24 Januari, 2013

Tips motivasi: Sifir 10 tolak 1

Assalamualaikum warahmatullah

Para pembaca yang diahmati Allah, hidup itu insyaAllah, mati itu pasti.

Hari ini saya meraih kekuatan untuk menconteng lagi dalam blog yang tidak seberapa adanya. Ingin sekali saya berkongsi tips dalam mengharungi baki sisa kehidupan yang tidak panjang.

Selama ini kita sering sekali mengamalkan sifir satu tolak sepuluh. Bukannya sifir hidup sepuluh toalak satu. Apa itu sifir sepuluh tolak satu?

Lantaran wujudlah perasaan tidak puas hati, dendam berdendam, iri hati, bermasam muka hatta pertelingkahan sesame makhluk. Mengapa ini berlaku ..? Teruskan membaca dengan menekan butang”papar” di bawah:



Sebelum itu ingin sekali saya memberi penghargaan kepada Yang Mulia Raja Ismail Raja Shaadan, pakar motivasi yang berkongsi ilmu dengan saya minggu lepas. Tekan “play” sambil membaca ..:)



Fenomena anak derhaka pada ibu bapa, isteri berkasar dengan suami, pekerja melawan ketuanya, sahabat karib mensisihkan sahabatnya, adik beradik berantakkan gara-gara nafsu amarah yang disuburkan lagi oleh syaitan yang direjam.

Ketahuilah, kita makhluk yang lemah, makhluk yang serba serbi kekurangan. Mesti ada silap dan salah dimana-mana dalam mengharungihidup seharian.

Hatta biu bapa juga pernah melakukan kesilapan, ketua tempat kerja juga tidak sempurna. Tetapi ..

Kenapa kita selalu memandang pada satu kekurangan dan kesilapan itu sehingga kita lupa pada sepuluh kebaikkan yang dilakukan? Kenapa kita tidak tolak sepuluh kebaikan dengan satu kesalahan orang lain. Maka tinggal Sembilan lagi kebaikan untuk kita kenang.

Maka apabila Sembilan lagi kebaikkannya kita ambil, tidaklah kita bermasam muka, bertelingkah, tidak bertegur sapa.
Para isteri dan suami, pasangan kita tidak sempurna, maafkanlah dia, kenanglah Sembilan lagi kebaikkannya

Para pekerja, ketua kita tidak sempurna, kenanglah Sembilan lagi kebaikkannya, maafkanlah dia.

Para ketua, anak buah kita tidak sempurna, kenanglah dan hargailah sembilan lagi kebaikkannya. Maafkanlah dia ..

Wahai anak-anak, ibu bapa kita juga tidak sempurna, kenanglah kebaikan mereka, maafkanlah mereka

Wahai ibu, wahai ayah, anak kita tidak sempurna, kenanglah sembilan lagi kebaikan mereka, maafkanlah mereka.

Wahai sahabat taulan, rakan kita juga tidak sempurna, kenanglah Sembilan lagi kebaikkannya, maafkanlah dia..

Maafkanlah mereka,maafkanlah saya.

Maafkanlah saya …

“semoga bermanfaat”



  • lontarkan ulasan anda melalui akaun fb


0 Ulasan:

+

Artikel Terkini

Copyright © dunia rasasayang ®