24 Mei, 2011

TIPS: Dapatkan kembali lebihan wang insuran perlindungan pinjaman peribadi

Kita sedia maklum, bagi pinjaman peribadi, rata-rata bank mengenakan syarat atau mewajibkan kita mengambil perlindungan insuran ke atas pinjaman peribadi kita.


(baca lagi tips dengan menekan butang papar)





Ini antara lain adalah bertujuan melindungi kita, sekiranya berlaku kematian atau hilang keupayaan kekal disebabkan penyakit kritikal atau kemalangan maut keatas diri kita. Perlindungan 24 jam ini untuk memastikan keluarga kita TIDAK menanggung beban bayaran balik pinjaman tersebut.

Namun, dipertengahan tempoh pinjaman anda telah melangsaikan sepenuhnya hutang itu memlalui bayaran tunai atau membuat overlap di bank yang sama atau lain.

Bolehkah kita menuntut kembali baki perlindungan insuran terhadap pinjaman yang telah kita langsaikan tadi?

Mungkin rakan-rakan sudah maklum dan saya percaya ramai juga yang tidak tahu mengenai perkara ini. Jawapan untuk soalan tersebut adalah YA, kita berhak menuntut lebihan wang insuran tersebut.

Namun atas kurangnya ilmu maka ramai yang tidak menuntut lebihan wang tersebut. Seperkara yang dikesalkan adalah sikap kurangnya prihatin pihak bank dan pihak insuran (kebanyakkannya insuran islam) untuk membayar balik tanpa perlu dipohon oleh pemimjam.

Sebelum itu, sesetengah bank pada masa kini (tahun terbaru kebelakangan ini) akan membuat permohonan secara automatik ke atas syarikat insuran yang kita langgan. Kita akan menerima cek atau wang lebihan perlindungan insuran tersebut akan terus didepositkan ke dalam akaun bank kita.

Namun bagi kes yang tidak diproses secara automatik (mungkin sebelum tahun 2009 seperti kes saya), wang kita itu akan terperap di pihak insuran. (pihak insuran islam pula erm buat apa ye dengan duit tu?)

Apa yang kita perlu buat?

  • telefonlah bank di mana anda membuat pinjaman, bertanya mengenai perkara ini.
  • isi borang di bank atau buat surat dan faks kepada mereka
  • simpan semua surat menyurat yang anda buat untuk tujuan rekod
  • catit nama dan masa ketika anda berurusan dengan pegawai bank.
  • buat "follow up" untuk kes anda

Biasanya proses untuk kita mendapat balik lebihan wang tersebut dalam tempoh 90 hari dari tarikh kita membuat tuntutan.

Untuk rekod, pada masa kini (2011) Bank Rakyat, MBSB memproses secara automatik setelah pinjaman kita dilangsaikan. Mungkin bank-bank lain juga mengamalkan sistem yang sama yang tidak saya ketahui.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA BERHUBUNG DENGAN PANEL BANK ANDA.

*tulisan ini ditulis berdasarkan pengalaman, berikan kredit kepada saya jika ingin menampal di blog anda. Rakan-rakan juga digalakkan untuk berkongsi dengan pembaca lain dengan menekan share/like pada artikel ini.


Copyright © dunia rasasayang ®