Memaparkan catatan dengan label PORTABLE SOFTWARE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PORTABLE SOFTWARE. Papar semua catatan

01 Februari, 2020

Download NVDA Portable 2019.2.1 dengan add on

Saya kongsikan NVDA 2019.2.1 versi portable dengan tambahan beberapa add on seperti berikut:
  • Easy Table Navigator.
  • Eloquence Synthesizer (auto language switching support).
  • Emoticons.
  • fake Clipboard Anouncement.
  • say Current Keyboard Language.
  • Say Product Name and Version.
  • Screen Curtain.
  • Speak Passwords (speakPassword.
  • sys Tray List - list sys tray and task bar.
  • word count plugin.


Add on Screen Curtain berfungsi sebagai "dimm screen" seperti mana di dalam telefon pintar. Untuk enable atau disable screen curtain. press Ctrl + Alt + P.

1. sila unzip / unrar file NVDA 2019.2.1 by rasasayang79
2. letak folder tersebut ke dalam pen drive kosong sebaik-baiknya.
3. boleh digunakan di mana-mana komputer lain.
4. muat turun di bawah;
download here (55 MB)

*sila pm saya untuk password dan sebagainya.

22 Februari, 2016

Download NVDA 2016.1 with Eloquence

SEPERTI tajuk sila download versi terbaru NVDA 2016.1 portable with Eloquence

Versi portable ini juga telah saya tambah pelbagai add on. Untuk semak senarai add on, tekan

Insert N , Tools , Manage add on dan enter

Free Download Here (81.9MB)

Apa yang terbaru? check here What's New in NVDA 2016.1

* Happy sila share dengan rakan-rakan.

02 Januari, 2016

Muat turun Free Video Downloader

Ingin muat turun video / audio dari youtube? Ingin convert file audio / video? Tidak tahu caranya? Atau anda selalu menghadapi kegagalan?

Saya ingin kongsikan satu software percuma dalam bentuk portable. Mula - mula muat turun file di bawah dan unzip file tersebut.

Bagaimana menggunakannya?
  1. Selepas download file diatas, unzip dan Buka folder Free_Video_Downloader_1.6.
  2. Cari fail fvd.exe tekan enter
  3. satu window akan terbuka, pada "download/convert video file..." tekan enter
  4. Satu window baru akan terbuka.
  5. fokus adalah pada "url/file edit", tekan tab.
  6. Hingga ke Fokus pada "..." button, tekan space bar, browse dan pilih fail input (fail yang hendak di convert), lih "all supported file" type, pilih butang open.
  7. Fokus sekarang pada "file name: edit", masukkan nama fail output
    (jangan guna space untuk nama fail), tekan tab.
  8. Fokus berada pada "title button", tekan tab.
  9. Fokus sekarang pada "output directory: edit combo", terdapat beberapa pilihan folder/directory output, pilih salah satu
    kemudian/atau tekan tab.
  10. Fokus berada pada "...", tekan enter jika kita hendak menukar
    folder/directory fail output pada langkah 9, Teekan tab.
  11. Tekan tab sehingga fokus berada pada " Convert downloaded file to
    selected format check box", tekan space bar untuk check pilihan
    tersebut, tekan tab.
  12. Fokus berada pada "combo box", pilih format, samaada video atau audio yang diperlukan., tekan tab.
  13. Fokus berada pada "download/convert", tekan enter.
  14. Tunggu proses conversion selesai.
  15. Cari hasilnya di dalam folder/directory output.
Selamat mencuba dan kongsikan pengalaman anda di sini.

* kredit untuk sanggar bayu di atas file dan tutorial.

23 November, 2015

Download NVDA 2015.4 portable (November 2015) with elequence voice

Salam.
Agak lama aku tak update blog ni dan agak lama juga aku tak share sebarang software dalam blog dunia rasasayang ®.
Kali ini aku nak share software screen reader yang berstatus percuma. Ya percuma dan ianya sebuah perisian 'open source' yang dibangunkan oleh mereka-mereka yang prihatin dengan nasib OKU penglihatan. Maklumlah nak beli JAWS original beribu-ribu ringgit. Hehehehe.

download NVDA v2015.4 update November 2015

Mula-mula kalian download versi portable
download here
Kemudian kalian gunakan apa sahaja software yang boleh extract file yang telah dimuatturun tadi. Contohnya 7zip, winrar atau winzip. Kalau nak mudah dan percuma gunakan software 7zip je.
Lepas extract dalam folder, kalian buka folder tu dan cari file yang bernama nvda.exe
Lepas tu enter dan terus software nvda dengan suara elequence (suara seperti Jaws screen reader) akan terpasang.
Alah, benda ni kalian dah tau sebenarnya .. hahahha buat tak tau pulak ye. Tapi bagi yang 'perlu' boleh cari aku kat bahagian "hubungi" kat bawah sana untuk hubungi aku secara terus. Kalau aku ada masa aku ajar satu persatu. Kalau aku tak ada masa, boleh tanya kawan-kawan lain kat alam maya ni. Jangan tanya makcik tipah jual karipap, nanti dia bagi karipap percuma kat kau. hahahahaha.
Sekali lagi pautan download kat bawah.
download here
So sebelum aku lebih merapu aku harap kalian manfaat benda ni dengan sbaik mungkin, kalau ada pertanyaan jangan segan-segan nak tulis komen kat ruangan ni atau contact aku secara peribadi. wassalam.

special: dalam NVDA 2015.4 versi portable ni aku tambah pelbagai add on untuk lebih acessability kepada orang macam kita. Untuk semak jenis add on tu tekan Insert N kemudian gerak sampai jumpa tool sub menu kemudian cari manage add on. ok enjoy!

24 Mei, 2015

Muatturun Firefox Portable 38.01 dengan pelbagai add on

Salam, bertemu kembali ye kita hahaha. Syukur la masih bernafas sampai sekarang.

Sebelum ini saya ada kongsikan dengan pembaca mengenai Firefox portable 37.01 with webvisum extension Rujuk pautan di atas untuk maklumat lanjut.

Hari ini saya ingin berkongsi Firefox Portable 38.01 yang saya telah pasang beberapa add on seperti;

WebVisum

The CAPTCHA solver

Add on yang sangat membantu orang buta dalam menyelesaikan masalah verification code.

Navigational Sounds 1.2.4

A simple extension that plays the Windows Internet Explorer start and end navigation sounds, popup blocked and information bar sounds, feed and searchprovider discovered sounds, and download completed sound.

Kita sedia maklum, Firefox memang tiada bunyi 'start navagation', complete browsing sound dan sebagainya seperti Internet Explorer. Dalam firefox kali ini saya pasangkan add on untuk menjadikan Firefox setaraf dengan Internet Explorer.

# Nota: anda perlu aktifkan dulu sound scheme pada control panel > sound > sound scheme tab

Adblock Plus

Blocks annoying video ads on YouTube, Facebook ads, banners and much more.

Ha .. add on ni bagus untuk sekat iklan-iklan pada youtube dan send space.

Tanpa buang masa bagi yang ingin download, silakan. Biasa kata kunci untuk buka khazanah adalah 'rasasayang79'
muatturun Firefox Portable 38.01 dengan pelbagai add on di sini

Lepas muatturun, sudilah kiranya kongsikan dalam facebook / whatsapp kalian.
http://cikgu-azhar.blogspot.com/2015/05/muatturun-firefox-portable-3801-dengan.html
Lagi banyak klik lagi semangat saya nak share pelbagai software untuk kalian.

Macam biasa, kalau hangpa ada masalah ke apa ke, jangan segan-segan tulis dalam ruangan komen. Bye.

09 April, 2015

Firefox portable 37.01 with webvisum extension

Salam

Bagi pengguna cacat penglihatan yang mencari-cari firefox versi portable terkini dengan sambungan webvisum boleh dapatkan eksklusif di sini

Firefox portable ini telah dipasang extension webvisum secara "public". Sekiranya anda mempunyai akaun webvisum sendiri, anda boleh menukar dengan username dan password webvidum anda sendiri di bahagian "tool>webvisum"

Macam biasa, unzip file tersebut dan masuk ke dalam folder firefox portable 37.01. kemudian cari file firefox.exe

dan enter untuk menjalankan operasi browser firefox

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai webvisum boleh melayari laman

webvisum.com

OK. bagi yang nak download boleh dapatkan segera pada pautan:

Firefox portable with webvisum

Alternate link:
download firefox portable with webvisum




  • p/s: sekiranya ada pertanyaan atau cadangan sila kemukan di bahagian ruangan komen.


05 April, 2015

Tips melajukan proses defrag pada komputer

Salam, bertemu kembali

"kenapa komputer aku ni slow sangat"

"kenapa laptop aku selalu hang"

Dan banyak lagi keluhan-keluhan yang keluar dari mulut kita.

Dulu, blog dunia rasasayang ® pernah berkongsi cara untuk membuang sampah sarah dalam komputer kita. Rujuk sini untuk mengetahuinya.

Bagi yang berjaya menggunakan tips di atas tahniah diucapkan.

Kali ini saya akan berkongsi satu lagi cara untuk melajukan komputer kita iaitu dengan cara defrag hard drive. Kalau defrag hard drive dengan mengunakan disk defragmenter dalam Window, rasanya ramai yang sudah tahu. Tapi kelemahanya sangat lambat. Makan masa berjam-jam.

Jadi kita akan gunakan satu software percuma untuk proses defrag hard drive.

Auslogics Disk Defrag Free


Antara kelebihan menggunakan Auslogics Disk Defrag ini adalah:

  • Compatible with Windows XP, Vista, 7, 8.1
  • certified Microsoft® Gold Application Developer
  • Optimizes File System
  • Consolidates Free Space
  • Defragments Automatically
  • Defrags Single File or Folder
  • Smartly Places System Files
  • Keeps MFT Zone Clear
  • Lists Fragmented Files
  • Offers Customization Options
  • Powers Off PC After Defrag

Pengalaman menggunakan Auslogics Disk Defrag Free


Terus terang, setelah membuat beberapa perbandingan dengan software defrag yang lain, saya amat gembira dengan Auslogics Disk Defrag Free. Selain superr fast untuk defrag hard drive, ianya juga acessable dengan pembaca skrin.

Mode untuk check error pada hard drive dan membuat beberapa option lain juga menjadi kegemaran saya.

Dan yang paling penting ada versi portable yang kita tidak perlu install dalam komputer. Cukup letak dalam pen drive dan boleh guna di mana-mana komputer.

Download Auslogics Disk Defrag Free


Untuk merasai sendiri sila download segera.
Portable version:
download

Installer version:
download

Nah silakan download dan kongsikan pengalaman anda dalam ruangan ulasan. Terima kasih.

17 Mac, 2015

Download ELOQUENCE for NVDA ADDON + Tutorial

Salam

Sebelum ini saya ada kongsikan NVDA with with eloquence voiceyang telah saya siapkan untuk pembaca blog dunia Rasasayang79

Kali ini, saya takmau bagi ikan tapi saya nak bagi pancing pula pada rakan-rakan cacat penglihatan di luar sana.

Oh ya, ada juga yang bertanya lewat kiriman email, NVDA ni untuk apa? Serba ringkas, NVDA adalah software pembaca skrin untuk orang buta macam saya. Bagi orang celik memang tiada manfaatnya. Tapi tak salah kalau nak ambil tahu. terima kasih kami ucapkan.

OK. let's go .. Mula-mula download

NVDA Version: 2015.1

kemudian download pula

ELOQUENCE-NVDA ADDON

Selepas download kedua-dua file:

1. install file NVDA Version: 2015.1.exe

2. Terpulang sama ada nak install dalam komputer atau nak buat ianya sebagai portable copy.

3. Selepas selesai proses install, langkah seterusnya unzip file ELOQUENCE-NVDA ADDON.7z

4. run NVDA yang telah anda install tadi

5. tekan insert + N untuk buka NVDA menu
6. Selepas NVDA menu terbuka, navigate kepada tool > manage - add on kemudian enter

7. Kemudian tab sehingga jumpa butang install add on

8. browse folder yang bernama ELOQUENCE-NVDA ADDON.7z. Pastikan cari sub folder bukan folder luaran.

9. kemudian tekan butang install.

10. ELOQUENCE-NVDA ADDON telah terpasang dalam NVDA anda

Bagaimana nak aktifkan suara eloquence

11. Kemudian tekan insert + N sekali lagi

12. cari preferences > syntisizer > eti - eloquence dan enter kat situ

13. selesai.

14. cubalah explore melalui try & error untuk fungsi lain

Erm.. benda ni nampak tricky sikit, tapi usaha tangga kejayaan. Jika ada sebarang pertanyaan sila tinggalkan di ruang komen.






07 November, 2012

Firefox 17.0 versi portable

Bagi mereka yang sudah biasa dengan versi portable yang boleh dibawa kemana-mana, saya datang lagi untuk berkongsi terutama bagi pengguna cacat penglihatan. Kali ini firefox portable 17.0 + extension webgvisum ready plug in.
  1. mula-mula download kat sini
  2. kemudian gunakan winrar / winzip atau 7-zip untuk unpack file yang sudah dimuatturun tadi
  3. buka folder yang telah di unpack then klik / enter kat firefoxportable.exe
  4. then masukkan username + password websinum BAGI PENGGUNA CACAT PENGLIHATAN
  5. enjoy
NOTE: download link just for temporary / short time only. Ada masalah boleh pm saya atau add saya sebagai rakan fb. add me on facebook
  • share / komen tanda anda suka

24 Mac, 2011

Firefox portable v3.6.16

Firefox 3.6.16 versi portable. Dengan sambungan plug in web visum dan flash terkini.

Download kemudian unrar dengan menggunakan winrar/winzip/7z

download di sini

* firefox versi ini telah saya pasang plug in webvisum sesuai untuk pengguna cacat penglihatan.
*untuk pengguna normal, update akan menyusul.

23 Februari, 2011

Defrag komputer dengan "smart defrag"

Bertemu kembali dalam ruangan tips komputer.

Seperti entry yang terdahulu, saya ada berkongsi mengenai "optimize komputer anda dengan proses defragment"

Sudahkah anda menjalankan proses defragment pada cakera keras anda? Jika ya, berapakah masa yang diperuntukkan untuk proses tersebut? Kali ini saya ingin berkongsi suatu perisian yang saya sebut dulu sebagai hebat kerana ianya lebih ringan, lebih cepat dan yang paling saya suka fungsi auto shut-down setelah proses defrag selesai.

klik butang "papar" untuk meneruskan bacaan.





Software "smart defrag" yang saya tampilkan kali ini adalah versi portable. Ini bermakna anda boleh menjalankannya di mana-mana komputer tanpa perlu proses install. Hanya ikuti langkah mudah berikut:

  1. download software ini dengan klik link berikut
    SmartDefragPortable.exe
  2. setelah download, klik software "SmartDefragPortable" yang anda telah download tadi
  3. satu tetingkap akan terbuka dan klik install, tunggu sehingga selesai.
  4. buka my computer, hard disk C:, dan perhatikan folder smart defrag di situ.
  5. buka folder smart defrag, kemudian perhatikan file SmartDefragPortable
  6. right klik atau (tekan application key bagi pengguna JAWS) pada fail tersebut
  7. klik pada send to desktop "create shortcut"

Selesai proses membuat shortcut pada desktop, anda boleh menjalankan proses defragment denganmengikuti langkah-langkah berikut:

  1. klik ikon SmartDefragPortable yang anda buat tadi di desktop
  2. setelah terbuka, tandakan harddisk yang anda ingin defrag, termasuk pen drive atau external hard disk
  3. anda boleh memilih option defrag only, fast optimize atau deep optimize. saya pilih defrag only
  4. kemudian tandakan "turn off after defragment" jika anda ingin tutup komputer secara automatik setelah defrag selesai
  5. dan akhir sekali tekan butang start, setelah selesai komputer anda akan dipadamkan secara automatik

PERHATIAN:

  • anda boleh letakkan software ini di dalam pen drive anda dengan copy keseluruhan folder smart defrag yang terdapat di dalam hard disk C: anda
  • setelah copy, anda boleh menjalankan di mana-mana komputer lain dengan membuka folder tersebut dan klik pada file SmartDefragPortable
  • Anda juga boleh explore fungsi schedule defrag yang terdapat pada butang option

Jika anda mempunyai sebarang pandangan atau pertanyaan boleh menghubungi saya di ruangan chating atau terus memberi ulasan di dalam ruangan komen. Mudah-mudahan tips ringkas ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. selamat mengemas cakera keras anda!

"klik sini untuk jadi rakan facebook saya"





07 Januari, 2011

Tips: Tingkatkan prestasi komputer anda dengan CCleaner

Kita selalu merungut, komputer kita menjadi lembap setelah beberapa bulan dibeli atau diformat. Masa mula-mula baru beli, wah "lajunya"! Lama kelamaan, prestasi semakin lembap.

Bagi mereka yang pernah menjalankan operasi "disk cleanup",mereka mungkin tahu apa yang saya maksudkan.





Bagi yang tidak pernah menjalankan operasi "disk cleanup", window menyediakan kemudahan untuk membuang sampah dalam hard disk anda. Tetapi masa untuk membersihkan sampah tersebut sangatlah lama.

Hari ini saya ingin berkongsi ilmu dengan pembaca blog saya mengenai suatu perisian percuma dan memang nombor satu dalam "optimize dan cleaning" komputer kita.

Sebab apa nombor satu, sebab ianya semestinya suatu perisian yang percuma.

  1. dapat membuang "sampah" dalam hard disk 
  2. jangan terkejut untuk kali pertama menggunakan CCleaner, beratus-ratus megabyte atau lebih "sampah" berada dalam hard disk kita.
  3. "sampah" yang saya maksudkan seperti Temporary files, history, cookies, Autocomplete form history, index.dat, Recycle Bin, Recent Documents, Temporary files and Log files.
  4. Sampah-sampah ini jika tidak diurus akan terus berlonggok dalam hard disk seterusnya akan melembapkan komputer.
  5. selain itu, sampah-sampah ini juga ada yang jenis merbahaya kepada keselamatan data kita. Hacker menggunakan cookies untuk jejak aktiviti dan data dari komputer kita.
  6. Dengan satu klik, semua sampah dalam hard disk kita boleh dihapuskan .. ikut pengalaman saya, software ini sangat umphhh!!

download CCleaner di sini

Untuk penerangan dan info lanjut mengenai software ini, boleh elayari laman web berikut:

CCleaner

Tak tahu macam mana nak install atau guna? jom discuss dalam ruangan komen.

*kepada yang nak copy / paste artikel, bagi sikit kredit pada blog ni ok :)

25 Februari, 2010

menulis posting blog menggunakan perisian window live writer

 

block quote

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Hari ini saya telah mencuba perisian window live writer versi portable yang saya perolehi dari seorang sahabat (Ikmal Hakimi)

 

Versi portable ini tak perlu install. boleh dijalankan melalui pen drive.

 

Untuk muatturun versi portable, sila klik link di bawah:

 

window live writer versi portable

 

Berikut adalah beberapa kelebihan menggunakan perisian ini;

 

  • boleh mengubah format font, alignment, warna text, memasukkan gambar, video, table dan banyak lagi.
  • tidak perlu log in ke dalam blogger.com tetapi boleh terus menulis seperti menggunakan word.

boleh memilih untuk post terus atau simpan ke dalam draf

 

Setelah anda memuatturun perisian ini, anda boleh memasukkan username (google email) dan password anda untuk mengaktifkan blog anda melalui window live writer.

 

Saya akan beri tutorial di lain hari kerana saya ingin mendalami lagi perisian ini.

 

Jumpa lagi.

 

block quote end

 

+
Copyright © dunia rasasayang ®