18 Februari, 2011

Optimize komputer anda dengan proses defragment

SEBELUM ini saya ada berkongsi dengan anda bagaimana kita boleh mempertingkatkan prestasi komputer kita dengan CCleaner

Kali ini saya akan berkongsi satu lagi tips yang saya kira cukup bagus dalam meningkatkan prestasi komputer kita.

klik butang "papar" untuk mengetahui dengan lebih lanjut:






Kita sedia maklum, window telah menyediakan defragment tool untuk kita menyusun kembali fail dalam cakera keras kita. Tapi dari pengalaman saya, massa untuk menyusun kembali fail-fail tersebut sangatlah lama. Boleh naik bosan menunggu!

Bagi yang belum tahu apa itu proses defragment, secara mudahnya bolehlah saya gambarkan secara ringkas cakera keras kita sebagai sebuah bilik yang dipenuhi buku-buku. Dan buku-buku itu apabila sudah dibaca, tidak disimpan ditempat asal. Dengan erti kata lain terabur lintang pukang.

Apabila komputer kita dihidupkan, window akan mencari fail-fail tersebut untuk menjalankan operasinya dan sudahtentu memakan masa untuk mencari fail-fail yang sudah terabur tadi.

Maka keluarlah dari mulut kita, lembapnya komputer ni, kenapa komputer ni selalu "hang" dan macam-macam lagi.

Untuk itu proses penyusunan semula fail-fail tersebut harus dijalankan sekurang-kurangnya seminggu sekali atau dua kali sebulan.

Bagi yang ingin melakukan proses defragment melalui tool yang sedia ada dalam window boleh berbuat demikian dengan klik

"all program>accessories>system tools>disk defragmenter"

Cuba defrag harddisk anda dan perhatikan berapa lama masa yang diambil untuk menyiapkan proses defrag tersebut.

Untuk post yang akan datang saya akan kongsikan satu software percuma yang saya kira cukup hebat ..

Kenapa ssaya kata HEBAT? Nantikan ....

"klik sini untuk jadi rakan facebook saya"

0 Ulasan:

+

Terbaru ...

Copyright © dunia rasasayang ®