19 Jun, 2012

Email penipu

Email serupa ini bukan pertama kali saya terima, dah banyak kali dan pelbagai bentuk "pujukan" dan tak masuk akal. Dari siapa dan untuk apa saya pun kurang arif. Yang pasti saya merasakan ini semuanya penipu dan bertujuaan untuk "scam".

Di sebalik itu, saya tertarik dengan susanan bahasa yang kemas dan teratur si pengirim. Saya teringat dalam satu laporan tv mengenai sindiket yang mempergunakan email untuk memerangkap mangsa. Kebanyakkan wanita kesunyiaan yang terkena. Tapi motif ini bukan untuk wanita sunyi tapi untuk mereka yang cepat kabur dengan wang ringgit.

PERINGATAN kepada pembaca yang terima email seperti ini dan seumpama dengannya, sila delete sahaja dan tandakan sebagai "scam" dalam email tool anda.

Jom kita terjah apa isi kandungan email yang saya maksudkan. klik papar untuk maklumat lanjut:



Assalamualaikum
Assalamualaikum

Saya adalah Roshilawati Binti Abd Latif, seorang rakyat Malaysia yang
bekerja di HSBC Bank, Amerika. Saya adalah seorang Pengurus Besar di
Bahagian Audit Dalaman.

Dengan rasa hormatnya, saya memohon kepada anda untuk menganggap segala
isi kandung “mail” ini sebagai amat peribadi dan menghormati integritinya.

Atas siasatan terperinci yang hanya saya seorang saja individiu yang
mengetahui latar belakang anda, saya dengan ini ingin memberi informasi
yang saya tahu anda akan sangat berminat dan cenderung serta berupaya
membantu.

Saya sedar anda pasti tertanya mengapa anda di pilih untuk segala ini.
Oleh itu, saya mohon anda meneliti apa jua yang akan saya bentangkan
selanjutnya agar dapat memahaminya.

Memandangkan keadaan yang sudah runcing kini, saya ingin meminta bantuan
dan kerjasama anda untuk mendapatkan sejumlah wang yang yang telah berada
dalam akaun 'dormant' saya sejak tahun 2000 lagi. Wang ini saya perolehi
dari Amanah Wasiat , dimana 40% akan di serahkan kepada anda sebaik ianya
di sahkan berada dalam akaun pilihan anda. Wang ini berjumlah US$5.5 JUTA.
Baki sebanyak 60% lagi adalah milik saya. Kerjasama anda untuk mendapatkan
wang warisan ini adalah kerana Pemegang akaun ini yang merupakan seorang
Usahawan berbangsa Iraq telah pun meninggal dunia dan beliau tidak
meninggalkan seorang waris pun. Informasi ini telah saya dapati ketika
saya melakukan tugasan Audit Dalaman ketika itu.

Saya tidak di benarkan membuat sebarang tuntutan kerana posisi saya tetapi
saya sememangnya boleh membuktikan kepada Bank bahwa saya dalah Pewaris
sah kepada wang tersebut.

Anda hendaklah bekerjasama dan membantu saya dalam kes ini kerana jika
tidak kesemua wang tersebut akan di serahkan kepada Jabatan Perbendaharaan
Negara, apabila tiada tuntutan di buat dalam jangka masa yang di berikan.

Segala informasi dan langkah-langkah yang perlu di ambil akan saya beri
secara terperinci apabila anda cenderung untuk membantu saya.

Kepercayaan dan keyakinan lah yang akan membuahkan hasil yang lumayan..
Walau pun jumlah yang diberikan mungkin kecil dari kaca mata anda tetapi
ia adalah anugerah yang tidak ternilai dan tidak di sangka. Jika di
biarkan ,wang itu akan lupus begitu saja. Keikhlasan anda dalam membantu
saya dalam tuntutan ini amat saya hargai dan harapkan di mana kita
sama-sama akan memperolehi keuntungan.

Jawapan anda terhadap kes saya ini hendaklah di salurkan melalui E-mail
peribadi saya iaitu
(telah dipadam@yahoo.com.my)
Ini sangat
penting dan apa jua informasi seterusnya akan saya beritahu kelak.

Jutaan terima kasih di atas masa dan perhatian anda.

Wassalam

ROSHILAWATI BINTI ABD LATIF





  • agak-agak pembaca, siapa yang tulis email macam ni?

2 Ulasan:

Maiyah berkata...

salam..

apakhabar dik..
akak pun selalu terima, tp ignore je

rasasayang79 berkata...

alhamdulillah. baik2 aje akak. memang saya juga selalu delete. tapi saya ada kejutan coz nama org ni dah email saya .. katanya email dia diceroboh oleh pihak yg tidak b/jawab.

saya akan dedahkan pada posting akan datang... :)

+

Artikel Terkini

Copyright © dunia rasasayang ®