30 Mac, 2015

Tips menukar status edge ke capaian 3.5G // HSDPA dalam telefon android

BOSAN dengan status edge pada smart phone anda?

Kadang-kadang kita berasa hariran kenapa capaian internet kita sangat mengecewakan. Malah apabila kita menjadikan smart phone kita sebagai hotspot, loading page langsung tidak bergerak. Salah telco?? Nanti dulu ..

sudahkah kita memeriksa setting pada smart phone kita?

Kali ini blog dunia rasasayang ® akan berkongsi tips ringkas bagaimana menukar status edge dalam android smart phone kepada status 3.5G atau HSDPA. Tips ringkas ini tidak termasuk dalam cara untuk mendapat status 4G.

Mungkin tips ini sudah anda ketahui, anggaplah ianya siaran ulangan hahaha.

OK sebelum tu pastikan anda menggunakan android ya, bukan platform lain.

Menukar status edge kepada 3.5G / HSDPA

  1. Masuk setting
  2. Masuk dalam more networks
  3. kemudian masuk dalam mobile networks
  4. seterusnya pilih dan masuk dalam pilihan sama ada sim card 1 atau simcard 2 yang anda tetapkan sebagai capaian internet
  5. Jika anda hanya mempunyai satu slot sim card atau hanya ada satu sim card sahaja dalam telefon abaikan langkah 4 di atas.
  6. sebagai contoh, android saya memaparkan
    - network mode sim card 1 GSM only
    - networks sim card 2 WCVMA / GSM auto connect
  7. sim card 2 adalah capaian internet saya dan saya jadikan ianya WCVMA / GSM auto connect
  8. Jika mode anda dalam status GSM sahaja maka besar kemungkinan anda akan hanya dapat GPRS atau selalunya akan dapat edge
  9. Jadi hanya anda perlu ubah kepada WCVMA / GSM dalam setting ini
  10. selesai

NOTA: Tips ini tidak akan bererti jika telco internet anda memang lembap nak mampus. Kalau lembap, sila rujuk telco anda.

Satu lagi tak guna jika anda tetapkan 3.5 G tapi di tempat anda memang tidak ada capaian 3G. So selamaya jadi GPRS dan edge.

Selamat mencuba dan jika ada sebarang perkongsian atau pertanya ajukan ke bahagian komen. :D
Copyright © dunia rasasayang ®