10 Mac, 2000

pengacara amigo skuad

Mengumumkan ketibaan Encik Ahmad Shuib bin Musa.
Penolong pegawai pendidikan daerah, bahagian sumber pembelajaran, pendidikan khas
Pejabat pendidikan daerah seberang perai utara.

hadirin diminta berdiri
lagu
hadirin diminta duduk.

pantun permulaan (2 pantun)

bismillah

alhamdulillah bla bla bla

Yang dihormati Encik Ahmad Shuib Bin Musa.
Penolong pegawai pendidikan daerah, bahagian sumber pembelajaran, pendidikan khas
Pejabat pendidikan daerah seberang perai utara.

Yang dihormati Puan Lili chua
Penolong pegawai pendidikan daerah
Pejabat pendidikan daerah seberang perai utara.

Yang berusaha, puan Hajah syarifah hanim binti syed zain
Pengetua Sekolah menengah kebangsaan kepala batas

Yang berusaha
Penolong-penolong kanan
guru-guru kanan
rakan-rakan guru
seterusnya pelajar-pelajar yang saya kasihi sekalian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya
dapat kita berkumpul bersama-sama hari ini bagi menjayakan pelancaran program amigo skuad SMK kepala batas tahun 2020.

Semoga dengan pelancaran program hari ini menjadi mercu permulaan ke arah yang lebih baik pada masa akan datang.

pantun dan bacaan doa.

amin amin amin ya rabaal alamin.

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz Hafiz bin Yahya di atas bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin hadirat sekalian.
Majlis diteruskan dengan mempersilakan Puan Hajah Syarifah hanim binti syed zain, pengetua sekolah menengah kebangsaan kepala batas untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

pantun perasmian.

Seterusnya majlis dengan penuh sukacita mempersilakan Encik Ahmad Shuib bin Musa.
Penolong pegawai pendidikan daerah, bahagian sumber pembelajaran, pendidikan khas, Pejabat pendidikan daerah seberang perai utara.
bagi menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan pelancaran program Amigo Skuad SMK Kepala Batas bagi tahun 2020.
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Encik Ahmad Shuib Bin Musa di atas ucapan perasmian sebentar tadi.

Hadirin hadiran sekalian.
Berikutnya adalah majlis penyempurnaan pemakaian button batch kepada para pelajar sebagai simbolik bermulanya program amigo skuad tahun 2020.

Dengan ini, majlis mempersilakan
Yang berusaha, puan Hajah syarifah hanim binti syed zain. Pengetua Sekolah menengah kebangsaan kepala batas.
untuk mengiringi.
Encik Ahmad Shuib bin Musa.
Penolong pegawai pendidikan daerah, Pejabat pelajaran daerah seberang perai utara
bagi memakaikan button batch kepada para pelajar.

senarai nama pelajar.

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Encik Ahmad Shuib bin Musa di atas penyempurnaan pemakaian button batch sebentar tadi.

Sebagai tanda penghargaan.
Majlis mempersilakan puan Hajah salmah bt isa.
untuk mengiringi Puan Hajah Syarifah Hanim binti syed zain
bagi menyampaikan cenderamata kepada Encik Ahmad Shuib Bin MUsa.

Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

pantun penutup.

Majlis kita sudah tiba ke penghujungnya. Bagi pihak pengacara majlis. saya memohon ampun dan maaf di atas sebarang kesilapan tutur kata sepanjang kami mengacarakan majlis ini. sebarang kelemahan adalah datangnya dari diri kami.
Assalmualaikum dan jumpa lagi.


Dengan itu majlis mempersilakan tetamu - tetamu jemputan dan semua barisan pentadbir untuk sesi fotografi.
Majlis juga ingin mempersilakan semua barisan pentadbir dan Puan pengetua untuk mengiringi tetamu jemputan ke majlis jamuan ringan.

semua pelajar boleh bergerak ke kelas masing-masing dalam keadaan tertib.
Copyright © dunia rasasayang ®