BUAT KEPUTUSAN BIJAK & SELAMAT MENGUNDI PRU 13
AssalamualaikumEsok 5 Mei 2013 akan berlaku satu lagi pilihanraya yang bakal menentukan pentadbiran negara. Seperti mana yang kita tahu, persaingan untuk merebut Putrajaya semakin hangat kerana banyak laporan mengatakan peluang 50-50 bagi kedua-dua belah pihak.
222 kerusi parlimen akan menjadi rebutan antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Dan sejumlah 13 juta pengundi yang berdaftar layak menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Apapun keputusan yang keluar pada malam esok adalah ketentuan Ilahi. Hendaknya kita sebagai rakyat Malaysia janganlah menjadikan negara huru - hara. Jangan ada pertumpahan darah gara-gara politik.
Kedua-dua penyokong parti politik hendaklah menerima dan saling bekerjasama untuk mengekalkan perpaduan dalam Malaysia.
Akhir kata, selamat menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia. Selamat mengundi.