Memaparkan catatan dengan label ANDROID. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ANDROID. Papar semua catatan

07 April, 2018

Whatsapp: Cara pindah semua chat dan backup data dari telefon A ke telefon B

Situasi

Anda ingin menukar aplikasi whatsapp dari telefon A ke telefon B bagi platform android? Tidak kira sama ada anda membeli telefon baru atau apa jua tuan. Anda ingin menggunakan nombor yang sama untuk aplikasi Whatsapp pada telefon B. Persoalannya boleh atau tidak kita pindahkan semua chat, audio, video dan dokumen ke telefon baru?

Bagaimana untuk backup secara mudah semua data termasuk chat, gambar, audio, video dan dokumen download ke telefon B? Ikuti langkah di bawah.

Pada telefon A:

  • tutup semua sambungan internet pada telefon anda sama ada melalui WiFi ataupun mobile data.
  • Masuk ke folder Whatsapp melalui file manager, kemudian padam semua file dalam folder database.
  • Kemudian keluar dari file manager, pergi ke aplikasi Whatsapp > more option > setting > chat backup > backup now.
  • Backup proses akan dijalankan. Masa backup bergantung kepada kelajuan telefon anda. Tunggu beberapa saat atau minit.
  • Masuk ke folder whatsapp melalui file manager semula, pastikan hanya ada 1 file sahaja dalam folder database.
  • copy semua folder whatsapp dari file manager ke komputer atau SD card.
  • selesai proses telefon A. Ikuti langkah berikut untuk telefon B.

Pada telefon B:

  • Hidupkan sambungan internet melalui Wifi atau mobile data.
  • Copy dan paste folder Whatsapp dari komputer atau SD card yang anda simpan tadi dari telefon A ke dalam telefon B. Internal memory.
  • Muat turun dan pasang aplikasi Whatsapp ke dalam telefon B.
  • register aplikasi baru Whatsapp dengan nombor yang sama dari telefon A.
  • selepas proses verifikasi, anda akan ditanya untuk restore backup. Pilih restore now
  • selesai

Have a question? Please give your comments below.

10 Ogos, 2016

Tutorial: Shine plus screen reader for android

Shine plus dan telefon android.

Selain daripada google talk back, pengguna cacat penglihatan juga boleh menggunakan satu lagi pembaca skrin yang saya kira cukup fleksibel dan 'ringan'.

Aplikasi yang saya maksudkan adalah shine plus yang dibina oleh rakyat Korea Selatan. Bagi saya, setelah mengenali shine plus, saya sangat berpuas hati dan mungkin bagi saya ianya lebih baik dari google talk back.

Mengapa saya menggemari shine plus?

1. lebih ringan dan rensponsif.
2. Saiz aplikasi yang jauh lebih kecil dari google talk back
3. Mudah digunakan
4. Lebih banyak fungsi yang memudahkan kerja harian
5. Mudah difahami jika kerap kali menggunakannya.
6. many more ...

Dengarkan tutorial yang dibuat oleh salah seorang pengguna shine plus.

Tutorial #1





Tutorial#2




Bagi yang berminat untuk memasang aplikasi shine plus screen reader boleh ke pautan berikut:
ScreenReader For Blind - Android Apps on Google Play

17 Mac, 2016

550 tips dan trick untuk Samsung s7

31 Disember, 2015

Demo KNFB Reader untuk Android

Jika kita buta penuh, amatlah mustahil untuk membaca apa jua teks pada kertas, buku dan sebagainya. Tapi dengan bantuan teknologi, dengan menggunakan satu aplikasi yang dikenali KNFB Reader, suatu yang mustahil tidak lagi menjadi mustahil.

Aplikasi yang dibina untuk pengguna telefon pintar sama ada android mahupun I OS. Malangnya aplikasi ini tidaklah percuma. Perlu dibeli dari playstore atau appstore. Harganya memang mahal. USD100 atau bersamaan RM400 ++.

Walaupun mahal, ianya cukup berbaloi dan sangat-sangat membantu orang buta. Di bawah nanti ada tutorial mengenai KNFB Reader.

Difahamkan, ciri-ciri telefon pintar untuk memungkinkan kita menggunakan aplikasi ini juga perlu dalam kumpulan "high spec". Jika tidak ianya tidak berfungsi dengan baik.

Tekan play dan tunggu beberapa saat untuk audio loading, terima kasih

sumber audio: CBT

dapatkan terus dari playstore untuk android
dapatkan untuk iOS dari appstore









16 November, 2015

Download 300++ notification tones untuk telefon android anda

Bosan dengan bunyi notifikasi yang terdapat di dalam telefon android anda?

Ingin cuba pasang notifikasi lain?

Saya berkongsi lebih 300 bunyi notifikasi berkualiti tinggi dari pelbagai sumber.

Hanya perlu muatturun dan unzip folder tersebut.

Kemudian pilih notifikasi yang anda suka dan copy ke dalam folder notification di dalam phone memory anda.

download here

Saiz: 31MB, Format : MP3

Selamat mencuba, sila kongsikan artikel ini dengan rakan yang lain. Terima kasih

p/s: kata kunci: rasasayang79

30 Mac, 2015

Tips menukar status edge ke capaian 3.5G // HSDPA dalam telefon android

BOSAN dengan status edge pada smart phone anda?

Kadang-kadang kita berasa hariran kenapa capaian internet kita sangat mengecewakan. Malah apabila kita menjadikan smart phone kita sebagai hotspot, loading page langsung tidak bergerak. Salah telco?? Nanti dulu ..

sudahkah kita memeriksa setting pada smart phone kita?

Kali ini blog dunia rasasayang ® akan berkongsi tips ringkas bagaimana menukar status edge dalam android smart phone kepada status 3.5G atau HSDPA. Tips ringkas ini tidak termasuk dalam cara untuk mendapat status 4G.

Mungkin tips ini sudah anda ketahui, anggaplah ianya siaran ulangan hahaha.

OK sebelum tu pastikan anda menggunakan android ya, bukan platform lain.

Menukar status edge kepada 3.5G / HSDPA

  1. Masuk setting
  2. Masuk dalam more networks
  3. kemudian masuk dalam mobile networks
  4. seterusnya pilih dan masuk dalam pilihan sama ada sim card 1 atau simcard 2 yang anda tetapkan sebagai capaian internet
  5. Jika anda hanya mempunyai satu slot sim card atau hanya ada satu sim card sahaja dalam telefon abaikan langkah 4 di atas.
  6. sebagai contoh, android saya memaparkan
    - network mode sim card 1 GSM only
    - networks sim card 2 WCVMA / GSM auto connect
  7. sim card 2 adalah capaian internet saya dan saya jadikan ianya WCVMA / GSM auto connect
  8. Jika mode anda dalam status GSM sahaja maka besar kemungkinan anda akan hanya dapat GPRS atau selalunya akan dapat edge
  9. Jadi hanya anda perlu ubah kepada WCVMA / GSM dalam setting ini
  10. selesai

NOTA: Tips ini tidak akan bererti jika telco internet anda memang lembap nak mampus. Kalau lembap, sila rujuk telco anda.

Satu lagi tak guna jika anda tetapkan 3.5 G tapi di tempat anda memang tidak ada capaian 3G. So selamaya jadi GPRS dan edge.

Selamat mencuba dan jika ada sebarang perkongsian atau pertanya ajukan ke bahagian komen. :D

23 November, 2014

File Manager terbaik untuk android

ES File Explorer


Bagi pengguna smart phone yang tiada file manager atau my file yang menguruskan sistem explorer dalam android seperti Moto G dan sebagainya, saya kongsikan satu aplikasi yang boleh dikatakan terbaik dan yang paling penting

- tiada iklan
- mesra pengguna cacat penglihatan

* bagi anda yang celik juga disyorkan install aplikasi ini dalam android anda.

download / install dari google play

klik sini

* link di atas akan dibuka melalui browser anda. Jika anda menggunakan telefon untuk melayari web ini dan ingin terus ke aplikasi play store, anda boleh mencari file ini dengan menaip "ES File Explorer" pada ruangan search button.

Pertama kali menggunakan aplikasi ini, saya tertarik dengan susun atur yang ringkas. Cuma jika ingin menguasai aplikasi ini bagi pengguna cacat penglihatan kenalah sedikit sabar. Explorer by touch sangat perlu dalam menguasainya.

Butang new folder, search file, refresh dan window terletak di bawah skrin iaitu di atas sedikit butang back, home dan recent file.

Yang lain cuba explore sendiri terutama untuk mencari task manager yang boleh mematikan aplikasi yang dalam mode senyap.

selamat maju jaya.

ES File Explorer is a free, full-featured file and application manager.


It functions as all of these apps in one: file manager, application manager, task killer, download manager, cloud storage client (compatible with Dropbox,
Google Drive, SkyDrive, Box.net, Sugarsync, Yandex, Amazon S3, and Ubuntu One...), FTP client, and LAN Samba client.

It provides access to pictures, music, video, documents, and other files on both your Android devices and your computers.

ES File Explorer allows Android users, no matter where they are, to manage their resources freely. You can access all of your files from your mobile device
and share them with others. This app makes it easy to stay connected over 3G, 4G, EDGE, or Wi-Fi to share with friends, upload photos, and watch videos.

This standard version is for Android 2.1, 2.2, 2.3, 3.1, 3.2, 4.0, 4.1,4.2 and 4.4. Android 1.5 ~ 2.0 users, please use ES File Explorer Cupcake.

Features List:
* File Manager – Manage your files like you do on your desktop or laptop using Multiple Select, Cut/Copy/Paste, Move, Create, Delete, Rename, Search, Share,
Send, Hide, Create Shortcut, and Bookmark; operations can be performed on local files (on Android device) or remotely (on your computer)

* Application Manager – categorize, uninstall, backup, and create shortcuts to your apps

* Remote File Manager – when enabled, manage files on your phone from your computer

* Built-in ZIP and RAR support allows you to compress and decompress ZIP files, unpack RAR files, and create encrypted (AES 256 bit) ZIP files

* Built-in viewers and players for various file types, including photos, music, and videos; supports third-party applications, such as Quick office, for
opening others

* Shows thumbnails for APKs and images

* Text viewers and editors

* Access your home PC via WiFi with SMB

* Functions as your FTP and WebDAV client. Manage files on FTP, FTPS, SFTP, and WebDAV servers just like you manage files on your SD card

* Supports Dropbox, Box.net, Sugarsync, Google Drive (Google Docs is now a part of Google Drive), SkyDrive, Amazon S3, Yandex and more.
ES File Explorer is an enhanced cloud storage client with more functions than the official versions,
it can save photos, videos, and other files to your internet drives and share them with others.

* Bluetooth file browser You can copy and paste files between Bluetooth ready devices. It supports OBEX FTP for browsing devices and transferring files
between Bluetooth devices.

* Kill tasks with a single click, increase memory and speed up your device -- includes a simple widget that stays on your home screen for knowing your
current RAM situation and automatically killing tasks, with an ignore list to ignore the applications you want to keep running.Task Manager module required

* Cache Cleaner and Autostart manager -- Delete those junk files that take up valuable storage space.Task Manager module required.

* Root Explorer -- the ultimate set of file management tools for root users. Provides access to the entire file system and all data directories, and allows
the user to change permissions.

* Developers can visit our website for the developer interface for picking files from your applications, emailing attachments, etc.

* More features to come

# rajin-rajinlah berkongsi artikel ini dengan rakan yang lain. wallahualam.



22 November, 2014

Dapatkan google keyboard versi terkini untuk android

Salah satu kriteria atau software wajib yang perlu ada bagi pengguna cacat penglihatan dalam menggunakan 'smart phone' adalah papan kekunci yang sesuai dan mesra pengguna.


Untuk pengetahuan, jika kita membeli smart phone seperti Samsung, Lenovo, Asus atau lain-lain, kebiasaannya ia tidak datang dengan google keyboard. Malah smart phone ini datang dengan papan kekunci mereka sendiri. Sebagai contoh samsung keyboard.

Malah untuk mencari google keyboard dalam carian di google playstore juga agak sukar.

Kelebihan Google Keyboard


Setelah dinilai dalam banyak - banyak papan kekunci untuk smart phone, google keyboard sangat mesra dengan pengguna cacat penglihatan. Malah tidak keterlaluan jika saya mengsyorkan perkara yang sama untuk pengguna celik. Antara kelebihan google keyboard ialah:

Google Keyboard makes text input smart and easy. Glide through letters with Gesture Typing. Compose notes on-the-go using your voice. With amazing word recognition and next-word prediction, Google Keyboard helps you type faster and more accurately on all your Android devices.
When you can’t find the right thing to say, you don’t have to write at all. The new Google Keyboard supports hundreds of emojis, so you can express yourself in any Android app (Android 4.4 and up).

Key features:
• Material design themes
• Personalized suggestions, corrections, and completions
• Keypress popup animations
• Emoji entry point and layouts (Android 4.4 and up)
• Gesture Typing with dynamic floating preview
• Space-aware Gesture Typing: just gesture through the space bar
• Voice Typing
• Dictionaries for more than 25 languages
• Advanced keyboard layouts
• Works across your Android devices (tablets and phones)


Dalam banyak-banyak funsi, saya paling suka dengan voice input. Hanya bercakap setelah diarahkan, dan google keyboard akan menaip untuk kita. Tak susah - susah orang buta untuk meraba abjad dalam google keyboard Jika diluangkan masa, saya akan beri tutorial untuk voice input dengan google keyboard. InsyaAllah.

Dapatkan google keyboard terus dari playstore:

download google keyboard here



19 November, 2014

Whatsapp: Orang cacat penglihatan pun boleh guna

Orang buta dan dunia 'touch screen'


semenjak orang cacat penglihatan beralih kepada smart phone yang menggunakan sistem 'touch sreen' dengan bantuan 'talk back' yang diperkenalkan oleh google, saya juga tidak ketinggalan untuk menggunakan aplikasi whatsapp.

Saya juga tidak mahu ketinggalan dengan dunia teknologi. Untuk itu, bermula daripada artikel ini, saya akan cuba untuk menulis mengenai smart phone yang berlandaskan sistem android. Semoga dengan penulisan ini, ianya dapat membantu rakan-rakan senasib yang mahu menjinakkan diri dengan dunia 'touch screen' mahupun menjadi pencerahan kepada orang normal di luar sana yang mungkin tertanya-tanya bagaimana orang cacat penglihatan boleh menggunakan smart phone.

Baiklah kali ini saya tampal dahuu petikan artikel mengenai perkembangan terkini aplikasi whatsapp berandaskan sistem android. Di lain masa saya akan embuat tutorial atau demonstrasi bagaimana menggunakan android. InsyaAllah.
*video demo mengenai talk back:



WhatsApp Memperkenalkan Penyulitan Menyeluruh Untuk Pengguna Android – Sekuriti Kini Lebih Baik


WhatsApp merupakan salah satu aplikasi permesejan yang digunakan secara meluas oleh pengguna seluruh dunia. Hari ini, mereka memperkenalkan fungsi penyulitan menyeluruh untuk perkhidmatan mereka, sekaligus menjadikan perbualan anda tidak boleh diakses oleh sebarang pihak ketiga.

Melalui kemaskini baru yang ditawarkan untuk pengguna Android, ia mengaktifkan sokongan penyulitan ini. Secara kasarnya, dengan perkara ini, mesej yang dihantar anda hanya boleh dibaca oleh penerima yang dituju sahaja, dan tiada sebarang pihak lain yang boleh membacanya – termasuk pihak WhatsApp sendiri.

WhatsApp menggunakan teknologi daripada Open Whisper Systems untuk menjayakan fungsi ini, sekaligus menjadikan perkhidmatan permesejan tersebut lebih selamat berbanding pelbagai perkhidmatan permesejan yang lain. Ia turut ditekankan yang mana berbeza dengan penyedia perkhidmatan lain, pihak WhatsApp tidak boleh membaca mesej anda walaupun mereka menerima permintaan dan arahan daripada pihak berkuasa disebabkan oleh penyulitan ini.

Buat masa ini, fungsi ini hanya ditawarkan untuk pengguna Android sahaja, dan tidak diketahui bilakah akan diaktifkan untuk pengguna iPhone dan platform lain.

R*Penyulitan = Penukaran data sensitif kepada bentuk kod sulit untuk membolehkan data dikirim dengan selamat tanpa difahami oleh pihak lain.

Kini dengan whatsapp, saya boleh menghantar teks mesej, pesanan bersuara mahupun berkongsi lagu dan video. :)

Sumber Rujukan: WhisperSystems dan amanz.my




+
Copyright © dunia rasasayang ®