22 Februari, 2014

Kisah Teladan Balasan Allah Kerana Mempersenda Laungan Azan

Sejak berkahwin dan menetap di Kuala Lumpur pada awal 1990-an, saya sudah jarang ke kubur tiga sahabat saya itu. Maklumlah saya kena bergilir dengan isteri
berhari raya di kampungnya, di Johor.

Pada ketika ini, ketika lewat petang Ramadhan dan tidak lama lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri, ingatan saya kepada Amran, Fahmi dan Uzir semakin
kuat.

Masih saya ingat lagi, sekitar pukul 11.00 malam hampir 20 tahun lalu, ketika kami masih berumur belasan tahun, saya, Amran, Fahmi dan Uzir melepak di
rumah seorang kawan. Bersama-sama kami ada 10 orang lagi kawan-kawan yang sebaya.

Semuanya sama species, suka melepak sampai lewat malam. Bagaimanapun, sebahagian daripada kami ketika itu sudah tidak bersekolah lagi, termasuk Amran yang
setakat tingkatan dua sahaja, manakala Fahmi, sampai darjah lima. Mereka hanya menolong ibu bapa menoreh getah dan membuat kerja-kerja kampung.

Masih saya ingat juga, dua topik utama yang kami bualkan malam itu. Pertama, tentang pasar minggu dan gadis-gadis comel yang kami jumpa disana. Tengah
mianglah katakan.

Topik kedua, tentang motosikal. Uzir yang paling galak bercerita sebab motosikal Yamaha CDinya baru dioperate ekzosnya, lalu disumbat dengan fiber. Bunyi
ekzos motosikal Uzir memang dahsyat, macam motosikal lumba. Enjinnya pun sudah dikorek, kalau pecut, laju bukan main.

Saya dan Fahmi menunggang Honda C70 saja. Tetapi motosikal Fahmi laju juga, entah apa yang telah diubah suainya. Motosikal saya pula setakat jadi bahan
gelak sebab tidak ada ubahsuai langsung, kecuali ekzosnya disumbat dengan besi berus periuk. Bunyi boleh tahan, tapi lembap macam kura-kura!

Saya tidak berani ubahsuai sebab motosikal itu kepunyaan bapa saya yang digunakan untuk menoreh getah. Kalau diubahsuai, dapat penamparlah saya jawabnya.
Kami terus berborak hinggalah Fahmi memberikan satu cadangan menarik.

"Apa macam, malam ni kita lumba motor, nak?" tiba-tiba dia memberi idea.

Kami terus setuju. Idea yang bagus, lagipun sudah dua minggu kami tidak berlumba.

"Macam biasa, tutup lampu!" cadang seorang kawan.

Setuju. Tidak ada bantahan. Setuju seratus peratus. Berlumba pada waktu malam dengan menutup lampu motosikal adalah aktiviti kami sejak beberapa bulan
lalu. Bagi kami, itu barulah betul betul anak jantan. Kalau berlumba pada waktu Siang, pondan!

Malam itu 13 buah motosikal berlumba, termasuk saya. Litar perlumbaan kami sejauh empat kilometer, iaitu jalan utama dari hujung kampung sampai ke simpang
jalan besar menuju ke bandar. Biasanya, habis satu pusingan, kami akan berlumba sekali lagi dari simpang tersebut hingga ke kawasan kampung.

Perlumbaan sebegitu memang menakutkan, tapi juga menyeronokkan. Maklumlah, dalam gelap. Macam macam boleh terjadi. Hanya orang yang 'berani mati' dan 'cukup
jantan' saja sanggup melakukannya.

Saya masih ingat, malam itu tiada bulan di langit. Gelap. Kami beratur di garis permulaan di simpang hujung kampung sambil menderum-deramkan enjin motosikal
masing-masing. Apabila saja perkataan 'GGGOOO!!!' dijeritkan, saya terus memecut motosikal. Saya pulas minyak, tukar gear, pulas minyak, tukar gear lagi...
seperti pelumba pujaan saya ketika itu, Randy Mamola.

Dalam perlumbaan itu, lima buah motosikal meninggalkan kami. Mereka memecut pantas, terutamanya Uzir. Saya dalam kumpulan kedua. Dan dalam kumpulan kedua
yang tercicir itu, saya yang paling Corot! Maklumlah, motosikal buat angkat getah!

Selepas dua minggu tidak berentap, perlumbaan malam itu memang menyeronokkan. Berdasarkan bunyi motosikal-motosikal dihadapan, saya rasa saya tertinggal
dalam setengah tiang elektrik. Saya cuma mengagak saja sebab memang tidak nampak. Langit gelap, jalan dua lorong itu tidak berlampu.

Dikiri kanan kami pokok getah, sawit dan belukar. Saya terus memecut motosikal berdasarkan gerak hati. Sekali-sekala saya turunkan kaki untuk berasa samada
motosikal saya masih diatas jalan raya atau tersasar diatas tanah.

Masih saya ingat, ketika sedang seronok berlumba, tiba-tiba saya terdengar bunyi motosikal dihadapan semakin perlahan. Kemudian, terdengar pula suara jeritan
meminta kami semua berhenti. Rupa-rupanya motosikal salah seorang kawan saya rosak.

Kami nyalakan lampu dan suluh ke arah motosikal yang rosak tadi. Beberapa orang cuba membantu membetulkannya dengan mengeluarkan pelaya, pemutar plug,
spanar dan sebagainya.Entah apa masalahnya, enjin motosikal itu tiba-tiba tersenggut-senggut seperti minyak tidak lancar, kemudian terus mati.

Selepas lebih 10 minit berusaha, akhirnya motosikal tadi dapat dihidupkan semula. perlumbaan diteruskan dan kami memecut lagi tanpa menyalakan lampu. Sama
ada hendak membelok, lurus atau menekan brek, kami cuma gunakan gerak hati saja.

Tapi itu bukan masalah besar sebab kami membesar di kampung ini. Hampir setiap hari kami gunakan jalan ini untuk pergi ke kebun, sekolah dan ke bandar.
Kami sudah dapat mengagak di mana jalan lurus, membelok ke kiri, kanan, mendaki dan menurun. jadi, kami tahu di mana perlu dipulas minyak dan menukar gear,
dan di mana pula perlu menekan brek serta berasa jalan dengan kaki.

Malam itu tidak banyak kenderaan masuk. Hanya dua tiga buah saja, dan lampu kenderaan itu membantu menyuluh 'litar perlumbaan' kami. Saya pulas minyak
dan tukar gear lagi, tetapi macam tadi juga, sayalah. yang Corot!

Kami terus berentap, di dalam gelap, dan ketika memecut di jalan lurus satu kilometer sebelum sampai ke garisan penamat ... !!!

DDDAAMMMM!!! DDAAMM M!!!

Suatu bunyi yang amat kuat dan mengerikan kedengaran di hadapan saya. Empat lima kali lagi bunyi dentuman itu hinggap di telinga saya, kemudian terdengar
pula bunyi benda jatuh dan terseret diatas jalan raya. Api memercik dari tempat benda yang terseret itu. Serentak itu saya terdengar suara orang menjerit-jerit.

Tayar dibrek secara mengejut dan kemudian, DDDAAAMMMM!! DDAAMMM!! Terdengar lagi bunyi dentuman dan jeritan. Semuanya berlaku terlalu pantas. Saya segera
menekan brek dan sebaik motosikal berhenti, saya terus menyalakan lampu.

Ya Allah...!!!

Saya tergamam. Di hadapan saya kelihatan kawan-kawan tergelimpang diatas jalan. Uzir tertiarap tidak bergerak-gerak. Fahmi di bawah sebuah motosikal yang
masih mengaum enjinnya. Yang lain-lain juga hampir sama keadaannya.

Ada yang terbaring sambil meraung, ada juga yang menekup muka dipenuhi darah dan beberapa orang lagi memegang Lengan dan kaki. Baju mereka koyak rabak.
Suara meminta tolong dan mengaduh kesakitan silih berganti.

Saya segera membantu kawan-kawan yang kesakitan itu. Kebetulan ada sebuah kereta melalui jalan tersebut. Lantas pemandu dan penumpang kereta berkenaan
turun membantu kami.
Ketika mengangkat Fahmi yang terbaring di bawah sebuah motosikal, saya terasa seperti hendak menangis kerana keadaannya sangat mengerikan. Kepala sahabat
saya itu pecah dan dipenuhi darah. Mukanya hancur dan beberapa ketulan berwarna putih di sisi kepalanya yang pecah itu!

Ya Allah, Fahmi! Fahmi!!!!

Kami angkat Uzir pula. Semasa diangkat, kakinya terkulai dan.... lengan kirinya putus separas siku!

Badan saya menggigil. Saya betul-betul panik. Kawan-kawan yang cedera semua diletakkan ditepi jalan.

"Uzir! Uzirrr!!!" kami memanggil-manggil nama Uzir, tapi dia tidak menyahut lagi. Kami tidak tahu apa yang hendak dibuat, kami tidak menyangka kemalangan
ini akan terjadi.

Mujurlah dalam kekalutan itu ada sebuah lagi kereta melalui jalan tersebut beberapa minit kemudian dan menolong kami membantu kawan-kawan yang cedera tadi.

"Mana Amran?" saya dengar seseorang bertanya.

Oh ya, Amran!

Kami mencarinya, dan sahabat kami itu berserta motosikalnya dijumpai dalam parit di tepi jalan yang dipenuhi semak samun berserta air separas lutut. Dan,
sekali lagi saya hampir menitiskan air mata apabila melihat mukanya juga hancur dan dipenuhi darah.

Kami rasa nadi dan nafasnya. "Amran! Amraaaiiiiii!'

Semua yang cedera itu di bawa ke hospital dengan bantuan kenderaan kenderaan yang melalui jalan tersebut. Saya turut ke hospital dan malam itu, saya menitiskan
air mata apabila diberitahu, selain Fahmi, Amran juga meninggal dunia.

Esoknya, mayat kedua-dua sahabat baik saya itu selamat dikebumikan. Fahmi pergi meninggalkan kami dalam keadaan kepalanya pecah, tangan dan kaki patah.
Salah satu daripada biji matanya hilang.

Amran pula patah tengkuk dan tulang belakang. Kubur Amran dan Fahmi digali dengan jengkaut dan kedua-duanya dikebumikan dalam satu liang lahad. Hanya saya
dan tiga empat
orang lagi sahabat yang dapat menghadiri upacara pengebumian tersebut, selebihnya masih di hospital.

Dua minggu kemudian, Uzir pula menghembuskan nafas terakhir selepas koma dan dijangkiti kuman ekoran pembedahan yang dilakukan pada tangan dan kaki kakinya.Kematiannya
turut disebabkan oleh kecederaan dalam, terutamanya dada, akibat terhentak di atas jalan raya.

Seorang lagi kawan kami, sampai sekarang cacat kerana tulang kakinya remuk akibat kemalangan tersebut. Sekarang, kawan saya itu berjalan tempang.

Apa sebenarnya punca kemalangan ngeri itu, saya bertanya soalan tersebut kepada kawan-kawan. Cerita mereka, ia berpunca apabila kumpulan lima buah motoSikal
yang mendahului perlumbaan itu tertunggu-tunggu ketibaan kami yang tercicir ini.

Lebih 10 minit menunggu kami tidak muncul-muncul, mereka mula berasa pelik. Kata motosikal masing-masing laju sangat, tapi takkanlah sampai 10 minit ketinggalan.

Lantas, seorang daripada mereka mencadangkan agar disusul kumpulan yang tertinggal tadi. Masing-masing setuju. Mereka pun berpatah balik dan berlumba sekali
lagi di dalam gelap. Ketika sedang memecut motosikal masing masing itulah kami bertembung.

Kemalangan itu menjadi bertambah buruk kerana kami semua tidak memakai topi keledar. Sebab itu Fahmi dan Amran cedera teruk di kepala, begitu juga dengan
kawan-kawan lain yang cedera di muka akibat terseret di atas jalan.

Selain kehilangan tiga orang sahabat, kemalangan itu juga telah menginsafkan saya tentang kebesaran dan keagungan Allah. Pertama, bersyukur kerana malam
itu saya berada di tempat tercorot. Sempatlah saya membrek dan mengelak daripada bertembung.

Kedua, saya menginsafi dengan sesungguhnya, kita jangan sekali-kali mempermain-mainkan Allah dan agama, termasuk azan yang dikumandangkan untuk menyeru
kita bersolat. Jangan, jangan sekali-kali!

Saya kata begitu sebab sebenarnya, pukul 6.30 petang sebelum kemalangan, kami berkumpul di simpang jalan sambil bermain gitar. Kami leka melalak dan mengurat
anak dara, sampailah azan Maghrib berkumandang.

"ALLAHU AKBAR... ALLAH HU AKBAAARRRR!! "ASYHADUALLA ILA HAILLALLAAAAAHHHHHH!"

Saya terus diam, menghormati laungan azan dari masjid kira-kira 200 meter dari tempat kami melepak itu. Kami senyap mengunci mulut, kecuali Fahmi yang
tiba-tiba saja bersuara...

"Ran... cuba kau cari kod ni!"

"Kod apa?" Saya masih ingat, itulah jawapan Amran apabila ditanya oleh Fahmi.

"Kod azanlah! Cepat, nanti habis pulak", jawab Fahmi.

Saya terdiam. Tercengang. Hendak marah ada, terkejutpun ada. Saya gelak dan berkata, "gilalah engkau ni, maksud saya, janganlah azan itu dibuat main. Azan
bukannya lagu untuk dicari kod muzik dan iramanya. Tapi Amran dan Fahmi terus ketawa.

Saya masih ingat lagi, selepas Fahmi berkata demikian, Amran terus memetik gitar yang sejak tadi dikepitnya.

GRENGGG!!! GREENGGG!! Tinggi juga suara bilal tu," kata Fahmi apabila Amran cuba beberapa kod yang difikirkannya senada dengan suara muazin.

Kemudian, saya juga dengar Uzir menyampuk dan ketawa. Uzir pula memetik tali bass gitarnya. Dua irama bergabung mengikut laungan azan. Mereka mengajak
saya untuk turut memetik gitar, tapi saya enggan.

gabung menglimi hiing.in.I/.m Nit I, ka mengajak saya uiiiuk mi iii III, I,,, I d gitar, Masih jelas dimata saya, Maghrib itu Amran dan Uzir bermain gitar
melagukan suara azan. Fahmi pula memberi semangat supaya dua sahabat kami itu mencari kod yang betul. Sambil itu mereka tersengih.

Kami hanya menggeleng-gelengkan kepala. Saya tidak sanggup hendak melagukan azan dengan gitar sebab saya pasti, macam hari-hari sebelumnya, petang itu
saya akan menanggung dosa besar kerana tidak menunaikan solat Maghrib. Saya tidak mahu menambahkan lagi dosa itu dengan dosa mempermainkan azan.

Apa yang berlaku tidak boleh ditarik semula. Yang dapat saya lakukan kini hanyalah berdoa semoga dosa arwah Amran, Fahmi dan Uzir diampunkan Nya dan mereka
ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Insya-Allah, Aidilfitri ini saya akan ke pusara Amran, Fahmi dan Uzir, yang sudah lama tidak saya kunjungi. Semakin dekat dengan lebaran, semakin kuat
ingatan saya kepada mereka sebab kemalangan itu berlaku hanya beberapa minggu saja sebelum Ramadhan.

*******************
Seperti yang diceritakan oleh Saifulnizam Yahya, Cheras, Kuala Lumpur.
Sumber: Mastika Oktober 2008



Copyright © dunia rasasayang ®