Ghairah melihat perempuan seksi
Saya jumpa email ini yang saya kira menarik untuk tatapan kita semua. Apakah lelaki tidak pandai menjaga nafsu dan pandangan atau perempuan yang tidak pandai menjaga nafsu untuk mempamerkan kecantikan?============
Assalamualaikum,
Boleh dikatakan setiap hari saya berperang dengan nafsu, sakit jiwa dan mental dibuatnya, tak tau sampai bila dan sampai mana boleh tahan. Nak dimudahkan cerita, boleh dikatakan setiap hari hidup ni berhadapan dengan perempuan-perempuan yang menghairahkan depan belakang kanan kiri
Tolonglah wahai wanita, aku ingin jaga mataku dan imanku. 95% jiwa memberontak nak melakukan seks bebas/zina.. 5% jer tinggal sebab takut nanti Allah marah dan sebab kerana aku orang Islam, nasib baik Islam tak bagi. Jalan kearahnya cukup mudahhhh, sangat mudah bagi saya, tak payah rogol-rogol atau paksa atau bayar. Free sahaja, dah macam-macam strategi saya gunakan untuk penjarakan nafsu ini, sampai membuat perintah berkurung tak payah keluar rumah tapi mana boleh setiap hari, mesti juga kena keluar pergi kerja.
Secara jujurnya sebahagian orang perempuan zaman sekarang dah melampau!!!! berpakaian melampaui batas tanpa segan silu. atau ada perasaan malu, saya ni orang lelaki kalau disuruh pakai seluar pendek celah kangkang berbaju singlet pergi ke tempat khalayak ramai pun tak sanggup.. maluuuu.. tapi ada orang perempuan yang sanggup pada masa kini mana pegi hilang malunyer aku pun tak tau... menyusahkan akuuu...
Tanpa segan silu saya menaip, kekadang diri terpaksa menumbuk sepak terajang pintu atau bantal maki hamun nyumpah serapah nak meredakan nafsu.. bagi penatt... isteri memang ada tapi sendiri pahamlah.. kalau nampak isteri aku sorangg jerrr mudah siket nak kawall.. kalo dah kluar dari rumah mau terbeliak bijik mata... lagi-lagi kalo time nak gi atau balik kerja.. adehhhh!!! nak gak kawen lagi satu tapi belum mampu lagi... kadang-kadang saat "bersama isteri" tapi kepala otak terbayangkan sedang "bersama" dengan awek-awek seksi yang pernah dilihat sebelumnya.
Kepada kaum perempuan aku merayu tutuplah aurat muuu.. tutup setutupnyerrr. . kasihanilah aku yang terpaksa berperang setiap hari oleh dek kerana perbuatan kamu... tolongglahhh. .. aku bukan orang warakk.. aku bukan orang alim ulamak.. aku hamba Allah yang biasa.. tak tau sampai bila aku mampu bertahan..
PESANAN DARI ADMIN: Ingatlah hilangnya perasaan malu bukti kehancuran diri...peliharalah aurat kamu supaya kamu dapat orang kenal bahawa kamu tergolong dikalangan orang yang baik-baik...apabila kamu berpakaian sopan, menutup aurat dengan sempurna dan menjaga akhlak...inshaAllah anda akan dipandang mulia
disisi Allah s.w.t dan sentiasa dipandang baik oleh masyarakat...AKAN TETAPI apabila anda tidak mahu menutup aurat ataupun ada yang membungkus aurat dan tidak berasa malu untuk mendedahkan aurat kamu...maka disini Nabi s.a.w telah bersabda:
“Sesungguhnya jika Allah mahumeng hancurkan seorang hambaNya maka ia akan menghilangkan rasa malunya, makajika telah dicabut rasa malunya kamu tidak akan menjumpainya lagi kecualilah membenci dan dibenci dan dicabutlah rasa amanah darinya. Maka jika dicabut rasa amanah darinya engkau tidak akan menjumpainya kecuali ia khianat dan mengkhianati dan jika engkau tidakmenjumpainya kecuali ia khianat dan mengkhianati dicabutlah rasa kasih saying daripadanya. Dan jika kasih sayang dicabut darinya maka engkau tidak menjumpainya melainkan ia dikutuk dan dilaknat. Maka dicabutlah keislaman darinya.” (Ibnu Majah:4054)
Subhanallah, awal kehancuran adalah dicabutkan rasa malu. Astaghfirullah,di jalanan kita mendapati terlalu ramai manusia yang sudah hilang sifat malu. Mereka
tidak malu dan secara terbuka melakukan kezaliman, mendedahkan aurat dan kemaksiatan sedangkan kita yang melihat sendiri yang berasa malu atas perbuatan mereka. Sedang mereka bangga dan bersikap acuh tidak acuh terhadap perkara yang mereka lakukan. Semoga kita tergolong didalam orang-orang yang beriman dan dijauhkan dari azab api neraka kelak...amin.
===============
pen buruk ™:
Begitulah serba sedikit email yang saya terima. Mungkin anda terutama golongan perempuan ada pandangan sendiri dalam hal ini. wallah' ulam
Artikel Terdekat