02 Mei, 2015

Microsoft 10 tampil pelayan internet baru

Ketika acara Microsoft Build baru-baru ini, Microsoft dengan rasminya memperkenalkan pelayar barunya, Microsoft Edge.

Bagaimanapun pelayar Microsoft Edge ini bukanlah pengganti kepada Internet Explorer (IE).

Ini kerana Microsoft akan melancarkan Windows 10 dengan dua pelayar sekali gus, iaitu IE serta Microsoft Edge.

Namun jika dibandingkan dengan IE, pelayar Microsoft Edge disifatkan mempunyai kemampuan yang lebih baik.

Ini kerana pelayar tersebut mempunyai fungsi penggunaan tulisan tangan serta boleh menyokong ciri Windows lain seperti aplikasi Cortana.

Sebagai tambahan, pelayar Microsoft Edge ini juga dikatakan mendukung penggunaan HTML serta Javascript.

Pemerhati industri komuunikasi dan teknologi maklumat (ICT) melihat pelayar ini sebagai kesinambungan kepada pelayar yang direka sebelum ini seperti Chrome dan Firefox.

Sebelum ini, berita mengenai perkembangan pelayar baru Microsoft ini sudah mula kedengaran dalam kalangan pemerhati ICT sejak beberapa bulan lalu, namun syarikat berkenaan mengunci mulut mengenainya.
Copyright © dunia rasasayang ®