06 Mei, 2011

Menang RM50000 jika berjaya jawab soalan ini ...

Jika tuan bijak bestari, cuba jawab soalan berikut ..

  1. Apakah yang paling jauh dengan kita?
  2. Apakah yang paling dekat dengan kita?
  3. Apakah yang kita paling kuat?
  4. Apakah yang paling nikmat dalam hidup kita?
  5. Apakah yang paling berat buat kita?

Jawapan sila klik papar:





Pertama, apakah yang paling jauh dengan kita. Jawabnya adalah masa yang telah berlalu. Masa yang telah berlalu tidak akan dapat kita ulang. Seminit yang kita tinggal sebentar tadi tidak akan dapat kita kembalikan. Seminit yang kita tinggalkan tadi adakah bermanfaat untuk kita.

Kedua. Apakah yang paling dekat dengan kita. Jawabnya adalah kematian kerana mati tidak akan menunggu kita walau sesaat. Tidak akan dilengahkan atau dicepatkan. Kita akan mati bila-bila, entah sekejap lagi, entahkan esok atau lusa. Sangat dekat ....

Ketiga. Apakah yang paling kita kuat. Jawabnya, kita kuat nafsu. Pelbagai nafsu menguasai diri kita dari makan sehinggalah nafsu untuk memiliki sesuatu. Apakah kita berjaya menguasai nafsu atau nafsu menguasai kita.

Keempat. Apakah yang paling nikmat dalam hidup kita. Jawabnya kesihatan. Walau kita kaya, walau kita hebat tapi tanpa kesihatan apalah maknanya. Nikmat kesihatan tiada bandingnya.

Dan yang kelima. Apakah yang paling berat buat kita. Jawabnya adalah amanah. Amanah yang kita pikul sehari-hari adalah tanggungan yang paling berat untuk kita. Amanalah juga yang boleh menjuruskan kita ke tempat yang paling hina jika tidak diuruskan degnan sempurna.

Untuk itu, marilah kita renungkan kelima-lima soalan ini untuk kecemerlangan diri kita.

coretan asal oleh: rasasayang79

p/s: oleh kerana jawapan sudah diberi, maka hadiah RM50 ribu pun tiadalah ... jangan marah. At least kita dapat sesuatu yang lebih berharga dari RM50 ribu .. betul tak?
Copyright © dunia rasasayang ®