Memaparkan catatan dengan label TIPS KEWANGAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TIPS KEWANGAN. Papar semua catatan

02 Mei, 2012

Bicara Mufti - Hukum Saham dalam Islam



p/s: jika anda berminat untuk dapatkan +/- RM1K sebulan dengan saham emas, terbukti sehingga kini sila hubungi saya dengan menghantar email kepada saya. t.kasih


  • apa kata anda?

28 Februari, 2012

Perlukah kita beralih ke pelaburan emas?

Assalamualaikum ..

lama benar saya tidak menulis mengenai tips kewangan yang saya tahu serba sedikit. Dari pembacaan dan korek sana korek sini .. saya tertarik hati untuk berkongsi mengenai pelaburan emas. Memang .. rata-rata kini orang gila emas... tapi betulkah pelaburan emas menguntungkan?

Kita tengok dulu fakta mengenai emas 916 di Malaysia:

(sila klik papar untuk meneruskan bacaan)






  • Harga satu gram emas di Malaysia pada tahun 2000 adalah RM46.00
  • Harga pada tahun 2010 ialah RM143.00
  • Harga pada bulan Febuary 2012 (sekarang) ialah RM194.00

1. Andaikan saya membeli emas 916 seberat 10 gram pada tahun 2000. Kos penuh adalah sebanyak RM460 + RM 80 (kos upah rekabentuk) = RM540.


2. Kemudian saya ingin menjual harga emas tersebut pada tahun 2012 (sekarang). Maka saya akan dapat RM1940 hasil harga semasa.


3. Kemudian dari nilai semasa RM1940 saya tolak 15% yang selalu kedai emas ambil menjadikan RM1649. Tolak lagi kos upah terdahulu RM80 maka bersih ditangan ilah RM1569.


4. Peratus keuntungan dari tahun 2000 - 2012 ialah lebih kurang 236.73%. Dan purata keuntungan tahunan ialah lebih kurang 19.72%


5. Berdasarkan fakta yang saya kira (maaf jika tersilap) sudah tentu pelaburan emas menguntungkan.


6. Sudah seharusnya kita perlu beralih kepada pelaburan emas. Kita kena kaji balik pelaburan yang telah kita buat sekarang.


Tips:

1. Perlukah kita terus menerus melabur pada amanah saham?


2. Beli emas untuk anak anda sekarang dan jual pada umurnya 18 tahun. Menarik bukan?


3. Jika anda berminat untuk mengetahui saham emas, sila inbox saya.


p/s: saya bukan pakar ekonomi, sekadar berkongsi maklumat. Sila rujuk pakar untuk maklumat lbih lanjut.



  • lontarkan komentar anda dengan menggunakan ID facebook

24 Mei, 2011

TIPS: Dapatkan kembali lebihan wang insuran perlindungan pinjaman peribadi

Kita sedia maklum, bagi pinjaman peribadi, rata-rata bank mengenakan syarat atau mewajibkan kita mengambil perlindungan insuran ke atas pinjaman peribadi kita.


(baca lagi tips dengan menekan butang papar)





Ini antara lain adalah bertujuan melindungi kita, sekiranya berlaku kematian atau hilang keupayaan kekal disebabkan penyakit kritikal atau kemalangan maut keatas diri kita. Perlindungan 24 jam ini untuk memastikan keluarga kita TIDAK menanggung beban bayaran balik pinjaman tersebut.

Namun, dipertengahan tempoh pinjaman anda telah melangsaikan sepenuhnya hutang itu memlalui bayaran tunai atau membuat overlap di bank yang sama atau lain.

Bolehkah kita menuntut kembali baki perlindungan insuran terhadap pinjaman yang telah kita langsaikan tadi?

Mungkin rakan-rakan sudah maklum dan saya percaya ramai juga yang tidak tahu mengenai perkara ini. Jawapan untuk soalan tersebut adalah YA, kita berhak menuntut lebihan wang insuran tersebut.

Namun atas kurangnya ilmu maka ramai yang tidak menuntut lebihan wang tersebut. Seperkara yang dikesalkan adalah sikap kurangnya prihatin pihak bank dan pihak insuran (kebanyakkannya insuran islam) untuk membayar balik tanpa perlu dipohon oleh pemimjam.

Sebelum itu, sesetengah bank pada masa kini (tahun terbaru kebelakangan ini) akan membuat permohonan secara automatik ke atas syarikat insuran yang kita langgan. Kita akan menerima cek atau wang lebihan perlindungan insuran tersebut akan terus didepositkan ke dalam akaun bank kita.

Namun bagi kes yang tidak diproses secara automatik (mungkin sebelum tahun 2009 seperti kes saya), wang kita itu akan terperap di pihak insuran. (pihak insuran islam pula erm buat apa ye dengan duit tu?)

Apa yang kita perlu buat?

  • telefonlah bank di mana anda membuat pinjaman, bertanya mengenai perkara ini.
  • isi borang di bank atau buat surat dan faks kepada mereka
  • simpan semua surat menyurat yang anda buat untuk tujuan rekod
  • catit nama dan masa ketika anda berurusan dengan pegawai bank.
  • buat "follow up" untuk kes anda

Biasanya proses untuk kita mendapat balik lebihan wang tersebut dalam tempoh 90 hari dari tarikh kita membuat tuntutan.

Untuk rekod, pada masa kini (2011) Bank Rakyat, MBSB memproses secara automatik setelah pinjaman kita dilangsaikan. Mungkin bank-bank lain juga mengamalkan sistem yang sama yang tidak saya ketahui.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA BERHUBUNG DENGAN PANEL BANK ANDA.

*tulisan ini ditulis berdasarkan pengalaman, berikan kredit kepada saya jika ingin menampal di blog anda. Rakan-rakan juga digalakkan untuk berkongsi dengan pembaca lain dengan menekan share/like pada artikel ini.


17 Disember, 2010

TIPS ringkas tingkatkan simpanan

Hujung bulan je, kadang-kadang tak sempat hujung bulan dah kerut dahi sebab gaji dah habis. Ni kes naya. Lepas tu pinjam kekawan atau mak sedara.. eh tu pun kalau mak sedara bagi hehehehe

Penah tak kita fikir kekadang cara kita menabung tu salah? Kita menabung selepas belanja. Kalau dah zero kocek, macam mana nak menabung, betoi tak?

Cubalah cara ini pulak. Mana tau lepas ni mak sedara korang pulak yang datang pinjam :)



 
A. TERDAPAT 4 LANGKAH DALAM MEMBUAT PERANCANGAN KEWANGAN ANDA. 
     
  1. TETAPKAN MATLAMAT
  2. KEMANA ALIRAN RM ANDA
  3. BUAT PENILAIAN MENGENAI CARA ANDA BERBELANJA
  4. BINA PELAN BELANJAWAN
 

1. Matlamat kewangan anda - Apa yang anda akan lakukan dengan wang anda. Dengan menetapkan matlamat kewangan , akan menjadikan anda berbelanja dan menyimpan dengan betul agar matlamat tercapai. Ada 3 tempoh perancangan ini iaitu, Jangkapendek,sederhana dan panjang.

2 & 3. Anda perlu tahu kemana anda telah membelanjakan wang anda. Mudah aje, tulis dan rekodkan setiap perbelanjaan yang anda keluarkan , dlm 8 minggu katakan. Bukan utk hadkan perbelanjaan tetapi untuk memantau perbelanjaan. Dari situ anda akan tahu , apakah perbelanjaan itu perlu atau tidak.

4. Selesai aja semua di atas, anda sudah boleh membuat perancangan belanjawan dengan teratur dan seminima mungkin.
 
 

B. Tiada waktu dan ketika yang sesuai untuk menyimpan.

  1. Lagi awal menyimpan, lagi banyak jumlah disimpan.
  2. Simpanlah sekurangnya 10% dari pendapatan anda SEBELUM berbelanja.
  3. Tingkatkan simpanan anda setiap kali menerima peningkatan dalam pendapatan.
  4. Simpanlah di dalam Unit Amanah atau pelaburan yang sah
  5. Pulangan yang tinggi untuk jangkapanjang - SIMPANAN anda akan Bertambah.
PRAKTIKKAN INI :-
 
PENDAPATAN - SIMPANAN / PELABURAN = PERBELANJAAN 

BUKANNYA

PENDAPATAN - PERBELANJAAN = SIMPANAN / PELABURAN
 
Dengan melakukan ini - anda PASTI mempunyai simpanan dari pendapatan anda setiap bulan. TAK PERCAYA?????? CUBA LAH.
 



08 Disember, 2010

Penipuan kad kredit semakin profesional

Taktik lama:

Telefon pengguna dan minta maklumat peribadi pengguna melalui pujukan dan pembelian barangan.

Kini muncul taktik baru. Jom baca:



===============

BATU PAHAT - Polis mengesan kegiatan satu sindiket yang licik menyamar pegawai Bank Negara atau Bukit Aman untuk menipu pemegang kad kredit.
Sindiket itu dipercayai melakukan kegiatan itu dengan kemahiran memintas talian telefon antara mangsa dengan kedua-dua agensi itu sehingga membabitkan kerugian RM40,000.
Mereka dikatakan penjenayah profesional kerana taktik sedemikian dikesan pertama kali digunakan di sini. Setakat ini polis masih belum mengenal pasti sindiket itu.
Modus operandi sindiket tersebut ialah mereka akan menghubungi pemilik kad kredit secara rambang sebelum memberitahu perbelanjaan mereka telah melebihi had ketika melancong di luar negara.
Sindiket tersebut akan menggunakan bahasa yang sering dipakai oleh mangsa ketika membuat panggilan tersebut.
Mangsa yang tidak berpuas hati kerana menyangka kad kredit mereka telah digunakan oleh pihak lain kemudian akan dinasihatkan untuk menghubungi polis Bukit Aman, Bank Negara atau bank yang menguruskan kad kredit mereka.
Apa yang mengejutkan, nombor yang diberi adalah sama dengan yang dimiliki oleh agensi-agensi tersebut.
Pada masa itulah, menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd. Aris, sindiket itu akan memintas panggilan yang dibuat mangsa dan menyamar sebagai pegawai polis atau Bank Negara. Mereka berpura-pura bersedia membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

===============

sumber klik sini


09 November, 2010

Aduan ke atas kecuaian bank




      • Rekod BNM memperlihatkan jumlah aduan dan pertanyaan pada tahun 2008 berjumlah 133,439 sebelum meningkat mendadak sebanyak 90.2 peratus kepada 253,801 pada tahun 2009
  • Bermula dari Januari hingga Mei tahun 2010, sebanyak 117,554 pertanyaan serta aduan telah dicatatkan, meningkat berbanding 103,222 bagi tempoh yang sama.
Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat BNM, Abu Hassan Alshari Yahaya berkata, antara aduan yang diterima ialah berkaitan kesukaran mendapat pembiayaan, penstrukturan dan penjadualan pinjaman, penipuan dan pengeluaran wang tanpa kebenaran, yuran dan caj, tidak puas hati dengan tawaran dan penyelesaian serta tingkah laku ejen.

petikan kosmo online

Jika dilihat dari laporan di atas, saya yakin, ramai yang pernah menghadapi masalah dengan bank. Saya sendiri pernah beberapa kali menghadapi masalah dengan bank. Terbaru, penipuan yang dilakukan oleh pihak bank ke atas diri saya.

Kisahnya, saya telah membuat "full settlement" dengan sebuah bank X. Saya menggunakan bank Y untuk menjelaskan pinjaman di bank X. 

Bank Y telah menghantar cek penjelasan sebelum hujung bulan pada bulan tersebut. Namun bank X memaklumkan kepada saya bahawa cek bank Y tidak sampai pada atau sebelum hujung bulan.

Implikasi dari itu, saya diminta menambah sejumlah wang untuk menutup akaun pinjaman di bank X tersebut. Ini sudah tentu penambahan kos kepada saya.

Saya tiada pilihan lain selain membayar dulu sejumlah wang untuk menutup terus akaun pinjaman tersebut. Saya akan membuat tindakan susulan selanjutnya selepas itu.

Saya tidak berpuashati dan menelefon bank Y untuk info lebih lanjut kenapa dan mengapa pihak bank Y menghantar lewat cek tersebut. Sedangkan tarikh lulus dan proses sudah selesai dari awal.

Pihak bank Y memberi maklumbalas dengan mengatakan mereka telah hantar sebelum tarikh yang ditetapkan. Mereka menyemak bukti pos yang diterima oleh bank X dan memberi satu salinan fax kepada saya.

Sah, bank X menerima cek tersebut sebelum hujung bulan tapi membuat helah cek tersebut sampai pada bulan berikutnya.

Saya sangat terkilan ke atas penipuan tersebut dan menulis sepucuk surat kepada bank X. Saya lampirkan bukti penerimaan pos oleh bank X dan setelah didesak untuk membawa perkara ini ke pihak yang lebih tinggi, pengurus bahagian pinjaman mengakui kesilapan yang dilakukan oleh anak buahnya.

Cek itu sampai pada hari Jumaat tengahari, Sabtu dan Ahad adalah hari cuti manakala hari Isnin pula adalah awal bulan berikutnya.

Sebenarnya cek itu telah diperap oleh "mat despatch" yang lewat membawa naik ke meja di bahagian pinjaman. Jadi bukan salah saya atau bank Y. Yang salah adalah pekerja bank X itu sendiri.

Kesilapan bank X adalah meletakkan kos ke atas saya sedangkan mereka sendiri yang melakukan kesilapan. Hasil dari rungutan saya, saya menerima kembali wang yang saya terpaksa bayar tetapi tidak menerima kos tuntutan bil telefon dan ganti rugi am. Lantas saya menutup sepenuhnya urusan dengan bank X tersebut.



Bagaimana anda boleh membuat aduan jika menghadapi masalah dengan pihak bank?


   1. rekod semua surat, bil, resit, masa panggilan dan nama mereka yang anda hubungi untuk menyelesaikan masalah ini.
   2. anda boleh menulis surat rasmi sebagai susulan kepada pihak bank. Buat satu salinan untuk diri anda.
   3. anda juga boleh mengemukakan aduan kepada pihak berikut:




Sekiranya maklumat ini berguna sila nyatakan sokongan melalui undian di bawah atau memberi sebarang komen, terima kasih.

Anda pernah ditindas oleh pihak bank?
Ya
Tidak

  
kembali ke laman utama
+
Copyright © dunia rasasayang ®