07 April, 2018

Whatsapp: Cara pindah semua chat dan backup data dari telefon A ke telefon B

Situasi

Anda ingin menukar aplikasi whatsapp dari telefon A ke telefon B bagi platform android? Tidak kira sama ada anda membeli telefon baru atau apa jua tuan. Anda ingin menggunakan nombor yang sama untuk aplikasi Whatsapp pada telefon B. Persoalannya boleh atau tidak kita pindahkan semua chat, audio, video dan dokumen ke telefon baru?

Bagaimana untuk backup secara mudah semua data termasuk chat, gambar, audio, video dan dokumen download ke telefon B? Ikuti langkah di bawah.

Pada telefon A:

  • tutup semua sambungan internet pada telefon anda sama ada melalui WiFi ataupun mobile data.
  • Masuk ke folder Whatsapp melalui file manager, kemudian padam semua file dalam folder database.
  • Kemudian keluar dari file manager, pergi ke aplikasi Whatsapp > more option > setting > chat backup > backup now.
  • Backup proses akan dijalankan. Masa backup bergantung kepada kelajuan telefon anda. Tunggu beberapa saat atau minit.
  • Masuk ke folder whatsapp melalui file manager semula, pastikan hanya ada 1 file sahaja dalam folder database.
  • copy semua folder whatsapp dari file manager ke komputer atau SD card.
  • selesai proses telefon A. Ikuti langkah berikut untuk telefon B.

Pada telefon B:

  • Hidupkan sambungan internet melalui Wifi atau mobile data.
  • Copy dan paste folder Whatsapp dari komputer atau SD card yang anda simpan tadi dari telefon A ke dalam telefon B. Internal memory.
  • Muat turun dan pasang aplikasi Whatsapp ke dalam telefon B.
  • register aplikasi baru Whatsapp dengan nombor yang sama dari telefon A.
  • selepas proses verifikasi, anda akan ditanya untuk restore backup. Pilih restore now
  • selesai

Have a question? Please give your comments below.

Artikel Terkini

Copyright © dunia rasasayang ®