Memaparkan catatan dengan label FAKTA MENARIK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FAKTA MENARIK. Papar semua catatan

05 Februari, 2016

Rakyat Berpuas Hati Dengan Kelajuan Internet Di Malaysia benarkah?

Tinjauan Pengguna Mudah Alih Global 2015 edisi Asia Tenggara mendapati 51 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan kelajuan internet pada telefon pintar mereka.

Firma antarabangsa Deloitte mengendalikan tinjauan itu ke atas 5,000 responden dari lima negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina, dan Thailand.

Sebanyak 51 soalan mengenai peranti dan perkhidmatan mudah alih dikemukakan kepada responden, dari kawasan bandar dan luar bandar, yang berusia di antara 16 hingga 44 tahun.

Kami mahu lebih data Walaupun rakyat Malaysia rata-rata berpuas hati dengan kelajuan internet, hanya 31 peratus yang berpuas hati dengan jumlah data yang dibekalkan.

Hal ini sekaligus menghantar isyarat kepada syarikat telekomunikasi untuk terus melabur dalam infrastruktur rangkaian bagi meningkatkan kepuasan pelanggan.

WhatsApp paling popular

80 peratus pengguna aplikasi pemesejan segera atau Instant Messaging (IM) di Malaysia memilih WhatsApp sebagai aplikasi IM.

Hal ini berbeza dengan para pengguna IM di Thailand yang memilih LINE, Indonesia (BlackBerry Messenger), dan Filipina (Facebook Messenger).

Sistem bayaran atas talian

Tinjauan ini turut mendapati 78 peratus pengguna teknologi mudah alih Malaysia sanggup menggunakan sistem bayaran dalam talian yang disediakan oleh peniaga, jumlah tertinggi berbanding negara lain seperti Indonesia (68%), Filipina (62 peratus), Thailand (55 peratus), dan Singapura (51 peratus).

Zaman media sosial

Rantau Asia Tenggara juga menyaksikan penggunaan media sosial yang meluas. Dalam 15 minit pertama selepas bangun tidur, lebih separuh pengguna rantau ini telah selesai menyemak telefon pintar dan jumlah ini mencecah 80 peratus di Indonesia dan Filipina.

46 peratus pengguna Singapura pula dilaporkan melihat skrin telefon mereka lebih 50 kali sehari.

Tinjauan kendalian Deloitte ini diadakan secara tahunan dan sudah memasuki tahun kelima.

06 Januari, 2016

7 misteri lautan tak terjawab

Hidup ini penuh dengan misteri, misteri yang tidak terungkap. Betapa kerdil kita ..

24 Februari, 2014

Empayar-empayar Terbesar Sepanjang Sejarah Dunia

Empayar ialah sebuah pemerintahan yang merangkumi kawasan pemerintahan sesebuah negara dan termasuk juga negara-negara yang berada di bawah takluk jajahan
pemerintahantersebut.

The Great Empire
Sepanjang sejarah dunia sejak dahulukala, terdapat beberapa buah empayar yang terkenal dan berjaya dalam pemerintahannya.

Berikut adalah empayar-empayar yang paling besar dalam sejarah dunia diukur dari segi keluasan jajahan takluknya.

Empayar British

Keluasan: 33.7 Juta Kilometer Persegi

The British Empire in the 1920's
The British Empire in the 1920's.
Empayar British terdiri daripada dominion-dominion, koloni-koloni serta pelbagai lagi kawasan lain yang diperintah oleh United Kingdom yang pada asalnya
bermula dengan koloni-koloni di luar negara serta kawasan-kawasan perdagangan yang ditubuhkan oleh England pada lewat kurun ke 16 dan awal kurun ke 17.

Pada masa kemuncaknya, empayar ini ialah empayar terbesar dalam sejarah dan selama lebih satu abad adalah kuasa utama di dunia.

Menjelang tahun 1922, Empayar British menguasai populasi manusia seramai 458 juta yang merupakan kira-kira suku daripada penduduk dunia secara keseluruhannya
pada masa tersebut serta jajahan takluknya merangkumi kawasan seluas 33,670,000 kilometer persegi iaitu kira-kira suku daripada keluasan sebenar bumi.

Sebagai impaknya, segala jenis fahaman politik, linguistik serta budayanya tersebar luas ke kawasan jajahan takluknya. Pada zaman kemuncaknya juga pernah
ada orang yang menggelarkan empayar ini sebagai 'Matahari tidak pernah terbenam di Empayar British' kerana luasnya empayar tersebut sehinggakan matahari
akan sentiasa bersinar di mana-mana jajahan takluknya.

Empayar Mongol

Keluasan: 33.0 Juta Kilometer Persegi

The Mongol Empire
The Mongol Empire.
Empayar Mongol ialah empayar yang berkuasa pada kurun ke 13 dan 14 Masehi dan kawasan pemerintahannya adalah seluas dari Eropah Timur sehinggalah ke benua
Asia. Malah, empayar ini adalah empayar yang mempunyai sempadan terbesar dalam sejarah dunia.

Ia mula muncul dari penyatuan puak Mongol dan Turki pada zaman moden Mongolia dan bertambah keluasannya setelah setelah mereka menjajah terutama sekali
selepas Genghis Khan dilantik menjadi pemerintah pada tahun 1206.

Pada zaman kemuncaknya, empayar ini boleh diukur dari Danube di Laut Jepun sehinggalah ke Kemboja dengan keluasan 33,000,000 kilometer persegi yang merupakan
kira-kira 22% daripada keluasan tanah bumi dan populasi penduduk pula ialah lebih 100 juta orang.

Ia selalu digelar sebagai 'Empayar Dunia Mongol' kerana merentasi kebanyakan Eurasia. Sebagai impak kepada penguasaan dan impak politik serta ekonomi kepada
dunia purba, peperangan yang berlaku antara empayar ini dengan kuasa pemerintahan kuat lain yang berada di Afrika, Asia dan Eropah, maka peperangan ini
juga dikenali sebagai perang dunia zaman silam.

Dibawah kemajuan yang dibawa oleh empayar Mongol, pelbagai teknologi baru selain komoditi dan idealogi telah tersebar ke serata Eurasia.

Empayar Rusia

Keluasan: 23.9 Juta Kilometer Persegi

Russian Empire 1866
Russian Empire.
Empayar Rusia ialah sebuah negara yang telah wujud sejak tahun 1721 sehinggalah ke Revolusi Rusia pada tahun 1917. Ia adalah pengambil alihan daripada
pemerintahan Tsar di Rusia dan juga pengasas kepada Soviet Union.

Ia adalah empayar bersempadanan kedua terbesar di dunia dalam sejarah yang hanya boleh diatasi oleh Empayar Mongol serta empayar ketiga terbesar di dunia.
Pada satu ketika pada tahun 1866, ia merentasi dari Eropah Timur ke Asia serta ke Utara China.

Pada awal kurun ke 19, Rusia ialah negara terbesar di dunia yang bermula dari Lautan Artik di bahagian utaranya sehinggalah ke Laut Hitam di bahagian selatannya
dan dari Laut Baltik di bahagian baratnya merentasi ke Lautan Pasifik di sebelah timurnya.

Dengan penduduk di bawah jajahannya seramai 176.4 juta orang, ia menjadi populasi manusia ketiga terbesar di dunia ketika itu selepas jajahan Qing di China
dan Empayar British. Ia mempersembahkan banyak pengaruh dalam ekonomi, etnik dan pelbagai pegangan agama.

Manakala ketua empayar ini pula dipegang oleh seorang maharaja yang merupakan monarki penuh terakhir yang wujud di Eropah. Menjelangnya bermulanya perang
dunia pertama pada bulan Ogos 1914, Rusia adalah salah satu dari lima kuasa besar yang berada di Eropah.

Empayar Sepanyol

Keluasan: 20.0 Juta Kilometer Persegi

Spanish Empire
Spanish Empire.
Empayar Sepanyol merangkumi kawasan dan koloni yang diperintah secara terus oleh Sepanyol sama ada di Eropah, Amerika, Afrika, Asia dan Oceania. Pada zaman
kemuncaknya, ia adalah salah satu empayar terbesar dalam sejarah dunia dan bersifat global yang pertama di dunia. Ia bertahan dari kurun ke 15 Masehi sehingga
kurun ke 20.

Sepanyol muncul sebagai sebuah monarki yang bersatu pada tahun 1480an dengan berlakunya perkahwinan Monarki Katolik iaitu monarki bagi kerajaan Castile
dan Aragon. Undang-undang antara kedua-duanya dipisahkan tetapi akhirnya polisi luar dan dalam negara berjaya disatukan.

Pada tahun 1492, mereka berjaya menakluki Semenanjung Iberian dari pemerintahan kerajaan Islam Moorish Al-Andalus dalam peperangan yang digelar 'Battle
of Granada' yang membuka sumber-sumber kepada eksplorasi dan kolonisasi untuk pembinaan sebuah empayar.

Pada tahun yang sama juga, Christopher Colombus melakukan penjelajahan ke barat merentasi Lautan Atlantik yang mewujudkan hubungan kolonial antara Eropah
dan Amerika. Kawasan di Hemisfera Barat kini menjadi fokus kepada Castile dan kemudiannya orang-orang Sepanyol telah menguasai kolonisasi di Amerika.

Pada zaman Age of Discovery pula, Sepanyol mula mendiami kepulauan Carribean dan tidak lama selepas itu, mula menguasai empayar dikawasan lain seperti
Aztec dan Inca di tanah besar Amerika Selatan.

Kemudian, ekspedisi telah dijalankan yang membolehkan mereka menubuh sebuah empayar yang mengunjur dari Kanada pada hari ini di Amerika Utara sehinggalah
ke Falklands di Amerika Selatan.

Eskpedisi navigasi dunia yang dimulakan oleh Ferdinand Magellan pada tahun 1519 telah berjaya disempurnakan oleh Juan Sebastian Elcano pada tahun 1522
dan mencapai apa yang pernah diinginkan oleh Christopher Colombus iaitu satu jalan menuju ke benua Asia dan membawa Timur Jauh ke pengetahuan pihak Sepanyol
yang mana mereka kemudian telah menubuhkan koloni-koloni di Guam, Filipina dan pulau-pulau disekitarnya.

Pada zaman Siglo de Oro, Empayar Sepanyol terdiri daripada Belanda, Luxembourg, Belgium, sebahagian daripada Itali, Jerman dan Perancis, beberapa jajahan
di Afrika, Asia dan juga Oceania selain kawasan-kawasan luas seperti Amerika.

Menjelang kurun ke 17, Sepanyol telah menguasai sebuah empayar yang mempunyai jajahan takluk yang sangat luas yang tidak lagi akan diulangi oleh penggantinya.

Empayar Qing

Keluasan: 14.7 Juta Kilometer Persegi

Empire of the Great Qing
Empire of the Great Qing.
Dinasti Qing yang turut dikenali sebagai Dinasti Manchu ialah dinasti terakhir yang memerintah negara China dari tahun 1644 hingga ke tahun 1912. Ia telah
digantikan kemudiannya oleh Dinasti Ming dan kemudiannya menjadi Republik China. Dinasti ini telah ditubuhkan oleh puak Manchu, Aisin Gioro, iaitu apa
yang dikenali sebagai China Barat Daya pada hari ini dan turut dikenali sebagai Manchuria.

Bermula pada tahun 1644, ia telah berkembang sebagai China yang sempurna serta kawasan-kawasan jajahan di sekeliling menjadikannya sebuah empayar yang
dikenali sebagai Great Qing. Pasifikasi yang lengkap bagi negara China telah berjaya dilengkapkan sekitar tahun 1683 dibawah pemerintahan Maharaja Kangxi.

Ia mula-mula sekali ditubuhkan di bawah Dinasti Jin, Amaga Aisin Gurun pada tahun 1616 namun nama itu telah ditukar kepada Qing, yang bermakus 'Jelas'
pada tahun 1636. Pada tahun 1644, Beijing telah dibuang oleh pihak penentang yang diketuai oleh Li Zicheng, seorang pegawai kecil kerajaan Ming yang juga
ketua bagi kumpulan revolusi petani.

Maharaja terakhir dinasti Ming, Chongzhen telah membunuh diri apabila bandar itu jatuh, menandakan secara rasminya kejatuhan Dinasti Ming. Puak Manchu
kemudiannya bersekutu dengan general Dinasti Ming, Wu Sangui dan mengambil alih kawalan di Beijing dan menjatuhkan pemerintahan Dinasti Shun yang hanya
sekejap sahaja memegang takhta.

Semasa mereka berkuasa, Dinasti Qing telah menjadi sangat berintegrasi dengan budaya China. Dinasti ini mencapai kemuncaknya pada kurun ke 18 iaitu semasa
kedua-dua buah jajahan dan penduduknya meningkat. Namun, kuasa ketenteraannya pula menjadi lemah selepas itu dan berhadapan dengan penentangan yang hebat
serta kekalahan dalam perang yang menyebabkan akhirnya Dinasti Qing dinafikan pada pertengahan kurun ke 19.

Dinasti ini akhirnya dijatuhkan oleh Revolusi Xinhai apabila Maharani Dowager Longyu telah turun takhta bagi pihak maharaja terakhir iaitu Puyi, pada 12
Februari 1912.



19 Februari, 2013

Pelajar UITM ini memiliki ketinggian 2.07 meter

JENGKA - Berketinggian 2.07 meter, tidak mematahkan semangat seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Jengka, untuk melanjutkan pengajiannya ke peringkat lebih tinggi.

Pelajar terbabit, Mohammad Adli Hisham Abd Ghafar, 19, tidak pernah merasakan dirinya terpinggir dengan saiz badannya lebih tinggi dan besar berbanding rakan sebayanya lain.

(lanjut sila klik butang papar)




Bagi Mohammad Adli, tidak ada yang sukar baginya meneruskan kehidupan seharian melainkan mempunyai masalah dengan saiz kasutnya yang tidak terdapat di negara ini.

“Saya memakai saiz kasut 14 dan ia terlalu sukar untuk diperolehi di sini sehinggakan abang saya terpaksa membelikan kasut untuk saya di luar negara,” katanya anak ketujuh dan lapan beradik.

Berasal dari Kelantan, dia memberitahu, sejak sekolah lagi dia tidak pernah dihina atau diejek rakannya melainkan kata-kata belakang yang dilontarkan mungkin kerana pelik melihat saiz badannya.

“Saya tidak pernah diejek rakan-rakan. Jika ada, mungkin sekadar kata-kata belakang yang saya anggap sebagai pembakar semangat saya untuk terus membuktikan kepada semua orang bahawa walaupun dengan saiz badan begini, saya juga boleh berjaya ke menara gading,” katanya.

Tambahnya, sejak berada di UiTM, dia tidak menafikan sering mendapat perhatian orang ramai, malah dia kini sedang bergiat aktif dalam sukan bola keranjang yang baru sahaja diceburinya sejak belajar di situ.


sinar harian

  • pendapat anda?







28 Mei, 2012

WWW 1" Milik VVIP Johor Dengan Rekod Bidaan Tertinggi RM520,000

Bila dah banyak duit dan hobi menjadi keutamaan, semuanya boleh jadi. Yang penting asalkan duitttt!

Siapa sangka plat WWW menjadi rebutan banyak pihak. Berita di bawah menunjukkan rekod tertinggi bidaan plat kereta untuk nombor WWW1. Klik butang papar untuk meneruskan bacaan.






KUALA LUMPUR: Seorang VVIP terkemuka dari Johor adalah pemilik nombor plat pendaftaran kenderaan yang menjadi kebanggan dan yang amat dikehendaki ramai - WWW 1.

Merupakan seorang peminat kereta, VVIP ini adalah pembida yang berjaya dengan tawaran bayaran RM520, 000 untuk nombor pendaftaran yang dikehendakinya.

Jumlah ini kini telah mencatat satu rekod baru sebagai nombor plat paling mahal yang pernah dijual di Malaysia.

Menurut sumber, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dijangka memaklumkan kepada VVIP berkenaan mengenai kejayaan bidaan pada Isnin.

Personaliti dikenali ramai ini juga mempunyai koleksi kereta antik dan model kereta terbaru.

Semua kenderaannya diselenggarakan dengan baik dan beliau pernah dilihat memandu kesemuanya di seluruh negeri.

Pada Khamis, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengumumkan nombor pendaftaran "WWW 1" menjadi nombor tawaran tertinggi setakat ini.

Nombor tersebut melepasi rekod yang dicatatkan oleh "MCA 1" pada tahun 2010 yang dijual dengan harga RM300,100.

Bidaan terhadap nombor pendaftaran dikehendaki ramai ini bermula pada 30 April dan berakhir pada 14 Mei.

Dalam tempoh tersebut, beribu-ribu membanjiri tiga cawangan JPJ Kuala Lumpur untuk meletakkan tawaran mereka untuk awalan "WWW", yang merupakan singkatan bagi "World Wide Web".


sumber MStar online


  • kalau diberi peluang, nombor plat apa yang anda idamkan?

13 November, 2011

Tujuh keajaiban alam sekitar dunia

GENEVA - Hutan hujan Amazon, Halong Bay di Vietnam dan air terjun Iguazu, Argentina dinamakan sebagai antara tujuh keajaiban alam sekitar dunia yang baharu.

Empat lagi lokasi yang menerima pencalonan sama ialah Pulau Jeju, Korea Selatan; Komodo, Indonesia; sungai bawah tanah Puerto Princesa, Filipina dan Table Mountain di Afrika Selatan.


(klik butang papar untuk meneruskan bacan)





Penganjurnya, Yayasan New7Wonders menyatakan keputusan akhir akan diumumkan pada awal tahun 2012. Yayasan yang berpangkalan di Switzerland itu bagaimanapun menegaskan mungkin akan ada perubahan dalam senarai pemenang sementara dan senarai akhir tersebut.

Lokasi-lokasi yang gagal untuk disenaraikan termasuklah Gunung Kilimanjaro, Tanzania; Laut Mati, Israel dan Grand Canyon di Amerika Syarikat (AS).

Undian yang dianjurkan oleh New7Wonders nyata menarik minat orang ramai. Ia turut melibatkan selebriti, misalnya bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi yang mengajak para peminatnya supaya memilih air terjun Iguazu.

Keputusan akhir tersebut diperoleh selepas satu proses yang lama, bermula dari Disember 2007 hingga Julai 2009. Dalam tempoh itu, warga dunia diminta mengundi lokasi yang mereka fikir sebagai keajaiban alam sekitar.

Lebih satu juta undian diterima untuk menyenarai pendek 440 lokasi di 220 buah negara kepada 77 lokasi sahaja. Senarai itu kemudian dipendekkan kepada 28 finalis oleh satu panel pakar. - AFP

dipetik dari:

kosmo online



  • gunakan ID facebook anda dalam memberi ulasan

22 Ogos, 2011

15 fakta khasiat senyum dan tawa

Mampukah anda senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan?
Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika anda mampu , tentu ada orang di sekeliling akan mengganggap anda seorang yang "superperson".Tahniah!!

Bersedih tentu saja dibolehkan tetapi janganlah berterusan bersedih dan menangis sehingga memudaratkan kesihatan.

(klik butang "papar" untuk meneruskan bacaan dan mengetahui 15 rahsia senyum dan tawa)





Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali anda dapat melihat perbezaan. Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar.

Ada sesetengah dari kita bernasib baik kerana dianugerahkan 'wajah senyum' yang mana kalau dia marah sekalipun masih kelihatan seperti tersenyum. Antara contoh artis bollywood yang berwajah senyum ialah "Rani Mukherjee". Memang sukar mencari wajah begini dan jika anda mempunyai wajah sedemikian anda adalah satu dalam sejuta.

Cuba anda perhatikan orang yang dilanda masalah misalnya dan ditambah pula hidupnya tak pernah putus ditimpa pelbagai masalah. Tentu sekali wajahnya kelihatan murung, berserabut dan nampak tua dari usia sebenar. Jika demikian tidak bolehkah kita bersedih dan menangis?

Tentu sekali boleh tetapi perlu ada tempohnya. Pada ketika kita bersedih, menangislah sepuas hati dan bersedihlah semahunya. Mungkin seminggu, dua minggu atau sebulan anda berada dalam keadaan demikian dan selepas itu anda perlu berbuat sesuatu bagi meneruskan hidup.

Seseorang yang dapat menerima dirinya sakit dan hidup sememangnya ada masalah lalu menerima keadaansedemikian dengan tenang dan masih mampu tersenyum sebenarnya mempunyai tindak balas lebih baik terhadap rawatan

yang diberikan.



15 fakta menarik tentang SENYUM :
  1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
  2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
  3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
  4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
  5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
  6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru, tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
  7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
  8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
    Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .
  9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
  10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
  11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
  12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
  13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
  14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
  15. Pujangga menyebut :

    " SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".
Jadi rakan taulan sekalian, jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.

* Sumber - majalah MIDI edisi Mei 2006



  • kongsikan pandangan anda dengan menggunakan akaun facebook


17 Ogos, 2011

Keajaiban Al-quran

Assalamualaikum dam salam ramadhan buat semua.

Selongkar punya selongkar rangkaian internett saya terjumpa satu artikel menarik mengenai kejaiban alquran. Cumanya dalam bahasa Indonesia yang cuba saya terjemahkan dalam bahasa melayu kita.

Sebelum itu tidak terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut nuzul al-quran buat semua...

Sebelum kita membaca beberapa fakta menarik yang saya kongsikan, saya mohon petunjuk Allah agar artikel itu tidak terpesong dan menyalahi fakta. Maklumlah tatkala mencari maklumat di dalam internet, belum tentu kesasihannya.

Lantas saya menyeru kita membaca sebagai peningkatan ilmu dan bertujuan mendekatkan diri krtepada al-quran dan Allah. wallahualam ...

(klik butang "papar" untuk meneruskan bacaan)



Al-Quran adalah kalam Allah yang merupakan sebuah Mu’jizat yang diturunkan kepada Nabi akhir zaman Muhammad . Tidak ada yang menandingi keindahan bahasa Al-Quran dan keindahan ketika kita melagukan Al-Quran.

Banyak orang yang hatinya tergetar jika di bacakan ayat-ayat Al-Quran, sehingga kemudian dia mendapatkan risalah kebenaran. Al-Quran adalah satu-satunya kitab yang terjaga keasliannya walau telah diturunkan 14 abad yang lalu akan tetapi tetap terjaga dalam satu Bahasa dan satu huruf yang terangkai didalamnya.

Banyak usaha-usaha yang di lakukan oleh orang-orang kafir untuk memalsukan Al-Quran, namun usaha itu selalu gagal dan sia-sia. Al-Quran yang berjumlah 30 juz, 112 surat, 6666 ayat dan 51,900 kata itu dengan mudah di hafalkan oleh orang-orang yang beriman dan mempunyai hati yang bersih.

Al-Quran adalah sumber ilmu yang tidak pernah ketinggalan zaman bahkan selalu mendahului zaman, karena kebenarannya baru terbukti ketika zaman sudah mampu menciptakan tekhnologi mulai dari ilmu matematik, Biologi, kedokteran,fizik,kimia,bahasa, sejarah dll, segala ilmu telah terbukti sebelum ditemukan alquran telah menafsirkan dan menuliskannya.

Keajaiban lain dari Al-Quran yang tak kalah menakjubkan adalah bahawa Al-Quran ternyata tersusun menurut perhitungan Matematik yang sangat teliti dan sangat cerdas !!

Berikut ini sejumlah perhitungan yang benar-benar merupakan mukjizat.

  • Kata “Yaum” (hari) dalam bentuk tunggal disebutkan sebanyak 365 kali, yang sama jumlahnya dengan jumlah hari pada tahun masihi
  • Kata “Yaum” (hari) dalam bentuk jamak sebanyak 30 kali, sama dengan jumlah hari dalam satu bulan
  • Kata “Syahr” (Bulan) sebanyak 12 kali, sama dengan jumlah bulan dalam satu tahun.
  • Kata “Sab’u (minggu) disebutkan 7 kali, sama dengan jumlah hari dalam satu minggu
  • Jumlah “Saah” (jam) yang didahului dengan “Harf” sebanyak 24 kali, sama dengan jumlah jam dalam satu hari
  • Kata “Sujud” disebutkan 34 kali, sama dengan jumlah rakaat dalam solat 5 waktu
  • Kata “Selawat” disebutkan 5 kali, sama dengan jumlah solat wajib sehari semalam
  • Kata “Aqimu” yang diikuti kata “Shalat” Sebanyak 17 kali, sama dengan jumlah rakaat solat fardhu.
  • Kata “al-Dunya” disebutkan sebanyak 115 kali, begitu juga kata “al-Akhirah” sebanyak 115 kali
  • Kata “ al-Israf” disebutkan 23 kali, begitu juga kata kebalikannya “al-Sur’ah”
  • Kata “Malaikat” disebutkan 88 kali, kata kebalikannya “al-Syayathin” juga 88 kali
  • Kata “al-Sulthan” disebutkan 37 kali, kata kebalikannya “al-Nifaq” juga 37 kali
  • Kata “Harb” (panas) sebanyak 4 kali, kebalikannya “al-Bard” (dingin) juga 4 kali
  • Kata “al-Harb” (perang) sebanyak 6 kali, kebalikannya “al-Husra” (tawanan) 6 kali
  • Kata “al-Hayat” (Hidup) sebanyak 145 kali, kebalikannya “al-Maut” (mati) 145 kali
  • Kata “Qalu” (mereka mengatakan) sebanyak 332 kali, kebalikannya “Qul” (katakanlah) juga sebanyak 332 kali
  • Kata “al-Sayyiat” (keburukan) yang menjadi kebalikannya kata “al-Shahihat” (Kebajikan) masing-masing 180 kali
  • Kata “al-Rahbah” (cemas/takut) yang menjadi kebalikan kata “al-Ragbah” (harap/ingin) masing-masing 8 kali
  • Kata “al-Naf’u” yang menjadi kebalikan kata “al-Fasad” masing-masing 50 kali
  • Kata “al-Nas” yang menjadi kebalikan kata “al-Rusul” masing-masing 368 kali
  • Kata “al-Asbath” yang menjadi kebalikan kata “al-Awariyun” masing-masing 5 kali
  • Kata “al-Jahr” yang menjadi kebalikan kata “al-Alaniyah” masing-masing 16 kali.

Masih banyak lagi, yang tidak dapat disebutkan satu-persatu. Sekarang lakukan perhitungan sebagai berikut :

  1. Dengan mencari persentase jumlah kata “bahr” (lautan) terhadap total jumlah kata (bahr dan barr ) kita dapatkan : (32/45) x 100 % = 71.1111111%
  2. Dengan mencari persentase jumlah kata “barr (daratan) terhadap total jumlah kata (bahr dan barr) kita dapatkan : (13/45) x 100 % = 28.888888889 %
  3. Kita akan mendapatkan bahwa Allah SWT. Dalam Al-Quran pada 14 abad yang lalu menyatakan bahwa persentase air di bumi adalah 71.11111111 %, dan persentase daratan adalah 28.8888888889, dan ini adalah nisbah yang riil dari air dan daratan. (TAKJUB KAN)

Itulah sebagian kecil keajaiban dan kemukjizatan Al-Quran. Keajaiaban yang lain merupakan misteri yang akan insyaAllah akan dipecahkan oleh orang-orang yang berilmu. Antara fakta lain mengenai alquran ialah:

  1. Seorang ahli biokimia berkebangsaan Amerika keturunan Mesir dan seorang ilmuwan Muslim, Dr. Rashad Khalifa, adalah orang yang pertama yang menemukan sistem matematik pada Al-Quran. Dia memulai meneliti komposisi Matematik dari Al-Quran pada tahun 1968, dan memasukka Al-Quran ke dalam sistem computer pada tahun 1969 dan 1970, yang diteruskan dengan menerjemahkannya ke dalam bahasa Inggris pada awal 70-an. Dia tertantang untuk memperoleh jawaban dalam menjelaskan inisial pada beberapa surah dalam Al-Quran (seperti Alif Lam Mim) yang sering diberi penjelasan “hanya Allah yang mengetahui maknanya”. Dengan tantangan ini, dia memulai riset secara mendalam pada inisial-inisial tersebut setelah memasukkan teks Al-Quran ke dalam sistem computer, dengan tujuan utama mencari pola matematis yang mungkin akan menjelaskan pentingnya inisial-inisial tersebut. Setelah beberapa tahun melakukan riset, Dr. Khalifa mempublikasikan temuan-temuan pertamanya dalam sebuah buku berjudul “MIRACLE OF THE QURAN : Significance of the Mysterious Alphabet” pada Oktober 1973., bertepatan dengan Ramadhan 1393
  2. Sementara itu Angka yang sering keluar daalam alquran adalah angka 19. Dalam Al Qur’an. Keistimewaan angka 19 di dalam Al Qur’an ini, di antaranya:
  3. Kata bismillahirrahmanirrahim, yang merupakan kata pembuka dari surah Al Qur’an terdiri dari 19 huruf.
  4. Paket wahyu pertama (QS. Al Alaq (96) ayat 1—5), diturunkan sebanyak 76 huruf atau 19 x 4.
  5. Ayat pertama kali turun, (QS. Al Alaq ayat 1), terdiri dari 19 huruf.
  6. Jumlah surah Al Qur’an ada 114 atau 19 x 6.

Angka 19 inilah yang menjadi alat kontrol huruf di dalam Al Qur’an, sehingga Al Qur’an terpelihara dari perubahan yang dilakukan oleh orang tak bertanggung jawab. Tidak akan pernah sedikitpun meleset dari hitung-hitungan, anda bisa bandingkan dengan kitab suci lain.

selamat membaca al quran... wallah hualam.

  • kongsikan pandangan anda dengan menggunakan akaun facebook


13 Ogos, 2011

10 perkara menarik mengenai loji nuklear yang perlu anda ketahui

Ingin mengetahui 10 perkara menarik mengenai loji nuklear? Mungkin dengan fakta ini sedikit sebanyak memberi ilmu kepada kita. Malaysia dalam proses pertimbangan untuk membina loji nuklear kita sedndiri....

(klik butang papar untuk melihat 10 perkara menarik tersebut)




  1. Loji tenaga nuklear menghasilkan tenaga elektrik melalui pemanasan air untuk menghasilkan wap panas yang akan menggerakkan turbin. Bagi menghasilkan wap, loji nuklear menggunakan haba yang terhasil dari penguraian bahan radioaktif – pembelahan nukleus atom bahan radioaktif (kebiasaannya Uranium)
  2. Amerika Syarikat memiliki 104 reaktor di loji nuklear yang menghasilkan 20 peratus jumlah penghasilan tenaga di seluruh negara tersebut. Pada tahun 2009, 13-14 peratus penjanaan tenaga elektrik seluruh dunia dihasilkan menggunakan tenaga nuklear.
  3. Jumlah keseluruhan reaktor tenaga nuklear peringkat komersial dianggarkan melebihi 440 buah yang beroperasi di 30 buah negara seluruh dunia.
  4. Terdapat 62 loji nuklear yang sedang dibina di seluruh dunia pada masa ini.
  5. Bencana loji tenaga nuklear berlaku apabila bahan radioaktif dalam teras reaktor mengalami pemanasan melampau dan mengalami pencairan. Situasi ini akan membebaskan bahan radioaktif yang tidak terkawal ke persekitaran.
  6. Bencana Chernobyl, Ukraine pada tahun 1986 dikategorikan sebagai bencana terburuk kemalangan loji nuklear di dunia. Ia mengorbankan 56 nyawa serta merta dan menyebabkan lebih 4000 pesakit kanser yang disebabkan pendedahan radiasi bahan radioaktif. Kerugian akibat dari kemusnahan loji nuklear Chernobyl dianggarkan sebanyak $7 bilion dolar Amerika.
  7. Bencana Reaktor Nuklear Three Mile Island adalah yang terburuk dicatatkan di Amerika Syarikat yang berlaku pada tahun 1979 di Pennsylvania. Dua unit reaktor di loji terbabit mengalami pencairan separa dan membebaskan radiasi sinaran radioaktif. Kesan daripada tragedi itu, projek peluasan tenaga nuklear Amerika Syarikat dibekukan serta merta buat sementara waktu.
  8. Kesan radiasi bahan radioaktif terjadi apabila seseorang terdedah kepada 1000 mSv per jam. Pekerja Chernobyl meninggal dunia dalam tempoh sebulan dan juga dalam masa seminggu apabila mereka terdedah kepada sinaran radioaktif sebanyak 6'000 mSv per jam dan 10'000 mSv kedua-duanya.
  9. Golongan yang menyokong penjanaan eletrik dari tenaga nuklear sentiasa memberi jamian bahawa penggunaan tenaga nuklear adalah bebas dari pencemaran dan pelepasan gas rumah hijau selain berkeupayaan menghasilkan jumlah tenaga yang murah serta banyak berbanding sumber tenaga konvensional. Mereka juga menegaskan bahawa loji tenaga nuklear seperti di US mengamalkan ciri-ciri keselamatan yang ketat
  10. Para penentang dan pengkritik penggunaan tenaga nuklear pula sentiasa berhujah tentang isu-isu keselamatan loji nuklear, isu rawatan sisa bahan radioaktif dan juga kos pembinaan loji nuklear yang yang tinggi.
  11. dipetik dari sini
  • kongsikan pandangan anda dengan menggunakan akaun facebook

03 Julai, 2011

Kapal solar Firaun ditemui

KAHERAH: Satu pasukan ahli arkeologi Mesir dan Jepun menemui kapal solar Firaun Khufu baru-baru ini yang terletak berhampiran piramid agung Giza.
Projek pemuliharaan yang dilakukan ialah untuk mengangkat 41 blok batu dengan purata berat 16 tan setiap satu dan memindahkan kapal ditanam 4,500 tahun lalu di dalam lubang bawah tanah.

(klik butang papar untuk meneruskan bacaan)





Projek itu menjadi tumpuan penyelidikan Kementerian Dalam Negeri Bagi Antikuiti, delegasi dari Universiti Waseda, Jepun dan Institut Kapal Solar Jepun. Mereka sudah memulakan kerja kajian sejak 2007.

Menteri Negeri Bagi Antikuiti Mesir, Zahi Hawass hadir pada upacara pemindahan itu dan memberitahu wartawan, kerja pemuliharaan ‘kapal solar paling tua di dunia’ akan mengambil masa kira-kira empat tahun sebelum ia boleh dipamerkan kepada pelawat.

Raja Khufu antara Firaun terkenal dalam dinasti keempat dan pemerintah yang membina Piramid Khufu. Orang Mesir purba percaya kapal itu dibina untuk membawa beliau kepada kehidupan abadi.

Pemindahan blok batu yang membawa kepada penemuan kapal Firaun Khufu dibuat di dalam sebuah bangsal besar yang dibina untuk melindungi kapal itu. Blok batu pertama diangkat Rabu lalu sebagai ujian sebelum tempatnya digantikan dengan blok kayu.

Kapal solar kedua Firaun Khufu dikesan pada 1987 di dalam sebuah lubang besar, di sebelah barat kapal solar pertama. Kedua-dua kapal itu terletak di bahagian selatan Piramid Khufu di Giza.

Kapal solar pertama ditemui pada 1954 dan mula dipamerkan pada 1982, berhampiran piramid selepas kerja baik pulih yang mengambil masa 13 tahun.

Selepas kerja baik pulih selesai, kapal kedua akan ditempatkan berhampiran pagar piramid, manakala kapal pertama akan dipindahkan di Muzium Besar Mesir yang sedang dalam pembinaan.

Kedua-dua kapal dibuat daripada kayu cedar Lubnan dan kayu akasia Mesir. Hawass berkata, keadaan kapal terbaru ini lebih baik daripada yang dijangka. “Pada mulanya saya berasa bimbang melihat kayu kapal itu. Bagaimanapun, saya yakin kita dapat melihat sebuah lagi kapal Firaun dalam tempoh empat tahun, apabila ia dibaik pulih,” katanya.

dipetik dari Berita Harian


14 Jun, 2011

Sejarah Tulisan Braille

Hari ini dengan kecanggihan teknologi, orang cacat penglihatan seluruh dunia dapat berinteraksi, mencari maklumat dan menimba pengalaman melalui sistem komputer. Namun disebalik kecanggihan tersebut, tulisan braille masih lagi tidak dilupakan.

Namun tahukah kita siapakah yang mengasaskan tulisan braille dan bagaimanakah ianya dicipta? Ketahui dengan lebih lanjut dengan menekan butang "papar" berikut:






  • Louis Braille dilahirkan pada 4 Januari 1809 di bandar Coupvray berhampiran Paris. Beliau merupakan pengasas tulisan braille, iaitu titik timbul bagi menggantikan huruf dan nombor.


  • Louis Braille merupakan anak keempat kepada seorang tukang kulit bernama Simon René Braille dan mempunyai penglihatan normal ketika kecil. Ibunya bernama Monique.






  • Ketika berusia 3 tahun Louis Braille telah bermain-main di kedai ayahnya apabila dia tercucuk matanya dengan satu peralatan menebuk lubang pada kulit 'awl' (peralatan dengan hujung tajam dengan pemegang kayu bulat) kepunyaan bapanya.






  • Walaupun mendapat khidmat perubatan terbaik pada masa itu, matanya yang sebelah lagi terkena jangkitan kuman mengakibatkan Louis Braille kehilangan penglihatan di kedua-dua belah matanya.






  • Walaupun buta, Louis Braille mendapat galakan ibubapanya, paderi tempatan dan guru sekolah untuk menghadiri kelas di mana dia mendahului rakan-rakannya yang celik. Bagaimanapun, disebabkan kecacatan penglihatan, dia tidak dapat membaca atau menulis.






  • Pada tahun 1819, ketika berusia 10 tahun, Louis Braille telah mendapat biasiswa untuk belajar di Paris di Institut Kanak-Kanak Buta. Pengasas institut tersebut, Valentin Haüy, telah mendapat idea untuk membekalkan buku dengan huruf timbul untuk dibaca oleh orang buta. Buku-buku tersebut agak sukar dibaca, tebal dan mahal untuk dibuat, dengan setiap hurufnya sebesar 1 inci tinggi.






  • Keadaan di sekolah tersebut amat tegas. Bangunan sekolahnya lembap dan melaksanakan sistem displin yang tegas sebagaimana sekolah-sekolah lain pada masa itu. Pelajar yang bersalah akan dirotan, dikurung, dan diberi roti keras dan air. Kehidupan semua orang adalah susah dan kebanyakan pelajar yang dapat melihat akan bekerja ketika berusia 12 tahun di kilang atau dalam lombong arang batu.






  • Di sekolah di Paris, pelajar buta akan diajar kemahiran praktikal seperti menganyam kerusi dan membuat selipar agar mereka dapat mencari nafkah selepas menamatkan persekolahan. Sekali seminggu, mereka akan dibawa bersiar di taman dengan diikat di pinggang dengan tali. Mereka diajar membaca tetapi tidak untuk menulis. Huruf di buku dibuat dengan menggunakan wayar tembaga yang ditekan pada kertas. Disebabkan setiap huruf perlu dibentuk menggunakan wayar, orang buta tidak dapat melakukannya dengan sendiri.






  • Di sekolah itu hanya terdapat empat belas buku seperti itu dan Loius Braille membaca kesemuannya. Louis Braille merupakan seorang yang berbakat. Dia mempelajari cara bermain cello dan organ ketika masih muda dan bermain organ di gereja seluruh bandar Paris. Muzik memberikannya pendapatan yang tetap dan Loius Braille menggemarinya.






  • Pada tahun 1821, seorang pegawai tentera Charles Barbier de la Serre telah membuktikan bahawa perutusan yang ditulis dengan titik dan tanda sengkang dapat ditekan di atas kertas tebal untuk kegunaan perhubungan ketenteraan pada waktu malam ketika dalam parit pertahanan. Ini untuk mengelak daripada dikesan oleh musuh, tetapi ditolak oleh pihak tentera disebabkan kesukaran untuk melatih tentera. Sistem penulisan malam ataupun sonography menggunakan dua belas titik dan sengkang yang timbul mewakili bunyi berlainan. Tanda sengkang memakan banyak ruang dan setiap muka surat hanya dapat diisi dengan satu atau dua ayat. Charles Barbier menunjukkan cara penggunaan tulisan malam di sekolah Louis Braille yang menerimanya sebagai percubaan sahaja. Louis Braille menyedari kebaikan sistem titik timbul dan berusaha untuk memudahkannya.






  • Ketika bercuti Louis Braille menghabiskan masanya memperbaiki cara penulisan timbul ini. Louis Braille menyedari kelematan sistem Sonography seperti penggunaan asas dua belas titik dan penulisan berasaskan bunyi. Ketika berada dibengkel ayahnya, Louis Braille menyentuh alat penebuk ayahnya dan dia mendapat idea untuk menggunakan alat penebuk yang tumpul untuk membentuk tanda titik timbul di atas kertas. Selepas beberapa bulan berusaha, dia mendapati sistem enam titik timbul sebagai yang terbaik.
    Kedudukan titik yang berbeza mewakili huruf berbeza. Louis Braille terus memajukan penulisan braille selama beberapa tahun, memajukan kod mathematik dan muzik.






  • Pada tahun 1827 buku braille pertama dikeluarkan. Bagaimanapun sistem baru ini tidak diterima serta merta. Ini disebabkan terdapat halangan oleh mereka yang tidak memahami keperluan orang buta dan tidak mahu menerima atau menggalakkan penggunaan bentuk tulisan yang tidak dapat dibaca oleh orang biasa. Malah salah seorang pengetua di sekolah Louis Braille melarang penggunaan tulisan braille dan membakar buku braille yang ada. Bagaimanapun tulisan braille terus dipelajari dan digunakan oleh pelajar-pelajar dengan secara bersembunyi. Louis Braille sentiasa gigih menyebarkan tulisan braille dan akhirnya barulah tulisan braille diterima.






  • Pada tahun 1834 Louis Braille menyempurnakan sistemnya dan menerbitkan buku Cara Menulis Perkataan, Muzik, Dan Lagu Dengan Menggunakan Titik Untuk Kegunaan Orang Buta Dan Disusun Oleh Mereka "Method of Writing Words, Music and Plain Song by Means of Dots, for Use by the Blind and Arranged by Them".






  • Dengan menggunakan tulisan braille, sekarang orang buta bukan saja boleh membaca, malah dapat menulis dengan menggunakan peralatan tajam menyerupai penebuk 'awl' yang membutakan mata Louis Braille dahulu. Mereka kini dapat berdikari. Louis Braille menjadi guru di sekolah tempat dia belajar dahulu.
    Louis Braille dikagumi dan dihormati oleh pelajar- pelajarnya kerana kegigihannya, tetapi dia tidak dapat melihat sistem penulisan braillenya diterima ramai. Louis Braille sering diserang penyakit dan pada tahun 6 Januari 1852 ketika berumur 43 dia mati akibat penyakit Penyakit Batuk Kering.






  • Pada permulaannya sistem tulisannya hampir terkubur tetapi beberapa orang penting menyedari kepentingan ciptaan Louis Braille dan pada tahun 1868, Dr. Thomas Armitage (1824-1890) dan tiga rakannya mengasaskan 'British and Foreign Society for Improving the Embossed Literature of the Blind'.
    Kumpulan sahabat yang kecil ini bertambah dan menjadi Institusi Negara DiRaja Untuk Orang Buta 'Royal National Institute for the Blind', pencetak buku braille terbesar di Eropah dan British. Pada tahun 1990, tulisan braille digunakan di seluruh dunia dan diterima pakai oleh hampir semua bahasa daripada Albani hingga ke Zulu.






  • Di Perancis pencapaian Louis Braille diakui ditahap kebangsaan dan pada tahun 1952, jasadnya dipindahkan ke Paris di mana dia dikebumikan di Pantheon, tempat pengkebumian wira negara Perancis. Melalui usaha Louis Braille, beribu-ribu orang buta dapat membaca dan menulis.






06 April, 2011

Tahukah anda mengenai panggilan pertama telefon bimbit dibuat?

Hari ini telefon bimbit sudah sekecil dan malah lebih lebih kecil dari tapak tangan. Tapi tahukah kita bila dan siapa yang membuat panggilan pertama menggunakan teknologi telefon bimbit?

Segalanya terjawab dengan menekan butang "papar" di bawah:







NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Panggilan telefon bimbit pertama di dunia dibuat pada 3 April, 38 tahun lalu oleh seorang pengurus besar firma Motorola, Martin Cooper di pusat bandar di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Cooper, yang pada masa itu berusia 44 tahun, keluar bersiar-siar dengan membawa telefon bimbit prototaip Motorola Dyna-TAC sambil diperhatikan orang ramai yang terkejut melihat gajet yang dibawanya.

"Semasa saya bersiar-siar jalan, penduduk New York yang begitu sofistikated kagum melihat seseorang berjalan sambil bercakap di telefon.

"Anda perlu ingat ketika itu tahun 1973, tiada lagi telefon tanpa kod apatah lagi telefon selular (bimbit)," kata Cooper yang kini berusia 82 tahun.

Menurutnya, orang pertama yang dihubungi dengan menggunakan telefon bimbit itu ialah ketua unit penyelidikan firma telefon Bell, Dr. Joel S Engel yang juga saingannya, sebelum dia menghubungi beberapa wartawan.

"Saya menelefon Engel untuk memberitahunya bahawa kami telah mengatasi Bell dalam perlumbaan untuk menghasilkan telefon bimbit pertama di dunia," katanya.

Cooper kemudian membenarkan wartawan-wartawan tersebut membuat panggilan mereka sebagai bukti bahawa mereka bukan ditipu dan dia bukan berjenaka.

Telefon bimbit Dyna-TAC yang seberat 0.6 kilogram berada dalam pasaran 10 tahun kemudian iaitu pada 1983, dan dijual pada harga mencecah AS$3,500 (RM10,592).

sumber: kosmo online

20 Mac, 2011

Senarai jurang lautan paling dalam

Jurang adalah bahagian yang paling dalam di dunia. Jurang dalam lautan merujuk kepada lubang yang wujud dalam sesebuah lautan. Percaya atau tidak, Jurang Mariana lebih tinggi ukurannya dari gunung Everest.

Berikut saya senaraikan sembilan jurang paling dalam di dunia melalui kajian dan pembacaan di internet.








  1. Jurang Mariana, Lautan Pacific, kedalaman 11,034m
  2. Jurang Tonga, Lautan Pacific, kedalaman 10,882m
  3. Jurang Japan, Lautan Pacific, kedalaman 10,595m
  4. Jurang Kuril, Lautan Pacific, kedalaman 10,542m
  5. Jurang Filiphina, Lautan Pacific, kedalaman 10,497m
  6. Jurang Kermadec, Lautan Pacific, kedalaman 10,047m
  7. Jurang Izu Bonin (Jurang Izu Ogasawara), Lautan Pacific, kedalaman 9,780m
  8. Jurang Peru-Chile atau dikenali Atacama, Lautan Pacific, kedalaman 8,065 m
  9. Jurang Ryukyu (Jurang Nansei-Shoto ), Lautan Pacific, kedalaman 7,460 m

Masih menjadi misteri dan tanda tanya tentang habitat yang tinggal dan mampu hidup di dalam jurang tersebut. Bukti keagungan Allah SWT.

Semoga dengan pendedahan ringkas ini membuka lebih minat kepada para pelajar terutamanya dan para pembaca umumnya untuk mencari lebih maklumat mengenai jurang-jurang terdalam di dunia. Jangan lupa kongsikan di sini sebagai ulasan anda.




19 Mac, 2011

Senarai 10 gempa bumi paling kuat sepanjang zaman

Berikut saya senaraikan sepuluh gempa bumi paling kuat semenjak tahun 1700 yang saya kutip dari sumber internet.

  1. Valdivia Chile pada 22 Mei 1960. Kekuatan gempa 9.5.
  2. Prince William Sound, USA pada 27 Mac 1964. Kekuatan gempa 9.2.
  3. Sumatera, Indonesia dan Thailand pada 26 Disember 2004. Kekuatan gempa 9.1.
  4. Kamchatka, Russia pada 4 November 1952. Kekuatan gempa 9.0
  5. Sendai, Japan pada 11, Mac 2011. Kekuatan gempa 8.9.
  6. Maule, Chile pada 27 Febuari 2010. Kekuatan gempa 8.8.
  7. Ecuador dan Colombia pada 31 Januari 1906. Kekuatan gempa 8.8.
  8. Sumatera, Indonesia pada 25 November 1833. Kekuatan gempa 8.8.
  9. Lautan Pacific , Japan dan USA pada 26 Januari 1700. Kekuatan gempa 8.8.
  10. Rat Islands, Alaska, USA pada 4 Febuari 1965. Kekuatan gempa 8.7.


Alhamdulillah Malaysia terselamat buat masa ini akibat gempa bumi. Sama-samalah kita berdoa kehadrat Ilahi agar bumi Malaysia dijauhkan dari mala bencana. Amin..

25 Januari, 2011

Statistik: 10 negara paling ramai penduduk 2011

Berapakah Jumlah penduduk dunia pada tahun 2011? Dan negara manakah yang menduduki tempat pertama sehingga kesepuluh negara yang mempunyai populasi penduduk yang paling tinggi di dunia pada tahun 2011? Semuanya terjawab dalam tulisan kali ini. Teruskan dengan menekan butang di bawah:



  1. China (1.33 bilion)
  2. India (1.19 bilion)
  3. Amerika Syarikat (309.6 juta)
  4. Indonesia (235.5 juta)
  5. Brazil (193.3 juta)
  6. Pakistan (184.8 juta)
  7. Bangladesh (164.4 juta)
  8. Nigeria (158.3 juta)
  9. Rusia (141. 9 juta)
  10. Jepun (127.4 juta)


FAKTA MENARIK PENDUDUK DUNIA MENJELANG OKTOBER 2011

  1. Jumlah penduduk dunia akan mencecah paras tujuh bilion orang menjelang 31 Oktober tahun ini, dengan India muncul sebagai negara paling tinggi melahirkan manusia iaitu 27 juta setahun, demikian menurut ramalan ahli demografi dunia sebagaimana yang dipetik dan dilaporkan dalam rencana Kumpulan Media Guardian yang menerbitkan akhbar The Guardian dan The Observer di United Kingdom.
  2. manusia yang ke tujuh bilion itu bakal lahir di negeri Uttar Pradesh iaitu salah sebuah negeri di India yang paling padat dengan manusia.
  3. Uttar Pradesh kini didiami hampir 200 juta manusia dan seandainya ia sebuah negara, ia akan menjadi negara yang keenam paling padat dengan manusia di muka bumi ini selepas Brazil.
  4. Yang paling menakjubkan ialah jumlah kadar kelahiran di India iaitu seramai 27 juta manusia setahun adalah sama banyak dengan keseluruhan penduduk Malaysia masa kini.
  5. jarak antara jumlah pertambahan penduduk dunia dari angka enam bilion kepada tujuh bilion hanya mengambil jarak masa 12 tahun sahaja.
  6. dan jarak antara itu dengan angka tiga bilion (1960) memakan masa 33 tahun. Jaraknya semakin pendek dari tahun 1960 hingga ke tahun 1974 iaitu hanya 14 tahun apabila jumlah penduduk bumi mencapai angka empat bilion orang.
  7. Dari situ, jarak untuk mencapai angka satu bilion seterusnya semakin mengecil dari 13 tahun (1974-1987) kepada hanya 12 tahun (1987-1999) apabila ia mencapai ke angka enam bilion.
  8. Dari tahun 1999 hingga menjelang Oktober tahun ini (juga dengan jarak 12 tahun) jumlah penduduk dunia akan mencecah satu bilion seterusnya menjadikannya tujuh bilion.


rujukan:

sumber klik sini

sumber klik sini


03 Januari, 2011

Ketahui siapa yang mencipta "www" pada internet

Setiap kali melayari internet, anda pasti menyedari tentang kewujudan frasa ‘www’ pada permulaan alamat laman web sesebuah pertubuhan atau organisasi.

Namun, tahukah anda apakah fungsi dan siapakah individu yang bertanggungjawab mencipta terma popular itu?



Mengetengahkan kongsep Jaringan Sejagat atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai World Wide Web, www merupakan satu sistem jaringan dokumen hiperteks yang membenarkan aktiviti capaian data menerusi internet.

Fungsinya adalah supaya pengguna dapat mengakses maklumat pada laman web yang kandungannya telah dikumpul terlebih dahulu di dalam lokasi tapak web.

Kemudian, dengan menggunakan platform pelayar web, pengguna internet berpeluang memperolehi pelbagai jenis kandungan atau aplikasi seperti teks, imej, video, dan juga pautan ke laman web lain.

Frasa berkenaan sebenarnya telah dicipta oleh seorang saintis komputer bernama Tim Barners Lee pada bulan Mac 1989 sebelum menggunakannya buat pertama kali pada tahun 1991.

Beliau juga merupakan pengarah dan pengasas bagi Konsortium Jaringan Sejagat, iaitu sebuah badan piawaian antarabangsa yang bertanggungjawab membangun serta menyelaras teknologi berkaitan konsep itu.

Apa yang menariknya, penyelidik bidang pengkomputeran ini tidak pernah mempatenkan konsep tersebut. Oleh kerana itu, sehingga hari ini, ia boleh digunakan oleh sesiapa sahaja secara bebas.

sumber: faizalabubakar

+
Copyright © dunia rasasayang ®