Memaparkan catatan dengan label SEJARAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SEJARAH. Papar semua catatan

04 Mei, 2015

Komik Pedang Setiawan tamat selepas 25 tahun dijual

Pasti ramai yang pernah ‘tergila-gilakan’ komik berunsur kisah alam pendekar dari Hong Kong yang diterbitkan dalam siri episod ketika di zaman remaja pada tahun 90-an.

Sebut sahaja komik, Raja Rimba, Alam Perwira, Dewata Raya dan lain-lain lagi pasti ramai yang mengimbau saat mula-mula komik berkenaan diterbitkan, salah satunya ialah komik Pedang Setiawan yang pernah diadaptasikan ke layar perak.

Mungkin ramai pembaca tertanya-tanya, apakah kesudahan jalan cerita komik Pedang Setiawan karya Mah Wing Shing yang tamat pada episod 667 setelah 25 tahun berada di pasaran.

Jurucakap kepada Unit Editorial Real Network Sdn Bhd yang hanya mahu dikenali sebagai Chia mengesahkan bahawa, komik Pedang Setiawan telah ditamatkan pada bulan April 2015 untuk versi Bahasa Malaysia.





“Komik ini telah tamat namun, jalan cerita terakhirnya masih lagi menjadi rahsia kerana buat masa ini, kesudahan jalan ceritanya hanya disiarkan dalam pameran manuskrip kesudahan Pedang Setiawan di Hong Kong.

“Mungkin dalam masa terdekat ini, ia juga akan diterbitkan di Malaysia dalam bahasa Melayu dan Cina,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

Menurutnya, komik tersebut diterbitkan di bawah nama Jonesky Publishing Limited. Isu pertama komik itu diterbitkan di Hong Kong pada tahun 1989 dengan nama Fung Wan (Angin dan Awan) manakala, keluaran versi Bahasa Malaysia yang pertama pula diterbitkan sekitar awal 90-an dan ianya dinamakan sebagai Pedang Setiawan.

“Pedang Setiawan merupakan antara komik yang diminati ramai pada awal 90-an dan ianya diterbitkan seminggu sekali pada mulanya. Kemudiannya ditukar dua minggu sekali dan sebulan sekali. Di awal pembabitan Mah Wing Shing dalam bidang ini, bukanlah satu perkara yang mudah, lebih-lebih lagi dalam usaha untuk memperkenalkan watak-watak utama Pedang Setiawan iaitu Penjejak Awan dan Penjejak Badai.

“Sejak keluaran isu pertama, berlakunya beberapa perkembangan baik dari segi gaya dan strok lukisannya serta perkembangan penceritaan watak utamanya sehinggalah kepada gambar-gambarnya yang dilukis dengan begitu berseni sekali,” katanya.

Mengulas lanjut, Chia berkata, komik Pedang Setiawan digilai ramai kerana Mah Wing Shing bijak menonjolkan beberapa perkembangan watak-watak dengan munculnya beberapa watak pahlawan generasi kedua yang lebih memberi fokus kepada Penjejak Angkasa (anak Penjejak Awan) dan Yi Feng (anak Penjejak Badai) dalam keluaran komik Fung Wan generasi kedua yang telah ditukarkan nama kepada Tin Ha (Di Bawah Langit).

“Gandingan watak-watak tersebut sebenarnya menghasilkan satu jalan cerita yang lebih baik dalam menonjolkan hubungan kekeluargaan yang kadangkala ada pasang surutnya. Contohnya hubungan Yi Feng yang tidak berapa akrab dengan bapanya, Penjejak Badai kerana Yi Feng telah dibesarkan oleh bapa angkatnya di sebuah kasino, manakala Penjejak Angkasa pula sering dibayangi oleh bapanya, Penjejak Awan.

“Sudah lebih 25 tahun komik Pedang Setiawan ini dijual di pasaran dan atas populariti yang begitu mengagumkan, komik itu telah mendapat keuntungan melalui penjualan hak cipta seperti penjualan figura watak-wataknya dan replika senjata, cerita seperti Storm Riders (1998) dan Storm Warriors (2009) serta permainan video dan penghasilan animasi,” katanya.

Ulasan rasasayang79:

Teringat dulu masa remaja dan masih nampak. Saya juga salah seorang peminat komik ini. Nak beli tak mampu, rasanya pinjam yang kawan punya untuk baca. hahahaha.

30 April, 2015

Melayu pendatang di Tanah Melayu?

Melayu bukanlah pendatang seperti yang dikatakan sesetengah pihak termasuk melalui beberapa wacana dan politik semasa.

Penyelaras Operasi, Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CENPRIS), Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Datuk Seri Dr. Md Salleh Yaapar
berkata, ada segelintir awam yang sengaja meletakkan perkataan pendatang terhadap kaum Melayu.

Tegasnya, istilah tersebut perlu digugurkan segera kerana ia bercanggah dengan rakaman sejarah.

“Apabila Parameswara beralih dari Palembang ke Singapura kemudiannya ke Melaka pada 1402, dia bukanlah pendatang. Sedangkan dia hanya merantau dan berpindah
dari satu daerah ke daerah yang lain dalam wilayah besar atau tanah air kepunyaan bangsanya, iaitu Kepulauan Melayu sendiri.

“Orang Melayu berasal dari Kepulauan Melayu dan bukanlah pendatang, sebaliknya dari sini suku-sakat mereka tersebar luas di Lautan Hindi dan Lautan Pasifik,
lantas menjadi penduduk awal atau pribumi di sana pula,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Bengkel Antarabangsa Migrasi dan Kesepaduan dalam Masyarakat Multi-Enik: Imigrasi Bukan Kelaziman, Warisan Nusantara dan
Tanggungjawab Sosial di Bilik Persidangan CENPRIS.

Justeru itu, Md Salleh menegaskan adalah salah untuk sesiapapun menganggap Melayu sebagai pendatang di mana-mana bahagian Kepulauan Melayu.
Menurutnya, sejarah membuktikan nama Melayu sudah dikenali sejak zaman Ptolemy.

“Pada abad ketujuh telah wujud kerajaan bernama Melayu di sekitar Jambi. Ia kemudiannya terangkum ke dalam kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang
serta berkuasa di seluruh Kepulauan Melayu sehingga abad ke-13.

“Impak Srivijaya menyebabkan banyak penduduk menerima identiti sebagai Melayu dengan wilayah mereka dikenali sebagai tanah Melayu.

“Ini meliputi Jambi, Palembang, Minangkabau, Siak, Kampar, Rokan, Pane, Kampe, Aru, Mandaileng, Tumiang, Perlak, Samudra, Lamuri dan Barus di Sumatera,
bersama Langkasuka, Kedah, Kelantan, Pahang dan lain-lain di Semenanjung,” katanya.

Selain itu, beliau menambah melalui konteks pra-sejarah juga orang Melayu bukanlah dikategorikan sebagai pendatang.

“Idea bahawa mereka berasal dari Taiwan dan Yunnan sangat rapuh dan ketinggalan zaman.

“Malangnya ia masih dijaja dalam dunia akademik, justeru sering diseret masuk ke dalam wacana awam dan polimik politik semasa,” katanya. - sinar harian

20 Oktober, 2014

Para Sahabat- Antara Ketulenan Fakta & Pembohongan Sejarah Siri 2

Alhamdulillah, kita baru selesai mendengar kupasan menarik Prof Dr Asri Zaindal Abidin (Maza) dalam siri pertama

siri 1 klik sini

Fakta yang telah diputar belit membuatkan kita salah faham mengenai pertelingkahan ketika zaman pemerintahan sahabat Nabi Muhammad SAW. Semoga dengan penerangan secara ilmiah ini dapat memperjelaskan kekeliruan dan kesilapan fakta kita selama ini.

Dan kita lanjutkan dengan sambungan siri kedua dan penutup. Sesungguhnya banyak pengajaran dari kisah yang kita dengar.









** boleh juga cuba play audio melalui pilihan berikut:



(1)


(2)
* share dengan rakan, semoga bermanfaat kepada kita semua. insyaAllah.

19 Oktober, 2014

Pertelingkahan Para Sahabat- Antara Ketulenan Fakta & Pembohongan Sejarah (siri 1)

Islam tidak sama sekali menggalakkan permusuhan di antara umatnya. Namun sejarah banyak menipu kita




Fakta yang telah diputar belit membuatkan kita salah faham mengenai pertelingkahan ketika zaman pemerintahan sahabat Nabi Muhammad SAW. Semoga dengan penerangan secara ilmiah ini dapat memperjelaskan kekeliruan dan kesilapan fakta kita selama ini.

Pertelingkahan Para Sahabat- Antara Ketulenan Fakta & Pembohongan Sejarah dibahagikan kepada dua sisi. Ini kerana sesi pertama telah mengambil masa hampir sejam. Apalah ruginya dua jam dari kita rugi mengetahui perkara yang sebenar. Sebarkan semoga kita mendapat rahmat Allah SWT.








** boleh juga cuba play audio melalui pilihan berikut:



(1)


(2)
* share dengan rakan, semoga bermanfaat kepada kita semua. insyaAllah.

03 Julai, 2011

Kapal solar Firaun ditemui

KAHERAH: Satu pasukan ahli arkeologi Mesir dan Jepun menemui kapal solar Firaun Khufu baru-baru ini yang terletak berhampiran piramid agung Giza.
Projek pemuliharaan yang dilakukan ialah untuk mengangkat 41 blok batu dengan purata berat 16 tan setiap satu dan memindahkan kapal ditanam 4,500 tahun lalu di dalam lubang bawah tanah.

(klik butang papar untuk meneruskan bacaan)





Projek itu menjadi tumpuan penyelidikan Kementerian Dalam Negeri Bagi Antikuiti, delegasi dari Universiti Waseda, Jepun dan Institut Kapal Solar Jepun. Mereka sudah memulakan kerja kajian sejak 2007.

Menteri Negeri Bagi Antikuiti Mesir, Zahi Hawass hadir pada upacara pemindahan itu dan memberitahu wartawan, kerja pemuliharaan ‘kapal solar paling tua di dunia’ akan mengambil masa kira-kira empat tahun sebelum ia boleh dipamerkan kepada pelawat.

Raja Khufu antara Firaun terkenal dalam dinasti keempat dan pemerintah yang membina Piramid Khufu. Orang Mesir purba percaya kapal itu dibina untuk membawa beliau kepada kehidupan abadi.

Pemindahan blok batu yang membawa kepada penemuan kapal Firaun Khufu dibuat di dalam sebuah bangsal besar yang dibina untuk melindungi kapal itu. Blok batu pertama diangkat Rabu lalu sebagai ujian sebelum tempatnya digantikan dengan blok kayu.

Kapal solar kedua Firaun Khufu dikesan pada 1987 di dalam sebuah lubang besar, di sebelah barat kapal solar pertama. Kedua-dua kapal itu terletak di bahagian selatan Piramid Khufu di Giza.

Kapal solar pertama ditemui pada 1954 dan mula dipamerkan pada 1982, berhampiran piramid selepas kerja baik pulih yang mengambil masa 13 tahun.

Selepas kerja baik pulih selesai, kapal kedua akan ditempatkan berhampiran pagar piramid, manakala kapal pertama akan dipindahkan di Muzium Besar Mesir yang sedang dalam pembinaan.

Kedua-dua kapal dibuat daripada kayu cedar Lubnan dan kayu akasia Mesir. Hawass berkata, keadaan kapal terbaru ini lebih baik daripada yang dijangka. “Pada mulanya saya berasa bimbang melihat kayu kapal itu. Bagaimanapun, saya yakin kita dapat melihat sebuah lagi kapal Firaun dalam tempoh empat tahun, apabila ia dibaik pulih,” katanya.

dipetik dari Berita Harian


14 Jun, 2011

Sejarah Tulisan Braille

Hari ini dengan kecanggihan teknologi, orang cacat penglihatan seluruh dunia dapat berinteraksi, mencari maklumat dan menimba pengalaman melalui sistem komputer. Namun disebalik kecanggihan tersebut, tulisan braille masih lagi tidak dilupakan.

Namun tahukah kita siapakah yang mengasaskan tulisan braille dan bagaimanakah ianya dicipta? Ketahui dengan lebih lanjut dengan menekan butang "papar" berikut:






  • Louis Braille dilahirkan pada 4 Januari 1809 di bandar Coupvray berhampiran Paris. Beliau merupakan pengasas tulisan braille, iaitu titik timbul bagi menggantikan huruf dan nombor.


  • Louis Braille merupakan anak keempat kepada seorang tukang kulit bernama Simon René Braille dan mempunyai penglihatan normal ketika kecil. Ibunya bernama Monique.






  • Ketika berusia 3 tahun Louis Braille telah bermain-main di kedai ayahnya apabila dia tercucuk matanya dengan satu peralatan menebuk lubang pada kulit 'awl' (peralatan dengan hujung tajam dengan pemegang kayu bulat) kepunyaan bapanya.






  • Walaupun mendapat khidmat perubatan terbaik pada masa itu, matanya yang sebelah lagi terkena jangkitan kuman mengakibatkan Louis Braille kehilangan penglihatan di kedua-dua belah matanya.






  • Walaupun buta, Louis Braille mendapat galakan ibubapanya, paderi tempatan dan guru sekolah untuk menghadiri kelas di mana dia mendahului rakan-rakannya yang celik. Bagaimanapun, disebabkan kecacatan penglihatan, dia tidak dapat membaca atau menulis.






  • Pada tahun 1819, ketika berusia 10 tahun, Louis Braille telah mendapat biasiswa untuk belajar di Paris di Institut Kanak-Kanak Buta. Pengasas institut tersebut, Valentin Haüy, telah mendapat idea untuk membekalkan buku dengan huruf timbul untuk dibaca oleh orang buta. Buku-buku tersebut agak sukar dibaca, tebal dan mahal untuk dibuat, dengan setiap hurufnya sebesar 1 inci tinggi.






  • Keadaan di sekolah tersebut amat tegas. Bangunan sekolahnya lembap dan melaksanakan sistem displin yang tegas sebagaimana sekolah-sekolah lain pada masa itu. Pelajar yang bersalah akan dirotan, dikurung, dan diberi roti keras dan air. Kehidupan semua orang adalah susah dan kebanyakan pelajar yang dapat melihat akan bekerja ketika berusia 12 tahun di kilang atau dalam lombong arang batu.






  • Di sekolah di Paris, pelajar buta akan diajar kemahiran praktikal seperti menganyam kerusi dan membuat selipar agar mereka dapat mencari nafkah selepas menamatkan persekolahan. Sekali seminggu, mereka akan dibawa bersiar di taman dengan diikat di pinggang dengan tali. Mereka diajar membaca tetapi tidak untuk menulis. Huruf di buku dibuat dengan menggunakan wayar tembaga yang ditekan pada kertas. Disebabkan setiap huruf perlu dibentuk menggunakan wayar, orang buta tidak dapat melakukannya dengan sendiri.






  • Di sekolah itu hanya terdapat empat belas buku seperti itu dan Loius Braille membaca kesemuannya. Louis Braille merupakan seorang yang berbakat. Dia mempelajari cara bermain cello dan organ ketika masih muda dan bermain organ di gereja seluruh bandar Paris. Muzik memberikannya pendapatan yang tetap dan Loius Braille menggemarinya.






  • Pada tahun 1821, seorang pegawai tentera Charles Barbier de la Serre telah membuktikan bahawa perutusan yang ditulis dengan titik dan tanda sengkang dapat ditekan di atas kertas tebal untuk kegunaan perhubungan ketenteraan pada waktu malam ketika dalam parit pertahanan. Ini untuk mengelak daripada dikesan oleh musuh, tetapi ditolak oleh pihak tentera disebabkan kesukaran untuk melatih tentera. Sistem penulisan malam ataupun sonography menggunakan dua belas titik dan sengkang yang timbul mewakili bunyi berlainan. Tanda sengkang memakan banyak ruang dan setiap muka surat hanya dapat diisi dengan satu atau dua ayat. Charles Barbier menunjukkan cara penggunaan tulisan malam di sekolah Louis Braille yang menerimanya sebagai percubaan sahaja. Louis Braille menyedari kebaikan sistem titik timbul dan berusaha untuk memudahkannya.






  • Ketika bercuti Louis Braille menghabiskan masanya memperbaiki cara penulisan timbul ini. Louis Braille menyedari kelematan sistem Sonography seperti penggunaan asas dua belas titik dan penulisan berasaskan bunyi. Ketika berada dibengkel ayahnya, Louis Braille menyentuh alat penebuk ayahnya dan dia mendapat idea untuk menggunakan alat penebuk yang tumpul untuk membentuk tanda titik timbul di atas kertas. Selepas beberapa bulan berusaha, dia mendapati sistem enam titik timbul sebagai yang terbaik.
    Kedudukan titik yang berbeza mewakili huruf berbeza. Louis Braille terus memajukan penulisan braille selama beberapa tahun, memajukan kod mathematik dan muzik.






  • Pada tahun 1827 buku braille pertama dikeluarkan. Bagaimanapun sistem baru ini tidak diterima serta merta. Ini disebabkan terdapat halangan oleh mereka yang tidak memahami keperluan orang buta dan tidak mahu menerima atau menggalakkan penggunaan bentuk tulisan yang tidak dapat dibaca oleh orang biasa. Malah salah seorang pengetua di sekolah Louis Braille melarang penggunaan tulisan braille dan membakar buku braille yang ada. Bagaimanapun tulisan braille terus dipelajari dan digunakan oleh pelajar-pelajar dengan secara bersembunyi. Louis Braille sentiasa gigih menyebarkan tulisan braille dan akhirnya barulah tulisan braille diterima.






  • Pada tahun 1834 Louis Braille menyempurnakan sistemnya dan menerbitkan buku Cara Menulis Perkataan, Muzik, Dan Lagu Dengan Menggunakan Titik Untuk Kegunaan Orang Buta Dan Disusun Oleh Mereka "Method of Writing Words, Music and Plain Song by Means of Dots, for Use by the Blind and Arranged by Them".






  • Dengan menggunakan tulisan braille, sekarang orang buta bukan saja boleh membaca, malah dapat menulis dengan menggunakan peralatan tajam menyerupai penebuk 'awl' yang membutakan mata Louis Braille dahulu. Mereka kini dapat berdikari. Louis Braille menjadi guru di sekolah tempat dia belajar dahulu.
    Louis Braille dikagumi dan dihormati oleh pelajar- pelajarnya kerana kegigihannya, tetapi dia tidak dapat melihat sistem penulisan braillenya diterima ramai. Louis Braille sering diserang penyakit dan pada tahun 6 Januari 1852 ketika berumur 43 dia mati akibat penyakit Penyakit Batuk Kering.






  • Pada permulaannya sistem tulisannya hampir terkubur tetapi beberapa orang penting menyedari kepentingan ciptaan Louis Braille dan pada tahun 1868, Dr. Thomas Armitage (1824-1890) dan tiga rakannya mengasaskan 'British and Foreign Society for Improving the Embossed Literature of the Blind'.
    Kumpulan sahabat yang kecil ini bertambah dan menjadi Institusi Negara DiRaja Untuk Orang Buta 'Royal National Institute for the Blind', pencetak buku braille terbesar di Eropah dan British. Pada tahun 1990, tulisan braille digunakan di seluruh dunia dan diterima pakai oleh hampir semua bahasa daripada Albani hingga ke Zulu.






  • Di Perancis pencapaian Louis Braille diakui ditahap kebangsaan dan pada tahun 1952, jasadnya dipindahkan ke Paris di mana dia dikebumikan di Pantheon, tempat pengkebumian wira negara Perancis. Melalui usaha Louis Braille, beribu-ribu orang buta dapat membaca dan menulis.






01 Julai, 2010

Makam purba separuh siap dijumpai di Mesir


KAHERAH - Ahli-ahli arkeologi Mesir yang telah menamatkan kerja-kerja ekskavasi di satu terowong purba di Luxor percaya ia dibina untuk menyambungkan makam Firaun berusia 3,300 tahun dengan satu tapak pengebumian rahsia, kata Jabatan Antikuiti Mesir semalam.

Ketua Arkeologi Mesir, Zahi Hawass menyatakan proses ekskavasi terowong sepanjang 174 meter yang terletak di bahagian selatan Lembah Raja-Raja dan berhampiran dengan makam purba Firaun Seti I itu mengambil masa selama tiga tahun untuk dilakukan.

Menurutnya, terowong dan makam rahsia itu tidak dapat disiapkan kerana kematian Firaun Seti I.

Mula ditemui pada tahun 1960, terowong tersebut kini telah dapat dibersihkan daripada timbunan pasir.

Ahli-ahli arkeologi turut menemui patung-patung purba kecil dan serpihan tembikar. - AP



sumber:

kosmo online
+
Copyright © dunia rasasayang ®