RM68 sebulan jika dibahagi dengan purata 30 hari lebih kurang RM2 lebih sehari. Nampak kecil. Namun apakah berbaloi dengan perkhidmatan yang kita dapat dari melanggan broadband?
(sila klik papar untuk meneruskan bacaan)
Jawapan YA dan mungkin TIDAK bergantung kepada tebal mana poket kita. Kalau tebal, bukan RM68 malah RM68000 pun kita tak kisah.
Dengan membayar RM68 sebulan, seorang sahabat tidak berjaya membuat panggilan internet, susah dan lembap untuk muatturun malah nak buka satu page internet memakan masa berminit - minit. Itu di kawasan liputan 3G. Cuba bayangkan mereka yang melanggan RM68 di kawasan yang tiada 3G atau kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada. hehehe macam chipsmore tu la
Belum dikira tolak bahagi pada waktu puncak lagi. 3G sendiri pun tidak menjamin prestasi cemerlang.
Apa pilihan yang kita ada? Streamyx, DiGi, Maxis, Celcom dan apa ntah ntah lagi. Namun negara yang 9 tahun lagi menjadi negara maju belum menampakkan prestasi cemerlang. Yang cemerlang poket CEO syarikat tersebut.
Dari 19 juta pengguna internet dan dari berapa juta pengguna broadband, siapa yang setuju bayar broadband tidak setimpal dengan harganya. Usahlah berdalih kerana banyak sembang-sembang belakang (sebab rakyat Malaysia, rakyat yang baik hati dan pemurah). Kalau di negara lain, rasanya dah lama kena BAKAR je.