16 Mac, 2014

Sahabat aku salah seorang penumpang MH370?

Dukacita dan sedih melanda hati tatkala mendengar tragedi kehilangan pesawat MH370, dan sehingga cerita ini aku coretkan masih belum ditemui pencarian tersebut.

Memang sedih kehilangan orang tersayang. Wang dan harta tak mampu membeli kembali insan-insan yang kita sayangi.

Noraazam Masrudin, nama sahabat aku yang hilang sejak tahun 1998.

Memang nama dia bukan salah seorang penumpang MH370. Tapi kehilangan Norazam Masrudin sehingga kini tidak dapat dijejak oleh keluarganya mahupun rakan taulan.

Aku sebagai salah seorang rakan karibnya memang hingga kini terkesan dengan kehilangan Norazam. Ujian ini aku tempuh dengan penuh kesabaran dan pasrah pada Ilahi.

Rumah Norazam pada tahun 1996 setiap malam ku singgahi. Kami berkumpul untuk mengulangkaji pelajaran SPM bersama. Rizal Sidek, Norismadi Ismail, Mohd Shahi Nawawi, aku dan Norazam. Kami bertungkus
lumus untuk mengejar cita-cita.

Tamat SPM, kami membawa haluan masing-masing. Norazam khabarnya bekerja sementara menanti peluang untuk melanjutkan pelajaran.

Dan dari tahun 1996 - 1998, aku hanya dua kali berjumpa dan berbual dengannya. Selepas tahun 1998, aku dikejutkan dengan perkhabaran Norazam telah hilang. Jejaknya tidak dapat ditemui. Puas ahli keluarga mencarinya namun tiada khabar gembira. Laproan polis, siaran akhbar juga tidak berjaya. Norazam hilang tanpa menginggalkan pesan.

Kini, Norazam hanya tinggal kenangan. Kenangan indah yang sukar dilupakan sampai bila-bila. Jika engkau sudah meninggal dunia, aku panjatkan doa agar dikau ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Jika kau masih hidup, pulanglah berjumpa orang tuamu yang sangat merindukan dirimu.

Dan aku juga berharap, agar MH370 ditemui. Tak kira apa jua keadaan, hidup atau mati. Kerana aku tidak mahu kubur tanpa nisan. Aku harapkan jua agar semua mangsa masih selamat.

#berdoa untuk MH370!



0 Ulasan:

+

Artikel Terkini

Copyright © dunia rasasayang ®