Aku tak layak dapat pekerja OKU terbaik!
Hahahhaa pagi subuh ni bila baca berita mengenai anugerah pekerja cacat tahun 2011, saya belek-belek sejarah hidup saya. Ops ... belum dapat apa-apa anugerah rupanya.Terlintas dalam fikiran saya, tak layakkah saya mendapat anugerah seperti itu? Jawapannya memang tidak layak kerana saya belum cukup bagus. Belum cukup bagus dalam semua hal! Jadi rezeki itu belum kesampaian.. InsyaAllah, suatu hari nanti ...
Golek kiri, golek kanan saya sentiasa sematkan dalam diri, kena usaha 200% lebih dari orang biasa. Bersaing dengan orang biasa amat payah namun tiada yang mustahil.
Berbalik kepada anugerah pekerja cacat tahun 2011, anugerah tersebut telah dinobatkan kepada saudara Mahadzir. Tahniah dari saya di atas anugerah tersebut.
petikan akhbar klik sini
p/s: selamat hari ibu buat semua kaum ibu di seluruh Malaysia. And for you my mom, you are the best. Membesarkan anak cacat ni ni jadi seperti mana yang kau lihat sekarang.