07 Julai, 2000

KUBUR BERASAP

Hujan renyai-renyai ketika judin bauk sampai ke rumah nya kira-kira jam 8. 00 malam. Dia diberitahu oleh istrinya, tipah tentang kematian jiran sekampung mereka iaitu mak yok bidan. Sebenarnya sudah sebualan mak yok bidan terbaring sakit akibat terkene busung. Perutnya membengkak besar bagaikan tempayan beras.
Sudah berkali-kali anak saudaranya menasihatkan dia supaya ke hospital tetapi mak yok bidan tetap membantah. Dia lebih rela mati di rumah dari dibawa berubat ke hostpital.
Judin bauk baru saja balik dari hulu yam dekat kuala kubu bharu kononnya ada bomoh handal boleh mengubat busung. Tetapi sampai saja disana orang-orang disitu memberitahu bomoh tersebut sudah berpindah ke sungkai diperak. Jadi, tidak dapat lah judin bauk menemui bomoh yang dikatakan.
Sanak saudara mak yok bidan memang berharap sangat judin bauk dapat menemui bomoh berkenaan. Lagipun judin bauk memang selalu ke sana disebabkan ada saudara mara menetap di hulu yam itu. Apabila mendengar bomoh berkenaan sudah berpindah kesungkai, maka judin bauk terpaksa lah balik semula. Kemana pula mahu dicari kalau sudah berpindah ke sungkai.
Semen telahan pula sungai itu terletak jauh dari hulu yam iaitu selepas tanjung malim. Perjalanan untuk balik semuala ke kuala selangor tentulah bertambah jauh. Sebab itulah dia mengambil keputusan untuk balik saja. Sampi di kampung boleh diikhtiar secara lain pula bagaimana menyelamatkan mak yot bidan.
Sebaik saja mendapat berita kematian mak yok bidan, terasa pada judin bauk tidaklah sia-sia kerjanya. Mujur juga dia tidak bersusah payah pergi ke sungkai mencari bomoh berkenaan. Kalaulah dia berkeras juga mahu ke sungkai tentulah usahanya sia-sia saja kerana mak yot bidan sudah pun meninggal dunia.
“ Pukul berapa dia mati?” tanya judin bauk lalu duduk.
“ Lepas asar tadi. . “ jelas tipah perlahan.
“ Mujur juga aku tak ke sungkai” katanya mengeluh sambil mendongak ke atap rumah.
“ Kalau ke sungkai tentu penat saja, bomoh tak jumpa, mak yot bidan tak juga dapat diselamatkan” dia terkebil-kebil mata tidak keruan.
“ Dah lama bomoh tu pindah ke sungkai?” soal tipah pula.
“ Lama juga, dah dua tiga tahun” beritahu judin bauk masih dalam keadaan letih.
“ Bila awak nak ziarah?” tipah juga macam kesal kerana tidak dapat menolong mat yok bidan.
“ Aku nak mandi dulu. . “ sahut judin bauk mengibas-ngibaskan tangan ke dada. “ Lepas makan nanti bolehlah pergi” jelasnya tetapi masih juga tersandar duduk di situ.
Terasa juga hampa hati judin bauk kerana tidak dapat tolong mat yok bidan. Kalau dia dapat berjumpa bomoh sok yang disebutkan itu tidaklah hampa sangat dia. Sama ada mat yok bidan dapat diselamatkan atau pun tidak bukanlah penting sekiranya bomoh sok itu ditemui. Perkara hidup dan mati, rezeki dan geruh ditentukan oleh allah. Bukanlah beerti kalau dia menemui bomoh sok itu nyawa mak yok bidan dapat diselamatkan.
Dia tahu kalau dia berjaya pun membawa bomoh sok, tentu kedatangan bomoh itu juga tidak membawa beerti apa-apa. Mak yot bidan sudah meninggal sebelum dia sampai ke rumah.
Selepas makan judin bauk terus ke rumah mat yok bidan. Sampai saja ke situ dia pun menerangkan akan kegagalan menemui bomoh sok. Memang mereka yang ada disitu semuanya percaya kegagalan judin bauk menemui bomoh sok itu menunjukkan sakit mat yok bidan tida dapat diselamatkan lagi.
“ Penyakit dah melawan bomoh, memang susah nak dibuat. . “ celah usin macuk adik kepada mak yot bidan.
Dari usin macuk lah mereka dapat tahu mengenai bomoh sok. Satu ketika mereka sama-sama mengangotai pasukan AC di zaman orang putih. Usin macuk berkawan rapat dengan bomoh sok. Kebanyakan mereka menganggotai AC memang suka masuk ke hutan mengikut pasukan bomoh sok. Mereka percaya kalau ada bomoh sok bersama keselamatan mereka lebih terjamin dari ancaman kominis.
Pernah satu ketika lori mereka diserang hendap. Dalam keadaan kelam kabut itu masing-masing terjun mencari perlindungan dibawah lori. Bomoh sok hanya berdiri di atas bumbung lori tidak memperdulikan peluru yang datang simpang siur.
“ Down sok. . down” perintah pegawai kulit putih yang cemas dibawah lori.
Kominis terus menempak dari segenap penjuru. Dia hanya memegang saja senapangnya dengan tidak membalas langsung. Kawan-kawan nya di bawah lori semakin cemas dengan sikap bomoh sok, sementara pasukan yang mengikut dibelakan tidak juga sampai.
“ Down sok. . down” pegawai kulit putih dibalik tayar lori memanggilnya.
“ Nak down apa. . “ bomoh sok terus melompat ke jalan raya. Dia tidak menyusup di bawah lori, sebaliknya berkejar memanjat tebing sambil mencabut parang di pinggang. Dengan tidak menghiraukan peluru simpang siur bomoh sok terus mengejar tempat persembunyian kominis yang membuat serang hendap itu.
Akhirnya dia dapat menangkap dua orang kominis disebalik pokok. Cuma dua orang itu saja yang membuat serang hendap disitu. Bomoh sok berjaya menahan dua orang pengganas kominis, dengan itu menaikkan imej pegawai kulit putih itu.
Pegawai kulit putih itu begitu menghormati bomoh sok. Apabila ditawarkan pangkat koperal, bomoh sok menolak dengan alasan dia tidak mempunyai pelajaran. “ Kalau tuan nak tolong, bagi gaji lebih saja cukuplah. . . “ dia memberitahu pegawai kulit putih itu.
Mengikut cerita usin macuk mulai bulan itu gaji bomoh sok dinaikkan setaraf dengan koperal walaupun pankatnya bukan koperal. Bagaimanapun koperal yang bertugas dalam pasukan nya tetap menghormati dia.
Satu masa usin macuk sendiri mengidap sakit secara tiba-tiba. Perutnya buncit membengkak seperti kene busung. Dia terlantar di hutan ketika sedang membuat rondaan. Pegawai orang putih yang menjadi ketuanya berpangkat leftenan mengarahkan supaya usin macuk dibawa ke hospital.
“ Saya takut kene bedah sok. . “ bisik usin macuk pada bomoh sok.
“ Tak apa nanti aku cakapkan pada tuan” bomoh sok jaminan supaya usin macuk tidak terus dibawa ke hospital.
“ Tuan nak bawa ke hospital juga” jelas koperal harun apabila bomoh sok memberitahu kepada usin macuk.
“ Usin ni terlangkah air ludah to batin” kata bomoh sok tegas. “ Ubat bukan di hospital, ubatnya kene lah ikut cara kita” dia mengingatkan koperal harun.
Tetapi dia tahu masakan koperal harun berani bercakap demikian di hadapan leftenan brown. Apa lagi ketika ini perintah orang putih, semua orang yang memanggil orang putih'tuan'. tidak berani membuka mulut langsung kalau berhadapan dengan pegawai berkenaan.
Tentu koperal harun tidak berani mahu memberitahu tentang usin macuk tidak mahu berubat di hospital. Leftenan brown tentulah marah kalau perintahnya tidak diikuti. Setiap pesakit adalah wajib diberi rawatan perubatan. Mereka mestilah dibawa ke hospital secepat mungkin.
“ Aku akan berjunpa tuan brown” ujar bomoh sok pada koperal harun.
Hutan tempat mereka meronda itu jauh sampai hampir ke kaki gunung tahan. Anggota-anggota AC yang bertugas itu heran bagaimana usin macuk boleh terkene busung. Biasa nya orang terkene busung memakan masa yang lama menyebabkan perutnya bengkak.
Tetapi usin macuk berlainan. Pada mulanya dia merasa demam panas. Seluruh anggota nya terasa seperti diganggang ke api. Kemudian tiba-tiba saja perutnya membengkak. Hanya dalam masa tiga hari perutnya yang buncit itu bertukar menjadi busung.
Dalam keadaan demikianlah usin macuk langsung tidak sedarkan diri lagi. Dia tidak tahu bagaimana keputusan koperal harun dan bomoh sok mahu berjumpa leftenan brown. Sama ada dia akan di bawa juga ke hospital atau tidak. Sama ada dia akan dihantar balik ke kampung menemui emak dan ayahnya. Semua usin macuk tidak tahu lagi.
Apa yang dirasakannya dia berada di satu kawasan lembah yang lapan. Tidak ada siapa pun disitu selain dirinya seorang saja. Dia memerhati sekeliling sekira nya ada bomoh sok, koperal harun atau pun kawan-kawannya yang lain. Tetapi mereka semua tidak kelihatan.
Dia terlonta-lonta seorang diri sehingga datang seorang perempuan muda menghampirinya. Perempuan itu memperkenalkan dirinya sebagau puteri fatimah, sementara dia memanggil usin macuk sebagai putera ali.
“ Apa risaukan, disini pun tempat putera ali juga” suara perempuan itu begitu menawan perasaan dia.
“ Nama aku usin macuk bukannya ali. . “ jelas usin macuk.
“ Disini putera ali, tidak ada lagi usin macuk” kata perempuan itu merapati dia.
Akhirnya usin macuk mengalah. Dia rela dirinya dipanggil putera ali. Kemudian puteri fatimah memimpin tangannya lalu masuk ke taman yang dipenuhi bunga-bunga. Di situ terdapat kolam yang indah dengan airnya yang jernih. Dia nampak ikan-ikan emas berenang di air jernih.
“ Mahukah putera ali menjadi suamiku?” bisik perempuan muda itu.
“ Aku orang miskin, anak petani dari kampung” sahut usin macuk merendahkan diri.
“ Putera ali disini bukan lagi anak petani” beritahu puteri fatimah manja.
“ Aku orang miskin” jelasnya perlahan.
“ tetapi putera ali baik hati” balasnya sambil mengusap ngusap dada usin macuk.
“ saya suka pada orang-orang yang baik hati macam putera ali” dia semakin ghairah memikat perasaan usin macuk.
Selepas itu perempuan muda tersebut mengajak usin macuk masuk ke dalam bangunan tersergam berdinding kaca. Atapnya dari tembaga yang berkilauan. Sementara lantainya diperbuat dari kaca licin yang bersinar seperti emas. Usin macuk terpesona dengan suasana yang belum pernah dialaminya sebelum ini.
Alangkah bahagia nya dia dapat tinggal di tempat demikian cantik. Bukanlah semudah itu mahu memenuhi impian tersebu. Mungkin ibu bapanya tidak mengetahui dia sudah sampai ke satu tempat yang belum pernah manusia ke situ.
Tentu tiada siapa percaya kalau dia menceritakan kelak. Bomoh sok atau koperal harun tentu tidak tahu dia sudah sampai ke situ. Mereka juga tidak akan percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang. Walaupun kakaknya yang dipanggil oleh orang-orang kampung yot bidan itu seorang yang terkenal juga, mungkin tidak akan percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang.
“ Kalau putera ali minta saja apa yang mahu dimakan” perempuan muda itu tidak lepas dari sisi usin macuk.
“ Aku mahu makan nasi dan rendang daging. Mahu minum air sarbat. . “ usin macuk mahu menduga sama ada perempuan itu benar-benar menepati janji atau tidak.
Perempuan muda itu keluar dari bilik. Sebentar kemudian dia masuk membawakan makanan yang diminta oleh usin macuk. Makanan tersebut masih berasap panas.
Usin macuk pun terus menjamahnya. Terasa makanan itu tersangat lazat. Belum pernah dia menikmati makanan demikian lazat sebelumnya. Air sarbat yang diminumnya juga terasa terlalu lazat. Tidak dapat digambarkannya mengenai kelazatan yang dinikmatinya.
“ Lepas ini tidurlah” bisik perempuan muda itu sambil mencium dahinya. “ Janganlah putera ali ingat lagi tentang kawan-kawan dan sanak saudara. Kalau putera ali sayangkan saya janganlah melanggar pantang itu” katanya terus pergi sambil menutup pintu.
Setelah permpuan itu pergi usin macuk sendawa lalu mengucapkan 'alhamdulillah'. Sekonyonh-konyongnya rumah itu bergegar bagaikan dirempuh oleh seratus ekor gajah. Heran juga usin macuk bila kejadian tersebut berlaku. Serta merta perempuan muda tadi menerpa masuk ke dalam bilik.
“ Hiss, jangan putera ali sebut lagi macam tu” dia mendengus sambil memasamkan muka.
“ Sebut apa?” usin mancut terkejut.
“ Sebut macam tadi bila sudah sendawa” dia mengingatkan.
Usin macuk keheranan. Ketika ini dia sedar dan merasa dirinya terperangkap oleh makhluk halus. Dia dapat menangkap perempuan tersebut bukanlah manusia biasa. Apabila dia menyedari dirinya sudah terperangkap dia dapat melihat bahawa perempuan muda dihadapannya sudah bertukar menjadi hodoh.
“ A'uzubullahhiminasyaitanirrajim. . “ perlahan-lahan usin macuk menghembuskan ke arah perempuan itu.
Gegaran semakin kuat. Bangunan indah itu bergoyang-goyang bagaikan mahu runtuh. Beberapa ketulan batu juga jatuh dari bumbung bangunan.
“ Puter ali jangan cuba nak tunjuk pandai” tiba-tiba saja perempuan itu memberi amaran. “ Nanti awak juga yang akan binasa. Jangan cepat dah lupa budi orang. . “ katanya semakin marah.
Ketika ini usin macuk terasa perutnya sakit. Dia terkial-kial menahan kesakitan. Perutnya terasa memulas-mulas tidak ketahuan. Meronta-ronta dia meminta pertolongan. “ Bukan saya dah kata, putera ali jangan nak memandai-mandai” perempuan itu kembali bertukar menjadi jelita semula. “ Jangan sebut-sebut lagi nanti akan menyusahkan kita. Kami disini pantang menyebut-nyebut macam tu. . . “ katanya mengingatkan.
Usin macuk menggangguk. Dia merasa sakit perutnya menjadi baik. Dia tidak meraskan lagi sakit memulas-mulas seperti tadi. Manakala wajah perempuan itu juga semakin berseri-seri. Dia menyedari kalau disebut-sebutkan ayat quran nescaya bangunan itu akan bergegar, wajah perempuan tadi menjadi hodoh manakal perutnya pula memulas-mulas sakit.
Ketika ini usin macuk tidak boleh bertindak apa-apa. Dia mesti mengikut saja kemahuan perempuan tersebut.
Dalam masa dia berlegar-legar dalam bilik rumah besar itu, tiba-tiba gegaran berlaku lagi. Dia tidak pun membaca ayat-ayat quran. “ Ah, sudah terpedayakah aku. . “ bisiknya perlahan. Sekaligus dia merasa perutnya sakit menyenak.
“ Kau tipu aku, kau tipu aku” pekiknya menahan kesakitan.
Tergesa-gesa perempuan yang menakan dirinya puteri fatimah tadi masuk ke bilik. Mukanya juga sudah berubah menjadi hodoh. Kelihatan dua tanduk tumbuk di kepalanya.
Perempuan itu cuba menerkam ke arah usin macuk, tetapi tiba-tiba saja terpelanting. Dia tersandar ke dinding menjerit-jerit kesakitan. Usin macuk nampak tangan sebesar kayu lima enam pemeluk menguis bangunan yang indah tersergam itu.
Semua dinding, atap dan lantai rumah habis terbongkar menjadi batu dan pasir tidak berguna. Taman yang indah dengan kolam bertukar menjadi debu-debu berterbangan. Usin macuk mendapati dia berada di tengah hutan rimba yang tiada berpenghuni. Dia melihat bomoh sok berdiri di depannya sama tinggi dengan puncak gunung tahan.
“ Sekarang kau lepaskan usin. . . “ usin macuk mendegar jelas suara bomoh sok mengancam perempuan muda yang sudah bertukar menjadi hodoh. “ Kau jembalang jangan nak menipu manusia tau” bentak bomoh sok menghentak-hentakkan kakinya. Setiap kali dia menghentakkan kaki semua kawasan disitu bergegar.
“ Dia yang datang ke sini” sahut perempuan itu terketar-ketar.
“ Aku tidak peduli sama ada usin datang atau tidak” jerkah bomoh sok menghentak-hentak kaki. “ Aku mahu kau bebaskan usin sekarang juga” katanya semakin mengancam.
Usin macuk nampak muka bomoh sok dengan jelas. Tubuh bomoh sok terlalu besar dilihatnya seolah-olah bagaikan gunung tahan tersergam. Dia menjadi kecil di bawah kangkang bomoh sok. Perempuan hodoh itu juga terlalu kecil berlegar-legar mahu melepaskan diri dari ancaman bomoh sok.
Tetapi kemana saja dia merempuh, tangan bomoh sok sudah mengahambatnya. Dia tidak dapat melarikan diri lagi. Terketar-ketar dia merayu kepada bomoh sok supaya bebaskan dirinya.
“ Lepaskan usin sekarang” perintah bomoh sok. Suaranya bergema sampai bergemuruh seperti kilat sambar menyambar.
“ Aku dah lepaskan dia. . . “ sahut perempuan itu gementar.
“ Kau penipu. . “ bomoh sok menjentik kepala perempuan itu dengan jarinya. Usin macuk yang terpinga-pinga melihat kejadian tersebut hanya memerhatikan saja. Kepala perempuan itu kelihatan berdarah akibat dijentik oleh bomoh sok. “ Aku tau kau jembalang tanah. kau nak perdayakan aku, kau menyamar macam bunian. Kau fikir kau boleh tipu aku. . ?” kata bomoh sok mengejek.
“ Aku tak tipu, aku puteri fatimah” sahut perempuan itu mempertahankan diri.
“ Jangan jawab aku” bentak bomoh sok sambil menjentik kepala perempuan berkenaan. Terjerit-jerit perempuan itu menahan kesakitan. “ Kau jembalang tanah” sekarang kau lepaskan usin, lepaskan” dia menyeru berulang kali.
Perempuan itu mendiamkan diri. Dia menahan kesakitan yang menyiksa dirinya. Terkebil-kebil dia memerhati usin macuk yang terpinga-pinga dekat tumit kaki bomoh sok.
“ Kenapa tak jawab?” sergah bomoh sok.
“ Kau tak bagi aku jawab” balasnya macam menyindir.
“ Sekarang jawab. . “ perintah bomoh sok mengancam akan menjentiknya lagi. “ Mahu lepaskan usin atau tidak?” soalnya keras.
“ memang dah lepas” jawabnya marah.
“ Hei, jembalang tanah jangan nak perolok-olok kan aku” pantas dia menjentik kepala perempuan sampai memercik darah. Perempuan itu terjerit-jerit kesakitan. “ Sekarang keluarkan balik semua barang-barang yang kau dah beri usin makan” dia terus mengancam mahu menjentik lagi.
“ Ampun. . “ rayu perempuan itu berhiba-hiba. Sambil itu dia menadah air matanya yang bercucuran. Dia memberikan air mata yang ditadah itu kepada bomoh sok.
Itu saja yang dapat diingat oleh usin macuk. Selepas itu dia sedar semula dan mendapati dirinya sudah berada di kampung dihadapan kaum keluarganya. Dia mendapati perutnya yang terkene busung itu sudah kempis seperti sedia kala.
Dia diberitahu selama seminggu dia pengsan tidak sedarkan diri. Bomoh sok yang menemui leftenan brown meminta kebenaran supaya dia tidak dibawa ke hospital. Atas usaha bomoh sok juga dia dapat dipulihkan semual. Usin macuk juga diceritakan tentang muntahnya penuh dengan lumpur dan lumut. Setelah muntah itu habis dikeluarkan barulah penyakitnya mulai sembuh.
Tetapi usin macuk tidak menceritakan apa yang dialaminya itu kepada sesiapa pun kecuali kepada bomoh sok sendiri. Bomoh sok hanya tersengih-sengih saja bila diceritakan.
Sebab itulah bila kakanya mak yot bidan dihinggapi penyakit busung, dia meminta judin bauk mencarikan bomoh sok. Tentulah judin bauk mudah mencarinya kerana dikampung itu cuma judin bauk saja mempunyai motosikal. Lagipun judin bauk mudah memberi pertolongan.
“ Penyakit dah memang melawan bomoh memang susah nak dibuat. . “ jelas usin macuk lagi bercampur kesal.
“ Ajal dia pun dah sampai” sahut lebai piut yang mendengar keluhan usin macuk itu.
“ Iyalah, ajal. . “ dia mengangguk lemah.
“ Kalau aku tahu rumahnya disungkai itu, memang aku cari” kata judin bauk.
“ Kalau kau jumpa pun buat apa, lepas asar tadi dia dah tak ada” ujar lebai piut mengingatkan mereka supaya jangan dikenang lagi pasal mencari bomoh sok.
Judin bauk terdiam. Usin macuk juga terdiam. Mereka akui akan kebenaran kata-kata lebai piut itu. Apa yang nak disebokkan dengan bomoh sok, kerana ajal maut, jodoh pertemuan, rezeki geruh sudah ditentukan oleh allah. Manusia hanya wajib berusaha saja, kerana manusia tidak dapat mengatasi iradat allah.
Esoknya, jenazah mak yot bidan pun selamat dikebumikan. Seorang bomoh orang asli pun dipanggil supaya menadah air mandinya supaya hama busung itu dibuang jauh-jauh. Hanya bomoh orang asli itu saja yang dapat menabung semula hama-hama tersebut supaya tidak hinggap kepada orang lain.
Kalau hama busung itu tidak ditabung dan dibuang jauh-jauh kedalam hutan ditakuti ianya akan menyerang orang-orang kampung. Maka sebuah kampung akan diancam busung sepanjang masa. Oleh itulah bomoh orang asli itu dipanggil.
Setelah selesai pengkebumian mak yok bidan sanak saudaranya mengadakan kenduri doa aruah pada sebelah malamnya. Lebai piut telah dipanggil membaca doa dan tahlil. Kira-kira masuk waktu maghrib tatkala orang azan, kedengaran jeritan berulang kali dari arah tanag perkuburan.
Jeritan itu betul-betul dari arah kubur mak yot bidan. Lebai piut yang mengimamkan sembahyang di surau hampir-hampir terganggu dengan jeritan tersebut. Usin macuk mengajak judin bauk melihat sendiri ke kubur untuk mengetahui apakah yang menyebab kan jeritan tersebut.
Ketika sampai di kawasan tanah perkuburan mereka dapati kubur mak yot bidan berasap. Usin macuk menjadi gementar melihat kejadian itu. Mukanya jadi pucat lesi hingga tidak dapat bercakap sepatah pun.
“ Cepat, kita beritahu lebai piut. . “ judin bauk menepuk bahu usin macuk.
Terpaksalah pula judin bauk memapah usin macuk balik kerumah kerana terkejut kerana melihat kejadian yang berlaku di depan mata. Kenduri arwah yang hendak diadakan dirumah mak yot bidan bertukar menjadi lebih suram apabila mendengar kuburnya berasap.
“ Apakah ilmu yang dipakainya semasa hayatnya?” tanya latip pekak suami mak yot bidan.
“ Setahu aku tak ada, selain dari berbidan” sahut usin macut. “ Tapi abang yang rapat dengan dia takkan lah tak tahu. . “ keluh usin macut tidak keruan.
“ Yang dah mati jangan diganggu, tanggung jawab yang hidup selebihnya” lebai piut memotong cakap mereka berbantah-bantah. “ Sekarang, usin bawa dua tiga orang lagi anak-anak aruah ni, bacakan yassin atas kuburnya” ujarnya semacam memberi perintah.
Usin macuk tidak menyahut. Dia mengangguk saja. Lalu mengajak anak-anak aruah mak yot bidan ke kubur. Lebai piut juga ikut sama ke kubur. Begitu juga dengan judin bauk.
Mereka membaca yassin diatas kubur mak yot bidan. Selepas dibacakan yassin suara menjerit-jerit itu hilang. Asap yang keluar dari kubur itu juga hilang.
Esoknya, bila masuk waktu maghrib jeritan dari kubur berulang lagi. Jeritan itu jelas seperti suara mak yot bidan. Dia meminta tolong dan terlolong-lolong bagaikan menahan kesakitan. Apabila dijengah oleh usin macuk kelihatan asap berkepul-kepul keluar dari kubur tersebut.
Mereka sama-sama membacakan yassin semula sehingga isyak. Apabila dibacakan yassin jeritan itu hilang, disamping asap yang berkepul-kepul itu juga hilang.
“ Kalau tak boleh juga, kenalah awak sendiri bacakan yassin” lebai piut menasihatkan latip pekak suami aruah mak yot bidan.
Latip pekak bersetuju akan membacakan yassin diatas kubur isterinya pada malam berikutnya. Pada malam itu mereka meneruskan bacaan yassin di rumah aruah. Selepas membaca yassin semua orang balik ke rumah masing-masing. Yang tinggal hanya judin bauk dan usin macuk saja berbual dengan latip pekak.
Anak-anak aruah mak yot bidan dengan suaminya yang pertama semua nya sudah berkahwain, dan mereka tidak tinggal serumah dengan emaknya. Sementara latip pekak pula tidak mendapat anak dengan mak yot bidan walaupun mereka berkahwin lebih lima belas tahun.
Kerana kasihan kan latip pekak maka judin bauk dan usin macuk sanggup menemankannya. Tidak lama selepas orang-orang lain balik ke rumah mereka terbau busuk. Latip pekak membuka pintu sebaik saja terdengar namanya dipanggil.
Sebaik saja pintu dibuka didapatinya mak yot bidan berdiri disitu dengan kain kapannya sekali. Latip pekak segera mengajak isterinya masuk ke rumah.
“ jangan bang, jangan. . itu bukan kak yot lagi” teriak usin macuk melarang. Tetapi latip pekak tidak menghiraukan. Dia hanya tertawa tersengih-sengih lantas memimpin isterinya ke bilik air.
“ Mari aku mandikan kau yot. . mari” kata latip pekak tidak menghiraukan dua tamunya lagi.
“ Abang dengar cakap aku ni. Itu bukan kak yot lagi” usin macuk cuba menerkam, tetapi cepat-cepat ditegah oleh judin bauk.
“ Abang latip pun bukan ingat lagi dirinya tu” bisik judin bauk perlahan. “ Kau pergi beritahu lebai piut, biar aku tunggu disini” katanya menyuruh usin macuk pergi segera. kalau dibiarkan usin macuk disitu mungkin dia juga terpengaruh dengan penjelmaan semula mak yot bidan di situ.
Usin macut terus terjun ke tanah untuk memberitahu lebai piut.
Sementara judin bauk pula memerhatikan dari jauh bagaimanakah kesudahan latip pekak dengan aruah isterinya itu. Bagaimana pun dia dapat mendengar latip pekak bagaikan bercakap-cakap dengan mat yok bidan yang tiba-tiba pulang semula ke rumah. Sekali-sekala latip pekak tertawa. Kemudian dia mendengar dibilik air seolah-olah latip pekak sedang memandikan isterinya.
Puas judin bauk mengintai selepas itu tidak ada kedengaran apa-apa lagi. Mereka berdua tida keluar dari bilik air. Sehingga orang-orang kampung yang dipanggil oleh usin macuk sampai kerumah itu, barulah mereka berani menjengah kebilik air.
“ Bilik air ni terkunci dari dalam” beritahu taha nak lelaki mak yot bidan.
“ Pecah kan saja pintunya” perintah usin macuk.
Apabila bilik air terkopak, mereka dapati tidak ada mak yok bidan disitu. Tetapi kesan-kesan tanah kubur terdapat dibililk air. Latip pekak sudah kaku dengan kepalanya tertunam ke dalam kolam bilik air.
Mereka menjadi gembar dengan kematian mengejut latip pekak hanya dua hari selepas kematian mak yot bidan.


TAMAT
Copyright © dunia rasasayang ®