11 Julai, 2008

Pelangi petang Siri03

Ketika aku dan ayah menyusuri suatu lorong di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur, aku memerhatikan seorang buta yang memegang sebiji mangkuk yang berisi syiling di dalamnya sambil memegang sebatang tongkat putih. Dia berdiri tegak sambil mengoncang-goncangkan mangkuknya itu entah untuk apa. Mungkin untuk menarik minat orang yang lalu lalang di sekitar kawasan itu.

“Ayah, kenapa orang itu berdiri di situ” tanyaku pada ayah dengan penuh kehairanan. Aku tidaklah memahami sangat perlakuan orang itu kerana ketika itu usiaku masih muda.







Ayahku tidak menjawab pertanyaanku tetapi sekadar mendiamkan diri. Aku masih tidak berpuas hati dan terus bertanya.

“Tak panas ke orang tu berdiri kat situ ayah, lama tengok dia kat situ tapi tak gerak mana-mana pun”

Ayahku memandangku tajam sambil menghisap rokoknya. Menarik nafas dalam-dalam dan menhelakan nafas yang berat. Ku lihat matanya sayu memandangku seolah menyembunyikan sesuatu.

Peristiwa itu berlaku ketika aku pada usia dua belas tahun dan ketika itu ayahku membawa aku ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan pakar. Aku terpaksa memantau kadar tekanan mataku setiap bulan.

Seperti selalu ayahku akan membawaku bersiar-siar ke Jalan Chow Kit yang terkenal itu selepas selesai pemeriksaan mataku. Setelah dewasa baru ku tahu kenapa ayah sering membawaku ke situ. Rupanya ayah sering membawaku untuk membelikan barang permainan kepadaku. Bila dewasa aku dijelaskan oleh ibuku mengapa dia sering membeli permainan kepadaku berbanding adik-beradikku yang lain.

Rupanya baru kutahu tujuan sebenar aya membeli permainan itu adalah kerana doktor telah mengatakan kepadanya bahawa aku tidak mungkin akan dapat melihat dunia pada bila-bila masa. Ayahku bimbang jika aku tidak sempat melihat kesemua isi alam ini.

Dengan nada yang perlahan, ayahku menjawab persoalan yang ku utarakan sebentar tadi.

“Orang itu sebenarnya meminta sedekah, sebab itu dia berdiri di situ” ujarnya sebak.

“Ayah mahu kamu belajar rajin-rajin kerana ayah tak mau kamu jadi macam orang itu” sambungnya lagi.

“Hanya ilmu sahaja mampu menerangi hidup kamu masa hadapan”dan dia terus menghabiskan rokoknya.

“Ada ke orang nak bagi duit kat dia ayah?” tanyaku lagi pada ayahku.

“Ikut nasiblah, kalau orang nak bagi, mungkin dia dapat. Kalau tak, tak adalah” jawab ayahku.

“kalau macam tu macam mana dia nak makan? Bukankah dia buta” tanyaku lagi pada ayah.

“Itulah sebab kenapa ayah suruh kamu belajra betul-betul. Agar kamu mendapat kerja yang baik” jawab ayahku dengan mata yang sayu memandangku.

Pada ketika itu, aku belum diberitahu oleh ayahku mengenai kemungkinan yang diberitahu oleh doktor kepadanya. Kemungkinan aku akan kehilangan penglihatan pada bila-bila masa. Patutlah ayaku terlalu sebak dengan segala perkhabaran itu. Patutlah ayahku terlalu menyanyangiku. Patutlah aku selalu dibelikan permainan walaupun pada ketika itu keadaan ekonomi keluarga terlalu susah. Pendapatan tak seberapa. Nak merasa ayam, jauh sekali. Apa yang dihidangkan untuk sajian keluarga kami hanyalah sambal ikan bilis. Itulah kegemaranku sehingga kini. Ketika itu aku belum mengerti apa-apa. Jauh sekali untuk menolak jika ayahku hendak membeli permainan untukku.

Kini juga baru kusedar, mengapa aku sering dimarahinya jika tidak mengulangkaji pelajaran. Memarahiku jika aku sering menonton tv. Aku merasa agak marah dengan ayahku apatah lagi pada tahun-tahun masa itu rancangan tv memang menarik minatku. Aku tidak ingat tajuk siri rancangan setiap hari rabu jam 10 malam tetapi seingatku siri aksi “Action Blockbuster Perillys”.

Ketika aku dan adik beradik lain baru mahu menonton rancangan itu, ayahku lantas membentakkan suaranya dan mematikan tv. Kami tidur dengan keadaan marah!!

Berbalik kepada orang buta tadi, ayahku masih menjelaskan kepadaku mengapa aku perlu belajar bersungguh-sungguh demi masa hadapanku. Aku yang tidak mengetahui perkara sebenar yang dikeutarakan oleh doktor hanya mendiamkan diri dan menggangap ianya suatu nasihat biasa sahaja dari seorang ayah...

*plot cerita ini adalah imbauan dan rantaian dari dari kisah lepas dan hubungan kaitnya penulis mula sedar...

Copyright © dunia rasasayang ®