25 Oktober, 2012

Kami naik bas, kalian naik flight!!

"Abang dah dapat makanan?" tanya saya "belum, dah lama tunggu ni .. tak ada orang tolong bagi pun .." rungut seorang abang OKU penglihatan beserta sahutan sahabat-sahabat sekeliling.

"Takkan tak ada orang nak tolong ambilkan hidangan untuk kita?" cetus hati saya.

Di suatu sudut, saya terdengar rancak "orang besar" sebuah persatuan yang sedang rancak berbual dan bergelak ketawa. Mungkin dia sudah kenyang melantak. Maklumlah dia boleh ambil makanan sendiri berbanding kami yang kerdil ni.

Kelemahan jawatankuasa pengelola saya tolak tepi dulu .. tapi saya menzahirkan rasa tidak puashati dengan gaya kepimpinan mereka. Apa mereka tidak tahu, bahawa kami yang memenangkan mereka tempoh hari???

Susah sangatkah nak tolong layan orang bawah macam kami? Saya terdengar rungut-rungut dari orang bawah .. mereka datang naik "flight".. balik pun dengan "flight"

Atas keperluan apa datang dan balik dengan flight? Kecemasan sangatkah atau "besar" sangatkah datang dengan flight ke situ?

Timbul juga persoalan duit mana gerombolan itu guna untuk membiayai tiket pergi balik kapal terbang mereka? Jika wang persatuan .. memang tersangat hampa. Saya peduli apa dengan perlembagaan persatuan yang jika ada menyebut "membolehkan" mereka menggunakan flight.

Bagi saya itu sudah cukup membazir. Orang bawahan dan kebanykkan sampai lenguh-lenguh punggung duduk dalam bas. Malah ada yang dari jauh datang menggunakan duit sendiri. Gerombolan ini sedap-sedap sahaja dibelai pramugari di puncak awan biru.

Bukan soal dengki, tapi corak kepimpinan itu yang saya tidak gemar. Sudahlah tragedi di restoren hotel membiarkan anak buah terkapai-kapaimenunggu makanan ..

Saya teringin mendapatkan penjelasan dari pihak mereka.
  • suka hati korang nak tulis apa ...

0 Ulasan:

+

Terbaru ...

Copyright © dunia rasasayang ®