12 Januari, 2011

TIPS: Cara menggunakan CCleaner

Sebelum ini, saya ada tulis mengenai perisian CCleaner. Bagi mereka yang belum berkesempatan membaca apa itu CCleaner boleh klik pautan di bawah

Tips: Tingkatkan prestasi komputer dengan CCleaner

dan boleh muatturun perisian percuma ini dengan klik pautan berikut:

download CCleaner

Kali ini saya akan menerangkan serba sedikit cara-cara menggunakan CCleaner. Jika terdapat sebarang kemusyikalan boleh selitkan dalam ruangan komen. Semoga bermanfaat...





Saya bahagikan tutorial ini kepada empat bahagian  

  • cleaner
  • registry
  • tool
  • option

  • cleaner (buang "sampah" dalam hard disk)
  1. tekan analyze untuk analisis jenis dan jumlah sampah
  2. tekan run cleaner dan tunggu hingga selesai
  3. bila dah siap, boleh jenguk kat summary
  4. boleh abaikan step 1 kalau tak nak analyze. no problem.

  • registry (buang registry yang tidak diperlukan untuk lancarkan window)
  1. tekan registry
  2. tekan scan for issue dan tunggu proses selesai
  3. setelah selesai akan dipaparkan senarai registry yang tidak diperlukan dalam komputer (boleh pilih check atau uncheck item yang hendak dibuang, dicadangkan tanda semua)
  4. kemudian tekan fixed selected issues..
  5. keluar confirmation box "Do you want to backup changes to the registry?", pilih NO. (kalau nak simpan backup pun boleh pilih YES)
  6. tekan fix all selected issue, tunggu dan selesai

  • tools
Dalam bahagian ini, terdapat tiga jenis pekerjaan yang boleh kita buat iaitu uninstall programme, configure startup dan restore window jika berlaku bermasala pada komputer anda. Bahagian tools ini tidaklah perlu kita lakukan selalu, bergantung kepada keperluan.

  1. * uninstall program dengan CCleaner lebih baik dari cara biasa melalui add / remove programme kerana ia akan juga membuang registry berbanding cara lama. Erti kata lain full uninstall.
  2. tekan tools, kemudian uninstall dan pilihlah program kita nak uninstall. kemudian tekan butang run uninstaller. 
  3. next ikut arahan uninstall macam biasa.
  4. * startup adalah program yang akan automatik dilancarkan semasa window kita pertama kali dihidupkan. Lagi banyak senarai startup yang enable, lagi slow komputer kita.
  5. ada beberapa perkara yang patut kita enable dalam senarai startup seperti antivirus, download manager. Manakala yang lain-lain tidak perlu enable. Saya cadangkan disable sahaja item selain antivirus dan download manager.
  6. bagi pengguna OKU penglihatan, perkara yang berkaitan dengan program JAWS, biarkan enable
  7. Anda boleh buat eksperimen sendiri mana yang perlu dan mana yang tidak perlu.  
  8. * system restore pula berfungsi jika komputer anda tidak berfungsi dengan baik hari ini. Mungkin semalam lebih baik dari hari ini. So anda boleh berpatah balik pada setting tarikh semalam atau sebelumnya.

  • option
dalam bahagian ini anda boleh membuat setting pada CCleaner anda. Saya syorkan untuk pengguna biasa tidak perlu masuk dalam bahagian ini.

NOTA:

  • Jalankan fungsi cleaner dan registry paling minima seminggu sekali. Lagi kerap lagi bagus. 
  • untuk bahagian startup, buat ujikaji mana yang perlu dan mana yang tidak perlu. Anda akan melihat komputer anda load lebih laju dari biasa.
  • Saya  bukan pakar komputer sekadar berkongsi sedikit pengetahuan, so... risiko tanggung sendiri. (dari pengalaman, saya tidak menghadapi masalah dengan CCleaner)

** bagi pengguna OKU penglihatan melalui JAWS, ada sedikit tutorial bersuara yang saya sertakan, harap membantu.



0 Ulasan:

+

Terbaru ...

Copyright © dunia rasasayang ®