muzik dan iramanya. Tapi Amran dan Fahmi terus ketawa.

Saya masih ingat lagi, selepas Fahmi berkata demikian, Amran terus memetik gitar yang sejak tadi dikepitnya.

GRENGGG!!! GREENGGG!! Tinggi juga suara bilal tu," kata Fahmi apabila Amran cuba beberapa kod yang difikirkannya senada dengan suara muazin.

Kemudian, saya juga dengar Uzir menyampuk dan ketawa. Uzir pula memetik tali bass gitarnya. Dua irama bergabung mengikut laungan azan. Mereka mengajak
saya untuk turut memetik gitar, tapi saya enggan.

gabung menglimi hiing.in.I/.m Nit I, ka mengajak saya uiiiuk mi iii III, I,,, I d gitar, Masih jelas dimata saya, Maghrib itu Amran dan Uzir bermain gitar
melagukan suara azan. Fahmi pula memberi semangat supaya dua sahabat kami itu mencari kod yang betul. Sambil itu mereka tersengih.

Kami hanya menggeleng-gelengkan kepala. Saya tidak sanggup hendak melagukan azan dengan gitar sebab saya pasti, macam hari-hari sebelumnya, petang itu
saya akan menanggung dosa besar kerana tidak menunaikan solat Maghrib. Saya tidak mahu menambahkan lagi dosa itu dengan dosa mempermainkan azan.

Apa yang berlaku tidak boleh ditarik semula. Yang dapat saya lakukan kini hanyalah berdoa semoga dosa arwah Amran, Fahmi dan Uzir diampunkan Nya dan mereka
ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Insya-Allah, Aidilfitri ini saya akan ke pusara Amran, Fahmi dan Uzir, yang sudah lama tidak saya kunjungi. Semakin dekat dengan lebaran, semakin kuat
ingatan saya kepada mereka sebab kemalangan itu berlaku hanya beberapa minggu saja sebelum Ramadhan.

*******************
Seperti yang diceritakan oleh Saifulnizam Yahya, Cheras, Kuala Lumpur.
Sumber: Mastika Oktober 2008



09 Januari, 2013

Mabuk Novel

Ketika hati sudah kemaruk, tidur malam pun tak menentu, malah makan pun endah tidak endah .. fikiran terbayang novel yang masih belum dihabiskan bacaanya.

Begitulah saya bermula tanggal 1 Januari 2013. Sudah mabuk, bukan mabuk cinta tapi mabuk novel. Memang minat membaca sudah lama wujud dalam diri, namun sejak bergelar orang cacat penglihatan, minat itu terpaksa ditahan-tahan.

mana mungkin saya membaca novel dalam tulisan kertas putih. Malah tulisan braille pun saya tersangkut-sangkut.

Perpustakaan MAB di Kuala Lumpur yang jaraknya lebih 200 km dari rumah saya pun tak banyak koleksi novel. Nak cari novel terbaru, jauh sekali. Apakan daya, terpaksa buat kerja lebih, suruh orang bacakan. Aduhai.

(klik butang papar untuk meneruskan bacaan)




Sejak 31 Disember yang lalu saya berazam untuk habiskan 100 buah buku termasuk novel dalam tahun 2013. Hahahhaa, sudah terdedah satu azam saya tahun 2013.

Hari ini9 Januari .. sudah 5 buah buku berjaya ditamatkan. 95 to go!!!

Tugas ini agak sukar sikit sebab masa dan kekangan fizikal buku yang perlu saya tempuhi. Seperti saya kata tadi, nak baca buku fizikal amatlah mustahil bagi orang tidak nampak.

Di luar negara ada buku mp3. Di sini pun ada yakni di MAB. Kalau tak tahu apa itu format buku mp3 mari saya cerita sikit.

Buku yang dibaca oleh orang celik (sukarelawan), helai demi helai hingga tamat. Bacaan itu direkodkan dalam bentuk mp3. Begitulah seadanya.

Kalau ada buku novel dalam bentuk maya seperti word atau pdf pun boleh juga. Namun isu utama adalah hakcipta.

Apapun nak seribu daya, 95 to go!!! Sekarang tengah kemaruk dengan novel Ramli Awang Mursyid. Melalui pencarian dalam internet ada 6 buah siri kisah 'laksamana Sunan'.

Kisah Laksamana Sunan ni memang tersangatlah hebat bagi saya. Tapi malang, saya tak dapat kesemua buku ni, baru tiga judul yang dihabiskan.

OK dokey

p/s: ada orang celik sana nak jadi sukarela baca novel sambil rekodkan suara anda?




  • dah jatuh cinta pada Laksamana Sunan


25 Oktober, 2012

Kami naik bas, kalian naik flight!!

"Abang dah dapat makanan?" tanya saya "belum, dah lama tunggu ni .. tak ada orang tolong bagi pun .." rungut seorang abang OKU penglihatan beserta sahutan sahabat-sahabat sekeliling.

"Takkan tak ada orang nak tolong ambilkan hidangan untuk kita?" cetus hati saya.

Di suatu sudut, saya terdengar rancak "orang besar" sebuah persatuan yang sedang rancak berbual dan bergelak ketawa. Mungkin dia sudah kenyang melantak. Maklumlah dia boleh ambil makanan sendiri berbanding kami yang kerdil ni.

Kelemahan jawatankuasa pengelola saya tolak tepi dulu .. tapi saya menzahirkan rasa tidak puashati dengan gaya kepimpinan mereka. Apa mereka tidak tahu, bahawa kami yang memenangkan mereka tempoh hari???

Susah sangatkah nak tolong layan orang bawah macam kami? Saya terdengar rungut-rungut dari orang bawah .. mereka datang naik "flight".. balik pun dengan "flight"

Atas keperluan apa datang dan balik dengan flight? Kecemasan sangatkah atau "besar" sangatkah datang dengan flight ke situ?

Timbul juga persoalan duit mana gerombolan itu guna untuk membiayai tiket pergi balik kapal terbang mereka? Jika wang persatuan .. memang tersangat hampa. Saya peduli apa dengan perlembagaan persatuan yang jika ada menyebut "membolehkan" mereka menggunakan flight.

Bagi saya itu sudah cukup membazir. Orang bawahan dan kebanykkan sampai lenguh-lenguh punggung duduk dalam bas. Malah ada yang dari jauh datang menggunakan duit sendiri. Gerombolan ini sedap-sedap sahaja dibelai pramugari di puncak awan biru.

Bukan soal dengki, tapi corak kepimpinan itu yang saya tidak gemar. Sudahlah tragedi di restoren hotel membiarkan anak buah terkapai-kapaimenunggu makanan ..

Saya teringin mendapatkan penjelasan dari pihak mereka.
  • suka hati korang nak tulis apa ...

30 Ogos, 2012

Orang lawa sila klik dan baca hehehehe

saja hibur hati yang lara .. demo ni lawa ke ..? hehehe lawa la tu kalau klik, kalau share lagi lawa ..





  • jangan lupa tinggal pesan kalau like ke tak like ke ...



10 Julai, 2012

Telco kenyang , sebab pengguna pemurah!

"this is voice mailbox for number ....."

adoi ... dah charge 15 sen - 28 sen dengar natang tu je... tak tinggal pesanan pun tetap kena charge ... cis...

kepada pengguna handphone tolong la buat setting matikan aplikasi pesanan suara tu. buat menyemak je.... aku jamin hangpa tak dengar pun kalau tinggal pesanan tu. buat habis kredit je. Hangpa pun sakit hati kalau telefon aku tapi masuk voice mail.

kenyang telco-telco kat Malaysia. dengar beberapa kerat perkataan tu dah charge. SKM dan persatuan pengguna tak tau ke benda-benda macam ni? Kalau ya pun nak charge, charge la selepas bunyi bip ke apa ke..

hampeh dot com betoiiiiiii.

Benda ni nampak remeh, tapi kalau 2 kali korang dail tapi masuk voice mail, berapa sen dah duit korang melayang ... so kena take action la... bukan setakat baca saja.

bagi pengguna celcom:

hangpa dail 1111 cakap dengan operator (free of charge).

kata nak matikan fungsi voice mail. bagino kad pengenalan , bagi alamat penuh .. dah settle.

kalau tak selesai juga korang rendam telefon tu dalam baldi hahahahahahhaa

Bagi Maxis prepaid, korang terpaksa bayar kalau nak cakap dengan operator, DiGi pun free juga. Maxis je nak kenyang lebih.

OK.. chow!

  • agak2 korang berapa syarikat telekomunikasi untung sehari dengan benda ni?

25 Jun, 2012

Isteri kecewa tidak disentuh suami sejak "malam pertama"

Kata yang empunya cerita ada isteri – termasuk yang masih dalam manis bulan madu – gelisah sebab sehari dua ini tiba-tiba tidak dipedulikan suami.

Malam-malam yang sepatutnya indah, mereka dibiarkan kesepian dan terlentang seorang diri, terkebil-kebil di atas katil.

(klik butang papar untuk meneruskan bacaan)




Oleh sebab berasa tidak dihargai, tidak tahan terus memendam perasaan zahir dan batin, ada yang merajuk, diam-diam lari ke rumah ibu bapa. Jangan salah faham, ini bukan kes suami sudah ada perempuan lain. Tidak juga suami terkena ilmu bomoh Siam seorang janda, selisih malaikat 44!

Ini semua gara-gara Euro 2012 – Kejohanan Bola Sepak Eropah – yang kini sedang berlangsung hebat di Poland dan Ukraine. Setiap hari ada dua perlawanan, bermula jam 12 tengah malam hingga 4 subuh. Pada waktu ini tumpuan suami tidak pada bola-bola lain, hanya pada bola yang satu itu.

Maka sukalah saya memberi nasihat kepada mana-mana isteri yang berkenaan bahawa mereka mungkin terpaksa memeluk bantal kira-kira sebulan sehingga kejohanan itu selesai 1 Julai depan. Tidak guna merajuk atau tunjuk perasaan, sebab suami akan tetap berjaga malam.

Sebenarnya bukan isteri sahaja, kesan Euro 2012 dirasakan di kebanyakan pejabat. Rekod kakitangan yang datang lewat semakin meningkat. Bukan lewat 10 atau 15 minit, malah ada yang masuk pejabat dua jam lewat. Mata kuyu seperti penagih tegar, sebab tidur lepas jam 4 pagi. Mungkin ada yang terlepas solat subuh.

Rekod yang mendapat cuti sakit @ MC pun mendadak naik. Almaklumlah, daripada masuk pejabat lewat, mata kuyu dan menguap setiap lima minit, lebih baik tidak masuk kerja. Oleh sebab cuti tahunan sudah habis, cara paling selamat ialah dengan membeli MC dari mana-mana klinik.

Nasib baik musim bola ini hanya sebulan, kalau setahun pasti akan menjejaskan prestasi kerja, dan negara akan mengalami penurunan produktiviti. Malah, mungkin juga akan terjadi pergaduhan antara suami dengan para isteri yang hilang sabar.

Bola ternyata tidak sahaja meresahkan isteri dan majikan, tetapi juga terbukti menyusahkan polis. Walaupun KPI menurunkan kadar jenayah berjaya, demikian menurut KDN, polis tidak duduk senang setiap kali ada kejohanan bola peringkat dunia.

Kerja polis bertambah, bukan menonton bola, tetapi untuk membanteras judi bola. Wabak ini, melibatkan pertaruhan RM berbilion-bilion, kini melanda seluruh dunia, termasuk negara kita. Setiap kali bola ditendang, duit judi – termasuk yang tidak berlesen – berterbangan seperti dedaun di musim luruh.

Setakat awal minggu, tiga hari setelah sepak mula Euro 2012, polis sudah mengesan gelagat kaki judi di tempat kita. Judi bola paling awal dikesan di Pulau Pinang, apabila polis berjaya menumpaskan sindiket bookie yang mengaut pertaruhan RM100,000 bagi setiap perlawanan.

RM100,000 setiap perlawanan, bayangkan berapa banyak yang dikaut oleh tauke judi haram sepanjang musim ini yang menyaksikan berpuluh perlawanan.

Kalau satu malam, empat perlawanan, mereka dapat hampir RM setengah juta, jumlah yang diperoleh sepanjang musim ini tentulah berpuluh-puluh juta.

Pegawai Turus Bahagian KongsiGelap, Judi dan Maksiat Kontinjen Polis Pulau Pinang DSP Zailani Amit berkata dalam serbuan di sebuah kedai minuman pada pukul 7.45 malam itu, polis menahan tiga lelaki termasuk seorang warga emas. Mereka sedang menjalankan urus niaga haram menerusi Internet.

Siasatan di bawah Seksyen 6(3) (a) Akta Pertaruhan 1953, mendapati warga emas 75 tahun yang ditahan itu pernah terlibat dalam kesalahan sama semasa musim bola sepak Piala Dunia yang lepas.

Mungkin denda terlalu sedikit hanya RM20, dia tidak serik. Apalah RM20,000 beranding perolehan RM100,000 setiap perlawanan! Atau, apakah si tua itu dulu tidak dikenakan apa-apa tindakan?

Bola sepak, sebagai sukan paling popular, menjadi punca judi. Rekod menunjukkan sepanjang musim Piala Dunia dua tahun lalu PDRM telah melakukan sebanyak 270 serbuan judi bola sepak di seluruh negara. Dari jumlah tersebut sebanyak 151 serbuan memperoleh kejayaan. Jumlah keseluruhan pertaruhan lebih RM400 juta. Sepanjang tempoh Piala Dunia polis menahan 227 individu, termasuk 17 wanita dan beberapa orang kenamaan berstatus Datuk.

Pasti ramai lagi ditahan sepanjang Euro 2012. Tetapi tahan sahaja tidak cukup. Tauke dan penjudi haram itu mesti dihukum. Sekiranya denda RM tidak berkesan, sumbatkan mereka ke penjara




  • jangan marah daaa

28 Mac, 2012

Cikgu ni kerjanya senang dan cuti banyak .. tak caya tengok ni!

Dipetik dari seorang rakan:

  1. Kerja cikgu ni senang jer.
  2. Kerja sikit. Cuti banyak.

"HANYA ORANG YG TAK TAHU MENILAI PROFESSION PERGURUAN SHJ YANG BERKATA DEMIKIAN. KERJA CIKGU NI BUKANNYA MUDAH SEPERTI YANG DI GEMBAR GEMBURKAN!!"

  • Time pertandingan bola.. cikgu jd REFEREE..
  • Time budak nak bertanding apa2 acara... cikgu jd JURULATIH
  • Time aktiviti KH.. cikgu jd PETANI..
  • Time kutip yuran.. cikgu jd AKAUNTAN..
  • Time RMT.. cikgu jd PELAYAN..
  • Time budak sakit.. cikgu jd DOKTOR..
  • Time ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR..
  • Time hias kelas.. cikgu jd PELUKIS SENI..
  • Time persembahan hari guru.. cikgu jd KOMPOSER..
  • Time baiki kerusi rosak.. cikgu jd TUKANG KAYU..
  • Time budak muntah/berak dlm kelas.. cikgu jd TUKANG CUCI..
  • Time budak mencuri.. cikgu jd DETEKTIF..
  • Time budak wat persembahan... cikgu jd PHOTOGRAPHER
  • Time perkhemahan.. cikgu jd TENTERA..
  • Time hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM..
  • Time hari Guru... cikgu jd PENYANYI..
  • Time gotong royong sekolah... cikgu jd TUKANG KEBUN
  • Time masuk waktu solat.. cikgu jd TOK IMAM..
  • Time parent amek lambat... cikgu jd BABY SITTER..
  • Time budak bergaduh.. cikgu jd HAKIM MAHKAMAH..
  • Time budak sakit kecemasan.. cikgu jd PEMANDU AMBULANS..
  • Time merentas desa.. cikgu jd POLIS TRAFIK..
  • Time budak sedih.. cikgu jd PELAWAK..
  • Time result bagus, cikgu dipuji. Time jatuh, cikgu tak reti ngajar.
  • Time audit sampai, cikgu jadi penjaga store
  • Time budak tak ada duit nak makan, cikgu pula jadi mak ayah
  • Time buat tuisyen free, tak ada pun orang kisah
  • Time cikgu balik lewat petang untuk koko, tak ada pun orang kisah
  • Kalau korang ada lagi, sila tambah kat komen

*Orang kata kalau dah macam tu, kenapa pilih cikgu sebagai kerjaya? Sebab nak didik anak bangsa, tapi janganlah pula dipelekeh dan tidak dihargai. Bukan nak sokong malah hentam lagi.
* fahamkan pekerjaan sebagai guru ni? dialah segala-galanya !!

I Love My Teacher :)


  • sila ... sila nasi tambah hehehehhehe

12 Februari, 2012

Celik dan kaya

Agaknya jika aku celik dan kaya, kepala aku tak akan dipijak lagi. Itu hanyalah satu kemungkinan ... bukan satu jaminan.

"nasi lauk apa hari ini?"

"daging rusa ada .. udang galah ada .. ketam ada ..awak nak apa?" sambil ketawa

"eh sedapnya .. saya nak rasa udang galah lah .."

Tetapi orang lain yang mendengar menyampuk, mana ada udang galah .. ha?! Habis apabila dijawab daging rusa, udang galah dan ketam tu apa? Bergurau untuk mempersendakan orang buta seperti aku?

Itu sekeping lembaran dari rentetan hidup sebagai orang buta. Bergurau tak bertempat. Mana nilai kemanusiaan? OK sekali dua tak apa .. tapi kalau berpanjangan maknanya MENGHINA!

Alangkah indahnya jika aku orang celik ...

  • lontarkan komentar anda dengan menggunakan ID facebook

16 Januari, 2012

Cinta Muka Bulu

Apabila lagu cinta muka buku nyanyian Najwa Latif menjadi modal lawak.



BOBOY merupakan peserta yang mendapat tempat kedua dalam rancangan Maharaja Lawak Mega (ASTRO). Tempat pertama disandang oleh otai lama, Mr OS dan ABUN (OSBUN)

Dan ini pula versi penuh lagu cinta muka bulu

Lawak? Sedih? Marah?


  • lontarkan komentar anda dengan menggunakan ID facebook

01 Januari, 2012

Cinta itu kejam

Tertarik dengan dialog dalam filem Ombak Rindu


cinta itu tidak kejam, tapi manusia yang tidak pandai menghargainya..


Mungkin satu ketika.. satu detik ... insan itu lebih dihargai apabila dia sudah tiada.

Mungkin ketika itu menyedari betapa pentingnya dia dalam hidupnya.

Dan ketika itu jua, segalanya sudah terlambat.




  • lontarkan pandangan anda dengan menggunakan akaun facebook

25 November, 2011

Berdiri bulu romaku

Layan lagu pop dangdut pula petang ni... jangan mare.. kalau suka klik like kat bawah tu yer..

(butang papar untuk tonton video klip)








Tak puas lagi??? Ini satu lagi "demi cinta"







  • haha anda ada komen? Gunakan ID facebook anda.

03 November, 2011

Seluar dalam dilelong RM47,019

Ha.. macam-macam dunia ni, selagi bernama manusia, selagi itulah macam-macam benda pelik yang dibuat.

Ini cerita di luar negara yang membabitkan orang kenamaan. Seluar dalam siapa lagi kalau bukan seluar dalam Ratu Victoria (Britain) yang dibeli oleh seorang pembida misteri.

Harganya bukan kecil malah menurut petikan akhbar tiga kali ganda seperti yang disasarkan. Nak tahu cerita lanjut, sila klik butang papar di bawah:






LONDON - Seluar dalam berwarna putih yang pernah dipakai oleh Ratu Victoria (gambar kecil) dari Britain dijual pada harga £9,375 (RM47,019) dalam satu lelongan di Edinburgh kelmarin.

Harga jualan itu lebih tiga kali ganda daripada jangkaan asal.

Seorang pembeli rahsia membeli seluar tersebut dalam lelongan barang yang terdapat di dalam Rumah Lama Battersea, London.

Rumah Lama Battersea itu merupakan kediaman keluarga Forbes yang terlibat dalam bidang perniagaan penerbitan.

Ratu Victoria memerintah dari 20 Jun 1837 hingga 22 Januari 1901.

Pemerintah Britain itu berkahwin dengan sepupunya, Putera Albert pada 1840. - Agensi


Rencana Utama!»

Korban masa dan tenaga untuk negara



Korban masa dan tenaga untuk negara
Kecelaruan pasaran hartanah di Vietnam

dipetik dari kosmo online


Saya pun tak berapa nak faham, apa sebab dia beli seluar dalam tu? Jangan-jangan "sex maniac". hohohoho. Kalau macam tu siapa nak beli seluar dalam saya?



  • komen anda menggunakan ID facebook

16 Oktober, 2011

Penjual VCD haram vs Penjual tisu si buta

Tersebutlah alkisah disebuah negara yang bernama Malaysia, terdapat dua senario

Senario pertama;

"Encik mau cerita baru, melayu ada, english ada, cerita hantu pun ada". Itu ketika saya sedang menjamu selera di sebuah kedai makan di Kuala Lumpur.

"Tak apa, saya tidak mahu" jawab saya. Sekarang ni boleh download cerita dalam internet bisik hati kecil saya. Biasanya harga VCD/DVD sekitar RM8 ke RM10 sekeping.

Lantas si penjual tadi beralih ke meja sebelah. Ayat yang sama juga diucapkan oleh peniaga tersebut. Maka berlaku proses tawar menawar dan urusniaga pembelian.

(klik butang papar di bawah untuk terus membaca)




Senario 2;

"Encik, derma ikh las untuk orang buta"

Seorang penjual tisu buta yang diiringi oleh "pembantu" terpacak disebelah meja saya. Saya tunaikan apa yang patut. Saya rasa memang orang tu buta. Sebabnya, saya pun buta. Tongkat yang ada di sisi dilipat tidak dilihatnya atau sememangnya dia memang tidak nampak. Sebungkus tisu diterima sebagai balasan.

Lantas beralih ke meja sebelah tadi. Ayat yang sama juga diucapkan.

"hey, korang ni tak ada kerja lain ke?" bentak orang di meja sebelah. dan bla bla bla ...

Itu sebahagian lumrah kehidupan di dunia sementara.

Penjual VCD yang sudah tentu haram tidak pula dimarahnya, malah si penjual tisu buta yang mengharap belas ehsan untuk meneruskan sisa hidup pula menjadi mangsa.

Benar dulu kecoh senatario dunia, penjual tisu banyak yang kaya raya. Bukti dan bilangan tidak pula dinyatakan. Tak semua begitu. Bantuan yang diterima kurang RM300. Apalah daya untuk meneruskan hidup dengan cara lain.

Masyarakat pula sebahagiannya memandang hina pada penjula tisu buta tetapi tidak pula kepada penjual VCD haram! Jantgan salah faham, tidak semua masyarakat begitu,mungkin sebahagian, mungkin segelintir.

Anda pula macam mana?



  • gunakan ID facebook anda dalam memberi ulasan

+
Copyright © dunia rasasayang ®