09 November, 2010

Aduan ke atas kecuaian bank




      • Rekod BNM memperlihatkan jumlah aduan dan pertanyaan pada tahun 2008 berjumlah 133,439 sebelum meningkat mendadak sebanyak 90.2 peratus kepada 253,801 pada tahun 2009
  • Bermula dari Januari hingga Mei tahun 2010, sebanyak 117,554 pertanyaan serta aduan telah dicatatkan, meningkat berbanding 103,222 bagi tempoh yang sama.
Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat BNM, Abu Hassan Alshari Yahaya berkata, antara aduan yang diterima ialah berkaitan kesukaran mendapat pembiayaan, penstrukturan dan penjadualan pinjaman, penipuan dan pengeluaran wang tanpa kebenaran, yuran dan caj, tidak puas hati dengan tawaran dan penyelesaian serta tingkah laku ejen.

petikan kosmo online

Jika dilihat dari laporan di atas, saya yakin, ramai yang pernah menghadapi masalah dengan bank. Saya sendiri pernah beberapa kali menghadapi masalah dengan bank. Terbaru, penipuan yang dilakukan oleh pihak bank ke atas diri saya.

Kisahnya, saya telah membuat "full settlement" dengan sebuah bank X. Saya menggunakan bank Y untuk menjelaskan pinjaman di bank X. 

Bank Y telah menghantar cek penjelasan sebelum hujung bulan pada bulan tersebut. Namun bank X memaklumkan kepada saya bahawa cek bank Y tidak sampai pada atau sebelum hujung bulan.

Implikasi dari itu, saya diminta menambah sejumlah wang untuk menutup akaun pinjaman di bank X tersebut. Ini sudah tentu penambahan kos kepada saya.

Saya tiada pilihan lain selain membayar dulu sejumlah wang untuk menutup terus akaun pinjaman tersebut. Saya akan membuat tindakan susulan selanjutnya selepas itu.

Saya tidak berpuashati dan menelefon bank Y untuk info lebih lanjut kenapa dan mengapa pihak bank Y menghantar lewat cek tersebut. Sedangkan tarikh lulus dan proses sudah selesai dari awal.

Pihak bank Y memberi maklumbalas dengan mengatakan mereka telah hantar sebelum tarikh yang ditetapkan. Mereka menyemak bukti pos yang diterima oleh bank X dan memberi satu salinan fax kepada saya.

Sah, bank X menerima cek tersebut sebelum hujung bulan tapi membuat helah cek tersebut sampai pada bulan berikutnya.

Saya sangat terkilan ke atas penipuan tersebut dan menulis sepucuk surat kepada bank X. Saya lampirkan bukti penerimaan pos oleh bank X dan setelah didesak untuk membawa perkara ini ke pihak yang lebih tinggi, pengurus bahagian pinjaman mengakui kesilapan yang dilakukan oleh anak buahnya.

Cek itu sampai pada hari Jumaat tengahari, Sabtu dan Ahad adalah hari cuti manakala hari Isnin pula adalah awal bulan berikutnya.

Sebenarnya cek itu telah diperap oleh "mat despatch" yang lewat membawa naik ke meja di bahagian pinjaman. Jadi bukan salah saya atau bank Y. Yang salah adalah pekerja bank X itu sendiri.

Kesilapan bank X adalah meletakkan kos ke atas saya sedangkan mereka sendiri yang melakukan kesilapan. Hasil dari rungutan saya, saya menerima kembali wang yang saya terpaksa bayar tetapi tidak menerima kos tuntutan bil telefon dan ganti rugi am. Lantas saya menutup sepenuhnya urusan dengan bank X tersebut.



Bagaimana anda boleh membuat aduan jika menghadapi masalah dengan pihak bank?


   1. rekod semua surat, bil, resit, masa panggilan dan nama mereka yang anda hubungi untuk menyelesaikan masalah ini.
   2. anda boleh menulis surat rasmi sebagai susulan kepada pihak bank. Buat satu salinan untuk diri anda.
   3. anda juga boleh mengemukakan aduan kepada pihak berikut:




Sekiranya maklumat ini berguna sila nyatakan sokongan melalui undian di bawah atau memberi sebarang komen, terima kasih.

Anda pernah ditindas oleh pihak bank?
Ya
Tidak

  
kembali ke laman utama

0 Ulasan:

+

Terbaru ...

Copyright © dunia rasasayang ®