Tips elak kuota hotspot cepat habis pada Window 10
Saya kongsikan pengalaman "ngeri" saya menggunakan hotspot yang disambungkan ke window 10.Baru-baru ini, saya ada melanggan prepaid kuota internet 5GB untuk tempoh seminggu. Ini kerana unifi mobile yang saya langgan indah khabar dari rupa. Unifi mobile di tempat kerja saya hanya memaparkan status 4G yang sekejap ada sekejap hilang. Kalau 4G sekalipun tidak dapat membantu saya untuk mengakses internet dengan window 10 pada desktop saya. Akhirnya saya telah menamatkan perkhidmatan yang murah tapi tidak berbaloi untuk urusan kerja saya.
Berbalik kepada cerita kuota 5GB tadi, apabila saya hidupkan fungsi hotspot pada telefon pintar saya, tiba-tiba semasa saya sedang asyik melayari internet dengan kelajuan 35MBPS. Saya terima mesej dari pihak telco tersebut.
"Anda sudah menggunakan 70% dari kuota langganan anda."
Ha ...? Baru tak sampai dua jam dah habis? Sedangkan saya hanya browsing, melakukan internet banking dan check email. Kuat betul telco ni 'telan' kuota.
setelah saya semak dan seldik, sebenarnya proses auto update window 10 sedang berjalan. Malang sekali apabila window 10 tersebut dinaik taraf ke window 1803 yang sudah tentu menelan lebih dari 3GB.
Jadi hari ni, saya nak kongsikan bagaimana nak tutup fungsi auto update pada WiFi tertentu. Dalam kes saya sudah tentu nama hotspot pada telefon pintar saya. Saya namakan ABC. Ikuti langkah - langkah berikut:
- Masuk ke Settings dengan menekan WindowsKey+I.
- Pilih Network and Internet.
- Tekan tab sekali untuk ke senarai list box dan pilih Wi-Fi, kemudian tekan Enter.
- Tekan tab beberapa kali sehingga “manage known networks, kemudian tekan enter.
- Sekali lagi, tekan tab beberapa kali ke senarai network, dan pilih nama WiFi yang hendak ditetapkan sebagai metered connection.
- Tekan enter pada nama WiFi tersebut, kemudian tab sekali ke properties button dan tekan enter.
- Tekan tab sehingga anda menjumpai opsyen “set as metered connection”, dan tandakan (pressed) opsyen ini.
- Windows akan mengingati WiFi ini sebagai connection yang terhad dan tidak akan menggunakan data anda dengan sewenang-wenangnya.
Kredit kepada sahabat saya, saudara Corneleus (myvict) di atas tip tersebut. Jika ada sebarang masalah boleh hubungi saya. Semoga bermanfaat.