23 November, 2015

Download NVDA 2015.4 portable (November 2015) with elequence voice

Salam.
Agak lama aku tak update blog ni dan agak lama juga aku tak share sebarang software dalam blog dunia rasasayang ®.
Kali ini aku nak share software screen reader yang berstatus percuma. Ya percuma dan ianya sebuah perisian 'open source' yang dibangunkan oleh mereka-mereka yang prihatin dengan nasib OKU penglihatan. Maklumlah nak beli JAWS original beribu-ribu ringgit. Hehehehe.

download NVDA v2015.4 update November 2015

Mula-mula kalian download versi portable
download here
Kemudian kalian gunakan apa sahaja software yang boleh extract file yang telah dimuatturun tadi. Contohnya 7zip, winrar atau winzip. Kalau nak mudah dan percuma gunakan software 7zip je.
Lepas extract dalam folder, kalian buka folder tu dan cari file yang bernama nvda.exe
Lepas tu enter dan terus software nvda dengan suara elequence (suara seperti Jaws screen reader) akan terpasang.
Alah, benda ni kalian dah tau sebenarnya .. hahahha buat tak tau pulak ye. Tapi bagi yang 'perlu' boleh cari aku kat bahagian "hubungi" kat bawah sana untuk hubungi aku secara terus. Kalau aku ada masa aku ajar satu persatu. Kalau aku tak ada masa, boleh tanya kawan-kawan lain kat alam maya ni. Jangan tanya makcik tipah jual karipap, nanti dia bagi karipap percuma kat kau. hahahahaha.
Sekali lagi pautan download kat bawah.
download here
So sebelum aku lebih merapu aku harap kalian manfaat benda ni dengan sbaik mungkin, kalau ada pertanyaan jangan segan-segan nak tulis komen kat ruangan ni atau contact aku secara peribadi. wassalam.

special: dalam NVDA 2015.4 versi portable ni aku tambah pelbagai add on untuk lebih acessability kepada orang macam kita. Untuk semak jenis add on tu tekan Insert N kemudian gerak sampai jumpa tool sub menu kemudian cari manage add on. ok enjoy!
Copyright © dunia rasasayang ®