22 Februari, 2011

Pelajar buta raih kejayaan

Jika diukur dari kemampuan, memang golongan orang kelaianan upaya cacat penglihatan mempunyai keupayaan yang terbatas. Namun atas semangat juang, tiada yang mustahil. Semoga petikan akhbar ini menjadi pendorong kepada pelajar buta seluruh Malaysia khususnya dan seluruh pelajar lain umumnya.

klik butang "papar" untuk meneruskan bacaan.





SELAYANG: Kekurangan bahan rujukan tulisan Braille di sekolah membuatkan pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) kategori pelajar istimewa
cemerlang (buta) sering berputus asa dan enggan meneruskan pelajaran.

Namun, bagi Mohd Rifaat Hussin, 20, bantuan rakan yang sudi membantu melaksanakan pembelajaran berkumpulan berhasil apabila diumumkan sebagai pelajar cemerlang
seluruh negara.
Mohd Rifaat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St John, Kuala Lumpur, memperoleh keputusan 4A 1B berkata, kekurangan bahan rujukan membuatkan pembelajaran
rumit, tetapi sokongan rakan setiap masa membangkitkan semangat untuk belajar dengan tekun.

Dia yang ditemani ibu, Rusni Ahmad, 53, dan bapa, Hussin Mat Shah, 53, memperoleh A dalam mata pelajaran Pengajian Am, Bahasa Malaysia, Kesusasteraan Melayu
dan Pengajian Perniagaan, manakala B dalam mata pelajaran Syariah.
“Saya akan memperuntukkan dua jam setiap hari untuk mengulang kaji pelajaran selain berbincang dengan rakan sekelas serta bertanya kepada guru-guru,” katanya
yang mahu menjadi seorang pendidik dan melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Manakala, Low Hong Ping, 21, pelajar cemerlang
kategori istimewa spastik di sekolah sama memperoleh 4A dalam empat mata pelajaran termasuk Pengajian Am, Ekonomi, Pengajian Perniagaan dan Matematik,
berkata dia menghadapi banyak dugaan sebelum menghadapi peperiksaan kerana dimasukkan ke hospital selama dua bulan akibat radang paru-paru.
Keadaan itu membuatkan dia nyaris berputus asa kerana ketinggalan dalam pelajaran yang diajar guru sedangkan tinggal beberapa bulan saja sebelum menduduki
peperiksaan.

“Saya sedih dengan situasi berkenaan kerana hanya bergantung kepada pembelajaran di kelas. Saya tidak pernah pergi tuisyen kerana hanya bergantung kepada
kerusi roda,” katanya yang mahu melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang ekonomi.


sumber: Harian Metro 22/2/2011

"klik sini untuk jadi rakan facebook saya"

Copyright © dunia rasasayang ®