Pernah tengok cerita Ali Baba yang ada babak apek kena tutup matanya? Kalau tak pernah jom kita tengok sekali lagi. (maaf saya hanya dengar bunyi sahaja, tak tahulah kalau ini hanya lagu bukan video)
Sebenarnya ada kisah menarik yang ingin saya ceritakan, sila klik butang papar untuk meneruskan bacaan.
Best kan. kelakar tak? Sangat kelakar. Lompat apek lompat apek. Tengok tak macam mana wanita tu bawa apek tu?
Ha... dipegang hujung tongkat dan apek itu pegang hujung yang satu lagi.
Itulah yang berlaku pada diri saya acapkali apabila ingin dibantu oleh mereka yang bergelar wanita. Lelaki ada dua tiga kali juga. Kisahnya begini ...
Satu ketika saya mengembara seorang diri, ketika berhenti di satu perhentian rehat dan diri ni rasa nak terkucil sangat. Tiada siapa pun yang teringin membantu. Bertanya pun tiada. Semua dah hilang, mungkin nak cepat lepaskan hajat yang tak kesampaian agaknya.
Maka terpacaklah saya ditepi bas. Hampir 5 minit juga dan tetiba saya disapa oleh suara lunak seorang wanita. Saya menjangkakan dalam lingkungan awal 20 an.
"nak pergi mana encik"
"saya nak pergi tandas, boleh bantu?"
Tanpa berlengah, wanita tadi terus memegang hujung tongkat saya dan mengheret saya ke tandas. Cuma dia tak nyanyi lompat, lompat, lompat, seperti dalam lagu filem Ali Baba tu. hohohohohohoho
Beberapa kali saya tersadung kaki kerana terlanggar bonggol atau halangan.
"kenapa cik tak pegang lengan saya"
"Eh, takl boleh lah, saya kan perempuan"
"ya, saya bukan suruh cik pimpin tangan, peganglah pada bahagian yang berlapik" kemudian diam seribu bahasa.
Tuan-tuan, puan-puan, kalau anda perhatikan bukankah dengan cara menarik hujung tongkat tersebut seperti menarik haiwan? Lagak seperti pengembala lembu menarik lembu untuk masuk ke kandang.
Tongkat dicipta untuk mengantikan mata saya yang buta bukan untuk menjadi tali. Melalui tongkat, kami menggunakan deria rasa untuk mengukur, merasa sesuatu permukaan atau halangan. Kalau dah digunakan seperti menarik lembu, apalah guna lagi tongkat tersebut.
Kalau tak percaya, sila tutup mata anda dengan mata hitam untuk tempoh sejjam dan bergeraklah ke mana anda suka. Anda pasti merasainya.
Bukan tidak berterima kasih, tapi jika begini caranya lebih baik tidak tolong ...
lompat, lompat, lompat apek lompat hahahhahaha
*tak teringin ke nak sebarkan pada rakyat Malaysia?