26 Mei, 2011

Malangnya lelaki OKU ini

Rentung dalam kebakaran sedangkan dia seorang OKU yang hamir lumpuh penuh badannya. Apa yang endak dikatakan lagi. Itulah takdir yang menimpa seorang OKU di Kuantan.

(klik papar untuk baca petikan akhbar)





KUANTAN - Seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) rentung apabila rumahnya hangus dalam kebakaran di Batu 4 Jalan Kuantan-Sungai Lembing di sini hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Nazili Mahmood berkata, ketika kejadian pada jam 10.30 pagi itu, Nazri Ismail, 40, yang lumpuh hampir seluruh badan tinggal bersendirian di rumah.

"Mangsa yang hampir rentung keseluruhan badan dijumpai dalam keadaan cuba menyelamatkan diri akibat rumah kayu yang didiaminya dijilat api dengan cepat," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata, punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat. Sementara itu, adik mangsa, Azha Ismail, 37, berkata kali terakhir dia bertemu dengan abangnya itu ketika menghantar makanan kepadanya di rumah pusaka milik ibunya malam tadi.

"Sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu, saya terus bergegas ke rumah itu untuk menyelamatkan abang saya, tetapi dihalang oleh penduduk berikutan api yang telah marak," katanya.



2 Ulasan:

linda a.k.a ibusumaiyah berkata...

saya takut nak tekan untuk baca lebih lanjut..sebab tak sampai hati nak tahu cerita sebenar (untuk cerita menyayat hati camni) ....:(....

rasasayang79 berkata...

hahaha buat apa nak takut. tekan je. bukan kena BAKAR pun hahahhaha

+

Terbaru ...

Copyright © dunia rasasayang ®