Memaparkan catatan dengan label STATISTIK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label STATISTIK. Papar semua catatan

05 Februari, 2016

Rakyat Berpuas Hati Dengan Kelajuan Internet Di Malaysia benarkah?

Tinjauan Pengguna Mudah Alih Global 2015 edisi Asia Tenggara mendapati 51 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan kelajuan internet pada telefon pintar mereka.

Firma antarabangsa Deloitte mengendalikan tinjauan itu ke atas 5,000 responden dari lima negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina, dan Thailand.

Sebanyak 51 soalan mengenai peranti dan perkhidmatan mudah alih dikemukakan kepada responden, dari kawasan bandar dan luar bandar, yang berusia di antara 16 hingga 44 tahun.

Kami mahu lebih data Walaupun rakyat Malaysia rata-rata berpuas hati dengan kelajuan internet, hanya 31 peratus yang berpuas hati dengan jumlah data yang dibekalkan.

Hal ini sekaligus menghantar isyarat kepada syarikat telekomunikasi untuk terus melabur dalam infrastruktur rangkaian bagi meningkatkan kepuasan pelanggan.

WhatsApp paling popular

80 peratus pengguna aplikasi pemesejan segera atau Instant Messaging (IM) di Malaysia memilih WhatsApp sebagai aplikasi IM.

Hal ini berbeza dengan para pengguna IM di Thailand yang memilih LINE, Indonesia (BlackBerry Messenger), dan Filipina (Facebook Messenger).

Sistem bayaran atas talian

Tinjauan ini turut mendapati 78 peratus pengguna teknologi mudah alih Malaysia sanggup menggunakan sistem bayaran dalam talian yang disediakan oleh peniaga, jumlah tertinggi berbanding negara lain seperti Indonesia (68%), Filipina (62 peratus), Thailand (55 peratus), dan Singapura (51 peratus).

Zaman media sosial

Rantau Asia Tenggara juga menyaksikan penggunaan media sosial yang meluas. Dalam 15 minit pertama selepas bangun tidur, lebih separuh pengguna rantau ini telah selesai menyemak telefon pintar dan jumlah ini mencecah 80 peratus di Indonesia dan Filipina.

46 peratus pengguna Singapura pula dilaporkan melihat skrin telefon mereka lebih 50 kali sehari.

Tinjauan kendalian Deloitte ini diadakan secara tahunan dan sudah memasuki tahun kelima.

20 Mac, 2015

Statistik pekerja OKU dalam perkhidmatan awam

Bilangan pekerja Orang Kurang Upaya (OKU) dalam sektor awam dan swasta belum menepati sasaran Dasar Satu Peratus pembabitan OKU dalam sektor
pekerjaan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun, berkata berdasarkan rekod Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia,
setakat Disember 2014, hanya 4,147 OKU berjaya mendapatkan pekerjaan dan ditempatkan di pelbagai sektor pekerjaan.

Daripada jumlah itu, 3,741 direkod sedang berkhidmat sebagai penjawat awam di pelbagai kumpulan perkhidmatan dalam kementerian, jabatan dan agensi kerajaan,
katanya menjawab soalan Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR-Bukit Katil) yang bertanya jumlah pekerja OKU di sektor awam dan swasta mengikut kumpulan perkhidmatan.

"Daripada jumlah itu, tiga penjawat awam OKU sedang mengisi jawatan di peringkat pengurusan tertinggi sektor awam, 1,045 dalam perkhidmatan pengurusan
dan profesional dan 2,693 dalam perkhidmatan sokongan.

Bagaimanapun, secara umumnya pembabitan OKU dalam sektor pekerjaan masih belum menepati sasaran Dasar Satu Peratus OKU dalam sektor pekerjaan khususnya
di sektor awam", katanya.

Azizah berkata, usaha akan terus dipergiatkan bagi membolehkan lebih ramai OKU mendapat akses pekerjaan selaras dengan peruntukan yang termaktub dalam
Seksyen 29 Akta Orang Kurang Upaya 2008 dan komitmen negara di bawah Artikel 27 Konvensyen Mengenai Hak OKU yang diratifikasi pada 2010.

Katanya, Dasar Satu Peratus peluang pekerjaan yang diperkenalkan pada tahun 1988 telah diperkukuh melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2010
yang mula berkuatkuasa pada 15 Disember 2010.

Berdasarkan rekod Jabatan Perkhidmatan Awam, terdapat lapan buah agensi kerajaan yang mencapai sasaran Dasar Satu Peratus peluang pekerjaan kepada OKU
dalam sektor awam.

Antaranya Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (4.55 peratus), Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (2.94 peratus), Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional
(1.69 peratus) serta Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan Bahagian Perlindungan Jabatan Perdana Menteri masing-masing 1.43 peratus, katanya.

Azizah berkata, bagi meningkatkan peluang pekerjaan dan menggalakkan penggajian OKU dalam pasaran kerja, kerajaan melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung
Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia telah mewujudkan Sistem Penempatan OKU (SPOKU).

Sistem itu, katanya, bagi membolehkan padanan pekerjaan dibuat antara calon OKU dengan jawatan yang sesuai di sektor swasta. -

Penyertaan OKU dalam sektor pekerjaan belum capai Dasar Satu Peratus | Berita Harian

21 April, 2014

Senarai Top Ranking Universiti Terbaik Di Malaysia 2014

ALAMAK, nampaknya Universiti Utara Malaysia tempat aku menimba ilmu berada jauh dari top 10. Kenapa jauh sangat ni .. apapun tengoklah sendiri ranking universiti yang terdapat di Malaysia.

Senarai Top Ranking Universiti Terbaik Di Malaysia 2014

  1. Universiti Malaya (UM)
  2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  3. Universiti Sains Malaysia (USM)
  4. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  5. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  6. International Islamic University Malaysia (IIUM)
  7. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  8. Multimedia University (MMU)
  9. Universiti Teknologi MARA – UiTM
  10. Universiti Teknologi Petronas (Petronas)
  11. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  12. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  13. University Malaysia Perlis (UniMAP)
  14. Limkokwing University of Creative Technology (Lim Kok Wing)
  15. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  16. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  17. Universiti Tun Hussein Onn University of Malaysia (UTHM)
  18. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)

Nota Penting: Kedudukan Berdasarkan QS ASIA Top University Ranking



15 November, 2011

6 buah negara yang paling banyak hutang

Berikut adalah ranking negara yang paling banyak hutang. Data setakat penghujung tahun 2010

  1. Amerika Syarikat (AS) AS$13.9 trilion
  2. Kesatuan Eropah (AS$13.7 trilion)
  3. Britain (AS$8.9 trilion)
  4. Jerman (AS$4.7 trilion)
  5. Perancis (AS$4.6 trilion
  6. Jepun (AS$2.4 trilion)

dipetik dari kosmo online

(baca lagi mengenai hutang Malaysia dengan menekan butang papar)





Manakala berikut pula adalah jumlah hutang Malaysia dari tahun 2009 sehingga tahun 2011 yang saya kutip dari pelbagai sumber carian internet khas untuk pembaca blog "bila insan istimewa menulis".

  • 2009 = RM362.39 billion
  • 2010 = RM407.1 billion
  • 2011 = RM437.2 billion



  • P/S : Apa pandangan anda dengan situasi hutang negara ketika ini?

19 Mac, 2011

Senarai 10 gempa bumi paling kuat sepanjang zaman

Berikut saya senaraikan sepuluh gempa bumi paling kuat semenjak tahun 1700 yang saya kutip dari sumber internet.

  1. Valdivia Chile pada 22 Mei 1960. Kekuatan gempa 9.5.
  2. Prince William Sound, USA pada 27 Mac 1964. Kekuatan gempa 9.2.
  3. Sumatera, Indonesia dan Thailand pada 26 Disember 2004. Kekuatan gempa 9.1.
  4. Kamchatka, Russia pada 4 November 1952. Kekuatan gempa 9.0
  5. Sendai, Japan pada 11, Mac 2011. Kekuatan gempa 8.9.
  6. Maule, Chile pada 27 Febuari 2010. Kekuatan gempa 8.8.
  7. Ecuador dan Colombia pada 31 Januari 1906. Kekuatan gempa 8.8.
  8. Sumatera, Indonesia pada 25 November 1833. Kekuatan gempa 8.8.
  9. Lautan Pacific , Japan dan USA pada 26 Januari 1700. Kekuatan gempa 8.8.
  10. Rat Islands, Alaska, USA pada 4 Febuari 1965. Kekuatan gempa 8.7.


Alhamdulillah Malaysia terselamat buat masa ini akibat gempa bumi. Sama-samalah kita berdoa kehadrat Ilahi agar bumi Malaysia dijauhkan dari mala bencana. Amin..

25 Januari, 2011

Statistik: 10 negara paling ramai penduduk 2011

Berapakah Jumlah penduduk dunia pada tahun 2011? Dan negara manakah yang menduduki tempat pertama sehingga kesepuluh negara yang mempunyai populasi penduduk yang paling tinggi di dunia pada tahun 2011? Semuanya terjawab dalam tulisan kali ini. Teruskan dengan menekan butang di bawah:



  1. China (1.33 bilion)
  2. India (1.19 bilion)
  3. Amerika Syarikat (309.6 juta)
  4. Indonesia (235.5 juta)
  5. Brazil (193.3 juta)
  6. Pakistan (184.8 juta)
  7. Bangladesh (164.4 juta)
  8. Nigeria (158.3 juta)
  9. Rusia (141. 9 juta)
  10. Jepun (127.4 juta)


FAKTA MENARIK PENDUDUK DUNIA MENJELANG OKTOBER 2011

  1. Jumlah penduduk dunia akan mencecah paras tujuh bilion orang menjelang 31 Oktober tahun ini, dengan India muncul sebagai negara paling tinggi melahirkan manusia iaitu 27 juta setahun, demikian menurut ramalan ahli demografi dunia sebagaimana yang dipetik dan dilaporkan dalam rencana Kumpulan Media Guardian yang menerbitkan akhbar The Guardian dan The Observer di United Kingdom.
  2. manusia yang ke tujuh bilion itu bakal lahir di negeri Uttar Pradesh iaitu salah sebuah negeri di India yang paling padat dengan manusia.
  3. Uttar Pradesh kini didiami hampir 200 juta manusia dan seandainya ia sebuah negara, ia akan menjadi negara yang keenam paling padat dengan manusia di muka bumi ini selepas Brazil.
  4. Yang paling menakjubkan ialah jumlah kadar kelahiran di India iaitu seramai 27 juta manusia setahun adalah sama banyak dengan keseluruhan penduduk Malaysia masa kini.
  5. jarak antara jumlah pertambahan penduduk dunia dari angka enam bilion kepada tujuh bilion hanya mengambil jarak masa 12 tahun sahaja.
  6. dan jarak antara itu dengan angka tiga bilion (1960) memakan masa 33 tahun. Jaraknya semakin pendek dari tahun 1960 hingga ke tahun 1974 iaitu hanya 14 tahun apabila jumlah penduduk bumi mencapai angka empat bilion orang.
  7. Dari situ, jarak untuk mencapai angka satu bilion seterusnya semakin mengecil dari 13 tahun (1974-1987) kepada hanya 12 tahun (1987-1999) apabila ia mencapai ke angka enam bilion.
  8. Dari tahun 1999 hingga menjelang Oktober tahun ini (juga dengan jarak 12 tahun) jumlah penduduk dunia akan mencecah satu bilion seterusnya menjadikannya tujuh bilion.


rujukan:

sumber klik sini

sumber klik sini


12 Januari, 2011

Ranking Malaysia dalam FIFA setelah menang piala AFF

Bulan lepas penuh dengan kenangan apabila Malaysia berjaya menjulang piala Suziki AFF dengan mengalahkan Indonesia. Dan pemain-pemain pun banyak yang dah dapat habuan.

Setelah beraksi mari kita tengok kedudukan Malaysia dalam ranking dunia FIFA setakat Januari 2011!





  1. Malaysia naik dua anak tangga dari kedudukan 144 ke kedudukan 142 pada bulan Januari 2011
  2. Kedudukan terbaik Malaysia adalah pada Ogos 1993 iaitu berada pada kedudukan ke 75
  3. Kedudukan terburuk Malaysia pada April 2008 iaitu pada tangga ke 170

Jom kita tinjau kedudukan Indonesia setakat Januari 2011

  1. Kedudukan 126 pada bulan Januari 2011, meningkat satu tangga
  2. kedudukan terbaik ialah pada September 1998 iaitu pada tangga 76
  3. Kedudukan terburuk pada Disember 2006 iaitu pada tangga ke 153

Manakala kuasa baru di rantau Asia Tenggara, Vietnam pula

  1. Januari 2011 pada tangga ke 136
  2. kedudukan terbaik pada tanga 84 iaitu pada September 1998
  3. Kedudukan terburuk pada Disember 2006 iaitu pada tangga  172.

Ha.. dah tengok fakta tersebut? Thailand dan Singapura pula macam mana? Hari ini pemain bola disanjung dan diberi habuan lumayan. Apa pendapat korang?


sumber: FIFA.COM

23 Disember, 2010

Statistik penduduk Malaysia 2010

  1. Malaysia kini mempunyai 27,565,821 penduduk.
  2. lelaki melebihi wanita pada nisbah 105:100.
  3. statistik itu berdasarkan laporan kiraan permulaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.
  4. penduduk lelaki kini adalah 14,112,667 orang dan wanita 13,453,154 orang.
  5. Purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan dalam tempoh 2000 hingga 2010 ialah 2.17 peratus, menurun berbanding 2.60 peratus dari 1991 hingga 2000

22 Disember, 2010

Statistik agihan ASB 2005 hingga 2010

  • 2005, Total = 9.00% (dividen = 7.25%, bonus = 1.75%)
  • 2006, Total = 8.55% (dividen = 7.30%, bonus = 1.25%)
  • 2007, Total = 9.00% (dividen 8.00%, bonus = 1.00%)
  • 2008, Total = 8.75% (dividen = 7.00%, bonus = 1.75%)
  • 2009, Total = 8.55% (dividen = 7.30%, bonus = 1.25%)
  • 2010, Total = 8.75% (dividen = 7.5%, bonus = 1.25%)

15 Disember, 2010

Statistik individu bankrup

  • Seramai 87,583 individu diisytiharkan bankrup sehingga Oktober 2010.
  • daripada jumlah itu, 4,651 atau 5.1 peratus diisytiharkan bankrap kerana terbabit dalam hutang kad kredit
  • individu yang diisytiharkan bankrap masih boleh ke luar negara sama ada untuk menunaikan haji atau menjalani rawatan kesihatan jika mendapat kebenaran Ketua Pengarah Insolvensi.
  • Pihak yang bankrap juga boleh membebaskan diri daripada status berkenaan dengan mengemukakan permohonan ke mahkamah sebelum dikaji Jabatan Insolvensi sama ada untuk menyokong atau tidak permohonan itu.
  • Bagi yang ingin menunaikan haji mereka boleh memohon kepada Ketua Pengarah Insolvensi untuk dapat kebenaran keluar negara...kerajaan tidak halang jika permohonan itu mengikut aturan undang-undang.
  • sumber:



Mstar Online

11 Disember, 2010

Statistik pendaftaran OKU

  1. Seramai 313,685 Orang Kelainan Upaya (OKU) telah mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga Ogos 2010
  2. Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 10 peratus daripada penduduk setiap negara adalah OKU.
  3. Ini bermakna jumlah OKU di Malaysia kira-kira 2.8 juta orang.
  4. Kemana lagi menghilang OKU di Malaysia?

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1211&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_17.htm
+
Copyright © dunia rasasayang ®