30 Julai, 2018

PESAN IBU JADI KENYATAAN

Suatu ketika dahulu, apabila mak masih boleh bersuara, masih boleh berkata-kata ..

"nanti kalau pergi tempat orang, kalau berhadapan dengan orang, biar kita nampak bodoh, jangan tunjuk pandai, jangan sesekali tinggi diri, jangan sesekali tunjuk pandai"

tambah mak lagi ..

"biar kita rendah diri, biar kita nampak bodoh"

kenapa mak?

"nanti hang akan faham kenapa"

tambah ibu

"bersabar dalam apa jua keadaan" sambil dia menangis.

ITU DAHULU .. ketika mak masih boleh bercakap, kini dia terlantar sakit. Stroke hingga dia tidak boleh lagi bercakap. Lidahnya sudah keras, hanya air mata sahaja menyambut saya. Ketika saya pulang menziarahi dia, setiap kali itu juga dia akan mengalirkan air mata. Mulut tidak boleh besuara .. hanya ooo aaaa ooooo aaaa .. diiringi air mata seorang ibu.

Tapi saya yakin dan faham, apa dia maksudkan.

Dia cuba menceritakan tentang pesanan dia yang dulu-dulu.

Kini saya makin faham, pesanan dia memang amat berguna buat diri saya.

"biar kita nampak hina, biar kita nampak bodoh, biar kita rendah dari orang lain"

dari orang membenci kita dan orang marah pada kita.

"sabar banyak-banyak, kerana kita adalah insan lemah, kita adalah makhluk .. yang banyak kekurangnya"

Terima kasih mak, kerana membesarkan saya, memberi ingat pada saya, tidak semua orang suka pada kita ...
Copyright © dunia rasasayang ®