Unifi Mobile 'unlimeted' indah khabar dari rupa?
Mencari telco yang menawarkan pakej yang murah dan sepastinya mempunyai kelajuan yang tinggi menjadi keutamaan saya. Saya juga pasti anda para pembaca juga memerlukan pakej demikian. Sebelum ini saya mengunakan Celcom First Gold dengan plan unlimeted call / SMS dan 20 GB data. Harga langganan saya adalah sebanyak RM79 sebulan tidak termasuk GST!- saya benci pada agihan kuota yang ditawarkan oleh celcom. 10 GB pada hari biasa dan 2.5GB pada hari Sabtu dan Ahad. Kenapa perlu agih kuota seperti itu?
Kemudian saya mencuba unifi mobile pakej JASA untuk para guru. Unlimeted data, unlimeted call dan unlimeted SMS pada harga RM59 tidak termasuk GST! Memang nampak menarik tetapi ...
- Unifi mobile hanya menyewa Celcom 3G tidak Celcom 4G! Kesannya kelajuan internet dengan celcom 3G hanya dibawah 1MBPs. Tersangat pperlahan.
- Pencawang 4G unifi tidak banyak dan menyeluruh. Masih dikatakan dalam tempoh permulaan agaknya
- Jika berada di kawasan unifi 4G dengan mengunakan pencawang unifi sendiri, kelajuan internet tidak boleh mengatasi kelajuan telco besar lain. Hanya sekitar 3MBPS - 4MBPS.
- Alasan yang diberikan oleh pihak Unifi, bergantung kepada jumlah pengguna dan jenis peranti yang digunakan. Isunya kenapa kalau saya pakai telefon yang sama, dan berada di tempat yang sama, Celcom boleh dapat 30MBPS - 40 MBPS tetapi kalau pakai Unifi mobile hanya di bawah 4 MBPS?
- Melalui aplikasi speedtest seperti berikut. Titiwangsa KL = 10MPBS. Brickfield = 3.8 MBPS, Highway PLUS bawah 3MBPS. Perlis di tempat 3G bawah 1MBPS begitu juga dengan Pahang. Ada juga tempat yang tidak dapat akses internet sedangkan rangkaian lain cukup laju!!
- Memang sangat menyakitkan. Unifi melalui TM sebuah syarikat yang besar dan terulung. Tidak sepatutnya mereka mengamalkan konsep bayar dulu baru kami sedia pencawang 4G yang lebih banyak! Lagipun kenapa capaian internet Unifi sangat perlahan walaupun berada di kawasan liputan 4g unifi?
- Hotspot? bagi pengguna prepaid mahupun plan biasa anda, perlu
bayar lebih jika mahu menggunakannya. Bagi plan JASA, 10 GB hotspot percuma ditawarkan setiap bulan tetapi dengan syarat mesti ada liputan 4g unifi di tempat tersebut. kelakar kan?
Kesimuplannya, unlimeted segala-galanya tidak menjanjikan 'syurga internet' buat pengguna Unifi Mobile setakat ini. Mungkin pendapatan yang diterima hari ini adalah pelaburan / modal untuk unifi terus membina pencawang 4G mereka.
Sebagai pengguna, kami mengharapkan unifi tidak keterbelakang dalam penawaran kelajuan internet untuk para penggunanya.
Berapa lama lagi kami perlu tunggu untuk unifi lebih laju dan menyeluruh capaian 4G? Kita dah dengar ura-ura 5G akan mula digunakan. Unifi masih 3G???
Mungkin anda tidak bersetuju dengan pendapat saya.