22 Julai, 2008

Pelangi petang siri05

Helaian PMR itu aku tinggalkan dengan seribu kenangan. Keputusan peperiksaanku tidak cemerlang seperti rakan-rakan yang lain. Ada dikalangan rakan-rakan yang melanjutkan pelajaran di sekolah teknik dan ada juga yang melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama yang pada pandangan semua orang lebih baik dari sekolahku. Ya, sekurang-kurangnya lebih menjamin kepada keputusan yang lebih baik dengan suasana pembelajaran di sana.

Keputusan peperiksaan hanyalah sekadar mendapat 3A dan dengan itu aku layak untuk masuk kelas alliran sains disekolahku. Sudah tentu aku ingin masuk ke aliran sains tersebut kerana bagiku itu mungkin satu penghormatan dan prestij dikalangan pelajar di sekolahku. Namun bagi rakan-rakan yang telah keluar ke sekolah lain, apalah tarafnya dengan mereka. Sekolahku hanya di pedalaman Felda yang tidak ada-ada apa imejnya di mata orang lain.






Rentetan penyesalan berlegar di fikiranku apabila mengenangkan keputusan peperiksaan PMR yang aku terima. Alangkah bahagianya aku jika ketika aku berada di tingkatan dua dan satu, aku tidak bermain-main dan mempersia-siakan masaku. Tetapi.. apakan daya, bak kata pepatah, menyesal kemudian tidak berguna.

Aku lantas mengorak langkah menuju ke depan. Dengan bantuan guru-guru yang amat mengambil berat tentang diriku dan rakan-rakan, akhirnya aku berazam tidak akan menoleh ke belakang lagi. Walau di mana aku belajar, walau apa yang akan terjadi, matlamatku selepas itu hanyalah ingin melanjutkan pelajaran di menara gading.

Aku merenung masa depanku yang amat sukar sekiranya aku tidak mendapat kerjaya yang baik. Aku amat gerun jika aku menjadi seperti seorang peminta sedekah suatu hari nanti. Aku juga bimbang jika aku terpaksa meminta-minta untuk makan jika ibu bapaku tiada lagi di muka bumi ini. Lantaran kecacatan yang menjerut pergerakkanku, apalah yang boleh aku lakukan. Jauh sekali untuk bekerja sebagai operator pengeluaran kilang. Aku yakin tiada syarikat yang akan mengambil aku bekerja memandangkan keadaan Mataku yang sebegini.

Bagiku, aku menjadi semkin cemas bila mataku terasa sakit kerana tekanan mata yang tidak tentu masa. Tekanan mata itu seolah memberi peringatan padaku bahawa penglihatanku mungkin tidak akan bertahan lama. Ya, kesakitan itu sebenarnya suatu rahmat.

Aku meneruskan persekolahanku di tingkatan empat dalam aliran sains tulen dengan ditemani rakan-rakan yang banyak membantuku. Rakan-rakan yang setia bersama-sama ingin berjaya ke menara gading. Aku bersyukur kerana aku dianugerahkan rakan-rakan yang baik dan selalu berlumba-lumba untuk berjaya. Bukan berlumba-lumba di jalanraya!!

Antara kami sentiasa berusaha untuk mendapat markah paling tinggi pada setiap matapelajaran. Semangat dan persaingan yang sihat ini kamiteruskan sehingga tingkatan lima.

Bulan madu… itulah istilah yang sering diungkapkan oleh pelajar-pelajar tingkatan empat. Alasan yang sering diberikan adalah penat lelah belajar di tingkatan tiga perlu dibalas dengan rehat yang banyak. Satu kesimpulan yangsalah kerana bagiku,pengalaman di tingkatan satu dan dua telah membuatkan diriku begitu terkesan denganpengalaman itu.

Terlalu banyak pengalaman manis sewaktu aku berada di tingkatan empat. Aku meningkat ke alam remaja dan aku mula mengenali perasaan sayang dan menyayangi. Aku juga mula mengenali erti persahabatan dan realiti hidup.

Ibuku terpaksa bangun seawal jam empat pagi u ntuk membuat kuih muih untuk dijual kedai-kedai. Manakala ayahku selepas subuh sedah bergerak ke kebun getah untuk mencari rezeki untuk membesarkan kami adik beradik.

Kepayahan itu sangat memeritkan, dengan pendapatan yang tidak seberapa, aku tidak pernah mengenali apa itu Kentucky Fried Chicken apatah lagi untuk memakai pakaian berjenama. Walhal aku juga seperti rremaja lain yang ingin bergaya dan kelihatan segak.

Namun seperti ku katakan, keperitan dan kesusahan itu sebenarnya rahmat yang banyak memberi faedah jika kita bersyukur dan menginsafinya.

Masa cuti hujung mingguku diisi dengan mengambil upah berniaga menjual ayam di pasar malam dan mengambil upah membersihkan ladang untuk menampung alam persekolahanku. Banyak buku ulangkaji perlu dibeli untuk melengakapkan perdsediaanku untuk menghadapi SPM. Ini bukan berkmana ayahku lepas tangan, Cuma aku cukup faham ketika itu pendapatan keluarga tidak besar dan aku perlu berkorban untuk keluargaku.

Sejak dari kecil, sehingga aku meningkat ke alam pekerjaan.. bagiku bekal makanan menjadi kewajipanku untuk ku bawa ke sekolah. Entahlah.. bukan kedekut dan terlalu sayangkan duit tetapi bagiku, biarlah duit itu ku simpan untuk masa depanku.. kerana ku tahu keperitan itu.

4 Ulasan:

rumaizah berkata...

hi awk...dah lama sy x titipkan sesuatu utk awk..harap awk teruskan dgn penulisan yg lebih menarik dlm PELANGI PETANG seterusnya....

pentadbir berkata...

tq... teruskan sokongan.. jangan jual sudah cerita ini.. hak cipta terpelihara!!

ashaf berkata...

hai rumaizah..heee...

aku tahu ttg blog ni dari rumaizah.
thanks..

aku nak kongsi sesuatu yg aku penah bincng dgn shbt aku, katanya mukmin tu amat unik. bila ia diberi musibah, dia akan bersabar, dan pabila dia menerima nikmat, dia akan bersyukur. sabar dan syukur selalu!!!!

smg pelangi petang akn terus bersinar dgn warnanya..walau hadir nya hanya di hujung cahaya sebelum berangkat sang mentari senja, indah nya tetap dinanti pada hari esok yg bakal menjelma

pentadbir berkata...

ketahuilah.. pelangi tidak lama kan...

+

Artikel Terkini

Copyright © dunia rasasayang ®