30 Disember, 2010

SIAPA PENULIS?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

satu ketika dulu saya pernah melihat dunia, satu ketika dulu saya pernah melihat birunya laut, satu ketika dulu saya pernah melihat indahnya awan. kini...

duniaku gelap, namun semangatku tidak pernah luntur. di sini... saya menulis, saya menjana minda agar diriku terus berguna kepada semua..

Saya seorang cacat penglihatan penuh sejak tahun 2006. Sebelum itu menghidap penyakit glaukoma conginental sejak dari lahir.

Mempunyai sedikit pengetahuan dalam dunia komputer dan menggunakan perisian pembaca skrin (screen reader ) yang dikenali sebagai JAWS.


Dengan kemudahan teknologi, saya boleh mengendalikan komputer tanpa bantuan orang lain. Membaca akhbar online,email, menulis blog dan mendengar muzik.

di sini saya menulis menghibur hati, di sini saya menulis berkongsi rasa, agar kita menjadi satu.

Untuk membaca kisah hidupku, boleh melayari pautan berikut:


Terima kasih kerana memberi sokongan kepada saya. Sekiranya terdapat sebarang keterlanjuran dalam menyusun kata, saya memohon ampun dan maaf seadanya.

wassalam..
Copyright © dunia rasasayang ®