Memaparkan catatan dengan label ADUAN PENGGUNA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ADUAN PENGGUNA. Papar semua catatan

17 Mei, 2018

Unifi Mobile 'unlimeted' indah khabar dari rupa?

Mencari telco yang menawarkan pakej yang murah dan sepastinya mempunyai kelajuan yang tinggi menjadi keutamaan saya. Saya juga pasti anda para pembaca juga memerlukan pakej demikian. Sebelum ini saya mengunakan Celcom First Gold dengan plan unlimeted call / SMS dan 20 GB data. Harga langganan saya adalah sebanyak RM79 sebulan tidak termasuk GST!

  • saya benci pada agihan kuota yang ditawarkan oleh celcom. 10 GB pada hari biasa dan 2.5GB pada hari Sabtu dan Ahad. Kenapa perlu agih kuota seperti itu?

Kemudian saya mencuba unifi mobile pakej JASA untuk para guru. Unlimeted data, unlimeted call dan unlimeted SMS pada harga RM59 tidak termasuk GST! Memang nampak menarik tetapi ...

  • Unifi mobile hanya menyewa Celcom 3G tidak Celcom 4G! Kesannya kelajuan internet dengan celcom 3G hanya dibawah 1MBPs. Tersangat pperlahan.
  • Pencawang 4G unifi tidak banyak dan menyeluruh. Masih dikatakan dalam tempoh permulaan agaknya
  • Jika berada di kawasan unifi 4G dengan mengunakan pencawang unifi sendiri, kelajuan internet tidak boleh mengatasi kelajuan telco besar lain. Hanya sekitar 3MBPS - 4MBPS.
  • Alasan yang diberikan oleh pihak Unifi, bergantung kepada jumlah pengguna dan jenis peranti yang digunakan. Isunya kenapa kalau saya pakai telefon yang sama, dan berada di tempat yang sama, Celcom boleh dapat 30MBPS - 40 MBPS tetapi kalau pakai Unifi mobile hanya di bawah 4 MBPS?
  • Melalui aplikasi speedtest seperti berikut. Titiwangsa KL = 10MPBS. Brickfield = 3.8 MBPS, Highway PLUS bawah 3MBPS. Perlis di tempat 3G bawah 1MBPS begitu juga dengan Pahang. Ada juga tempat yang tidak dapat akses internet sedangkan rangkaian lain cukup laju!!
  • Memang sangat menyakitkan. Unifi melalui TM sebuah syarikat yang besar dan terulung. Tidak sepatutnya mereka mengamalkan konsep bayar dulu baru kami sedia pencawang 4G yang lebih banyak! Lagipun kenapa capaian internet Unifi sangat perlahan walaupun berada di kawasan liputan 4g unifi?
  • Hotspot? bagi pengguna prepaid mahupun plan biasa anda, perlu
    bayar lebih jika mahu menggunakannya. Bagi plan JASA, 10 GB hotspot percuma ditawarkan setiap bulan tetapi dengan syarat mesti ada liputan 4g unifi di tempat tersebut. kelakar kan?

Kesimuplannya, unlimeted segala-galanya tidak menjanjikan 'syurga internet' buat pengguna Unifi Mobile setakat ini. Mungkin pendapatan yang diterima hari ini adalah pelaburan / modal untuk unifi terus membina pencawang 4G mereka.

Sebagai pengguna, kami mengharapkan unifi tidak keterbelakang dalam penawaran kelajuan internet untuk para penggunanya.

Berapa lama lagi kami perlu tunggu untuk unifi lebih laju dan menyeluruh capaian 4G? Kita dah dengar ura-ura 5G akan mula digunakan. Unifi masih 3G???

Mungkin anda tidak bersetuju dengan pendapat saya.

02 Mei, 2014

Rakaman perbualan penipuan kad debit Maybank

Dulu saya pernah menulis mengenai sindiket penipuan kad debit / kredit melalui telefon. Bagi yang terlepas tulisan saya boleh rujuk

sini

dan

sini

Kita sangat beruntung kali ini kerana telah diberi salinan rakaman perbualan penipuan melalui telefon. Sebelum itu saya nak ucapkan terima kasih kepada sahabat yang telah mengirimkan rakaman perbulan tersebut melalui email.

Jom dengarkan audio berkenaan:

*bagi pengguna cacat penglihatan sila tekan butang 1 untuk play / stop audio.





** bagi pengguna android boleh cuba play audio melalui pilihan berikut:









Perhatikan kepada babak terakhir dalam perbualan ini setelah si penipu kantoi .. hehehehehe


OK tolong sebarkan agar tidak ramai yang menjadi mangsa.

18 April, 2014

Apabila melayu berniaga

KETIKA mula sampai di kedai A, dan ketika itu sudah masuk waktu makan tengahari maka dialog ini berlaku

“nasi ada?”

“eh tunggu sekejap ye, nasi tengah masak, tadi gas habis”

Situasi kedua pula mencetuskan dialog begini di kedai B pada hari yang berlainan

“air ini tak manis, boleh tambahkan sedikit susu?”

“Eh .. tadi saya buat dah manis dah” jawab peniaga kedai B

“ haaa…..?” ternganga

Dan seterusnya di kedai C pula pada hari yang juga berbeza

“kira semua ni ..”

“nasi lemak dan air semuanya RM6.00” jawab peniaga C

“err tolong kira sekali 4 keping roti canai tu ya”

“semuanya berjumlah RM10” jawab peniaga C

“berapa sekeping harga roti canai ni ..?”

“Sekeping RM0.80” jawab peniaga C

“80 sen kali empat bukan RM3.20 ..?”

“ .. dan RM6.00 tambah RM3.20 bukan ke sama dengan RM9.20”

“errr…. Erm .. saya salah kira la tu” jawab peniaga C

ADA pembaca yang nak nasi tambah ..”?

Bersambung ya ..


28 Mac, 2014

Cinta berahi dengan 'private Number' 2.0

bersambung dari kisah
Cinta berahi dengan private Number

... saya terpinga - pinga, rasanya belum cukup puas untuk bercana berahi dengan si gadis private number. Sesudahnya dia meletakkan telefon begitu sahaja.

Saya menanti detik demi detik, apakah si gadis bersuara lunak dan menghairahkan akan mencari saya kembali. Tak tahan rasanya menanggung ridnu berahi yang mula naik ke kepala.

Sudahnya saya hampa sendiri, bagai pungguk rindukan bulan. Si gadis bersuara seksi tidak juga muncul - muncul.

Dalam saya termenung sendirian, saya teringatkan orang ketiga.

"ah .. apakah aku akan berlaku curang kali ini.." jerit batinku sendirian

"Aku perlu menghubungi dia, agar berahiku akan sampai kepenghujungnya .."

Lantas saya mendail nombor si gadis jelita. Pedulikan apa jua tangapan pembaca kisah ini tentang saya, biar mereka kata saya terus bermain kayu tiga!

"Hello, saya miss xxx dari pusat panggilan servis CELCOM, apa yang saya boleh bantu Encik Azhar?" suara lunak nan manja berkemundang di dalam corong telefon.

Saya tersentak seketika, aduhai manjanya suara dia. Hilang seketika cinta berahi saya pada si gadis private number.

"saya Azhar, ingin membuat pertanyaan mengenai private number .."

"ya encik, kenapa dengan private number ..? si gadis manja terus menggoda. Bagai penari - penari lemah lembut yang memperagakan lenggok badan.

Saya menarik nafas dalam - dalam, cuba mengawal emosi agar rasa gemuruh dengan si gadis manja tidak tersasar.

"err .. Baru sebentar tadi saya terima satu panggilan dari private number, dia mengatakan dia dari pusat khidmat pelanggan Maybank Kuala Lumpur"

Si gadis manja mendengar dengan penuh setia, setia seorang kekasih yang sentiasa berada di sebelah kekasihnya ditika susah dan senang. Alangkah bahagianya.

" .. saya mengsyaki bahawa itu adalah sindiket penipuan" Saya bercerita agar lepas semua rindu dendam dengan si gadis manja.

" .. jadi boleh saya tahu, jika pihak CELCOM boleh membantu saya menjejaki number private tersebut?" Tanyaku penuh harapan.

Harapan yang menggunung seperti pertama kali menyunting bunga di taman. APakah si gadis manja setuju atau tidak untuk dijadikan permaisuri hidup?

"errr .. emmm ... saya rasa pihak kami tidak dapat membantu Encik Azhar, kami tidak boleh mengesan 'private number" Jawab si gadis manja dengan penuh hati - hati.

Saya tersentak seketika dengan jawapan itu. Bagai bumbung langit menghempap kepala.

"saya bercadang untuk membuat laporan polis jika pihak CELCOM dapat memberi jawapan kepada pertanyaan saya, boleh cik rujuk kepada supervisor encik?" pintaku lagi dengan penuh harapan.

"erm .. errr Encik Azhar tunggu sebentar di talian .."

Lantas bunyi alunan muzik merdu lagi romantis berkemundang menyejukkan dan mendamaikan gelora asmara. Saya berkhayal sendirian.

"Hello Encik Azhar, saya dah bertanya dengan supervisor saya, memang pihak kami tidak dapat menjejak private number tersebut, .. maafkan kami" jawab si gadis manja lembut.

Saya mengeluh hampa.

"erm.. tak apalah cik, terima kasih atas maklumat" jawabku hampa.

Sekarang saya rasa begitu hampa, ibarat pinangan yang ditolak si gadis manja. Rasa berkecai hati ibarat kaca yang terhempas ke lantai. Hancur berkeping - keping.

Saya tertanya sendirian, apakah pihak SKMM dan pihak berkuasa sedar akan perkara ini?

Apakah mereka tahu akan 'private number' yang boleh mengundang banyak bahaya di luar sana?

Saya berkira - kira sendiri dalam hati, ingin saya katakan pada pihak berkuasa, Hapuskan sistem private number.

Demikianlah kisah nyata cinta berahi antara saya dengan private number dan si gadis manja CELCOM. Sekarang saya ingin bercinta berahi dengan kalian pula .. mulakan bicara...


22 Mac, 2014

Cinta berahi dengan private Number

Memang, memang sudah gila bayang, mabuk kepayang dengan 'private number' yang saya dapat semalam. Kira - kira jam 11.18 pagi, 21 Mac 2014, satu panggilan saya terima dari seseorang yang menggunakan 'private number'

Sungguh lunak dan merdu suara di seberang sana.. aduhai sesungguhnya saya sudah mabuk kepayang!

"Hello.. ini Encik Azhar ke?" dengan menyebut nama penuh saya.

"Ya, saya" jawab saya ringkas.

"Saya dari Customer Service Maybank Kuala Lumpur" jelas si suara lunak itu lagi.

"Ya, boleh saya tolong?" saya mula ghairah dan gatal untuk tahu lebih lanjut.

"Kami sedang membuat system maintanance kad ATM, kami perlu pengesahan dari owner" jelas si suara seksi di hujung sana.

"Jadi boleh encik bacakan tarik expired date pada kad belakang kad tersebut?" pinta si suara lunak dengan penuh menggoda. Ibarat isteri yang sedang merayu - rayu.

zaps ... jantung bagai ingin tercabut,dahi mula berpeluh, tetiba darah semakin naik.

"sekejap ye, siapa nama awak?"

"Mengapa Maybank tak hantar surat makluman atau sms supaya mengemaskini maklumat di cawangan bank berhampiran?" tanya saya penuh bernafsu.

Tut, tut, tut, tut, tut, ... Tetiba talian terus dimatikan.

Hah! Ini makhluk apa pula yang ingin membuat penipuan dengan menggunakan private number ..

bersambung dengan si gadis cantik dari CELCOM.



12 Disember, 2012

Masalah talian telefon bimbit terputus ketika bercakap semakin teruk - kajian

Sebelum ini saya ada menulis mengenai Telco kenyang , sebab pengguna pemurah!, daninilah puncanya syarikat telekomunikasi negara untung berlipat kali ganda.

Hari ini dalam utusan, ada lagi berita tentang syarikat telekomunikasi. Kali ini gangguan atau masalah talian selalu terputus. Memang menyakitkan kerana sistem yang digunapakai adalah sistem blok mengikut minit dan saat. Sebagai contoh, jika kita melanggan pakej X2 Celcom, 28 sen untuk 10 minit, namun jika bercakap 2 minit tetiba putus dan caj tetap 28 sen.Kemudian dail lagi, cakap 5 minit tetap 28 sen. Sedangkan yang dijanji 28 sen untuk sepuluh minit. Namun saya bukanlah arif benar dengan sistem ini, sila rujuk syarikat telco masing-masing.

Malah menurut laporan akhbar utusan online hari ini, dalam tempoh 10 - 15 minit bercakap purata talian putus antara 5 hingga 6 kali.

Apa sebenarnya berlaku kita kurang arif, hanya yang tahu pengurusan syarikat telekomunikasi. Masalah teknikal yang sudah bertahun - tahun gagal di atasi atau memang ada agenda tersembunyi.

-klik butang papar untuk meneruskan bacaan-




KUALA LUMPUR 11 Dis. - Masalah talian telefon mudah alih yang tiba-tiba terputus atau dropped calls semakin teruk di negara ini apabila satu kajian mendapati dalam tempoh sebulan sahaja ratusan pengguna merungut mengenai masalah itu.

Perkara itu didedahkan oleh Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) yang membuat kajian rawak baru-baru ini berikutan masalah talian tiba-tiba terputus masih gagal diatasi oleh syarikat telekomunikasi tempatan.

Presidennya, Shafie BP Mammal berkata, walaupun masalah itu telah berlaku sejak beberapa tahun lalu tetapi sehingga kini belum ada langkah berkesan dibuat untuk mengatasinya.

''Malah semakin teruk, dalam tempoh 10 hingga 15 minit kita bercakap melalui telefon, talian boleh terputus sehingga lima atau enam kali.

sumber utusan online




copy URL ini dan share di fb anda ..




  • berapa kerap anda mengalami gangguan talian terputus?



08 Disember, 2010

Penipuan kad kredit semakin profesional

Taktik lama:

Telefon pengguna dan minta maklumat peribadi pengguna melalui pujukan dan pembelian barangan.

Kini muncul taktik baru. Jom baca:



===============

BATU PAHAT - Polis mengesan kegiatan satu sindiket yang licik menyamar pegawai Bank Negara atau Bukit Aman untuk menipu pemegang kad kredit.
Sindiket itu dipercayai melakukan kegiatan itu dengan kemahiran memintas talian telefon antara mangsa dengan kedua-dua agensi itu sehingga membabitkan kerugian RM40,000.
Mereka dikatakan penjenayah profesional kerana taktik sedemikian dikesan pertama kali digunakan di sini. Setakat ini polis masih belum mengenal pasti sindiket itu.
Modus operandi sindiket tersebut ialah mereka akan menghubungi pemilik kad kredit secara rambang sebelum memberitahu perbelanjaan mereka telah melebihi had ketika melancong di luar negara.
Sindiket tersebut akan menggunakan bahasa yang sering dipakai oleh mangsa ketika membuat panggilan tersebut.
Mangsa yang tidak berpuas hati kerana menyangka kad kredit mereka telah digunakan oleh pihak lain kemudian akan dinasihatkan untuk menghubungi polis Bukit Aman, Bank Negara atau bank yang menguruskan kad kredit mereka.
Apa yang mengejutkan, nombor yang diberi adalah sama dengan yang dimiliki oleh agensi-agensi tersebut.
Pada masa itulah, menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd. Aris, sindiket itu akan memintas panggilan yang dibuat mangsa dan menyamar sebagai pegawai polis atau Bank Negara. Mereka berpura-pura bersedia membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

===============

sumber klik sini


09 November, 2010

Aduan ke atas kecuaian bank




      • Rekod BNM memperlihatkan jumlah aduan dan pertanyaan pada tahun 2008 berjumlah 133,439 sebelum meningkat mendadak sebanyak 90.2 peratus kepada 253,801 pada tahun 2009
  • Bermula dari Januari hingga Mei tahun 2010, sebanyak 117,554 pertanyaan serta aduan telah dicatatkan, meningkat berbanding 103,222 bagi tempoh yang sama.
Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat BNM, Abu Hassan Alshari Yahaya berkata, antara aduan yang diterima ialah berkaitan kesukaran mendapat pembiayaan, penstrukturan dan penjadualan pinjaman, penipuan dan pengeluaran wang tanpa kebenaran, yuran dan caj, tidak puas hati dengan tawaran dan penyelesaian serta tingkah laku ejen.

petikan kosmo online

Jika dilihat dari laporan di atas, saya yakin, ramai yang pernah menghadapi masalah dengan bank. Saya sendiri pernah beberapa kali menghadapi masalah dengan bank. Terbaru, penipuan yang dilakukan oleh pihak bank ke atas diri saya.

Kisahnya, saya telah membuat "full settlement" dengan sebuah bank X. Saya menggunakan bank Y untuk menjelaskan pinjaman di bank X. 

Bank Y telah menghantar cek penjelasan sebelum hujung bulan pada bulan tersebut. Namun bank X memaklumkan kepada saya bahawa cek bank Y tidak sampai pada atau sebelum hujung bulan.

Implikasi dari itu, saya diminta menambah sejumlah wang untuk menutup akaun pinjaman di bank X tersebut. Ini sudah tentu penambahan kos kepada saya.

Saya tiada pilihan lain selain membayar dulu sejumlah wang untuk menutup terus akaun pinjaman tersebut. Saya akan membuat tindakan susulan selanjutnya selepas itu.

Saya tidak berpuashati dan menelefon bank Y untuk info lebih lanjut kenapa dan mengapa pihak bank Y menghantar lewat cek tersebut. Sedangkan tarikh lulus dan proses sudah selesai dari awal.

Pihak bank Y memberi maklumbalas dengan mengatakan mereka telah hantar sebelum tarikh yang ditetapkan. Mereka menyemak bukti pos yang diterima oleh bank X dan memberi satu salinan fax kepada saya.

Sah, bank X menerima cek tersebut sebelum hujung bulan tapi membuat helah cek tersebut sampai pada bulan berikutnya.

Saya sangat terkilan ke atas penipuan tersebut dan menulis sepucuk surat kepada bank X. Saya lampirkan bukti penerimaan pos oleh bank X dan setelah didesak untuk membawa perkara ini ke pihak yang lebih tinggi, pengurus bahagian pinjaman mengakui kesilapan yang dilakukan oleh anak buahnya.

Cek itu sampai pada hari Jumaat tengahari, Sabtu dan Ahad adalah hari cuti manakala hari Isnin pula adalah awal bulan berikutnya.

Sebenarnya cek itu telah diperap oleh "mat despatch" yang lewat membawa naik ke meja di bahagian pinjaman. Jadi bukan salah saya atau bank Y. Yang salah adalah pekerja bank X itu sendiri.

Kesilapan bank X adalah meletakkan kos ke atas saya sedangkan mereka sendiri yang melakukan kesilapan. Hasil dari rungutan saya, saya menerima kembali wang yang saya terpaksa bayar tetapi tidak menerima kos tuntutan bil telefon dan ganti rugi am. Lantas saya menutup sepenuhnya urusan dengan bank X tersebut.



Bagaimana anda boleh membuat aduan jika menghadapi masalah dengan pihak bank?


   1. rekod semua surat, bil, resit, masa panggilan dan nama mereka yang anda hubungi untuk menyelesaikan masalah ini.
   2. anda boleh menulis surat rasmi sebagai susulan kepada pihak bank. Buat satu salinan untuk diri anda.
   3. anda juga boleh mengemukakan aduan kepada pihak berikut:




Sekiranya maklumat ini berguna sila nyatakan sokongan melalui undian di bawah atau memberi sebarang komen, terima kasih.

Anda pernah ditindas oleh pihak bank?
Ya
Tidak

  
kembali ke laman utama
+
Copyright © dunia rasasayang ®