Memaparkan catatan dengan label KISAH KELUARGA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KISAH KELUARGA. Papar semua catatan

17 Februari, 2013

Video pembantu rumah dera bayi 4 bulan di Kuantan

Apalah malang nasib bayi yang berusia empat bulan ini, dilambung, dihempas dan didera sedemikian rupa.

Tonton video ini



video asal CCTV klik sini


  • apa komen dan reaksi anda?


10 November, 2011

KISAH BENAR: BALASAN ANAK DERHAKA

Hairan saya melihat.... beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. I September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng -gelengkan kepala.

Pasti ada sesuatu yang ‘besar’ sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati . Setelah injin motosikal di matikan, saya berjalan ke arah mereka.

” Bincang apa tu ? Serius aku tengok,” saya menyapa.

” Haaa… Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia ?” kata Jaimi, kawan saya.

(klik butang papar di bawah untuk membaca cerita yang menyanyat hati)





” Budak perempuan ? Tak boleh keluar dari kubur ? Aku tak faham bah,” jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.

” Macam ni,” kata Jaimi, lalu menyambung, ” di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia… tapi belum boleh lagi “.

” Kenapa jadi macam tu ? ” saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..

Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.

” Bukannya banyak, RM 20 aja mak !” gadis itu membentak.

” Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu,” jawab ibunya, perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis.

” Maaak… kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak,” kata gadis itu.

” Yalah, mak tau… tapi mak tak ada duit,” balas ibunya.

” RM 20 aja !” si gadis berkata.

” Tak ada ,” jawab ibunya.

” Emak memang kedekut !” si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.
” Bukan macam tu ta… ” belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya, ” Ahhh… sudahlah emak ! Saya tak mau dengar ! “

” Kalau emak ada du… ” ibunya menyambung , tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ; ” kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada !”

Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai . ” Saida..Sai.. dddaaa..” katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit.

Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, di balingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan Sementara diluar, suasana sunyi sepi.

Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila di pegang ke pergelangan tangan dan bawah leher , tidak ada lagi nadi berdenyut.

Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melaui jiran-jiran, kematian wanita itu di beritahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.

Jaimi menyambung ceritanya ; ” Mak cik tu di bawa ke kubur pukul 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak di masukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat Bantu.

” Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur.”

Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.

Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh di angkat . Ia seperti di paku ke tanah. Si gadis mula cemas.

” Kenapa ni ayah ?” kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.

” Apa pasal,” Si ayah bertanya.

” Kaki Saida ni..tak boleh angkat !” balas si gadis yang kian cemas.

Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.

” Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat… tak boleh nak naik,” gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.

Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi di panggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.
” Ayah… kenapa ni ?? !! Tolonglah Saida , ayah..” si gadis menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.

Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat.

” Tolong saya ayah, tolong saya… kenapa jadi macam ni ayah ? ” kata si gadis sambil meratap.

” Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal . Sekarang , ayah pun tak tau nak buat macam mana,” jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.
Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.

” Emak… ampunkan Saida emak, ampunkan Saida… ” gadis itu menangis . Sambil itu di peluk dan di cium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh di empang lagi.

” Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal… Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak,” dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.

Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik keluar.

Beramai-ramai tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai orang cuba mengeluarkan nya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu di kambus.

” Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat di lihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja… kalau hujan macam mana ? ” kata imam kepada bapa gadis berkenaan.

” Habis anak saya ?” tanya si bapa.

” Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak di sempurnakan, anak awak kita selamatkan,” balas imam.

Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang di putuskan, upacara pengebumian terpaksa di teruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya.

Yang menyedihkan , ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talking di baca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.

” Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi,” kata Jaimi.

” Aku pun nak pergilah,” kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur.

Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana. Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang di maksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.

Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai ke barisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah di buat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing.

Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.

” Pssstt… Raie… Raie..Psstt,” saya memanggil , Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan.

” Boleh aku tengok budak tu ?” saya bertanya sebaik saja dia datang ke arah saya.
” Mana boleh . Keluarga dia aja yang boleh,” jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik.

Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan khuatir ada orang yang tahu.

” Sekejap aja. Bolehlah… “saya memujuk.

Alhamdulillah, setelah puas di pujuk dia mengalah. Tana berlengah, saya mengusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama ,risau, takut di halau keluar. Kedua ; tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.

Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang di maksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya.

Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak di halau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.

Bila di jenguk kedalam , dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih ; “Emak… ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal..”

Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya. ” Emak… lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya,” Di tarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.

Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat untuk menyelamatkan gadis berkenaan.
” Sudahlah tu Saida… makanlah sikit nak ,” rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan.

Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.

Hampir menitis air mata saya melihat Saida . Tidak saya sangka , cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini beralaku di depan mata.

Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibi bapa akan di balas ‘tunai’.

Malangnya saya tidak dapat lama di sana. Cuma 10 – 15 minit saja kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu , terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap ” Ampunkan saya emak, ampunkan saya saya, Ya Allah, lepaskanlah kaki ku ini, aku bertaubat, aku insaf… “

Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di bawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Seorang polis saya lihat mengesatkan air matanya.

Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak di benarkan . Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis , permintaan itu terpaksa di tolak.

Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya yang saya terngiang-ngiang di telinga.

Saya di beritahu ,sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah di sebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat di keluarkan.

Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang di beri oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.

Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.

Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang di lakukannya.

Allah Maha Agung… sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian di sempurnakan seperti mayat-mayat lain.

Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.

Maha suci Allah… moga2 kita tak jadi anak yg derhaka pd kedua mak ayah. Khairiah Mohd Mgp SelangorLihat seterusnya..

Oleh: Nur Iman..

Catatan:

cerita ini dipetik dari sebuah blog. Kebenaran cerita inihanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Namun bolehlah kita menjadikan ianyaikhtibar dan pengajarankepada kita yang masih hidup.




  • andamempunyai pandangan, lontarkan menggunakan ID FB anda

24 Mei, 2011

Mandi bersama isteri

Mahu jadi suami yang disayangi oleh isteri dan berjaya dalam kehidupan
dunia akhirat? Berikut ada 50 petua:



1) Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan
berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suamiterlupa.

2) Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri
anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan
Tuhan adalah yang terbaik.


(klik papar untuk baca lebih banyak tips untuk jadi suami yang disayangi)






3) Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk
sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan
yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4) Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami
tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akanturun.
Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5) Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua
isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang
anda luangkan untutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6) Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda
sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan
bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7) Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan
yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan
suami isteri.

8) Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa
dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami
membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9) Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat
menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10) Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi
bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11) Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat
meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12) Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat
menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13) Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat
danceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14) Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah.
Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15) Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan
kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang
kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16) Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan
kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga
sejahtera

17) Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga
juga patuh kepada Tuhan.

18) Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara
sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19) Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang
menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang
memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20) Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan
endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila
suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21) Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki
suami.Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22) Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila
suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23) Gunakan Nabi Muhammad SAW sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam
rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24) Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib
memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripadaisterinya. Elakan kesilapan ini.

25) Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan,
telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk
sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26) Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut
usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta
berteraskan iman dan takwa.

27) Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan
keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut
berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28) Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak
ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan
yang patut berikan kepada keluarga.

29) Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar,
waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikanmasalah.

30) Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki
cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap
suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31) Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi
Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat
wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebihdisayangi wanita.

32) Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah
ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif
penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33) Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci
hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf,
berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34) Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya
setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga.
Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35) Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk
keluarga.Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun
hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36) Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik
keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri
dan keluarga.

37) Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan
apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati
ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38) Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam
menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi
nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39) Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai
kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal
isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40) Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk
senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum
disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41) Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan
dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun
e-mel untutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42) Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan
pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui
mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43) Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang
isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44) Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti
isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin.
Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45) Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan
dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal
macho dengan saksama.

46) Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri
mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan
daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47) Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin
isteri.Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48) Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan
nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum
petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49) Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin
juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin dipejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50) Urus stres dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan
semua orang.

petikan email

12 Mei, 2011

Salih Yaacob kahwin isteri ke-4 selepas Aidilfitri

KUALA LUMPUR, 12 Mei — Pelakon dan pelawak terkenal Salih Yaacob bakal melangsungkan perkahwinan buat kali keempat dengan seorang gadis yang hanya mahu
kenali sebagai Emi, 24 tahun.




Menurut Harian Metro, gadis manis dari Johor itu bakal disunting Salih, 50, sebagai suri hidupnya, sekali gus melengkapkan kuota poligami penyampai radio
Sinar FM yang sudah diamalkan sejak puluhan tahun lalu.

Majlis perkahwinan pasangan berkenaan dijangka berlangsung selepas Aidilfitri ini berikutan kesibukan Salih menguruskan kerjayanya ketika ini selain mahu
menyelesaikan beberapa urusan mahkamah berkaitan urusan kebenaran berpoligami.

Dalam poligami aman dengan tiga isteri, Salih telah dikurniakan 11 zuriat.

Menurut Emi, dia tertarik dengan hidung Salih selain memenuhi kriteria lelaki pilihannya.

“Abang (Salih) comel, saya paling suka hidung dia yang mancung kerana itu juga kriteria lelaki idaman saya,” katanya.

Menurut Emi, walaupun hidung Salih menjadi antara tarikan padanya, namun dia tidak menetapkan kelebihan fizikal sebagai teras utama memilih suami sebaliknya
keikhlasan dan sifat dalaman seseorang lelaki yang sentiasa diberi keutamaan dalam melayari bahtera rumah tangga.

“Rupa paras perkara kedua, bagi saya yang lebih penting sifat dalaman yang ada pada diri bakal suami dan saya nampak ciri-ciri itu pada abang, malah dia
banyak mengajar dan membentuk saya menjadi insan baik dalam mendepani perjalanan hidup.

“Saya sukakan dia yang menitik berat ajaran agama, cara dia membimbing 11 anak dan tiga isteri, sebab saya terfikir macam mana dia boleh mengurus keluarga
besar dengan masing-masing hidup aman damai . . . dia ceritakan semuanya dan dari situ saya tertarik.

“Faktor itu yang buat saya mahu tahu lebih mendalam lagi. Saya akui perkara itu membuatkan abang berbeza daripada lelaki lain. Kalau lelaki lain mulut saja
manis, tapi kosong, abang tidak begitu, dia ada isu,” katanya.

Menceritakan detik perkenalan mereka, Emi memberitahu dari awalnya dia tidak berminat untuk mengenali Salih secara rapat memandangkan pertemuan mereka atas
dasar antara peminat dengan artis di satu pementasan di Pulau Pangkor, Perak, November lalu.

“Ketika itu saya tidak rasa apa-apa, cuma mahu bergambar dengannya saja apatah lagi semua orang tahu abang sudah berkeluarga dan mengamalkan poligami.

“Bermula dari keinginan untuk tahu bagaimana dia menguruskan isteri-isterinya membuatkan hubungan kami rapat dan saling berbalas SMS dan panggilan telefon.
Abang pandai mengambil hati dan layanannya membuatkan saya terpaut,” katanya.

Penuntut sarjana bidang pengangkutan di sebuah institusi pengajian tinggi itu turut mengakui bukan mudah untuk dia menyakinkan keluarganya bagi menerima
Salih memandangkan poligami tidak dijadikan amalan dalam keluarga termasuk di kalangan sanak saudara.

Katanya, selepas empat bulan perkenalannya dengan Salih, baru dia memberanikan diri untuk berterus terang di hadapan ahli keluarga dan kakak sulung menjadi
orang pertama diberitahunya sebelum kakaknya berjumpa sendiri dengan Salih.

“Sebelum itu saya kerap solat hajat, istiqarah memohon petunjuk dan akhirnya selepas dijelaskan mengapa saya memilih abang, ibu dan ayah menerimanya. Malah
ibu sempat berpesan supaya saya menjaga diri sebab tahu perkara ini bukan mudah.

“Apapun saya masih belajar mendalami ilmu terutamanya aspek rumah tangga dan ‘bekalan’ yang diberi abang akan saya pegang dan amalkan serta paling penting
menjadikan al-Quran sebagai teras membentuk perjalanan hidup ini.

“Saya sudah bersedia menempuh alam rumah tangga bersama dia dan isteri serta anak-anaknya . . . insya-Allah,” katanya yang kini menjadi pembantu peribadi
Salih.

Sementara itu, Salih berkata dia tidka mengambil Emi sebagai isteri secara suka-suka sebaliknya anak bongsu daripada lima beradik itu sudah dititipkan dengan
bekalan ilmu agama dan rohani yang membolehkannya menjadi isteri taat dan umat Islam sejati.

“Sebelum menyuntingnya saya sudah asuh dia, bimbing dan sediakan dia dengan bekalan yang diperlukan. Kalau tidak dia tak boleh ‘follow’. Bukan mudah kerana
dia muda tapi sebab saya penyampai amanah dan perkahwinan satu ibadat.

“Setiap hari saya akan memperingatkan dia, memberikan nasihat dan panduan tidak mahu tersasar. Alhamdulillah dia seorang yang patuh dan mengenal arah tuju
hidup ke jalan Allah. Apapun proses pembelajaran itu tidak pernah habis dan ia masih berterusan,” katanya.

p/s: hidung saya pun mancung juga hahahahhaha ada chan ke?

02 April, 2011

Kisah keluarga: Gaduh-Gaduh Manja

KESERASIAN antara kedua-duanya jelas terpamer tatkala mereka bersama. Bukan sahaja dari segi komunikasi malah mereka juga merupakan pasangan yang romantik.








Menyingkap kembali perkenalan antara mereka, menurut Pengarah Eksekutif SNB Kasih Training & Consultancy, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood, beliau dan suami, Wan Akashah Wan Abdul Hamid sebenarnya saling memuji antara satu sama lain ketika di bangku sekolah.

Dan tanpa disangka akhirnya mereka disatukan pada 13 Julai 1986 ketika masing-masing melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Percaya atau tidak, sepanjang mereka bersama, pasangan yang sememangnya suka bercakap ini tidak pernah sekali pun bergaduh.

Menurut Siti Nor Bahyah, situasi tersebut mungkin rentetan daripada doa dan restu kedua-dua ibu bapa pasangan tersebut.

"Apabila anda tanya saya soalan tersebut, sejujurnya sepanjang perkahwinan, kami tidak pernah bergaduh cuma yang ada hanyalah berbeza pendapat sahaja.

"Tetapi kadang kala ada juga 'gaduh-gaduh manja', merajuk yang memerlukan perhatian, itu sahaja.

"Sebab itu saya pelik kenapa ramai pasangan di luar sana sering bergaduh. Setakat ini Alhamdulillah kami saling hormat menghormati antara satu sama lain," ujar anak sulung daripada empat beradik ini.

Untuk itu, jelas anak kelahiran Bayan Lepas, Pulau Pinang ini, setiap ahli keluarganya ditekankan dengan nilai-nilai kasih sayang antara satu sama lain.

Ungkapan 'sayang' selalu dilafazkan kepada individu bukan sahaja yang baru dikenali malah turut diajukan kepada kanak-kanak untuk menunjukkan sifat mesra mereka.

Bercerita lebih lanjut mengenai perkahwinan mereka, Siti Nor Bahyah menyifatkan suaminya seorang yang gentleman dan penyayang manakala Wan Akashah pula memberitahu bahawa isterinya seorang yang cukup sporting.

Saling membantu antara satu sama lain, ia secara tidak langsung memudahkan pasangan ini menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Siti Nor Bahyah pula disifatkan oleh Wan Akashah sebagai seorang individu yang penuh disiplin. Ini jelas kelihatan pada pakaian serta kebersihan rumah yang diuruskan sendiri oleh Siti Nor Bahyah.

Paling menarik untuk dikongsi bersama ialah pasangan ini tidak pernah menggaji pembantu rumah untuk menguruskan rumah tangga malah mereka berganding bahu melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Berkahwin pada usia yang cukup muda, pasangan Siti Nor Bahyah dan Wan Akashah bukan sahaja dikurniakan empat orang cahaya mata tetapi telah bergelar 'nenek' dan datuk' apabila dikurniakan seorang cucu perempuan yang berusia dua tahun.

Yang pasti, pasangan ini cukup bahagia bersama anak-anak, menantu dan cucu sekali gus menjadi idola setiap pasangan di luar sana.



21 Januari, 2011

Para Isteri / wanita jangan baca ini...

Memiliki suami idaman, adalah impian semua wanita di dunia ini, lalu muncul semangat yang membara untuk menjadi isteri yang terbaik buat suami tercinta,

tapi malangnya di tengah jalan kehidupan berumatangga, mata tiba tiba dah tak tertahan dengan debu yang menerpa ketika menyapu rumah, atau hati sedih melihat
tangan yang menjadi kasar dan keras setelah bergelumang di antara kotoran pakaian dan sabun pencuci.


Di dapur pula masih banyak pinggan mangkuk yang belum di cuci, periuk kuali yang belum di gosok, dan gelas cawan yang masih berbaki air minuman, mula di naikki semut dan serangga.






Lafaz menjadi lelah mengenangkan kain baju yang masih terendam belum di cuci, yang sudah dicuci pula belum dijemurkan, dan yang sudah di jemur pada ampaian masih belum di angkat untuk di asingkan.., masih belum bergosok dan masih belum berlipat.


Anak anak pula cepat kotorkan diri, juga cepat laparkan diri lalu kencing serta berak merata rata.


Kemudian datang tetamu ketika rumah masih berselerak, kain baju dan pinggang mangkuk yang bertabur taburan seperti pasir di tepian pantai..Oh! apa yang aku nak masak malam ini?


Nanti petang suami pulang, ingin melihat rumah bersih dan kemas, ingin makan masakan sama rasa seperti masakan ibunya, ingin berehat menonton TV, sambil memesan makanan segera dan minuman panas seperti berada di restoran lagaknya.


Lalu menangislah wanita itu mengenangkan kehidupannya yang menyedihkan, beban kerja bertambah banyak tapi suami tak tolongpun, anak pula berak tapi suami tak ingin nak basuh, lalu hujan turun lantas suami terus tertidur membiarkan kain baju basah di jemuran.


Sebelum tidur suami berpesan, pakaian ke pejabat mesti disiapkan sebelum subuh, mesti bergosok dan stokin harus berbau wangi.


Dan di malam hari pula, masih ada kerja dari suami kepada isteri, yang mana isteri dibogelkan suami lalu dintindih sepanjang malam.


Ok, cukup sampai situ.

Persoalannya?, setelah korang para isteri buat semua perkara di atas, bersusah susah dari awal kahwin hingga hari ini, tapi kenapa suami masih tak bahagia hidup bersama korang?, sehingga sanggup marah korang, tengking korang, pukul korang, dan akhirnya ceraikan korang?

Kenapa?

Ok, sebelum tu, biar aku cerita pada korang akan apa peranan sebenar isteri pada suami secara batiniah, sebab korang dalam bab lahirian, semua dah tahu, semua dah pandai masak, kemas rumah, dan basuh kain baju, tapi dalam hati ada sifat yang tak betul seperti perasan diperlukan, perasan bagus, perasan di salahkan, perasan dibebankan dan sebagainya yang buat suami rasa tak best duduk sebumbung dengan korang lalu sanggup marah dan tengking korang, dan sanggup melihat korang menderita... isk...

Sebanarnya, ibu ibu dan puan puan sekalian, senang cerita, terdapat tiga jenis isteri,

Pertama adalah jenis yang derhaka pada suami, kedua yang Nampak taat tapi dalam hati derhaka dan yang ketiga adalah opposite pada dua golongan tadi, tidak derhaka pada suami sama ada secara batin atau zahir, dan dah tentu golongan yang ketiga akan masuk shurha, dan golongan kedua masih boleh di selamatkan

dan golongan yang pertama eloklah belajar tentang kehidupan neraka supaya tidak janggal apabila tiba di sana kelak.

Kenapa jadi macam tu?

Begini ceritanya,

Korang tahu tak bahawa seorang anak itu tak boleh meninggikan suara pada ibunya, walaupun hanya berkata “Oh” sekalipun kerana shurga itu ada di bawah tapak kaki ibu.., dan dalam kitab ada menceritakan kisah anak yang soleh yang mana walaupun ibu bapanya derhaka pada Allah tapi mereka tetap melayani dengan baik sehingga Allah menaikkan darjat si anak tadi.

Moral cerita adalah kita tidak boleh marah atau tinggikan suara pada mak sampai bila bilapun kerana itu adalah perbuatan derhaka yang boleh membawa ke neraka.


Bagaimana jika mak kita buat silap? Tak solat atau tak nak tutup aurat atau suka pakai barang kemas melampau lampau, apa kita perlu buat?

Tetap kita tak ada hak untuk marah atau tinggikan suara pada mak kita sampai bila bilapun kerana orang itu adalah mak kita, maka kita hanya boleh nasihat dengan lemah lembut, tunaikan hak sebagai anak dan serahkan pada Allah untuk membuat keputusan, di samping itu kita wajiblah berdoa agar ibu kita dapat membetulkan kesilapan mereka.., faham?

Kita tak boleh merajuk dengan mak kerana dosa mereka, hak kita sebagai anak tetap kena tunaikan, jaga makan minum mereka, tunaikan keperluan mereka walaupun mereka hidup derhaka pada Allah!

Kerana mereka adalah ibu kita dan shurga kita ada dalam ketaatan kita pada mereka tak kira siapa mereka dan dosa mereka.

Ok, bab ibu dan anak semua dah faham.

Tapi ramai perempuan tak faham bahawa shurga mereka ada pada suami mereka!

Korang tahu tak bahawa seorang isteri itu tak boleh meninggikan suara pada suaminya, walaupun hanya berkata “Oh” sekalipun kerana shurga itu ada di bawah tapak kaki suami?.., dan dalam kitab ada menceritakan kisah isteri yang solehah yang mana walaupun suaminya derhaka pada Allah tapi mereka tetap melayani dengan baik sehingga Allah menaikkan darjat si isteri tadi..,

Moral cerita adalah kita tidak boleh marah atau tinggikan suara pada suami sampai bila bilapun kerana itu adalah perbuatan derhaka yang boleh membawa ke neraka..,

Bagaimana jika suami kita buat silap? Tak solat atau kahwin dengan perempuan lain, apa kita perlu buat?

Tetap kita tak ada hak untuk marah atau tinggikan suara pada suami sampai bila bilapun kerana orang itu adalah suami kita selagi mereka tidak ceraikan kita, maka kita hanya boleh nasihat dengan lemah lembut, tunaikan hak sebagai isteri dan serahkan pada Allah untuk membuat keputusan, di samping itu kita
wajiblah berdoa agar suami kita dapat membetulkan kesilapan mereka..,

Kita tak boleh merajuk dengan suami kerana dosa mereka, hak korang sebagai isteri tetap kena tunaikan, jaga makan minum mereka, tunaikan keperluan mereka walaupun mereka hidup derhaka pada Allah! walaupun suami korang mengaku tuhan macam Firaun,, tapi isteri firaun tetap masuk shurga kerana hak isteri adalah khidmat pada suami, faham?

Kerana mereka adalah suami korang dan shurga korang ada dalam ketaatan korang pada mereka tak kira siapa mereka dan dosa mereka..


Sesungguhnya, Isteri yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, maka semua ikan-ikan di laut, burungdi udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanyaberistighfar baginya dan Allah SWT mengizinkannya memasuki surga dari pintu mana saja yang korang kehendaki, apa lagi nak di kata?


Tapi aku tengok zaman sekarang, ramai perempuan yang selamba jer marah marah kat suami, siap tinggi suara lagi sehingga aku yang duduk sebelah rumahpun boleh dengar.., lepas tu berleter kat suami macam ibu yang berleter pada anaknya, tapi suami diam sahaja sebab takut kat bini, apa punya dayus ntah? Kenapa tak tempeleng sahaja perempuan yang mulut leser tu! Selamatkan mereka dari lidahnya di gunting dengan api neraka!

Aku tahu korang dah banyak servis kat suami dan anak anak, dah penat, dah masak, kemas rumah, dan basuh kain baju tapi kenapa nak cakap tengking-tenngking dengan suami jika suami buat silap?, ingat suami ni anjing ke nak kena salak hari hari.., cuba korang takut sikit kat tuhan, sekali korang mati tanpa keredhaan suami, tak cium bau shurga ler nampaknya.., oh..


Cuba korang cakap pelan pelan dengan suami, dan jika mereka buat salah dan dosa, korang tetap tak ada hak untuk marah atau tinggikan suara pada suami sampai bila bilapun kerana orang itu adalah suami korang selagi mereka tidak ceraikan korang, maka korang hanya boleh nasihat dengan lemah lembut, menasihat sambil menangispun takpe, dan tunaikan hak sebagai isteri lalu serahkan pada Allah untuk membuat keputusan, di samping itu korang wajiblah berdoa agar suami korang
dapat membetulkan kesilapan mereka..,

Ini tidak, suami lepak minum teh tarik dengan kawan sepejabat korang berleter, suami tengok bola korang membebel, suami tidur kat ruang tamu tak tolong korang kat dapur korang menyalak macam anjing, lepas tu berangan nak dapat keluarga bahagia konon, sedang suami hati tertekan tapi sebab lelaki jenis yang tak suka berkongsi masalah, maka korang teruskan membebel hari hari, sedar tak sedar, suami dah kahwin lain baru nak terhegeh hegeh mintak maaf dan bertanya, apa dosa saya bang?

Dosa kau adalah bercakap dengan nada tinggi kat suami!

Dah pergi mintak maaf dekat suami masing masing..Tak payahlah korang nak komplen suami korang pemalas, duduk rumah hari minggu pakai baju cantik-cantik tapi melepak depan TV sambil up date DVD movie.., lepas tu baca surat khabar, ataupun tidur, sedangkan apa salahnya tolong saya masak dan basuh baju?

Oii!! orang perempuan, masa suami korang bujang dulu, dialah kaki lepak dekat luar, mat rempit, kaki wayang, kaki pancing, kaki impak maksima, kaki bola
dan sebagainya..


Bila dah kahwin dengan korang, kenalah duduk rumah jaga korang, jaga keselamatan korang, korang nampak jer mereka terbongkang depan TV atau lepak baca akhbar, tapi mereka sebenarnya sedang mengawasi keselamatan rumah tangga, tak percaya cuba korang buat-buat pengsan kat dapur, dah tentu suami korang dengan risaunya hantar korang ke klinik.., serius!

Ini bermakna , korang kena syukur bila suami lepak tak buat apa-apa kat rumah, korang nak mereka pergi mancing atau lepak dengan kawan-kawan kat kedai awek siam pekena tom yam sampai jam 3 pagi? Korang nak mereka pergi karaoke di kelab dandut? Tahu tak nak! Habis tu bila mereka lepak kat rumah, boleh pulak korang membebel macam syaitan!

Sebenarnya duduk di rumah adalah satu mujahadah bagi suami yang banyak kawan-kawan, jadi kurangkan penderitaan mereka dengan biarkan mereka dapat berehat dengan selesa, upah mereka dengan teh tarik dan keropok goreng.., urut belakang suami , dan sesekali gunakan cakar harimau, apa salahnya?,

Korang tahu tak? Antara ciri rumahntangga bahagia, suami lebih suka lepak di rumah bersama isteri berbanding lepak bersama kawan-kawan bujang, atau lepak sorang diri di tepi kolam memancing.. , biar mereka lepak kat rumah tak buat kerja, kerana lepaknya suami dirumah adalah tanda rumatangga bahagia, tau takpe!


Jadi, mulai hari ini, jangan sesekali meninggikan suara pada suami, kerana mereka adalah jalan anda ke shurga.., boleh InsyAllah?

Ok, habis satu bab, aku nak pergi kepada satu bab lagi yang lebeh penting dalam menceritakan bab derhaka secara batin ini..

Begini ceritanya...

Kebanyakkan perempuan memang cukup bagus dalam member khidmat pada suami dan anak-anak, rumah kemas, masakan sedap, kain baju berlipat cantik serta bergosok kemas, anak anak pula kelihatan bersih dan dapur serta bilik air sentiasa berkilat menyilaukan pandangan mata...

Tapi dalam hati ada benda tak baik.. Iaitu member khidmat dengan sangkaan bahawa suami berhajat padanya..

Sedangkan seorang isteri itu patut memberi khidmat dengan sangkaan bahawa dia yang berhajat pada suaminya, bukan suami berhajat padanya!

Nampak macam takde beza, tapi hasil berkhidmat di sepanjang perkahwinan akan dapat dinilai apabila suami rasa tak best dengan korang sebab korang dalam member khidmat, ada sangkaan bahawa suami berhajat pada korang, tak ke hampeh?

Kenapa jadi macam tu?

Begini ceritanya...


Seorang perempuan, yang member khidmat dengan sangkaan bahawa suami berhajat padanya.. apabila suami tegur sedikit tentang layanan yang kurang memuaskan, mulalah melenting?, apa abang ingat saya ni orang gaji ke? Abang ingat saya tak letih kerja kat pejabat? Abang ingat abang tu anak Raja? Ops, mungkin korang
tak cakap macam tu kat suami, tapi dalam hati berkecamuk dengan perasaan macam tu, itu yang di katakan derhaka dalam hati..., dan hasilnya, korang akan buat kerja dengan tak ikhlas sebab hati bengang kerana suami asyik komplen tentang mutu servis korang yang memang teruk!

Masak tomyan rasa macam air panas bergaram, baik Abang makan Mee gee tomyam!


Jadi nak buat macam mana?

Maka korang kenalah memberi khidmat dengan sangkaan bahawa korang yang berhajat pada suami, bukan suami berhajat pada korang, yang mana seorang perempuan, yang member khidmat dengan sangkaan bahawa dia yang berhajat pada suaminya.. apabila suami tegur sedikit tentang layanan yang kurang memuaskan, maka dia yang akan minta maaf, tersenyum dan membaiki kesalahan dengan serta merta, yang lebih bagus lagi, kisah seorang wanita yang pertama sekali masuk shurga,
yang mana di waktu hidupnya, apabila suami pulang, di hulurnya rotan supaya suami pukul jika ada mana mana servis yang tak memuaskan!

Tapi korang tak perlulah kena hulur rotan.., cukup dalam hati timbul perasaan memberi khidmat dengan sangkaan bahawa korang yang berhajat pada suami, kerana wanita itu mulia dan mencapai darjat yang tinggi di shurha adalah melalui amalan berkhidmat, dan korang dapat member khidmat kerana korang ada suami, tanpa
suami korang tak dapat nak khidmat, maka koranglah yang berhajat pada suami dalam member khidmat yang seterusnya akan menaikkan darjat korang di Akhirat! subhaAllah!

Dan bagi yang tak tahu, sudah banyak hadith yang cerita tentang kelebihan khidmat, Antaranya, Apabila seorang suami pulang kerumah dalam keadaan letih dan isterinya melayani dengan baik maka mendapat pahala jihad.

Seorang isteri yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak lena karena menjaga anak/suami yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba sahaya.

Lepas tu pulak, Isteri yang melihat suaminya dengan kasih sayang, maka akan Allah pandang mereka dengan penuh rahmat.

Kemudian, Isteri yang menyapu lantai dengan berzikir pula akan mendapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.

Lagi? Isteri yang memicit kepala suaminya tanpa disuruh baginya pahala 7 ketul emas, kalau di suruh?dapat pahala 7 ketul perak.

Nak lagi? isteri yang berkhidmat tanpa derhaka dalam hati, mendapat pahala seperti solat selama 12 tahun, lepas tu, isteri yang menjaga solat di awal waktu, puasa ganti cepat cepat, dan taat pada suami, maka Allah SWT mengizinkannya memasuki shurga dari pintu mana saja yang korang suka..

Tak cukup lagi? Korang masak lalu terkena bahang akan di jauhkan api nereka, jemur baju maka matahari akan berdoa keampunan dan akhir sekali korang akan masuk surga 500 tahun lebih awal dari suami dan menjadi ketua bidadari bla bla bla bla.. (panjang nak cerita)

Ok, cukup sampai sini.., moralnya adalah:

Berkhidmatlah pada suami dengan sangkaan yang betul iaitu korang yang berhajat pada suami, bukan suami berhajat pada korang, kerana wanita itu mulia dan mencapai darjat yang tinggi di shurga adalah melalui amalan berkhidmat, dan korang dapat member khidmat kerana korang ada suami, tanpa suami korang tak dapat nak khidmat, maka koranglah yang berhajat pada suami dalam member khidmat yang seterusnya akan menaikkan darjat korang di Akhirat! subhaAllah!

Kadang kadang cuba korang fikir, apa bezanya korang wanita Malaysia?, berbanding dengan wanita di Negara miskin seperti Bangaladesh, Kemboja, Burma, Pakistan
dan lain lain pendalaman di Negara ketiga..

Mereka hidup dalam keadaan letrik tak ada, air kena ambik dari telaga, baju kena basuh dekat sungai, susu kena perah dari tetek lembu, masak roti guna tahik lembu sebagai bahan bakar, tepung kena tumbuk dengan batu.., tidur hanya di atas tanah dan rumah di buat dari tanah liat, dan mereka hidup sepeti ‘hamba’ kepada suami masing masing, lepas tu jika silap mereka akan di rotan, dan malam hari masih ada kerja dari suami kepada isteri, yang mana isteri dibogelkan suami lalu dintindih sepanjang malam..., rumah tiada Astro, DVD, atau kalkulator..,

Cuba korang fikir lagi, kenapa mereka di lahirkan di sana sebagai wanita yang hidup dalam Negara miskin? sedang korang rakyat Malaysia hidup mewah, air keluar dari kepala pair siap dengan penapis lagi, mesin basuh automatic, dapur ada blower, berhabuk sikit boleh vacuum, atas kepala ada kipas dan air cond,
TV ada remote, tidur atas tilam empuk, duduk dalam rumah batu, ada internet dan boleh baca blog keretamayat hari hati..


Bersyukurlah jadi wanita Malaysia dan bersyukurlah dapat berkhidmat pada suami dalam Negara yang aman ini.., Allah dah takdirkan korang jadi wanita di Malaysia, kenapa nak bersedih lagi?

Bersyukurlah!

Sesungguhnya, isteri yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah semua pintu-pintu neraka dan terbukalah pintu-pintu syurga. Maka masuklah korang dari mana-mana pintu yang korang kehendaki tanpa dihisab...

Nikmat mana lagi yang korang dustakan?

Sekian...

Ps: Taatlah suami korang sehingga mereka jadi mayat atau korang jadi mayat, dan tahukah korang bilakah kita akan jadi mayat? Mungkin esok.., maka taatlah suami sampai esok...


NOTA:

--dipetik dari email pilihan--

+
Copyright © dunia rasasayang ®