Penipuan kad kredit semakin profesional
Taktik lama:Telefon pengguna dan minta maklumat peribadi pengguna melalui pujukan dan pembelian barangan.
Kini muncul taktik baru. Jom baca:
===============
BATU PAHAT - Polis mengesan kegiatan satu sindiket yang licik menyamar pegawai Bank Negara atau Bukit Aman untuk menipu pemegang kad kredit.
Sindiket itu dipercayai melakukan kegiatan itu dengan kemahiran memintas talian telefon antara mangsa dengan kedua-dua agensi itu sehingga membabitkan kerugian RM40,000.
Mereka dikatakan penjenayah profesional kerana taktik sedemikian dikesan pertama kali digunakan di sini. Setakat ini polis masih belum mengenal pasti sindiket itu.
Modus operandi sindiket tersebut ialah mereka akan menghubungi pemilik kad kredit secara rambang sebelum memberitahu perbelanjaan mereka telah melebihi had ketika melancong di luar negara.
Sindiket tersebut akan menggunakan bahasa yang sering dipakai oleh mangsa ketika membuat panggilan tersebut.
Mangsa yang tidak berpuas hati kerana menyangka kad kredit mereka telah digunakan oleh pihak lain kemudian akan dinasihatkan untuk menghubungi polis Bukit Aman, Bank Negara atau bank yang menguruskan kad kredit mereka.
Apa yang mengejutkan, nombor yang diberi adalah sama dengan yang dimiliki oleh agensi-agensi tersebut.
Pada masa itulah, menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd. Aris, sindiket itu akan memintas panggilan yang dibuat mangsa dan menyamar sebagai pegawai polis atau Bank Negara. Mereka berpura-pura bersedia membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.
===============
sumber klik sini
Artikel Terdekat