11 Mac, 2014

Beratnya mulut dia


Bukan niat untuk mengaibkan sesiapa, bukan juga untuk mencari kesalahan sesiapa, cukuplah ia sekadar perkongsiaan ilmu.

Saia bersangka baik kepada mereka yang tidak tahu kohndensi orang cacat penglihatan kerana saya percaya mereka kurang arif dalam dunia orang cacat penglihatan hatta mereka tidak duduk dalam dunia rasasayang, dunia yang penuh kasih sayang.

Tapi saya tidak akan berasa kasihan kepada mereka yang arif tapi buat – buat lupa akan dunia orang cacat penglihatan. Mereka tahu tapi menyembunyikan pengetahuan mereka dan tidak pula mempraktikkan dalam hidup sehari-hari.

Cerita bermula begini.

Saia menghadiri satu taklimat yang terdiri juga dari orang-orang sempurna penglihatannya. Saia yakin dan percaya, pemberi taklimat maklum akan keupyaan saya sebagai orang kurang upaya penglihatan. Manakan tidak,dia atau mereka sudah tentu nampak saya berjalan menggunakan tongkat. Bukankah mereka lebih sempurna penglihatan daripada saya?

Bila sesi taklimat terutama menggunakan power point / paparan di skrin, antara yang selalu mereka ucap;

Ok, cuba lihat di skrin, tanpa menjelaskan apa yang ada di skrin

Maka terkulat-kulatlah saya sebagai orang cacat penglihatan tidak tahu apa sebenarnya yang ada di skrin.

Kemudian kata penceramah lagi

Saya akan kongsikan satu video untuk semua, tanpa menjelaskan apa yang berlaku dalam video tersebut. Hanya ada suara muzik iringan

Maka sekali lagi terkulat-kulatlah saya hanya menghayati muzik semata-mata tanpa tahu cerita di sebalik video tersebut.

Mungkin nampak janggal dan kolot sekiranya penceramah bercerita apa yang berlaku di skrin. Memang bagi orang berpenglihatan sempurna, tidak perlu diceritakan apa yang mereka sendiri nampak. Tapi bagi golongan cacat penglihatan, sedikit info mengenai apa yang berlaku adalah sejuta rahmat dan nikmat yang dicari-cari.

Tidak salah meringankan mulut sepatah dua kata menceritakan apa yang sebenarnya berlaku pada paparan skrin.

Mari kita cuba.

Tekan butang play dalam video di bawah. Selepas menekan butang play, tutup mata sehingga tamat video dan cuba teka apa yang diaparkan dalam video tersebut?

)

Kemudian setelah selesai video buka mata anda dan

Sila bantu saya dengan menceritakan apa yang berlaku di dalam ruangan ulasan. Terima kasih kerana sudi membaca.

*video sekadar hiasan


Copyright © dunia rasasayang ®