Memaparkan catatan dengan label TIPS INTERNET. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TIPS INTERNET. Papar semua catatan

24 Jun, 2018

Tips elak kuota hotspot cepat habis pada Window 10

Saya kongsikan pengalaman "ngeri" saya menggunakan hotspot yang disambungkan ke window 10.

Baru-baru ini, saya ada melanggan prepaid kuota internet 5GB untuk tempoh seminggu. Ini kerana unifi mobile yang saya langgan indah khabar dari rupa. Unifi mobile di tempat kerja saya hanya memaparkan status 4G yang sekejap ada sekejap hilang. Kalau 4G sekalipun tidak dapat membantu saya untuk mengakses internet dengan window 10 pada desktop saya. Akhirnya saya telah menamatkan perkhidmatan yang murah tapi tidak berbaloi untuk urusan kerja saya.

Berbalik kepada cerita kuota 5GB tadi, apabila saya hidupkan fungsi hotspot pada telefon pintar saya, tiba-tiba semasa saya sedang asyik melayari internet dengan kelajuan 35MBPS. Saya terima mesej dari pihak telco tersebut.

"Anda sudah menggunakan 70% dari kuota langganan anda."

Ha ...? Baru tak sampai dua jam dah habis? Sedangkan saya hanya browsing, melakukan internet banking dan check email. Kuat betul telco ni 'telan' kuota.

setelah saya semak dan seldik, sebenarnya proses auto update window 10 sedang berjalan. Malang sekali apabila window 10 tersebut dinaik taraf ke window 1803 yang sudah tentu menelan lebih dari 3GB.

Jadi hari ni, saya nak kongsikan bagaimana nak tutup fungsi auto update pada WiFi tertentu. Dalam kes saya sudah tentu nama hotspot pada telefon pintar saya. Saya namakan ABC. Ikuti langkah - langkah berikut:
  1. Masuk ke Settings dengan menekan WindowsKey+I.
  2. Pilih Network and Internet.
  3. Tekan tab sekali untuk ke senarai list box dan pilih Wi-Fi, kemudian tekan Enter.
  4. Tekan tab beberapa kali sehingga “manage known networks, kemudian tekan enter.
  5. Sekali lagi, tekan tab beberapa kali ke senarai network, dan pilih nama WiFi yang hendak ditetapkan sebagai metered connection.
  6. Tekan enter pada nama WiFi tersebut, kemudian tab sekali ke properties button dan tekan enter.
  7. Tekan tab sehingga anda menjumpai opsyen “set as metered connection”, dan tandakan (pressed) opsyen ini.
  8. Windows akan mengingati WiFi ini sebagai connection yang terhad dan tidak akan menggunakan data anda dengan sewenang-wenangnya.

Kredit kepada sahabat saya, saudara Corneleus (myvict) di atas tip tersebut. Jika ada sebarang masalah boleh hubungi saya. Semoga bermanfaat.

24 Disember, 2017

Masalah pada kemaskini Firefox terkini dengan pembaca skrin JAWS dan NVDA, cara mengatasi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bagi anda yang telah secara automatik update firefox ke versi terbaru, dan anda pula adalah pengguna cacat penglihatan dengan menggunakan screen reader JAWS ataupun NVDA, maka anda akan menghadapi masalah untuk melayari dengan browser ini. Masalah accessibility.
Salah satu cara adalah kembali ke versi terdahulu iaitu 52.2. Tapi bagaimana?
Anda perlu download versi lama seperti link di bawah:
Solution ada di bawah ini.
Firefox juga ada memperkenalkan Firefox versi lama tapi masih mengekalkan update terkini secara berkala. Mozila Firefox Extended SecurityRelease. (ESR). Tak payah pening-pening. download seperti di bawah dan install / upgrade je ke versi ini. Selesai.
download here, 32 bit
download here, 64 bit

Nota: Jika ada sebarang masalah boleh komen atau pm saya. Terima kasih.


TESTING VIDEO PLAYER

09 Disember, 2017

Convert audio secara online ke bentuk MP3, WMA, M4A dan banyak lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Anda tercari-cari kaedah untuk convert audio sama ada dari audio ke audio mahupun dari video ke audio?
Saya akan kongsikan secara kepada anda semua. Tak perlu software dan tak perlu install bagai. Hanya convert secara online dan download hasil ke dalam peranti anda.

Ikuti langkah berikut:
1. Buka website berikut:
convert audio secara online di sini
2. pilih browse untuk pilih audio / video dari peranti anda.
3. pilih format yang anda kehendaki seperti MP3, M4A, MKA, OPUS, WMA dan banyak lagi.
4. pilih Audio bitrate dari 32kbps sehingga 320kbps. Lagi tinggi Audio bitrate maka lagi sedap la bunyinya. Cuma saiz akan jadi lagi besar. Standar 128kbps.
5. Sample rate pulak biar standard je 44100
6. lepas tu pilih butang convert now. Tunggu la sekejap sampai proses selesai.
7. Finally, tengok kat bahagian Conversion Results, dan cari butang save.
8. Lepas tekan butang save, satu window akan terbuka. cari link untuk download pada bahagian File Information. Explore la ye. Jangan cepat putus asa.
NOTA: The output file will be automatically deleted on our server after an hour, so please download it to your computer or save it to online storage services. Cuma yang tak best, nama file to tak sama dengan fail asal, jadi kena rename. Itu sajalah.
Enjoy tak dengan artikel ni? Nak lagi artikel macam ni??? Share,, like,, or give any comments. Terima kasih la ye.

07 November, 2016

Tips ringkas mengukur kelajuan internet (update 2016)

First kalau anda rasa artikel ini berguna sila share dengan rakan yang lain.

Bosan dengan kelajuan internet anda? Anda rasa internet anda lembap tapi tak tahu berapakah ukuran kelajuan internet anda?

Pengguna streamyx / unify mahupun pembekal telco lain sudah tentu ingin tahu berapakah kelajuan internet masing-masing, namun tidak tahu bagaimana nak mengukur kelajuan internet yang kita dapat.

  • Apakah kelajuan internet yang diperolehi setimpal seperti yang dilanggan?

Ada yang merungut, internet saya terlalu lembap, tapi bila ditanya berapa download dan upload speed tiada jawapan diberikan.

Kita boleh mengukur kelajuan internet kita melalui banyak laman web yang menyediakan perkhidmatan ini. Antara yang popular:

fast.com


Saya sangat suka dengan laman web fast.com. mudah, ringkas dan sangat membantu. Walaupun ianya hanya memaparkan ukuran download, tapi pengguna cacat penglihatan macam saya memang sangat mudah untuk digunakan. Boleh juga digunakan untuk telefon pintar
fast.com

atau anda juga boleh menggunakan servis perkhidmatan di bawah, cumanya kadang-kadang OK kadang-kadang tak OK.

P1 Speed Test


Bagi laman web P1 speed test, anda hanya perlu klik link yang diberikan dan tekan begin test. Tunggu seketika dam paparan keputusan download / upload akan terpapar selepas itu.
P1 Speed Test

speedtest.net


Website lain yang juga boleh dikatakan popular adalah dari speedtest.net

klik link yang diberikan dan mulakan test.

*bagi pengguna cacat penglihatan, sila tekan butang 7

Sebagai tambhan, kelajuan internet yang boleh dikatakan mencapai sasaran ialah apabila anda mendapat 80% dari jumlah kelajuan download yang dilanggan. Sebagai contoh, jika saya melanggan pakej streamyx 1MB (1000kb), saya seharusnya mendapat bacaan 800kbps ke atas untuk download.

Manakala PING adalah diantara 100 ke bawah dikatakan terbaik.

TIPS:
untuk memastikan ukuran yang baik, sila tutup semua aplikasi internet lain sebelum memulakan ujian.

Berapa kelajuan internet yang anda dapat? Saya dapat 8.3MBPS untuk rangkaian 3.5G :)

15 November, 2015

Tutorial menggunakan google chrome dengan Jaws

Hai bertemu kembali dalam tips komputer untuk pengguna cacat penglihtan.

Siapa kata orang macam kita tak boleh guna google chrome.. memang boleh!

Dulu memang kurang mesra alam, kini dengan Jaws 16 sekalipun anda boleh melayari internet dengan super fast melalui google chrome ..

jom kita belajar ...



30 Mei, 2015

Tips menukar Bing search kepada Google search di dalam Internet Explorer

By default,Internet Explorer kita hadir dengan enjin pencarian "Bing". Memang ramai yang lebih mengemari enjin pencarian "google" dari yang lain.

Selalunya kita akan menaip www.google.com kemudian baru isikan perkataan pencarian kita di ruangan edit box.

Sebenarnya kita boleh menukar search provider kita dari BING ke GOOGLE. Di bawah ini saya akan tunjukkan cara menukar bing ke pada google dan satu lagi tips ringkas dan cepat untuk mencari maklumat.

Menukar search provider kepada google search


1. Buka internet explorer
2. Tekan link di bawah atau boleh juga copy paste link tersebut di address bar Internet Explorer
http://www.iegallery.com/Addons/Details/813

3. Kemudian cari link Add to Internet Explorer

4. Selepas tekan Add to Internet Explorer, satu dialog box akan muncul;

Add Search Provider
Do you want to add this search provider?
Name: "Google"
From: www.iegallery.com
tandakan check pada

"Make this my default search provider"

dan juga check

"Use search suggestions from this provider"

Kemudian tekan butang Add

Selesai.

Mencari maklumat hanya menaip perkataan pada address bar


Dalam bahagian ini saya akan menerangkan bagaimana kita boleh mencari sesuatu melalui 'google search' tanpa perlu masuk ke laman www.gooogle.com

1. Buka Internet Explorer

2. Arahkan ke address bar seolah kita hendak menaip alamat web dan klik di sana.

* bagi pengguna cacat penglihatan boleh menekan butang F6 atau Control + L

3. taip perkataan seperti mesin basuh

4. kemudian tekan enter

5. Carian anda akan terus menuju kepada google search result.

6. Tips ini memudahkan pencarian dan menjimatkan masa anda dengan papan kekunci.

Selamat Mencuba dan jika anda rasa tips ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.

Seperti biasa, sebarang pertanyaan boleh dikemukan di ruangan ulasan atau terus kepada penulis.

02 Mei, 2015

Microsoft 10 tampil pelayan internet baru

Ketika acara Microsoft Build baru-baru ini, Microsoft dengan rasminya memperkenalkan pelayar barunya, Microsoft Edge.

Bagaimanapun pelayar Microsoft Edge ini bukanlah pengganti kepada Internet Explorer (IE).

Ini kerana Microsoft akan melancarkan Windows 10 dengan dua pelayar sekali gus, iaitu IE serta Microsoft Edge.

Namun jika dibandingkan dengan IE, pelayar Microsoft Edge disifatkan mempunyai kemampuan yang lebih baik.

Ini kerana pelayar tersebut mempunyai fungsi penggunaan tulisan tangan serta boleh menyokong ciri Windows lain seperti aplikasi Cortana.

Sebagai tambahan, pelayar Microsoft Edge ini juga dikatakan mendukung penggunaan HTML serta Javascript.

Pemerhati industri komuunikasi dan teknologi maklumat (ICT) melihat pelayar ini sebagai kesinambungan kepada pelayar yang direka sebelum ini seperti Chrome dan Firefox.

Sebelum ini, berita mengenai perkembangan pelayar baru Microsoft ini sudah mula kedengaran dalam kalangan pemerhati ICT sejak beberapa bulan lalu, namun syarikat berkenaan mengunci mulut mengenainya.

19 Jun, 2012

Email penipu

Email serupa ini bukan pertama kali saya terima, dah banyak kali dan pelbagai bentuk "pujukan" dan tak masuk akal. Dari siapa dan untuk apa saya pun kurang arif. Yang pasti saya merasakan ini semuanya penipu dan bertujuaan untuk "scam".

Di sebalik itu, saya tertarik dengan susanan bahasa yang kemas dan teratur si pengirim. Saya teringat dalam satu laporan tv mengenai sindiket yang mempergunakan email untuk memerangkap mangsa. Kebanyakkan wanita kesunyiaan yang terkena. Tapi motif ini bukan untuk wanita sunyi tapi untuk mereka yang cepat kabur dengan wang ringgit.

PERINGATAN kepada pembaca yang terima email seperti ini dan seumpama dengannya, sila delete sahaja dan tandakan sebagai "scam" dalam email tool anda.

Jom kita terjah apa isi kandungan email yang saya maksudkan. klik papar untuk maklumat lanjut:



Assalamualaikum
Assalamualaikum

Saya adalah Roshilawati Binti Abd Latif, seorang rakyat Malaysia yang
bekerja di HSBC Bank, Amerika. Saya adalah seorang Pengurus Besar di
Bahagian Audit Dalaman.

Dengan rasa hormatnya, saya memohon kepada anda untuk menganggap segala
isi kandung “mail” ini sebagai amat peribadi dan menghormati integritinya.

Atas siasatan terperinci yang hanya saya seorang saja individiu yang
mengetahui latar belakang anda, saya dengan ini ingin memberi informasi
yang saya tahu anda akan sangat berminat dan cenderung serta berupaya
membantu.

Saya sedar anda pasti tertanya mengapa anda di pilih untuk segala ini.
Oleh itu, saya mohon anda meneliti apa jua yang akan saya bentangkan
selanjutnya agar dapat memahaminya.

Memandangkan keadaan yang sudah runcing kini, saya ingin meminta bantuan
dan kerjasama anda untuk mendapatkan sejumlah wang yang yang telah berada
dalam akaun 'dormant' saya sejak tahun 2000 lagi. Wang ini saya perolehi
dari Amanah Wasiat , dimana 40% akan di serahkan kepada anda sebaik ianya
di sahkan berada dalam akaun pilihan anda. Wang ini berjumlah US$5.5 JUTA.
Baki sebanyak 60% lagi adalah milik saya. Kerjasama anda untuk mendapatkan
wang warisan ini adalah kerana Pemegang akaun ini yang merupakan seorang
Usahawan berbangsa Iraq telah pun meninggal dunia dan beliau tidak
meninggalkan seorang waris pun. Informasi ini telah saya dapati ketika
saya melakukan tugasan Audit Dalaman ketika itu.

Saya tidak di benarkan membuat sebarang tuntutan kerana posisi saya tetapi
saya sememangnya boleh membuktikan kepada Bank bahwa saya dalah Pewaris
sah kepada wang tersebut.

Anda hendaklah bekerjasama dan membantu saya dalam kes ini kerana jika
tidak kesemua wang tersebut akan di serahkan kepada Jabatan Perbendaharaan
Negara, apabila tiada tuntutan di buat dalam jangka masa yang di berikan.

Segala informasi dan langkah-langkah yang perlu di ambil akan saya beri
secara terperinci apabila anda cenderung untuk membantu saya.

Kepercayaan dan keyakinan lah yang akan membuahkan hasil yang lumayan..
Walau pun jumlah yang diberikan mungkin kecil dari kaca mata anda tetapi
ia adalah anugerah yang tidak ternilai dan tidak di sangka. Jika di
biarkan ,wang itu akan lupus begitu saja. Keikhlasan anda dalam membantu
saya dalam tuntutan ini amat saya hargai dan harapkan di mana kita
sama-sama akan memperolehi keuntungan.

Jawapan anda terhadap kes saya ini hendaklah di salurkan melalui E-mail
peribadi saya iaitu
(telah dipadam@yahoo.com.my)
Ini sangat
penting dan apa jua informasi seterusnya akan saya beritahu kelak.

Jutaan terima kasih di atas masa dan perhatian anda.

Wassalam

ROSHILAWATI BINTI ABD LATIF





  • agak-agak pembaca, siapa yang tulis email macam ni?

18 Ogos, 2011

TIPS: Tutup penghantaran mesej Facebook dalam telefon bimbit

BAGAIMANA cara untuk menutup akaun Facebook dalam telefon bimbit kerana setakat ini ia tiada berfungsi apa-apa pun pada saya?

Untuk makluman, tiap-tiap minggu nombor 32665 telah menghantar mesej untuk update expire dan tiap kali dihantar pasti dikenakan bayaran RM1.

MOHD RUSLI DERAMAN, Terengganu.

(klik butang "papar" untuk mengetahui jawapannya:




Terima kasih kembali di atas soalan tersebut. Ada beberapa cara untuk menghentikan perkhidmatan Facebook menggunakan telefon bimbit ini.

Kaedah pertama menggunakan kembali sistem pesanan ringkas atau SMS. Taipkan perkataan OFF pada telefon bimbit anda dan hantar mesej tersebut ke nombor 32665 tersebut.

Seterusnya, pihak Facebook akan menghantar mesej kembali ke telefon bimbit tersebut bagi status perkhidmatan Facebook anda di telefon bimbit telah ditamatkan atau OFF.

Bagi melihat kembali konfigurasi penggunaan SMS ini dalam perkhidmatan Facebook, sila ke alamat URL yang berikut:-

Pastikan anda pergi ke laman web Facebook. Seterusnya masukan login dan kata laluan bagi akaun Facebook. Setelah berjaya masuk ke akaun Facebook tersebut, pergi ke menu Account Setting.

Dalam menu Account Setting, pergi ke tab Mobile. Seterusnya, ubah konfigurasi telefon bimbit anda kepada OFF. Selain daripada itu, nombor telefon tersebut juga boleh dibuang terus daripada ruangan konfigurasi dengan menekan butang REMOVE di tepi nombor telefon tersebut.

Bagi melihat konfigurasi telefon bimbit dalam akaun Facebook, sila ke alamat URL yang berikut:-
Sekiranya tidak berjaya, boleh menutup terus akaun Facebook tersebut seperti yang telah dibincangkan dalam ruangan ini atau hubungi pihak Facebook dengan menyatakan masalah yang dihadapi dengan akaun Facebook.

dipetik dari utusan-megabait





  • kongsikan pandangan anda dengan menggunakan akaun facebook



29 Disember, 2010

Tips melayari internet dalam telefon bimbit

Banyak orang telah menggunakan telefon bimbit untuk melayari internet. Tambahan gadget tersebut mudah dibawa ke sana sini berbanding dengan komputer riba.

Saya akan turunkan beberapa tip untuk melayari internet dengan lebih pantas.



1. Facebook.

Jika anda melayari laman sosial facebook, pada ruangan web address sila taip
http://m.facebook.com/

2. Utusan mobile

sila taip address utusan mobile seperti berikut

http://m.utusan.com.my

3. Blogspot

jika blog saya ialah

http://cikgu-azhar.blogspot.com/

sila tambah aksara berikut dihujung com/


?m=1

dan address yang sepatutnya ialah

http://cikgu-azhar.blogspot.com/?m=1


KELEBIHAN:

1. load dengan lebih pantas di telefon bimbit anda. So tidak buang masa dan boleh memanjangkan hayat bateri telefon bimbit.

2. boleh juga diaplikasikan di dalam komputer biasa / laptop.

KELEMAHAN

1. semua gambar, java script tidak berfungsi pada paparan jenis ini.

OK, jika ada address yang terkini sila update pada ruangan komen .

25 Februari, 2010

menulis posting blog menggunakan perisian window live writer

 

block quote

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Hari ini saya telah mencuba perisian window live writer versi portable yang saya perolehi dari seorang sahabat (Ikmal Hakimi)

 

Versi portable ini tak perlu install. boleh dijalankan melalui pen drive.

 

Untuk muatturun versi portable, sila klik link di bawah:

 

window live writer versi portable

 

Berikut adalah beberapa kelebihan menggunakan perisian ini;

 

  • boleh mengubah format font, alignment, warna text, memasukkan gambar, video, table dan banyak lagi.
  • tidak perlu log in ke dalam blogger.com tetapi boleh terus menulis seperti menggunakan word.

boleh memilih untuk post terus atau simpan ke dalam draf

 

Setelah anda memuatturun perisian ini, anda boleh memasukkan username (google email) dan password anda untuk mengaktifkan blog anda melalui window live writer.

 

Saya akan beri tutorial di lain hari kerana saya ingin mendalami lagi perisian ini.

 

Jumpa lagi.

 

block quote end

 

+
Copyright © dunia rasasayang ®