23 Februari, 2011

Defrag komputer dengan "smart defrag"

Bertemu kembali dalam ruangan tips komputer.

Seperti entry yang terdahulu, saya ada berkongsi mengenai "optimize komputer anda dengan proses defragment"

Sudahkah anda menjalankan proses defragment pada cakera keras anda? Jika ya, berapakah masa yang diperuntukkan untuk proses tersebut? Kali ini saya ingin berkongsi suatu perisian yang saya sebut dulu sebagai hebat kerana ianya lebih ringan, lebih cepat dan yang paling saya suka fungsi auto shut-down setelah proses defrag selesai.

klik butang "papar" untuk meneruskan bacaan.





Software "smart defrag" yang saya tampilkan kali ini adalah versi portable. Ini bermakna anda boleh menjalankannya di mana-mana komputer tanpa perlu proses install. Hanya ikuti langkah mudah berikut:

  1. download software ini dengan klik link berikut
    SmartDefragPortable.exe
  2. setelah download, klik software "SmartDefragPortable" yang anda telah download tadi
  3. satu tetingkap akan terbuka dan klik install, tunggu sehingga selesai.
  4. buka my computer, hard disk C:, dan perhatikan folder smart defrag di situ.
  5. buka folder smart defrag, kemudian perhatikan file SmartDefragPortable
  6. right klik atau (tekan application key bagi pengguna JAWS) pada fail tersebut
  7. klik pada send to desktop "create shortcut"

Selesai proses membuat shortcut pada desktop, anda boleh menjalankan proses defragment denganmengikuti langkah-langkah berikut:

  1. klik ikon SmartDefragPortable yang anda buat tadi di desktop
  2. setelah terbuka, tandakan harddisk yang anda ingin defrag, termasuk pen drive atau external hard disk
  3. anda boleh memilih option defrag only, fast optimize atau deep optimize. saya pilih defrag only
  4. kemudian tandakan "turn off after defragment" jika anda ingin tutup komputer secara automatik setelah defrag selesai
  5. dan akhir sekali tekan butang start, setelah selesai komputer anda akan dipadamkan secara automatik

PERHATIAN:

  • anda boleh letakkan software ini di dalam pen drive anda dengan copy keseluruhan folder smart defrag yang terdapat di dalam hard disk C: anda
  • setelah copy, anda boleh menjalankan di mana-mana komputer lain dengan membuka folder tersebut dan klik pada file SmartDefragPortable
  • Anda juga boleh explore fungsi schedule defrag yang terdapat pada butang option

Jika anda mempunyai sebarang pandangan atau pertanyaan boleh menghubungi saya di ruangan chating atau terus memberi ulasan di dalam ruangan komen. Mudah-mudahan tips ringkas ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. selamat mengemas cakera keras anda!

"klik sini untuk jadi rakan facebook saya"





Copyright © dunia rasasayang ®