09 Januari, 2013

Mabuk Novel

Ketika hati sudah kemaruk, tidur malam pun tak menentu, malah makan pun endah tidak endah .. fikiran terbayang novel yang masih belum dihabiskan bacaanya.

Begitulah saya bermula tanggal 1 Januari 2013. Sudah mabuk, bukan mabuk cinta tapi mabuk novel. Memang minat membaca sudah lama wujud dalam diri, namun sejak bergelar orang cacat penglihatan, minat itu terpaksa ditahan-tahan.

mana mungkin saya membaca novel dalam tulisan kertas putih. Malah tulisan braille pun saya tersangkut-sangkut.

Perpustakaan MAB di Kuala Lumpur yang jaraknya lebih 200 km dari rumah saya pun tak banyak koleksi novel. Nak cari novel terbaru, jauh sekali. Apakan daya, terpaksa buat kerja lebih, suruh orang bacakan. Aduhai.

(klik butang papar untuk meneruskan bacaan)




Sejak 31 Disember yang lalu saya berazam untuk habiskan 100 buah buku termasuk novel dalam tahun 2013. Hahahhaa, sudah terdedah satu azam saya tahun 2013.

Hari ini9 Januari .. sudah 5 buah buku berjaya ditamatkan. 95 to go!!!

Tugas ini agak sukar sikit sebab masa dan kekangan fizikal buku yang perlu saya tempuhi. Seperti saya kata tadi, nak baca buku fizikal amatlah mustahil bagi orang tidak nampak.

Di luar negara ada buku mp3. Di sini pun ada yakni di MAB. Kalau tak tahu apa itu format buku mp3 mari saya cerita sikit.

Buku yang dibaca oleh orang celik (sukarelawan), helai demi helai hingga tamat. Bacaan itu direkodkan dalam bentuk mp3. Begitulah seadanya.

Kalau ada buku novel dalam bentuk maya seperti word atau pdf pun boleh juga. Namun isu utama adalah hakcipta.

Apapun nak seribu daya, 95 to go!!! Sekarang tengah kemaruk dengan novel Ramli Awang Mursyid. Melalui pencarian dalam internet ada 6 buah siri kisah 'laksamana Sunan'.

Kisah Laksamana Sunan ni memang tersangatlah hebat bagi saya. Tapi malang, saya tak dapat kesemua buku ni, baru tiga judul yang dihabiskan.

OK dokey

p/s: ada orang celik sana nak jadi sukarela baca novel sambil rekodkan suara anda?




  • dah jatuh cinta pada Laksamana Sunan


Copyright © dunia rasasayang ®