16 April, 2016

Belajar NVDA secara online

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.

Berikut adalah makluman berkenaan NVDA Training yang dikendalikan oleh saya dengan kerjasama dari pihak NCBM. Terdapat dua versi, bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Borang pendaftaran pula boleh didapati dalam attachment. Sesiapa yang berminat atau memerlukan sebarang maklumat lanjut sila hubungi saya secara personal. Diminta juga jasa baik rakan-rakan untuk forward e-mail ini, audio message di dalam group Whatsapp TSC dan juga sebarkan maklumat tentang training ini kepada semua OKU penglihatan di Malaysia. Segala kerjasama rakan-rakan didahului dengan ucapan terima kasih.

Pakej Latihan HiT NVDA Atas Talian Dengan Subsidi Dari NCBM 

Dalam usaha menggalakkan penggunaan perisian pembaca layar percuma, Majlis Kebangsaan Bagi Orang Buta Malaysia (NCBM) akan bekerjasama dengan En. Hafiyyan Lali untuk mengendalikan latihan NVDA atas talian.  RM50.00 subsidi akan diberikan daripada kos keseluruhan RM150.00.  Inndividu kurang upaya penglihatan yang berminat mengikuti latihan ini, sila isikan borang yang dilampirkan dan kembalikan kepada
wongyl@ncbm.org.my

Maklumat latihan adalah seperti berikut:

Hai semua. Saya tahu kebanyakan daripada kita selalunya menggunakan perisian pembaca layar komersial. Pernahkah anda terdengar mengenai perisian pembaca layar yang percuma? Pernahkah anda terfikir alternatif bagi perisian pembaca layar komersial? Perisian pembaca layar komersial biasanya agak mahal dan tidak ramai yang mampu untuk membeli perisian komersial ini. Biarpun dengan harga yang mahal, pernahkah anda mengalami atau terdengar perihal pembaca layar komersial yang agak lembap terutamanya dalam komputer berspesifikasi rendah dan pembaca layar komersial ini tidaklah mudah alih biarpun terdapatnya versi mudah alih?

Baiklah, letakkan isu pembaca layar komersial ke tepi, dan mari kita bercakap mengenai satu perisian pembaca layar yang percuma, perisian pembaca layar yang tidak akan menjejaskan prestasi komputer anda, perisian pembaca layar yang boleh berjalan dengan baik biarpun pada komputer berspesifikasi rendah, dan perisian pembaca layar ini sangat mudah alih. Anda boleh menghasilkan sendiri versi mudah alih pembaca layar ini, lakukan tetapan konfigurasi anda, salin masuk ke dalam pendrive anda dan bawa ke mana saja anda pergi dan anda boleh menjalankan perisian pembaca layar ini pada mana-mana komputer Windows yang anda temui. Tambahan pula, memandangkan perisian pembaca layar ini adalah percuma, anda boleh mengoperasikan perisian ini sepenuhnya dengan hanya muat turun, pasang dan jalankan perisian ini tanpa memerlukan sebarang modifikasi tambahan. Non-Visual Desktop Access ataupun singkatnya, NVDA, pernah dengar mengenai NVDA?

Apakah pandangan anda tentang idea untuk menguasai dua perisian pembaca layar? Perkara ini umpama memiliki perkakasan tambahan dalam kelengkapan perkakasan anda. Sebagai individu bermasalah penglihatan, perisian pembaca layar merupakan satu perkakasan yang penting bagi anda melaksanakan pelbagai tugasan komputer dan salah satu perkakasan tersebut adalah pembaca layar komersial. Walaupun begitu, bagaimana sekiranya perisian tidak mampu berfungsi sepertimana yang diharapkan ataupun sememangnya tidak mampu berfungsi? Apakah yang akan anda lakukan? Meminta bantuan ahli keluarga dan kawan-kawan yang celik? Bukankah lebih mudah jika anda boleh menggunakan satu lagi perkakas lain dan berkemungkinan mampu berfungsi dengan lebih baik daripada perkakas utama anda?

Pakej Training NVDA

Pakej Penuh: RM150

Makluman: Anda juga boleh memilih untuk hanya mengambil beberapa pakej tertentu saja dan harga setiap pakej tertera di bawah.

Pakej 1
Asas bagi NVDA dan Penyesuaian NVDA di Windows Explorer (RM30)

Apa yang anda akan pelajari:
•            Pengenalan ringkas terhadap NVDA.
•            Bagaimana untuk mendapatkan NVDA.
•            Memasang dan menyahpasang NVDA.
•            Shortcut key umum bagi NVDA.
•            Membiasakan diri anda dengan NVDA di windows explorer.
•            Simpan konfigurasi dan kembali ke konfigurasi yang disimpan.
•            Menetapkan NVDA kembali ke tetapan asal kilang.
•            Mode bantuan input NVDA.
•            Menetapkan beberapa konfigurasi asas NVDA.
•            Synth settings ring: mengubah tetapan synthesizer dengan mudah dan cepat.
•            Lihat bagaimana mudahnya untuk menaik taraf (update) NVDA.
•            Audio Ducking Mode: Bunyi macam biasa didengari? Feature ini terdapat pada Voiceover daripada Apple tetapi kini juga pada NVDA.
•            NVDA yang Mudah Alih: Menghasilkan NVDA mudah alih dengan menggunakan NVDA versi install dan fail setup NVDA, menghasilkan NVDA versi install dengan menggunakan NVDA versi mudah alih. Membawa/mengekalkan konfigurasi anda yang sedia ada ke NVDA versi install dan versi mudah alih.

Pakej 2

NVDA dan Internet (RM30)

Apa yang anda akan pelajari:
•            NVDA dan pelayar web (Internet Explorer, Firefox dan Chrome).
•            Shortcut key navigasi umum NVDA di laman sesawang.
•            Single letter navigation.
•            Menggunakan web page elements list.
•            Berinteraksi dengan embedded objects di laman sesawang.
•            Menggunakan focus dan browse mode di laman sesawang.
•            Cara untuk menghentikan NVDA mengumumkan elemen yang tidak diinginkan di laman sesawang.

Pakej 3
NVDA dan Konfigurasi Tambahan (RM30)

Apa yang anda akan pelajari:
•            Menghasilkan user configuration profiles.
Hendak menetapkan tetapan tertentu bagi NVDA untuk perisian tertentu? Maka, anda tidak perlu lagi mengubah tetapan berkenaan setiap kali hendak menggunakan perisian tersebut.
•            Speech Dictionaries.
Mahukan synthesizer dalam NVDA menyebut perkataan dan karakter tertentu mengikut cara yang anda suka?
•            Punctuation/symbol pronounciation.
Buatkan synthesizer dalam NVDA menyebut simbol-simbol dan tanda baca dengan sebutan yang anda mahukan.

Pakej 4
NVDA dan Kesemua Perkakasan Navigasi (RM30)

Apa yang anda akan pelajari:
•            Screen review.
Screen review bersamaan dengan Jaws cursor dalam perisian Jaws. Ramai yang masih tidak mengetahui tentang perkara ini dan masih bertanggapan bahawa NVDA masih tidak mempunyai fungsi ini. Biarpun mereka tahu, ramai yang mendapati sukar untuk menggunakan fungsi screen review ini.
•            Mouse cursor and mouse click.
Menggunakan tetikus dan melakukan klik tetikus untuk mengaktifkan objek tertentu. Boleh digunakan dengan object review, screen review dan object navigator. Lihat bagaimana orang buta mampu memanfaatkan tetikus dengan bantuan NVDA.
•            Caret cursor, review cursor & reviewing text.
Kursor-kursor yang berguna untuk melakukan pembacaan dalam dokumen dan membaca teks dalam mana-mana perisian.
•            Object Navigator
Satu lagi kaedah untuk NVDA mendapatkan maklumat. Terbukti berkesan dalam keadaan tertentu terutamanya apabila semua perkakasan navigasi lain gagal.

Pakej 5
NVDA dan Add-Ons (RM30)
NVDA add-on, sebahagian daripada anda berkemungkinan tidak tahu-menahu tentang NVDA add-on dan apa fungsi add-on.

Ada merasakan ciri-ciri tertentu tidak terdapat dalam NVDA? Ciri-ciri berkenaan berkemungkinan boleh ditambah dengan menggunakan add-on tertentu. Bukan setakat itu, add-on ini juga berperanan membuatkan perisian tertentu lebih mesra pengguna seperti fungsi Jaws script bagi pembaca layar Jaws.

Apa yang anda akan pelajari:
•            Mencari dan memuat turun add-on. Terdapat beberapa laman sesawang yang anda boleh layari untuk mendapatkan NVDA add-on.
•            Menguruskan fail NVDA add-on.
•            Cara memasang dan menyahpasang add-on untuk NVDA.
•            Cara untuk menghapuskan add-on NVDA yang sukar dinyahpasang.
•            Menggunakan add-on NVDA untuk meningkatkan fungsi NVDA.
•            Menggunakan add-on yang spesifik bagi perisian tertentu.
•            Add-on untuk synthesizer pihak ketiga: Tidak suka dengan suara synthesizer NVDA yang asal, iaitu eSpeak? Anda boleh mengubah
synthesizer berkenaan dengan menggunakan synthesizer seperti suara Nuance Vocalizer dan siapa tahu, anda mungkin boleh mendapatkan suara kegemaran anda.
•            NVDA Remote Access Add-On: Mahu mengawal komputer dari jauh? Mungkin hendak membantu rakan anda untuk melakukan troubleshoot pada sistem dan menyelesaikan masalah tertentu biarpun anda dan rakan anda berjauhan.

MAKLUMAT MENGENAI TRAINING:
•            Training akan dijalankan melalui Skype. Jika anda ada cadangan platform lain, maklumkan kepada saya dan kita akan uruskan kemudian.
•            Pertama, berhubung dengan saya. Kita akan tetapkan satu janji temu untuk menguji prestasi internet untuk panggilan Skype bagi tujuan training.
•            Jika keadaan internet mengizinkan, saya akan letakkan maksimum dua atau tiga peserta dalam satu sesi. Jika tidak, saya akan adakan one to one training.
•            Kedua, pilih pakej yang anda ingini dan nyatakan hari dan masa yang sesuai untuk training. Saya akan susun jadual training berdasarkan masa yang sesuai untuk kita.
•            Ketiga, lakukan pembayaran dan berikan bukti transaksi. Sila berhubung dengan saya untuk tujuan pembayaran.
•            Tidak ada had kelas, training akan berterusan sehingga syllabus tamat.
•            Jangka Masa setiap sesi: 60 minit hingga 120 minit (Bergantung dengan jumlah syllabus pada hari berkenaan dan kelapangan).
•            Bahasa: Inggeris dan Melayu (Bergantung pada para peserta).

CONTACT INFO:
Mobile: 01116654245 (Call/Whatsapp)
Skype: black10.6
e-mail: hafiyyan106@gmail.com
          
Sekian, terima kasih.
Copyright © dunia rasasayang ®