25 Mei, 2011

Dia anak dara tak laku?

OOO omak, kawinkan aku. Takkan perigi nak cari timba tapi itu dulu. Kini saya rasa tak jadi masalah sangat kalau dah berkenan.

Tambahan sekarang ni banyak sumber perhubungan termasuk laman sosial seperti facebook. . Orang kata petik je keyboard nanti jumpalah. Namun persoalan kenapa wanita muda dan bekerjaya masih tidak kawin-kawin?

Kalau baca laporan akhbar kat bawah, data menunjukkan 30% wanita yang berumur antara 25 - 29 tahun masih lagi hidup membujang. Tak laku? Tak kot ...


(klik papar untuk keratan akhbar)



a lewat kahwin

KUCHING - Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) memandang serius isu sosial yang berkaitan dengan trend melewatkan perkahwinan, terutama dalam kalangan wanita berpendidikan tinggi.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr Anjli Doshi Gandhi berkata, fenomena itu boleh membawa implikasi kepada institusi perkahwinan.

Beliau berkata, data terkini menunjukkan 30 peratus wanita di antara umur 25 dan 29 tahun belum berkahwin berbanding 25 peratus untuk lelaki di antara umur 30 dan 34 tahun yang masih bujang.

“Kami memberi perhatian serius trend perkahwinan yang semakin dilewatkan, khasnya dalam kalangan wanita yang memberi alasan mereka tidak ada calon sesuai,” katanya pada taklimat dan bual bicara Dasar Keluarga Negara peringkat negeri Sarawak di sini ini, semalam.

Beliau berkata bagi lelaki pula, keadaan kewangan yang belum stabil adalah antara faktor yang menyebabkan lelaki dalam lingkungan umur awal 30-an belum berkahwin.

===== sumber sini ===

Copyright © dunia rasasayang ®