05 April, 2015

Tips melajukan proses defrag pada komputer

Salam, bertemu kembali

"kenapa komputer aku ni slow sangat"

"kenapa laptop aku selalu hang"

Dan banyak lagi keluhan-keluhan yang keluar dari mulut kita.

Dulu, blog dunia rasasayang ® pernah berkongsi cara untuk membuang sampah sarah dalam komputer kita. Rujuk sini untuk mengetahuinya.

Bagi yang berjaya menggunakan tips di atas tahniah diucapkan.

Kali ini saya akan berkongsi satu lagi cara untuk melajukan komputer kita iaitu dengan cara defrag hard drive. Kalau defrag hard drive dengan mengunakan disk defragmenter dalam Window, rasanya ramai yang sudah tahu. Tapi kelemahanya sangat lambat. Makan masa berjam-jam.

Jadi kita akan gunakan satu software percuma untuk proses defrag hard drive.

Auslogics Disk Defrag Free


Antara kelebihan menggunakan Auslogics Disk Defrag ini adalah:

  • Compatible with Windows XP, Vista, 7, 8.1
  • certified Microsoft® Gold Application Developer
  • Optimizes File System
  • Consolidates Free Space
  • Defragments Automatically
  • Defrags Single File or Folder
  • Smartly Places System Files
  • Keeps MFT Zone Clear
  • Lists Fragmented Files
  • Offers Customization Options
  • Powers Off PC After Defrag

Pengalaman menggunakan Auslogics Disk Defrag Free


Terus terang, setelah membuat beberapa perbandingan dengan software defrag yang lain, saya amat gembira dengan Auslogics Disk Defrag Free. Selain superr fast untuk defrag hard drive, ianya juga acessable dengan pembaca skrin.

Mode untuk check error pada hard drive dan membuat beberapa option lain juga menjadi kegemaran saya.

Dan yang paling penting ada versi portable yang kita tidak perlu install dalam komputer. Cukup letak dalam pen drive dan boleh guna di mana-mana komputer.

Download Auslogics Disk Defrag Free


Untuk merasai sendiri sila download segera.
Portable version:
download

Installer version:
download

Nah silakan download dan kongsikan pengalaman anda dalam ruangan ulasan. Terima kasih.
Copyright © dunia rasasayang ®