13 Mac, 2011

Tahniah buat Adam Lee dan pasangan

Insan cacat penglihatan juga berhak mendapat kasih sayang dan penghargaan. Jodoh, pertemuan, ajal dan maut Allah yang tentukan.

Menarik bagi rakan saya Muhammad Adam Lee Abdullah, 39, yang juga merupakan seorang insan cacat penglihatan seperti saya telah bertemu jodoh dengan pasangannya Nurul Khairani Choi Abdullah, 37.









Yang menarik kedua-dua pasangan ini adalah mualaf.

Biarpun saya tidak begitu rapat dengan beliau, namun persaudaraan sesama Islam ditambah kami dari golongan senasib membuatkan saya rasa terharu untuk berkongsi dengan para pembaca blog ini.

Akhir pertemuan kami adalah semasa Mesyuarat Agung SBM Pusat di Sungai Petani pertengahn tahun lepas.

Ketika itu, Adam ditugaskan untuk membaca doa pembukaan perasmian majlis yang juga telah disempurnakan oleh YAB MB Kedah.

Masih saya ingat ketika MB Kedah berucap dalam ucapan perasmian, YAB telah menzahirkan kagum beliau terhadap saudara Adam membaca doa..

Dan masih saya ingat, YAB Menteri Besar ada menterjemahkan sebaris doa Adam adalah untuk mempercepatkan jodoh. Begitulah adanya... sehingga mengundang riuh rendah sausana.

Dan kini saudara Adam telah mendirikan rumahtangga.

Walaupun tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan beliau, saya dari jauh mengucapkan tahniah dan "selamat pengantin baru" buat Adam dan pasangan.

Layarilah bahtera rumahtangga dengan penuh ketaqwaan kepada Allah.


baca petikan kosmo mengenai perkahwinan beliau di sini


Copyright © dunia rasasayang ®