Apalah daya jika kemahuan pun tiada
Saya buka jendela tingkap kenangan untuk dikongsikan bersama agar memberi manfaat kepada semua..Suatu pagi saya keluar ke bandar bersama ayah untuk mengambil motorsikal yang saya beli. Yelah, sebab saya tak boleh bawa, maka saya kena minta tolong orang lain.
klik "papar" untuk meneruskan bacaan.
Motor tu saya nak guna sebagai pengangkutan saya ke tempat kerja. Yang akan membawanya adalah adik saya nanti. Dia la yang akan menghantar dan mengambil saya pulang kerja.
Di sini saya bukan nak bercerita tentang motor baru saya tu tapi saya nak cerita mengenai sikap sesetengah belia terutamanya MELAYU.
Sebelum itu saya ingin memohon maaf sekiranya tulisan saya ini akan menyinggung mana-mana pihak. Niat saya adalah sebagai renungan dan teladan.
Setelah selesai mengambil motor dan urusan dokumentasi. Saya mengajak ayah saya untuk makan di Happy Fried Chicken.
Dalam proses nak pesan makanan, tiba-tiba kami didatangi oleh seorang belia lelaki betul-betul dihadapan meja makan kami.
"boleh beri saya duit?"
Itulah ungkapan yang saya dengar dari belia muda itu.
Jadi tuan-tuan, jika anda di tempat saya, pakah anda yang anda fikirkan?
"kami pun makan hutang... " jawab ayah saya ringkas.
"orang susah kot ayah, dia cacat ke?" Saya berbisik ke telinga ayah saya.
"tak adalah, orang biasa je, sihat tubuh badan, muda belia dan selalu ayah tengok dia kat bandar ni" sambil meneguk air kopi yang dipesannya.
"hissh.. ada juga orang macam ni" jawabku ringkas.
Persolannya di sini tuan-tuan. Mengapalah begitu lemah semangat pemuda itu. Mengapa dia yang sihat tubuh badan, mampu menggerakkan tangan dan kaki, mampu melihat dan mendengar tidak mahu berusaha membuat kerja?
persoalan menghulurkan sedekah itu cerita lain. Bukanah saya nak nafikan rezeki yang sepatutnya dia dapat. Bukankah kita digalakkan berusaha terlebih dahulu?
Banyak pekerjaan yang boleh dia buat. Kalau faktor kelulusan yang dibicarakan, gunakanlah tulang empat kerat. kalau kemahuan pun tak ada. Macam mana nak dapat?
pemuda belia itu tadi masih berada di meja belakang kami. Agak lama dia terus berlalu keluar.
Saya termenung panjang dengan sikap sebegini. Saya semasa dulu pernah mengambil upah menjual nasi lemak untuk menampung perbelanjaan harian. malah upah menabur baja dan menebas rumput pun saya pernah buat untuk menampung pendidikan saya.
Saya berpesan kepada diri saya sendiri agar berusahalah dahulu dengan kudrat yang kita ada. Janganlah hanya berpeluk tubuh mengharapkan simpati orang. Jika benar-benar tidak berkeupayaan langsung, barulah menjadi tanggungjawab kita sebagai makhluk tuhan.
Wallah hualam.
Artikel Terdekat