07 Januari, 2011

Tips: Tingkatkan prestasi komputer anda dengan CCleaner

Kita selalu merungut, komputer kita menjadi lembap setelah beberapa bulan dibeli atau diformat. Masa mula-mula baru beli, wah "lajunya"! Lama kelamaan, prestasi semakin lembap.

Bagi mereka yang pernah menjalankan operasi "disk cleanup",mereka mungkin tahu apa yang saya maksudkan.





Bagi yang tidak pernah menjalankan operasi "disk cleanup", window menyediakan kemudahan untuk membuang sampah dalam hard disk anda. Tetapi masa untuk membersihkan sampah tersebut sangatlah lama.

Hari ini saya ingin berkongsi ilmu dengan pembaca blog saya mengenai suatu perisian percuma dan memang nombor satu dalam "optimize dan cleaning" komputer kita.

Sebab apa nombor satu, sebab ianya semestinya suatu perisian yang percuma.

  1. dapat membuang "sampah" dalam hard disk 
  2. jangan terkejut untuk kali pertama menggunakan CCleaner, beratus-ratus megabyte atau lebih "sampah" berada dalam hard disk kita.
  3. "sampah" yang saya maksudkan seperti Temporary files, history, cookies, Autocomplete form history, index.dat, Recycle Bin, Recent Documents, Temporary files and Log files.
  4. Sampah-sampah ini jika tidak diurus akan terus berlonggok dalam hard disk seterusnya akan melembapkan komputer.
  5. selain itu, sampah-sampah ini juga ada yang jenis merbahaya kepada keselamatan data kita. Hacker menggunakan cookies untuk jejak aktiviti dan data dari komputer kita.
  6. Dengan satu klik, semua sampah dalam hard disk kita boleh dihapuskan .. ikut pengalaman saya, software ini sangat umphhh!!

download CCleaner di sini

Untuk penerangan dan info lanjut mengenai software ini, boleh elayari laman web berikut:

CCleaner

Tak tahu macam mana nak install atau guna? jom discuss dalam ruangan komen.

*kepada yang nak copy / paste artikel, bagi sikit kredit pada blog ni ok :)

0 Ulasan:

+

Artikel Terkini

Copyright © dunia rasasayang ®