Memaparkan catatan dengan label ISU SEMASA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ISU SEMASA. Papar semua catatan

04 Mei, 2013

BUAT KEPUTUSAN BIJAK & SELAMAT MENGUNDI PRU 13

Assalamualaikum

Esok 5 Mei 2013 akan berlaku satu lagi pilihanraya yang bakal menentukan pentadbiran negara. Seperti mana yang kita tahu, persaingan untuk merebut Putrajaya semakin hangat kerana banyak laporan mengatakan peluang 50-50 bagi kedua-dua belah pihak.

222 kerusi parlimen akan menjadi rebutan antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Dan sejumlah 13 juta pengundi yang berdaftar layak menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Apapun keputusan yang keluar pada malam esok adalah ketentuan Ilahi. Hendaknya kita sebagai rakyat Malaysia janganlah menjadikan negara huru - hara. Jangan ada pertumpahan darah gara-gara politik.

Kedua-dua penyokong parti politik hendaklah menerima dan saling bekerjasama untuk mengekalkan perpaduan dalam Malaysia.

Akhir kata, selamat menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia. Selamat mengundi.

17 Februari, 2013

Video pembantu rumah dera bayi 4 bulan di Kuantan

Apalah malang nasib bayi yang berusia empat bulan ini, dilambung, dihempas dan didera sedemikian rupa.

Tonton video ini



video asal CCTV klik sini


  • apa komen dan reaksi anda?


10 September, 2012

paralimpik vs olimpik, pencapaian pingat sama, imbuhan tak sama, kenapa dan mengapa?

Semua orang tahu, pencapaian atlet olimpik pada saingan 2012 membawa pulang satu (1) perak dan satu (1) gangsa.

Begitu juga dengan atelet paralimpik negara juga membawa jumlah pingat yang sama untuk temasya paralimpik 2012.

Apa bezanya? Cuma satu golongan normal dan satu lagi golongan cacat.

Hangat didada akhbar mengenai imbuhan kepada atelet OKU yang tidak sama dengan atlet olimpik (golongan normal). Aku .. hahhahaada ada aku kisah?

Mana boleh sama. satu cacat mestilah bagi rendah sikit berbanding dengan golongan normal. Golongan cacat kenalah bersyukur. Itupun orang nak bagi. Hahahahhahaa.

Kalau tanya aku secara peribadi selaku aku ni orang kelaianan upaya (OKU), buat apa nak kecoh-kecoh. benda-benda macam ni bukan baru. Biasalah. Kalau kita sebut tentang prihatin atau empati dengan OKU. Bukan semua yang faham benda ni. Setakat jawab dalam kertas periksa atau tulis di wall facebook memang pandai. Hakikatnya lu fikir la sendiri.

Berbalik kepada isu atelet paralimpik ni, aku harap ia tak jadi isu politik. Harap-harap kalau orang nak tolong bela pun atas dasar sesama manusia. Dasar prihatin kepada OKU.

Kalau kau orang nak baca bloleh je klik link kat bawah ni. Tafsiran masing-masing la kan ...

Shabery digesa mohon maaf hina atlet paralimpik

Kesimpulan, aku bangga dengan kau orang atlet olimpik yang berjaya membawa pingat ke tanahair Malaysia. Syabas sebab kau orang warganegara yang telah mengharumkan nama negara. Aku rasa kau orang pun warganegara yang pegang kad pengenalan warna biru sama je dengan atlet normal kan?

Tentang imbuhan tu, tak apa. Kalau ada rezeki, tak akan ke mana. Mungkin ada lain kali orang yang nampak akankelebihan korang di sebalikkecacatan tu..


  • lontarkan pandangan anda menggunakan akaun FB


02 Ogos, 2012

Ada wang, masih mengemis

KOTA BHARU- Walaupun mempunyai simpanan RM8,000 dalam akaun simpanan mereka, sepasang pengemis warga emas yang cacat penglihatan masih sanggup meneruskan kegiatan mengemis di kaki lima Pasar Siti Khadijah di bandar ini kerana sudah biasa dengan pekerjaan itu sejak 10 tahun lalu.

Pasangan itu, yang berasal dari Kampung Berangan, Tumpat, sanggup menaiki bas dari rumah mereka yang mengambil masa hampir 45 minit ke bandar ini demi untuk mencari rezeki dan mengharapkan simpati dari masyarakat.

(klik butang papar untuk meneruskan bacaan)



Menurut isterinya, walaupun mempunyai tiga anak yang sudah dewasa, namun dia tidak mahu menyusahkan anak-anaknya memandangkan mereka hanya bekerja sebagai buruh dan mempunyai pendapatan yang tidak seberapa.

“Inilah yang makcik mampu lakukan iaitu menjual tisu, selain mendapatkan derma dari orang ramai bagi menampung kehidupan kami berdua yang semakin uzur dan tidak mampu melakukan kerja-kerja lain.

“Pernah kami ditahan pihak berkuasa dalam operasi pengemis sebelum ini, tetapi kami kembali melakukan kerja ini kerana mudah untuk mendapatkan wang dari orang ramai,” katanya ketika ditahan dalam operasi Adhoc Ramadan pengemis di sekitar bandar ini, semalam.

Operasi bersepadu yang diadakan pada jam 11.30 pagi hingga 1 tengah hari itu, dilakukan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersama Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar raya Islam (MPKB-BRI) serta Jabatan Imigresen itu berjaya menahan enam pengemis yang terdiri daripada warga emas, golongan dewasa dan kanak-kanak.

Ketua Bahagian Warga Tua dan Keluarga JKM jajahan Kota Bharu, Norizawati Mamat, berkata, empat pengemis terbabit akan ditempatkan di rumah Sri Kenangan, Pengkalan Chepa untuk penempatan sementara, manakala dua lagi yang merupakan warga Thailand, akan dihantar ke depot tahanan sementara di Telipot.

“Mereka akan ditahan di bawah seksyen 3 (2) Akta Orang Papa 1977, sebelum dituntut oleh waris atau jika tidak dituntut akan dibawa ke pihak atasan untuk tindakan selanjutnya.

“Setakat ini dalam operasi terbabit, ada di antara pengemis merupakan penerima bantuan bulanan JKM, namun masih lagi melakukan pekerjaan seumpama ini,” katanya.

Norizawati berkata, operasi seumpama ini akan diteruskan secara berkala bagi membanteras kegiatan mengemis.

“Kita harap masyarakat faham dengan tugas kami, yang bukan menahan pengemis secara melulu, namun adalah untuk sediakan tempat tinggal dan membela nasib mereka supaya dapat meneruskan kehidupan lebih baik,” katanya.

1. apa salah kalau mengemis dengan menjual tisu?

2. cukupkah belanja RM8000 untuksehingga nafas terakhir?

3. Cukupkah bantuan JKM RM300 ke bawah untuk sebulan. Beras sekilo berapa? Ikan bilis berapa?





  • bukan simpati yang kupinta, tapi empati

19 Julai, 2012

Kajian: 90% guru dan 80% pemimpin sekolah tidak setuju cadangan benar pelajar bawa telefon bimbit ke sekolah

Kuala Lumpur: Lebih 90 peratus guru dan 80 peratus pemimpin sekolah tidak bersetuju cadangan Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah.

Keputusan hasil kaji selidik membabitkan kira-kira 2,000 responden di seluruh negara itu dimaklumkan Yang Dipertua Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM), Muhamad Khailani Abdul Jalil kepada BH, semalam.
Muhamad Khailani adalah Ahli Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid yang dipengerusikan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong.

(klik butang papar untuk meneruskan bacaan)





Malah, kajian itu turut mendapati lebih 75 peratus ibu bapa dan 55 peratus pelajar sendiri turut menolak cadangan berkenaan.

Kajian dibuat Kementerian Pelajaran tahun lalu untuk mendapatkan pendapat pihak berkepentingan mengenainya.

Beliau berkata, rata-rata semua pihak kepentingan menegaskan keperluan pelajar untuk membawa telefon bimbit ke sekolah amat sedikit dan tidak mewakili suara majoriti.
“Kebimbangan utama semua pihak berkepentingan itu ialah ia lebih banyak membawa keburukan.

“Berdasarkan pengalaman sekolah, 60 peratus pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah walaupun tidak dibenarkan ketika ini. Masalah berlaku apabila telefon bimbit hilang, pelajar menuduh rakan mencuri sehingga mencetuskan pergaduhan.

“Selain itu, pelajar membawa anasir berunsur lucah ke sekolah dan berisiko tinggi berlaku penyebaran yang boleh mempengaruhi rakan,” katanya.

(petikan berita harian)


1) hpone anak sy hilang.. mcm mana boleh hilang? cikgu x mmantau ke?

2) boleh x cikgu tolong tgok2, anak sy sllu hilang hanpone...

3) sy dapat mesej dr anak saya.. yg cikgu mgajar dia x faham.

4) sory cikgu... hari ni sy x dpt masuk kelas... (murid)

5) bgtau cikgu.. ayah nk nk ambil kamu awal hari ni.. ayah sibuk.. x smpt nk jumpa cikgu kamu.(ibubapa)

6. dan mcm2 lagi korang tamba sendiri ya..

ISU SEMASA, RITA PENDIDIKAN


  • lontarkan pendapat anda menggunakan akaun facebook

18 Julai, 2012

Pelajar dibenar bawa telefon bimbit - reaksi awal NUTP

KUALA LUMPUR: NUTP menunggu maklum balas daripada ahli-ahlinya berhubung cadangan kerajaan membenarkan penggunaan telefon bimbit kepada pelajar sekolah.

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng, berkata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan kebangsaan Malaysia (NUTP) akan menyatakan pendirian rasmi selepas memperoleh maklum balas daripada ahlinya.

"Berdasarkan maklumat yang diperolehi secara tidak rasmi, ada di kalangan guru-guru yang bersetuju, tidak kurang juga yang berfikir lebih banyak keburukan berhubung cadangan tersebut," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

(klik butang papar untuk meneruskan bacaan)





Tambah beliau, berdasarkan maklum balas yang diterima nanti, NUTP akan berbincang mengenainya sebelum mengemukakan sebarang tindakan kepada kerajaan.

Semalam, Kementerian Pelajaran dilaporkan dalam usaha merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang akan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya bagaimanapun akan menetapkan garis panduan yang mengawal penggunaan alat komunikasi tersebut bagi mengelakkan ia mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Menurutnya, keputusan untuk membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah adalah selari dengan perkembangan semasa serta mengambil kira faktor keselamatan pelajar.

Beliau juga dilaporkan berkata para ibu bapa pernah beberapa kali meminta Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah bagi membolehkan mereka mengawasi pergerakan anak mereka.


Jom kita tinjau kebaikan dan keburukan dalam isu ini ..

KEBAIKAN:
  1. ibu bapa dapat mengawasi pergerakkan dan keselamatan anak selepas sekolah dan juga semasa sekolah
  2. pelajar dapat memperkasa teknologi maklumat dalam proses pembelajaran

KEBURUKAN
  1. pelajar lalai dengan pembelajaran, bermain sms, facebook, video lucah dan sebagainya
  2. potensi berlaku kecurian dan kehilangan harta (telefon bimbit) semakin tinggi
  3. beban guru semakin bertambah untuk mengendalikan kes disiplin pelajar berkaitan telefon bimbit
  4. tiada jaminan keselamatan pelajar di luar sekolah kerana tetap boleh dimatikan dan memberi pelbagai alasan seperti bateri habis


*Itu adalah sekadar pendapat mengenai kebaikan dan keburukkan membawa telefon bimbit ke sekolah. Memang ada perlunya kita lebih positif, bergerak seiring dengan arus zaman. Cuma tanyalah pada diri kita. Apalkah kita boleh mengawasi tingkah laku anak kita 100% di rumah dengan telefon bimbit dan gadget teknologinya? Fikir-fikirkan..



  • anda mungkin lebih bernas dalam isu ini ..

23 Mei, 2012

Debat PTPTN .. ringkas bagi saya hebat!

Ramai yang tidak suka politik terutama golongan wanita. Bila tinjau kat info fb rata-rata tulis tidak minat. Kuasa politik penentu masa depan kita mahupun anak cucu kita.

Contoh dalam kes PTPTN. Perbezaan pendapat itu bagus untuk menjadikan negara kita lebih matang dan maju. Kita berhak memilih siapa yang bakal meneraju negara yang mampu memberi lebih keselesaan untuk diri kita dan generasi akan datang.

Bagi yang terlepas menonton debat antara Ketua Pemuda UMNO (KJ) dan Pengarah Strategik PKR saudara Rafizi, saya muatkan kembali dari saluran youtube. Selepas dengar dan tonton mungkin kita boleh memilih siapa yang layak menerajui negara.

(klik butang papar untuk papar video)










  • PTPTN patut dimansuhkan dan diberi pendidikan percuma atau tidak?

09 Disember, 2011

Ulasan+muat turun Pekeliling SBPA (Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam) 2012

Assalamualaikum..

Dalam Skim Gaji SBPA 2012, semua kenaikan pangkat tidak lagi bergantung kepada kekosongan jawatan tetapi bergantung kepada tahap prestasi dan syarat kelayakan.

Seseorang guru boleh mencapapai ke tahap DG 54 ( 1-6 ) setelah 25 tahun berkhidmat. Syarat sah dalam perkhidmatan hanya 6 BULAN dan 5 HARI menduduki KURSUS INDUKSI yang dijalankan.



Berikut adalah perubahan kod dan tempoh kenaikan pangkat daripada :
  • DG 1-1(DG41) ke DG 1-2 (DG44) = 8 tahun
  • DG 1-2 (DG44) ke DG 1-4 (DG48) = 8 tahun
  • DG 1-4 (DG48) ke DG 1-5 (DG52) = 6 tahun
  • DG 1-5 (DG52) ke DG 1-6 (DG54) = 3 tahun

(baca lanjut dan pautan download dengan menekan butang papar di bawah)




Kenaikan tahunan untuk :

  • DG 41…RM 230
  • DG 44…RM 250
  • DG 48…RM 270
  • DG 52…RM 290
  • DG 54…RM 320

GAJI PERMULAAN :

  • DG 41 ( DG 1-1 ) RM 1925….maksimum RM 6220
  • DG 44 ( DG 1-2 ) RM 2985….maksimum RM 7235
  • DG 48 ( DG 1-4 ) RM 4390….maksimum RM 8710
  • DG 52 ( DG 1-5 ) RM 5260….maksimum RM 9610
  • DG 54 ( DG 1-6 ) RM 7025….maksimum RM 11,505

Tangga Gaji Bagi Skim N (Pentadbiran & Sokongan)

  • Gred N5-1 (SSM – N11) 850 – 2390 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM80)
  • Gred N4-1 (SSM – N17) 955 – 2780 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM95)
  • Gred N4-3 (SSM – N22) 1920-3530 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM115
  • Gred N3-1 (SSM – N27) 1410-4185 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM145)

Kakitangan awam hanya diberikan tempoh selama 15 hari mulai 16 Disember 2011 hingga 30 Disember 2011 bagi memilih samada SBPA atau kekal dalam sistem lama SSM.

Gaji baru Kod ‘N’ ini diumumkan dalam Facebook Page Abu Bakar Haji Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia. Dalam masa yang sama juga, penjawat awam jangan lupa tentang 1/2 bulan gaji atau minimum RM500 yang akan diterima pada bulan ini juga.

Gaji kakitangan awam akan disemak setiap 3 tahun sekali, bermakna 2015 ada lagi semakan, demikian juga pada 2018. Pada 2013 dan 2016 kadar elaun akan disemak semula.

Pada 2014 dan 2017 pelarasan gaji akan dilakukan bergantung kepada kedudukan kewangan kerajaan supaya menjelang 2020 pendapatan perkapitan kakitangan awam pada 2020 adalah USD15,000, kalau didarabkan kepada RM berapa?

Selepas ini tiada lagi gred DG 41, 44, 48, 52, dan 54. Semua gred DG itu diganti dengan 1-1,1-2,1-4,1-5 dan 1-6.

sumber: beritasemasa.com


Direct download pekeliling SBPA di pautan berikut:


**jika pautan sudah tidak berfungsi sila maklumkan.


Ulasan ringkas saya:

(jika salah mohon perbetulkan dan ini hanyalah dari review saya sahaja)

  1. seperti yang kita tahu, hanya kenaikan gaji tahunan diperbaharui, bukan penyelarasan gaji. Sedangkan penjawat awam mulanya berpendapat terdapat pembaharuan dalam penyelarasan gaji + pembaharuan kenaikan gaji tahunan
  2. bagi maksud "exit policy" tidak dinyatakan dengan jelas. Jika tidak silap saya, hanya satu perenggan menceritakan tentang "exit policy"
  3. bagi maksud "exitpolicy" mana-mana penjawat yang menandatangani SBPA mesti mendapat :

    (*) 70% markah prestasi setiap tahun supaya tidak ditamatkan perkhidmatan. Gagal mendapat 70 markah ke atas selama (3) tiga tahun bertururt-turut akan ditamatkan perkhidmatan dengan pengawasan panel.
  4. sebagai pekrja OKU saya masih tertanya bagaimana status POOL yang hanya membenarkan markah prestasi tidak lebih dari 60%. Apakah mereka yang telah masuk "POOL" akan ditamatkan perkhidmatan setelah 3 tahun akan datang?
  5. Untuk melayakkan penjawat menerima kenaikan gaji tahunan, makah prestasi mestilah 85% ke atas. Jika penjawat mendapat 84.99%, maka tiada kenaikan gaji tahunan untuknya.
  6. umur persaraan WAJIB pada usia 60 tahun






09 Ogos, 2011

Hadiah menjelang hari raya

Berita gembira buat kakitangan awam dan sudah tentu juga kepada diri saya. Kerajaan telah mengumumkan bonus setengah bulan yang boleh kita katakan "duit raya".

Alhamdulillah, limpah kurnia rezeki yang Allah SWT kurniakan kepada hambaNya. Parah juga kalau tidak dibantu. Dengan keadaan harga barangan yang melambung tinggi. Manakan kita mampu bersedia dengan sambutran hari raya yang lebih bermakna buat semua.
  • #bonus setengah gaji kepada semua kakitangan awam
  • #Bonus minima yang akan diterima adalah RM500 bagi yang kurang.
  • #bonus khas RM500 untuk pesara
  • #Bayaran akan dibuat pada pertengahan bulan ini.


  • kongsikan pandangan anda dengan menggunakan akaun facebook


08 Julai, 2011

Panggilan voice mail penipu!!

Assalamualaikum WBT,
Selepas makan tengahhari tadi saya menerima satu panggilan telefon dari no +392640176. Agak pelik nombornya. Mula malas nak jawab tapi terjawab juga panggilan tersebut.

(klik butang papar di bawah untuk meneruskan bacaan)





Apabila saya menjawab panggilan tersebut keluar suara yang telah dirakam seperti voicemail berbunyi "You have outstanding balance RM7,388.00 from Eon Bank account. Please press 0 to repeat or press 9 to talk with an operator". Lebih kurang begitulah bunyinya. Agak cemas bila dikatakan hutang tertunggak terus saya tekan 0 untuk mendengar kembali pesanan. Tetapi panggilan saya terus disambungkan kepada operator yang dimaksudkan.

Yang menjawabnya seorang lelaki cina. Dia dengan lemah lembutnya bertanya "Apa yang boleh saya bantu encik?" Saya yang agak terkejut dengan panggilan tersebut terus bertanyakan ini panggilan dari mana? Dia menjawab dari Customer Service Eon Bank. Saya terus bertanya tentang mesej yang saya terima dari voicemail tersebut dan dia meminta no IC saya untuk membuat semakan. Setelah membuat semakan 'konon-kononnya' dia mengatakan yang saya ada hutang kad kredit yang tertunggak selama 3 bulan sebanyak RM7,388.00. Mak aiii... Biar betul? Bila pulak saya apply kredit kad Eon Bank? Dia menjawab kad kredit ini baru lagi.

Huh.. Tak puas hati saya meletakkan telefon dan terus menelefon rakan saya yang bekerja di Eon Bank. Setelah dia membuat semakan melalui no IC saya ternyata, no IC saya tidak ada pun dalam senarai. Habis bagaimana pula dengan panggilan tadi tu? Confirm panggilan palsu.

Risau setelah saya mendedahkan nama dan no IC saya, saya membuat panggilan ke Bank Negara untu membuat pertanyaan. Pegawai bertugas menjawab jika hanya nombor IC yang didedahkan, tidak akan jadi apa-apa masalah. Melainkan kita ada mendedahkan maklumat lain seperti nombor akaun ataupun nombor kredit kad. Pheww... Lega...

Semakin licik mereka ni membuat penipuan. Diharapkan anda semua tidak tertipu dan tidak mendedahkan apa juga maklumat yang diminta. Dan diharapkan juga pihak polis dapat mematahkan perjalanan sindiket ini yang tidak pernah berhenti dari terus menipu orang ramai.

-- sumber email --


25 Mei, 2011

Horey! Cuti raya dipanjangkan

KUALA LUMPUR: Kerajaan membuat keputusan untuk mengumumkan cuti umum tambahan menjelang hari raya puasa tahun ini kerana ia dijangka jatuh bersamaan dengan sambutan hari kemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos.





Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan ketika mengumumkan demikian berkata, bagaimanapun, tarikh sebenar cuti umum tambahan itu akan bergantung kepada pengumuman tarikh hari raya yang akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu sebagaimana lazimnya. Sekiranya hari raya pertama jatuh pada Selasa 30 Ogos yang juga bermakna hari raya kedua akan bersamaan dengan sambutan hari kemerdekaan negara pada Rabu, 31 Ogos, maka hari Khamis, 1 September akan diisytiharkan sebagai hari cuti umum tambahan, kata Sidek dalam satu kenyataan, Selasa.

Bagaimanapun, sekiranya hari raya pertama jatuh pada Rabu, 31 Ogos yang juga bersamaan dengan cuti umum sambutan ulang tahun kemerdekaan negara, maka hari raya kedua akan jatuh pada 1 September dan ini bermakna 2 September akan diumumkan sebagai hari cuti umum tambahan.

petikan MStar online

28 April, 2011

Isu COLA: Murah sangatkah sara hidup luar bandar?

Sebelum ini CUEPACS ada memohon penyelarasan gaji dan elaun beserta kos sara hidup (COLA)untuk kakitangan awam seperti saya dibuat tahun ini bagi mengimbangi kenaikan harga barangan.

(baca lagi dengan klik butang "papar")






sumber klik sini

Untuk rekod, COLA di bandar adalah RM300 manakala bandar kecil RM200 dan luar bandar RM100.

Bagi pekerja di luar bandar betul ke kos sara hidup adalah rendah berbanding bandar besar seperti Kuala Lumpur?

Sebagai contoh, ikan kembung sekilo di luar bandar yang merah matanya mencecah RM12 sekilo manakala mengikut pengalaman saya di Kuala Lumpurharga ikan yang sama hanya RM6 ke RM8 sekilo.

Bagi kos pengangkutan, perjalan pulang dan alik ke tempat kerja di Kuala Lumpur jika menggunakan pengangkutan awam purata 8 ke RM10 sehari dan cuba fikirkan juga pekerja yang terpaksa pergi kerja dengan jarak 20 - 40 KM ke tempat kerja bagi di luar bandar. Berapa kos minyak yang terpaksa ditanggung?

Lain-lain kos saya rasa lebih kurang atau lebih mahal di luar bandar. Sewajarnya kerajaan menyelaraskan kos sara hidup (COLA) tanpa mengambil kira lokasi seseorang pekerja tersebut berkhidmat.

Kalau dah selaras nanti, kakitangan awam jangan lupa tunaikan tanggungjawab untuk meningkatkan produktiviti dalam perkhidmatan.

Mungkin rakan pembaca ada pendapat tersendiri yang boleh kita kongsi dan manfaatkan bersama.


+
Copyright © dunia rasasayang ®